Isnin, 5 Disember 2011

Dunia - Jangan utamakan!

Ust Esa Deraman - Utamakan agama, Allah gantikan yg lebih baik


Assalamualaikum,
Hari ini kita teliti satu tajuk yg utama tetapi sering kita lupakan - senaga atau tanpa disengajakan. Atau, kita sedar tapi tak ambil indah sangat. Orang yg sedemikian itu terdiri dari yg kaya, ternama, berpengaruh, dihormati, disanjungi, dijadikan idola atau orang biasa yg tiada apa-apa, kerana keterpaksaan pula, lupakan akhirat dan utamakan dunimereka juga. Kedua-dua golongan ini menempah kesusahan dalam kehidupan yg akan datang, akhirat!

Orang yg dalam golongan pertama - kaya, ternama, berpengaruh dsbnya - dilalaikan oleh kedudukan dan kemewahan mereka. Sudahlah kaya raya masih merasa tidak cukup, inginkan lebih kaya. Jika boleh termasuk dalam senarai yg terkaya Phobes atau Guinnese atau mana-mana ajelah badan yg menonjolkan keterlebihan seseorang itu dalam berbagai dimensi dan aspek! yg berpengaruh pula ingin meninggalkan nama sebagai tokoh dunia dalam bidangnya. Seorang ulama' tersohor ingin disenaraikan sebagai tokoh ulama' dunia disanjung bukan sahaja dalam negara, lebih utama oleh negara lain. Yg berilmu, selain diberi gelaran yg hebat, inginkan pula disanjung sebagai ahli pemikir yg pintar dan ori dalam sesuatru. Macam-macam lagilah keinginan manusia. Dalam masa yg sama ada yg kaya berbangga pula melihat dirinya berada di tahap sedemikian kerana kepintarannya mengolah sumber, kebijaksanaannya melihat peluang, dan sebagainya. Tapi, kerap kali orang-orang sedemikian itu krikil dan kedekut lagi bahil pula.

Yg miskin pula sibuk dengan dunia kerana kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang untuk menyara keluarga dan ingin hidup lega sedikit. Semuanya sama.

Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) janganlah terlalu cintakan dunia, dan lupakan akhirat, dalam firman berikut:

Firman Allah (a.w): 'Qad aflaha man tazakka @Wazakarasmarabbihi fasalla @ Bal tukthirunal hayatad dunya @ Wal-akhiratu khairu wa-abqa.' [Maksud: Sesungguhnya untung (yakni, selamat dan berbahagialah) orang yang membersihkan (lahir batinnya) daripada berbagai kekotoran (jasmani dan rohani dari kekejian syirik, dan budi pekerti yang jelek (buruk), jahat, dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w) ) @ Dan selalu ingat kepada Allah (a.w) maka mengerjakan solat (untuk mendekati diri mereka kepada Allah (a.w)) @ Bahkan kamu sekelian mengutamakan kehidupan dunia (yang fana dan pasti akan meninggalkan kamu atau pasti ditinggalkan daripada akhirat) @ Pada hal akhirat itu lebih baik bahkan yang kekal.] [Ayat 14 - 17, Surah al-A’la]

Terdapat banyak peringatan Allah (a.w) di dalam al-Quran mengenai peringatan supaya jangan terlalu mengutamakan dunia, sehingga lupa bersedia untuk akhirat yang lebih kekal. Semua yang kita miliki di dunia akan meninggalkan kita. Malah hak kita semasa di duniapun sekadar apa yang kita makan dan minum dan pakai atau gunakan. Apa-apa yang tidak dipakai dan digunakan walaupun hakikatnya milik kita, tetapi sebenarnya milik orang lain. Yang kekal menjadi milik kita dari harta kekayaan yang kita kumpulkan adalah apa yang kita zakatkan, sedekahkan dan infaqkan. Kesemua yang demikian itu akan mengalirkan kebaikan dan pahala di akhirat kelak. Zakat, sedekah dan infaq adalah pembersihan kepada rezki dan penghapus kepada dosa. Justeru itu, apa-apa harta dan kekayaan yang kita manfaatkan demi Islam (yakni, fi sabilillah) adalah akan baik untuk kita. Yang lainnya tidak berguna.


