Isnin, 11 Julai 2011

Jadilah Muslim Yang Terpelihara


Bismillah. Asyik-asyik dok fitnah DS Anwar, dosa apa yang Anwar lakukan kepada awak sehingga saggup awak mengadai semua pahala kepada Anwar, sanggup anda menjadi orang FASIK. Dah tu pula sebarkan gambar ini kepada seluruh dunia. Semua manusia membaca mencitpa dosa untuk kamu. Dosa pengumpat tak akan diampun Allah selagi Anwar tidak memaafkan kamu. Kerana kamu juga Iblis telah berjaya memesongkan iman manusia menjadi Fasik. Anwar setaip hari ia solat dan bertaubat. Anda bagaimana, setiap hari menambah dosa demi dosa. Ini menzalimi diri anda dan menzalimi orang lain. Kembalilah kepada Islam, jangan ikut orang Munafik dan Orang Fasik.

Jadilah Muslim Yang Terpelihara
Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir.”
(al-Bukhari)

Huraian:
Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka. Ini disebabkan keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk, memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh. Lantas terjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hingga Islam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras. Sesungguhnya inilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam. Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung. Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa jua tindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkan memporakperandakan kesejahteraan bersama.