Isnin, 11 Julai 2011

Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan

Sebarang berita boleh didengar, dilihat tapi nak percaya perlu lihat siapa yang menyempaikan, kalau orang Munafik dan Fasik haram kita mempercayai, Di zaman Rasulullah Abdullah Ubai (Munafik) beliau yang memfitnahkan Siti Aishah. Tapi kalau datang dari ulamak adalah wajib dipercayai, sebab mereka orang yang takutkan Allah. Tambahan dalam Internet rupa gambar manusia boleh diganti. Oleh itu pohonlah pada Allah agar kita dilorong orang yang benar. Pahami Hadis dibawah dan ambil iktibar....

Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Riwayat Bukhari Dan Muslim

Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.

2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.

3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.