Terdapat banyak peringatan Allah (a.w) di dalam al-Quran mengenai peringatan supaya jangan terlalu mengutamakan dunia, sehingga lupa bersedia untuk akhirat yang lebih kekal. Semua yang kita miliki di dunia akan meninggalkan kita. Malah hak kita semasa di duniapun sekadar apa yang kita makan dan minum dan pakai atau gunakan. Apa-apa yang tidak dipakai dan digunakan walaupun hakikatnya milik kita, tetapi sebenarnya milik orang lain. Yang kekal menjadi milik kita dari harta kekayaan yang kita kumpulkan adalah apa yang kita zakatkan, sedekahkan dan infaqkan. Kesemua yang demikian itu akan mengalirkan kebaikan dan pahala di akhirat kelak. Zakat, sedekah dan infaq adalah pembersihan kepada rezki dan penghapus kepada dosa. Justeru itu, apa-apa harta dan kekayaan yang kita manfaatkan demi Islam (yakni, fi sabilillah) adalah akan baik untuk kita. Yang lainnya tidak berguna.

Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) seringkali mengingatkan umatnya, umat Islam, bahawa sesiapa yang mengutamakan dunianya maka dia memfakirkan akhiratnya. Ini disebutkan di dalam banyak hadith, antaranya berikut:

1. Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia ini rumah bagi orang yang tiada mempunyai rumah di akhirat (i.e. orang yang ada rumah di akhirat hanyalah di syurga), dan harta orang yang tidak berharta di akhirat (i.e. ahli neraka tidak akan memiliki sebarang harta), dan yang mengumpulnya (i.e. segala sesuatu bersifat keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal (kerana orang yang berakal itu tahu bahawa dunia ini sementara saja dan akhirat itu kekal selama-lamanya).’ [Hadith Imam Ahmad]
Yang penting adalah akhirat. Mereka yang mengumpulkan harta dan kekayaan semasa di dunia sebenarnya memfakirkan dirinya di akhirat. Kerana, sering kali manusia yang kasihkan dan cintakan dunianya, akan pasti melalaikan bahkan melupakan akhiratnya. Malah dia akan melakukan serba sesuatu untuk menganianya dirinya di akhirat apabila dia mempebanyakkan usaha untuk dunia, berbuat segala sesuatu untuk dunia, melalaikan amal dan ibadah wajib dan sunatnya, dan menghabiskan masa, dan seringkali pula wang ringgitnya, untuk kenikmatan dunia, lupa dia akan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dan manusia lainnya dan diabaikannya persiapan untuk hari akhiratnya.

2. Diriwayatkan hadith daripada Abu Musa asy-Syaari (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang cintakan dunia berbahaya terhadap akhiratnya, dan sesiapa yang cintakan akhiratnya berbahaya terhadap dunianya, maka utamakanlah yang kekal (yakni, kehidupan akhirat) daripada yang fana (yakni, dunia) yang akan rosak binasa.’ [Hadith Imam Ahmad]

Nasihat Rasulallah (s.a.w) di atas itu amat penting kita yang Islam ini jadikan pedoman hidup setiap masa. Jika kita utamakan dunia pastilah tidak akan kita lakukan sesuatu untuk akhirat kita. Sebaliknya, apabila kita utamakan dunia terabailah akhirat kita kerana kita melakukan pelbagai perbuatan dan perlakuan serta segala sesuatu untuk menikmati nikmat dunia yang mudah dirasai dan mudah kita difahami. Walhal, nikmat akhirat adalah sesuatu yang ghaib dan sukar difahami bagi mereka yang jahil tentang akhiratnya dan bagi mereka yang sangsi tentang akhirat tersebut. Rasulallah (s.a.w) menasihatkan supaya kita yang Islam hendaklah utamakan yang kekal. Berapa ramaikah manusia yg akur dengan nasihat Rasulallah (s.a.w)? Para ulama'pun dengan senang hati melanggar ketetapan Allah (a.s) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), ini pula mendengar nasihat...

Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya, bahawa (purata) umur umat Muhammad (s.a.w), mengikut sabdanya dalam sepotong hadith, hanyalah sekadar 60 atau 70 tahun. Berapa lamakah nikmat dunia yang boleh kita rasai. Sedangkan apabila qiamat dunia sebelum diistiharkan kekekalan akhirat oleh malaikat di siratul mustaqim selepas hisab, kita menunggu di padang makhsyar untuk Buku atau Kitab Catitan Amalan kita memakan masa 50 tahun dalam hitungan tahun akhirat. Sehari di akhirat adalah bersamaan 1,000 tahun kiraan tahun dunia! Itu belum lagi akhirat, yang kekal tanpa sempadan waktu dan tanpa berkesudahan!

Mesej sabda Rasulallah (s.a.w) yg pertama adalah jika seseorang itu inginkan syurga hendaklah dia jangan dahulukan dunianya mengatasi akhiratnya. Hari ini kebanyak manusia, ketepikan akhiratnya. Mereka itu terdiri dari pemimpin, ulama' dan ilmuwan, orang yg mewah, orang yg berharta, orang yg berkedudukan dan sebagainya. Lihatlah tatakelakuan serta perbuatan dan kegiatan harian mereka. Kita akan dapati kebanyakan mereka sangat cintakan dunia, dan bertindak seolah-olah akhirat tidak wujud atau kalau wujudpun tidak ada masalah untuk mendapatkannya. Kenapa tidak?Dalam kejahilan manusia itu, mereka pandang ringan tuntutan akhiratnya, dan beratkan hatinya serta tumpukan segala tenaganya untuk dapatkan dunianya...


