Sabtu, 11 Februari 2012

UMNO SESAT DAN MENYESAT ... JANGAN MENCAMPAK DIRI DALAM KEKUFURAN





BUKTI UMNO PISAHKAN AGAMA DAN POLITIK
Ditulis oleh TAMU

Ulama terkenal Dr Yusof Al Qardawi pula pernah menyatakan dalam bukunya bahawa barangsiapa memisahkan agama dengan politik atau mengatakan agama dan politik tidak boleh dicampuradukan, maka dia jadi sesat. Sebagai seorang Islam yang beriman, adalah wajib untuk meyakini bahawa apa saja yang kita lakukan di dunia ini samada yang sekecil-kecilnya atau sebesar-besarnya akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Ini termasuk dalam urusan mentadbir Negeri atau Negara, dalam soal memilih pemimpin atau ketua adalah merupakan persoalan yang amat besar yang wajib akan ditanya oleh Allah kelak. Dalam memilih pemimpin atau ketua, Allah dan rasul telah memberi amaran supaya memilihnya dari kalangan orang yang berilmu dengan ilmu Tauhid, Fekah dan sekurang-kurangnya ada asas Tasawuf. Orang yang beriman dan benar-benar takut dengan ancaman dan azab Allah.



Dalam urusan mentadbir negeri atau Negara, memegang amanah rakyat pula setiap sesuatu yang hendak dilakukan mestilah dirujuk dahulu kepada agama samada ianya itu bercanggah atau tidak dengan syariat Allah. Dalam mentadbir, agama mestilah dijadikan sebagai pengawal dan rujukan dalam semua tindakan.


Sekiranya seseorang pemimpin atau ketua itu ingin mengambil atau menerima rasuah, dia merasakan dalam agama adalah haram, berdosa dan akan diazab oleh Allah kelak, maka dia tidak akan melakukanya.


Menguatkuasakan undang-undang, seorang pemimpin yang beriman akan melihat apakah hukuman atau undang-undang yang hendak dilaksanakan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan ajaran  Nabi dan Quran, jika didapati bercanggah, dia tidak akan sanggup melaksanakanya kerana akan  ditanya dan diazab oleh Allah kelak.


Apabila berdepan dengan rakyat, ketua atau pemimpin yang beriman tidak akan berani menipu, mungkir janji apatahlagi   untuk merompak harta rakya, merampas tanah rakyat atau merobohkan  rumah rakyat secara paksa kerana mereka tahu ini bercanggah dengan ajaran Islam.


Apabila hendak diluluskan lesen atau membina kilang arak, tempat judi dan tempat maksiat, mereka secara tegas akan menolaknya kerana mereka akan ditanya nanti. Inilah yang dikatakan Islam dan agama itu tidak boleh dipisahkan walau dalam apa situasi sekali pun.  Seandainya agama dipinggirkan dalam urusan mentadbir Negara atau perjuangan jemaah atau parti, maka mereka akan  melakukan apa saja  tanpa mengira dosa atau pahala, samada untuk terima rasuah, berzina, berjudi, mendapat kuasa secara menipu dalam pilihanraya dan sebagainya.


PENJELASAN OLEH UST ISMAIL KAMUS


Maka ianya tidak ada bezanya dengan amalan agama Kristian yang menetapkan bahawa puak gereja dengan urusan mereka tanpa boleh mengganggu atau menegur golongan pemerintah dan begitulah sebaliknya. Dan inilah yang  berlaku dalam UMNO dan pentadbiran negeri atau Negara yang dikuasai oleh UMNO.

Maka tidak  pelik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa Islam ala UMNO tidak akan dapat masuk syurga, bagi penulis pula nak cium bau syurga pun UMNO ni tak layak. Kalaulah asas dan kepercayaan mereka bahawa agama dan politikmesti dipisahkan itu sudah dinyatakan kufur dan sesat oleh Dr Hamk dan Doktor Yusof Qardawi, nak masuk macamana ke syurga?

Perjuangan dan dasar pentadbiran mereka selari dengan ajaran kristian, nak bau syurga
macamana?


UMNO larang dalam masjid, dalam khutbah Jumaat membicarakan persoalan politik, pentadbiran
negeri atau Negara, cara  memilih pemimpin dengan alasan itu politik, apakah mereka lupa semua ini tertulis dalam Quran dan dalam Hadis Nabi, jadi bagaimana ianya dikatakan tidak boleh dibicarakan
dalam rumah Allah?


Kalau begitu dibicarakan dimana? Di kelab dangdut? di bar? Atau dimeja judi?  Yang sebenarnya ayat-ayat Allah yang dibacakan dalam masjid dan khutbah-khutba h Jumaat kerana ia dianggap
menyusahkan dan menghalang pergerakan mereka yang sentiasa ingin melanggar perintah Allah
itu.


Maka jelaslah bahawa UMNO itu kufur dan sesat. Barangsiapa yang menyokong dan mempertahankan UMNO juga termasuk puak kufur dan sesat tak kiranya mereka itu mufti, ustaz
atau Yang Di Pertua majlis Agama negeri sekali pun atau pun hafiz.


Cara halus yang digunakan oleh UMNO untuk menyesatkan aqidah umat Islam ialah dengan  menuduh dan membuat fitnah kononya PAS menggunakan masjid dan khutbah Jumaat untuk berpolitik yang kononya juga salah dari ajaran Islam.

Apabila ditanya apakah politik salah yang dibuat oleh PAS itu?

UMNO tak dapat jawab.UMNO memang mahu melihat umat Islam jahil dan buta agama, buta syariat dan buta melihat mana yang benar dan mana yang salah dari pandangan Islam kerana dengan ini rakyat yang jahil dan buta hati akan terus menyokong UMNO dan akan tetap mempertahankan  UMNO kononya apa yang UMNO buat tidak salah dari ajaran Islam sedangkan apa yang berlaku ialah UMNO melaksanakan apa yang dituntut oleh syaitan.


Ingatlah, Nabi tidak pernah berjuang untuk bangsanya tetapi berjuang untuk Islam. Maka mana-mana penganut Islam akan beruasaha mempertahankan agama, aqidah serta syariat Allah dan dalama masa yang  sama golongan bukan Islam dilindungi dan diberikan hak-hak yang sepatutnya mereka berhak tanpa sebarang penindasan dan kezaliman. Islam tercemar dan dipersenakan oleh malahan bangsa Melayu pun mereka tindas, tipu dan hina.


Oleh itu teruskan perjuangan untuk menjatuhkan UMNO sehingga kiamat agar ramai umat Islam dapat diselamatkan aqidah mereka dan ramai rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat diselamatkan dari kezaliman dan penipuan UMNO yang sesat dan kufur itu.