Jumaat, 30 September 2011

Rakyat ingin tahu adakah sebahagian duit rasuah yang diterima oleh Datuk Khalid


KENAPA SPRM BEBASKAN KHALID YUSUF?



KAMI sebagai rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar mengarahkan SPRM menyiasat kes rasuah Ketua Pengarah Kastam dan bukan 62 pegawai dan anggota KDRM; termasuk penyambungan luar biasa kontrak Datuk Khalid Yusuf sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia.


Rakyat ingin tahu adakah sebahagian duit rasuah yang diterima oleh Datuk Khalid disumbangkan ke dalam Tabung UMNO atau Tabung SPRM sehingga beliau dikecualikan dari siasatan kes rasuah KDRM?

Beberapa persoalan yang kami ingin tahu ialah adakah Kes Skandal Bintulu iaitu kapal dicekup oleh Marin Polis dan dilepaskan oleh beliau begitu sahaja pada tiga tahun lepas; Kes Skandal Sayap Ayam yang transit ke Brunei tapi berpuluh kontena dijual di Miri dan seluruh Sarawak; kerana pada ketika itu Datuk Yusuf ialah Pengarah Kastam Sarawak. Kes-kes tersebut belum masuk kereta yang diimport ke Sarawak tanpa AP atau Under declare.

Sebenarnya, Pegawainya, Allahyarham Tuan Sarbini yang terbunuh di bangunan SPRM hanyalah ikan bilis. Macam mana ikan jerung boleh lepas dari sebarang tuduhan rasuah? Datuk Khalid dipercayai menyimpan wang rasuahnya di luar negara seperti Australia. Kami minta SPRM tanya dia betulkah dakwaan kami?

Kami akan buktikan kepada seluruh warga Malaysia bahawa kerajaan amat silap melantik kembali Ketua Pengarah yang bergelumang dengan rasuah, seolah-olah tiada lagi pengarah lain di Malaysia yang boleh mengganti beliau.

Kami akan dedahkan Skandal Seks beliau dan kes rasuahnya bersama kroninya; serta sindiket penyeludupan di Sarawak dalam masa yang terdekat.

Ketua Pengarah Kastam marah kepada Wartawan kerana merosakkan imej KDRM di sebuah surat khabar STAR kelmarin dulu. Dalam pada itu, Wartawan Ms AIce dan beberapa lagi termasuk Krew RTM, keluar daripada bilik sidang akhbar semasa beliau masih berucap.

Datuk Khalid sendiri sebenarnya yang memalukan imej Kastam Diraja Malaysia sehingga Wartawan pun malas mendengar beliau seperti ‘anjing gila menyalak ketika musim mengawan’. Apakah Ketua Setiausaha Negara juga terlibat?

Yang Benar,
TRANSFORMER 3D & PEGAWAI PENCEN.