Selasa, 19 Julai 2011

SIAPAKAH DOSA LEBIH BESAR..... ORANG DIFITNAH DENGAN ORANG YANG MEMBAWA FITNAH......?

Logik akal DS Anwar tak akan melaku sebarang kerja jijik sedemikian rupa selagi beliau masih mengingati Allah (Solat). Kalau nak puaskan nafsu Islam membenarkan kahwin 4 boleh cari perempuan mana ia suka untuk dikahwini.

Kalaupun ia mengerjaka dosa, itu ia dengan Allah. Bila solat taubat pasti diampun oleh Allah kecuali dosa syirik.

Bagaimana pula dengan Anok Ayoh sudahkah solat taubat, phon taubat daripada Allah atas finah ini, mengedar fitnah, mencaci, menuduh orang berzina.....anda telah menempah dosa terlalu besar lebih sebagai pembunuh .... dosa orang membaca , mempercayai, menolong mengedar anda terpaksa tanggung .... pahala ibadat anda dipindah kepada orang yang anda fitnah.

INGAT:  DOSA ANDA TAK AKAN DIAMPUN OLEH ALLAH SELAGI ANDA TIDAK MEMOHON MAAF DARI DS ANWAR DAN ISTERINAYA .... ANDA DALAM KATEGORI FASIK ... HARAM MENJADI SAKSI.

TEGORAN DARI ALLAH UNTUK SEMUA UMAT

Menghina Orang Lain
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian
i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

Riwayat at-Tarmizi

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.