PAUTAN TAMBAHAN

Ahad, 6 Januari 2013

Merelakan Berleluasanya Kemungkaran


Bagi orang-orang yang beriman, al-Qur'an menegaskan yang mafhumnya:
“Maka orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al Quran) merekalah orang yang beruntung.” (Al-A'raf: 157)
“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) serta orang­ orang membenarkannya mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”(Az-Zumar: 33)
“Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan terungkai. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dan mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). " (Al-Baqarah: 256-257)

Bagi orang-orang yang tidak beriman, Allah menjelaskan yang mafhumnya:  
"Dan barangsiapa yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”  (Al-Qasas: 50)
"Katakanlah apakah tidak kami beritahukan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi 'amatannya. Iaitu orang yang telah mensia-siakan amalannya dan kehidupannya di dunia ini. Sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik­baiknya. Mereka itu ialah orang-orang yang kufur terhadap ayat­ ayat Allah dan perjumpaan dengan-Nya maka hapuslah amalan­amalan mereka pada Hari giyamat. Demikianlah balasan mereka itu Jahannam, disebabkan kekafiran mereka menjadikan ayat­ ayat Ku dan rasul-rasui Ku sebagai olok-olok." (Al-Kahf 103-106 )
"Orang-orang yang kafir amal mereka itu adalah seperti fatamorgana di tanah yang datar (padang pasir), orang yang kehausan menyangka air, setelah datang ke sana didapati tidak ada apa-apa.” (An-Nur: 39)

"Mereka itu tidak lain hanya mengikuti persangkaan, sedangkan persangkaan itu tidak ada gunanya terhadap kebenaran.” (An-Najm: 28)

Merelakan Berleluasanya Kemungkaran

Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Tidak seorang pun nabi yang diutuskan sebelumku metainkan terdapat di kalangan umatnya pengikut dan sahabat-sahabat yang menjalankan sunnahnya dan menurut perintahnya. Kemudian golongan pengikut dan sahabat ini digantikan oleh orang yang terkemudian dari mereka. Golongan ini memperkatakan sesuatu    yang tidak diperintahkan untuk dilakukan. Siapa yang meme­rangi mereka dengan kekuatan, beliau adalah orang yang mu'min, siapa yang memerangi mereka dengan lidahnya, beliau adalah orang yang mu'min dan siapa yang memerangi mereka    dengan hatinya, beliau adalah orang yang mu'min. Setelah yang    demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi." (Muslim)

Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Muslim)
Hadith-hadith di atas membuktikan bahawa sebahagian dari tuntutan iman itu ialah mengingkari kemungkaran melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas tadi; iaitu dengan tangan atau kekuatan, kemudian dengan lidah dan akhir sekah dengan hati. Mengingkari kemungkaran dengan tangan bererti menghapuskan kemungkaran itu dengan kekuatan, manakala mengingkari kemungkaran dengan lidah pula adalah dengan menentang kemungkaran dengan ucapan atau penulisan, mengingkari kemungkaran dengan hati membawa erti merasa benci dan memusuhi kemungkaran dan juga pelaku mungkar itu sendiri. Difahamkan daripada hadith ini bahawa mereka yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi."
Hadith ini bahawa mereka yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar byi sawi."
Ibn Taimiyyah berpendapat jika telah hilang rasa membenci kepada yang mungkar dari dalam hati seseorang muslim, itulah tanda murtad terhadap Islam. Orang yang murtad adalah orang yang menyekutukan Allah atau orang yang benci kepada Rasulullah s.a.w dan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan tidak mengingkari dengan hati, apa yang diingkari oleh Rasulullah s.a.w.
Hati yang boleh dikatakan redha terhadap kemungkaran sekiranya ia tidak membencinya sedikit pun. Apabila pengi'tirafan terhadap kemungkaran itu tercantum dengan perasaan redha, kasih dan patuh terhadapnya, maka telah terhimpunlah dua jenayah di dalamnya, iaitu; kufur dan melakukan halangan pada jalan Allah.