Ahad, 30 Disember 2012

Ulama PAS hanya menerangkan tentang batas-batas iman dan kufur. UMNO terasa dan terus menuduh PAS mengkafirkan UMNO



[VIDEO] Ustadz Hadi Sudah Lama Jawab Isu Kafir Mengkafir...: Ulama PAS hanya menerangkan tentang batas-batas iman dan kufur. UMNO terasa dan terus menuduh PAS mengkafirkan UMNO.

Apakah perbezaannya di antara murtad, kufur, dan terbatal Syahadah ?

a)  Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.

Firman Allah (maksud ayat):
" Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, kemudian dia mati dalam kekafiran..." Surah alBaqarah: 217.

Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama seperti seseorang yg
mengkhianati negara dan penduduknya dengan berpaling tadah kepada musuh negara itu.

(Rujukan: Prof Qardhawi,  Fi Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah (Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.
 

b)  Kufur : ia adalah lawan iman bermaksud ingkar. Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw.  Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb, Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis. Seterusnya ialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur munafiq.

Firman Allah,"barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
maksud ayat Surah an Nisaa': 136
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)

c) Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman.

Misalnya:  


1. Mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina,

2. Enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44);

3. Berikrar dengan kalimah kufur;

4. Ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam); 


5. Mendustakan kenyataan alQur'an yang jelas (misalnya ingkar dengan kisah Nabi Yusof sebagai dongeng);

6. Membuat tafsiran palsu terhadap alQur'an dan sunnah, dll lagi

(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman
Khalid, al Hadd al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman)

sekian.



Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 1)

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 2)

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 3)

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 4)

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 5)

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 6)

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh - Batas Iman dan Kufur (video 7)