Rabu, 20 Julai 2011

USTAZ AZHAR IDRUS JAWAB FITNAH ZINA UMNO TERHADAP MAT SABU




 
Dalam satu siri kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus beberapa tahun yang lalu,seorang pendengar telah bertanyakan soalan yang berbunyi,"Apakah hukum seorang isteri yang telah bersuami tetapi suka berdua-duaan dengan lelaki lain ke sana ke mari?"


video

Jawab Ustaz Azhar,"Jawabnya berdosalah.Kalau berdua-duaan ke sana ke mari berdosalah.Dan hukumnya di dalam Islam TAKZIR,tiada HUDUD jika berdua-duaan.Takzirlah.Kalau berdua-duaan itu maknanya di tengah khalayak ramai,nasihat sahaja.Kalau berdua-duaan dalam bilik apa semua,TAKZIR.Bawa masuk dalam Hotel dalam apa.Tidak Berzina!Takzir dia panggil.Kena dendalah.Adapun berduaan,pergi makan bersama (dia ada suami dah),keluar dengan orang lain pula,makan bersama,duduk di tepi pantai dan bukannya tempat-tempat yang tersembunyi hukumnya dinasihati sahaja (tidak boleh ditakzir).Tetapi Haram tetap Haram.

video asal di Youtube : Ustaz Azhar - Kedaroh Ranggoh (7/10) minit ke 3:20

Dalam soal jawab ini,Si penanya dan Ustaz yang menjawab tidaklah mengaitkan kes yang menimpa Abang Mat Sabu satu ketika dahulu,namun jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Azhar tersebut telah menarik perhatian penulis dan mengingatkan penulis kepada kes Abang Mat.

 

Saban hari semenjak tahun 1995,itulah sahaja fitnah para pencacai Umno terhadap Haji Mohamad Sabu. Zina,zina dan zina.Walaubagaimanapun,fitnah lama tersebut terus dimainkan terutamanya dalam era baru teknologi,dalam zaman blog dan facebook. Jika dahulu masyarakat hanya dapat mengetahui perkara tersebut melalui akhbar dan surat layang,kini perkara tersebut diratib-ratib oleh para pencacai Umno.

Malah,para pencacai Umno turut memfitnah kerajaan Kelantan sebagai munafik apabila tidak mengenakan hukuman hudud terhadap pemimpin Pas atas dakwaan khalwat tersebut.Kononnya Pas menghalalkan zina dan khalwat terhadap para pemimpin dan penyokong Pas.Di sinilah kebengapan pencacai Umno terserlah. Di bawah penulis tampalkan kembali dakwaan-dakwaan jahat mereka di facebook kebelakangan ini:

Ramai org belah sana kata Tun Mahathir yang tolak hudud, tetapi cerita tersebut hanya separuh jalan, tak habis. Mari kita kaji kronologi di bawah - JK

Kronologi dari 1993

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.  Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.


Di sinilah bagaimana pencacai Umno dengan mudahnya memfitnah,tetapi sebenarnya mereka tidak dapat melihat kejahilan mereka sendiri dalam bab agama.Seperti yang diperkatakan dalam kuliah Ustaz Azhar di atas,terdapat perbezaan antara Hukum HUDUD dan Hukum TAKZIR.Jika benarlah Mat Sabu bersalah,jika mahu dihukum mengikut hukum Islam,beliau tidak dikenakan hudud tetapi dikenakan Takzir ataupun denda.

Oleh itu,pihak yang mempersoal mengapa Mat Sabu tidak dikenakan hudud menampakkan kejahilan mereka sendiri.Persoalannya,jika Mat Sabu bersalah dan perlu dikenakan hukum takzir,apakah itu Takzir?

Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman takzir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudua atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
-sumber : Jabatan Mufti Negeri Melaka-

Oleh itu,tindakan pencacai Umno yang memburuk-burukkan Pas dan Mat Sabu sebenarnya hanya menunjukkan kejahilan mereka dalam hukum-hakam Islam