PAUTAN TAMBAHAN

Isnin, 6 Mei 2013

KEAJAIBAN SPR PRU 13 - HARUS DIJELASKAN

Anwar PC

PETALING JAYA 6 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung lambakan isu kesalahan pilihan raya yang dikesan di kebanyakan tempat pengundian siang tadi.

Bercakap dalam satu sidang media awal pagi ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian-kejadian berkenaan, bukannya satu tuduhan liar dan kosong.

“Selagi SPR tidak menjelaskan perkara ini, kita tidak dapat menyatakan sebarang tindakan.
“Tidak adil untuk membuat sebarang keputusan dalam keadaan pilihan raya yang dijalankan secara tidak bersih,” jelasnya kecewa.

Antara yang paling mendapat perhatian ialah sepanjang perjalanan proses pengundian, terdapat banyak insiden tangkapan pengundi asing seperti warga Bangladesh berjaya dilakukan.

Antaranya, di Parlimen Pandan di mana calon PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung cubaan mengundi dibuat oleh pengundi ragu di kawasan yang berjaya dimenanginya itu setelah tamat pengiraan.

Selain itu, cubaan untuk memanipulasi jumlah undi juga berjaya dikesan di  kawasan Parlimen Lembah Pantai di mana polis didapati cuba membawa kotak peti undi yang diragui ke tempat pengiraan undi.

Menyifatkan SPR sebagai sebuah badan yang gagal mengendalikan suatu proses pilihanraya yang telus, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga meluahkan keraguannya mengenai pengiraan undian awal dan undi pos yang dijalankan.

“Bukan sahaja kita tidak dibenarkan memantau, tetapi lebih meragukan, undian-undian ini secara majornya menyebelahi BN sedangkan trend undian pengundi adalah sebaliknya,” katanya lagi.
Selain itu, turut dipersoalkan ialah penggunaan dakwat kekal yang sebenarnya boleh dihilangkan dengan mudah, tidak sepertimana didakwa SPR sebelum ini bahawa kononnya tidak akan hilang sehingga lima hari.

Mengulas pembentukan Kerajaan BN yang baru, Anwar sekadar berkata beliau masih menanti keputusan penuh sebelum sebarang ulasan dapat diberikan.

DISERTAKAN DENGAN GAMBAR DAN VIDEO

Foto

 3 bas bangla di Sungai Siput

 Cubaan bawak lari peti undi..



Cubaan Melarikan Peti Undi Dun Manek Urai Parlimen Kuala Krai....


Pandamaran : Masa masih berbaki satu jam..Pintu sudah ditutup. mengapa? ada operasi belakang????Tanya SPR..sia sia je beb..




Yang peliknya sume geng2 pakatan rakyat yang bersungguh2 menghalau mengundi hantu ni. Geng2 pakatan rakyat bersusah payah mempertahankan kedaulatan negara. Geng2 BN ni macam merelakan pulak. langsung xnmpk usaha mereka untuk menghalau @ mengecam pengundi hantu ni. Malah lebih teruk dari tu siap hina lagi orang yang menghalau pengundi hantu ni. Dah tu puji pulak pengundi hantu siap kata orang luar pon tahu menghargai malaysia.



www.youtube.com


BN Mendabik Dada Dengan Kemenangan Mereka , Adakah Kerajaan Yang Menang Menipu DiBerkati Tuhan?


LAGI BANGLA BERJAYA DIKESAN CUBA MENGGUNDI MENAIKI VAN BN.


Undi ROSAK ke MPJBT



Pilihanraya yang sengit...lewat malam pun ada
beg undi baru sampai..Pilihanraya Bersih & Adil

ini la kerja2 macai nak hancurkan negara Malaysia!!

4 kotak lagi yg belum sempat dimasukkan ke dlm kenderaan Majlis Perbandaran