PAUTAN TAMBAHAN

Rabu, 10 Julai 2013

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.



Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi
Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.


Gambar: ‎Seorang pelajar Iskandariah, Muhammad Syarkawi dalam keadaan kritikal selepas terkena tembakan di belakang leher saat beliau sujud ketika mengerjakan solat Subuh.. Doakan kesihatan beliau.

Status beliau di akaun Facebook (bawah gambar) : "Semoga sepanjang tahun kalian dalam keadaan baik, demi Allah doakan saya mendapat syahid"

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎
9hb Julai 2013
Seorang pelajar Iskandariah, Muhammad Syarkawi dalam keadaan kritikal selepas terkena tembakan di belakang leher saat beliau sujud ketika mengerjakan solat Subuh.. Doakan kesihatan beliau.






Gambar menunjukkan beberapa polis tentera Mesir yang enggan melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan duduk membantah di sebelah tentera yang melepaskan tembakan atas arahan pimpinan atasan.

Foto




Selasa | 09 Julai 2013 | 10.54 malam
Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.




Mesir: Tidak ganjak, Jutaan terawih di Dataran Raba'ah...

Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tad

MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.

Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.

Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.

Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.

Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.

Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi dikembalikan ke jawatannya semula.

Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.

Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.