Isnin, 29 April 2013

KWSP PERLU PERTAHAN KEPENTINGAN UMNO-BN ATAU HAK PEKERJA?


Golongan yang menjadi ahli kumpulan wang itu terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam yang bukan sahaja mengumpul caruman wajib daripada pekerja tetapi juga daripada hampir setengah juta majikan.

KWSP harus ingat bahawa kutipan wang daripada pekerja dan majikan adalah wajib, yakni satu bentuk “paksaan” yang dihalalkan oleh undang-undang. Dengan itu, semua simpanan KWSP adalah hak milik pekerja semata-mata, dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan lain yang tidak ada kena-mengena dengan amanah yang dipegangnya bagi pihak pekerja.

Malah KWSP perlu sentiasa beringat dengan janjinya sendiri kepada pekerja bahawa “sebagai pemegang amanah kepada simpanan ahli, (KWSP) hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur, tulus ikhlas dan berakhlak mulia di sepanjang masa”.

Itu janji setia KWSP kepada pencarumnya – golongan pekerja – yang tidak boleh dipecah amanah semata-mata kerana kemaruk UMNO-BN menagih undi bagi menghadapi PRU ke-13 yang akan datang.

Dengan menjadikan KWSP sebagai badan kebajikan masyarakat, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, KWSP akan menjadi mangsa salah guna kuasa BN semata-mata kerana kerajaan pusat sekarang terdesak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan kerajaan Barisan Nasional bahawa KWSP bukan bank yang memberi pinjaman dan bukan juga pertubuhan kebajikan masyarakat.

– Roketkini.com