Mesej kedua dalam sabda Rasulallah (s.a.w) itu mereka yg berusaha tanpa henti-henti mengumpul harta di dunia itu adalah mereka yangyg tidak akan berharta di akhirat. Ornag yg tanpa harta di akhirat adalah penghuni neraka! Yg berada di syurga memiliki harta yg banyak. Fikirlah orang yg termiskin di dalam di akhirat (i.e. dalam syurga) adalah memiliki kekeyaan 8 kali dunia dan isinya! Siapakah yg paling kaya di dunia sekarang ini? Bill Gates atau Syed Mukhtar al-Bukhary (dikalangan orang Islam di Malaysia)? Mereka masih miskin berbanding dengan orang yg termiskin di akhirat! Malah kekayaan Qarun zaman Musa (a.s) tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia sekarang ini! Kerana terlalu kaya, lupa dia tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w)! Orang yg kaya kinipun sering terlupa dengan tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w). Pertama, nilai dan jumlah zakatnya tak kurang dari 10% nilai kekayaannya, sehingga sampai 1/3 nilai kekayaannya. Apakah sudah dikeluarkan mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Kedua, infaqnya pula bergantung kepada nilai Islam dalam hati kecilnya pula. Infaq adalah membelanjakan sebahagian harta kurniaan Allah (a.w) over and above zakat yg wajib. Orang yg kaya dan berharta menempah tiket ke syurga melalui infaq fi sabilillahnya dan bukan zakatnya! Ramai orang kaya gagal dalam perkara zakat dan infaq ini. Maka dengan itulah mereka menjalani hisaban yg amat teliti, terperinci dan lama sebelum diberikan tiket masuk ke syurga. Kebanyakan orang kaya akan gagal. Daripada 1,000 yg kaya itu, 999 pasti gagal melepasi hisaban harta mereka! Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyebut, cubaan (fitnah) terbesar umat beliau adalah harta dan wanita (perempuan). Kebanyakan umatnya terjerumus ke dalam neraka kerana harta dan wanita (perempuan).

Orang yg mungkin berjaya adalah seumpama Abu Bakar as-Siddiq (r.a) dan Omar ibni Khattab (r.a) dan beberapa sahabat Rasulallah (s.a.w) zamannya. Hari ini, kebanyakan orang itu membazir harta.

Maka dengan itulah, kita wajar sering ingati peringatan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): '
Ya aiyuhallazina amanut taqullaha waltanzur nafsun ma qaddamat lighadin, wat-taqullaha, innallaha khabirum bima ta’maluna.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman (yakni, orang Islam dan yang mengerjakan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w), seperti mengerjakan amalan dan ibadah dan taatkan Allah (a.w) dan RasulNya)! Bertaqwalah kepada Allah (a.w). Dan hendaklah setiap jiwa (mereka yang hidup itu) wajib memerhatikan (yakni, menghisab amalan dan perlakuan diri sendiri) apakah yang telah disediakan atau disiapkan untuk hari esok (yakni, hari akhirat), dan hendaklah benar-benar bertaqwa kepada Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) Maha Mengetahui sedalam-dalamnya semua perbuatanmu.][Ayat 18, Surah al-Haysr].

Antara satu peringatan Allah (a.w) adalah supaya manusia yang mengakui dirinya Islam dan beriman wajib meneliti segala sesuatu yang dipersiapkan olehnya untuk akhiratnya. Orang yang beriman itu taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w). Mereka mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan. Orang yang bertaqwa itu mengerjakan amalan dan ibadah yang disunatkan. Maka mereka akan membuat muhasabah diri, yakni, sentiasa meneliti, mengingatkan dan mempastikan apakah amalan dan ibadah serta segala sesuatu amal ma’ruf yang dipersiapkan untuk kiriaman akhirat demi mencari kebajikan dan kesejahteraan akhirat mereka. Rasulallah (s.a.w) peringatkan umatnya dalam sepotong hadith bahawa hendaklah kita hisab diri kita sebelum kita dihisab di akhirat. Pesanan yg sejajar dengan firman Allah (a.w) di atas itu.

Mudah-mudahan kita bersedia ingat dan bersedia menyediakan diri supaya tidaklah menjadi orang yang tidak memiliki rumah di akhirat dan supaya kita tidaklah menjadi orang yang fakir di akhirat.