PAUTAN TAMBAHAN

Rabu, 28 Disember 2011

Ustaz Harun Din Kelebihan Nabi Muhamad

Ustaz Harun Din kelebihan nabi Muhamad 1/8



ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 2/8

ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 3/8



ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 4/8


ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 5/8

ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 6/8

ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 7/8

ustaz harun din kelebihan nabi Muhamad 8/8 

Ust Azhar Idrus- [ Hasad Dengki ] Hapus Amalan


Dengki amalan ahli neraka ...

Jemaah Berbilang-bilang...-Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain

Sedikit pencerahan dari yang berbahagia ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain berkenaan dengan BERBILANG JEMAAH. Tempat kuliah ini diadakan di Tir'ah,mansurah. Rakaman ini dibuat ketika beliau menjawab soalan dari seorang pelajar. Selamat Beramal!

Selasa, 27 Disember 2011

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG.





وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩)

Terjemahan:

(179) Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raaf 7:179)

Mukaddimah:

Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh Allah adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada Allah (Al-Zaariyat :56). Beribadat kepada Allah adalah bukti kita mensyukuri ni’mat pemberianNya. Dan di antara ni’mat yang paling utama yang wajib kita syukuri ialah: Telinga, Mata dan Hati. Ketiga-tiganya pasti akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti. Dan dengan ni’mat-ni’mat tersebut kita boleh menjadi manusia yang sempurna dan memiliki ilmu pengetahuan.

Firman Allah:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawapannya (ditanya). (Al-Israa 17:36)

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Allah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”. (An-Nahl 16:78)

Di antara kesimpulan yang dapat diambil daripada ayat-ayat di atas ialah:


1. Telinga, mata dan hati termasuk ni’mat utama. Ketiga-tiganya disebut secara khusus dalam ayat untuk ditanya dan diminta pertanggung jawabannya di akhirat nanti, walaupun sebenarnya anggota-anggota lain juga akan ditanya.


2. Tujuan pemberian ketiga-tiga ni’mat tersebut ialah agar kita bersyukur kepada Yang Maha Pemberinya (Allah SWT).

Namun demikian, dalam kenyataannya (reality) sungguhsedikit manusia yang dapat mensyukuri ni’mat tersebut. Ini sebagaimana firman Allah:

وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
“Dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali yang bersyukur”. (As-Sajadah 32:9)

Manusia: Antara Malaikat Dan Binatang:

Pada garis besarnya makhluk terbagi kepada tiga golongan iaitu:

1. Golongan Malaikat. Makhluk ini hanya Allah akan berikan akal tanpa nafsu. Itu sebabnya semua mereka senantiasa patuh kepada Allah dan tidak pernah durhaka.

2. Golongan Haiwan (binatang). Makhluk ini hanya Allah berikan nafsu tanpa akal. Itu sebabnya mereka tidak ada daya penimbang ukuran antara baik dan buruk.


3. Golongan Jin Dan Manusia. Tujuan penciptaan mereka adalah sama, oleh itu Allah SWT anugerahkan kepada mereka kedua-duanya, iaitu: Akal dan Nafsu.

Akal senantiasa mendorong manusia agar berbuat baik dan nafsu pula senantiasa mendorong manusia agar berbuat jahat. Jika akal seseorang dapat menundukkan nafsunya, maka ia akan menjadi manusia yang baik. Malahan mungkin juga lebih baik daripada Malaikat seperti Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dapat mengatasi kedudukan Jibrail dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Malaikat Jibrail hanya mampu naik sampai ke Sidratul Muntaha, tetapi Baginda Rasul dapat naik lebih tinggi daripada itu untuk menemui Allah SWT.

Demikian juga menurut setengah riwayat tentang jenis Jin yang bernama Azazil yang pernah diangkat menjadi imam para malaikat di langit setelah ia beribadah kepada Allah selama 8000 tahun di bumi dan di langit.

Sebaliknya jika nafsu seseorang dapat menundukkan akalnya maka ia boleh menjadi manusia yang jahat. Malahan mungkin lebih jahat dan lebih sesat daripada binatang. Ini sebagaimana kandungan ayat yang menjadi topik pembahasan kita.

Tafsiran Ayat:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia

Maksudnya: Allah menyatakan dalam ayat ini bahwa kebanyakan penghuni neraka terdiri daripada golongan jin dan golongan manusia. Ini karena matlamat mereka dijadikan oleh Allah adalah sama iaitu agar mereka beribadah kepada Allah.

Apakah sifat-sifat manusia dan jin tersebut sehingga mereka mengalami nasib sedemikian? Allah SWT menjelaskan pada ayat yang sama bahwa di antara sebab-sebab utamanya ialah karena mereka tidak mensyukuri ni’mat telinga, mata dan hati.

Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah)

Maksudnya: Dalam ayat ini pula Allah SWT menyatakan secara jelas sebab-sebab mengapa kebanyakan manusia dan jin dilemparkanNya ke dalam neraka Jahannam iaitu karena mereka tidak mensyukuri ketiga-tiga ni’mat di atas iaitu nikmat hati, ni’mat mata dan ni’mat telinga.

Imam Al-Ghazali berkata dalam kitabnya Ihyaa ‘Uluumiddin bahwa rukun syukur ada tiga:

1. Mengucap syukur dengan lidah (Alhamdulillah)

2. Pengakuan dalam hati bahwa ni’mat adalah anugerah Allah

3. Menggunakan ni’mat pada jalan yang diredhai Allah.

Atas dasar ini, seseorang belum lagi digolongkan telah bersyukur kepada Allah kalau hanya sekedar mengucapkan syukur dengan lisannya (Alhamdulillah) dan pengi’tirafannya bahwa ni’mat itu pemberian Allah sekiranya dia tidak ikuti dengan rukun ketiga iaitu menggunakan ni’mat tersebut sesuai dengan tujuan ni’mat itu diciptakan oleh Allah.

Mensyukuri ni’mat hati (minda) ialah dengan berusaha keras memahami ayat-ayat Allah samada ayat-ayat Al-Quraniyah ataupun ayat-ayat Kauniyah (kejadian dalam alam maya ini). Lanjutan daripada pemahaman yang mendalam itu akan membuahkan natijah bahwa hanya Allah saja yang wajib disembah dan dipatuhi dalam hidup ini.

Mensyukuri ni’mat mata (penglihatan) dan ni’mat telinga (pendengaran) ialah dengan menggunakan ni’mat-ni’mat tersebut untuk melihat akan kekuasaan Allah dan mendengar pengajaran dan nasehat yang terkandung dalam ayat-ayat Allah. Dan selanjutnya dengan bersikap demikian akhirnya ia akan insaf dan menjadi manusia yang lebih bertaqwa kepada Allah dan kometmen (istiqamah) dengan ajaran Islam.

Tetapi sekiranya ketiga-tiga ni’mat tersebut tidak disyukuri sebagaimana semestinya maka Allah SWT menggolongkan mereka seperti makhluk hewan (binatang), malahan lebih sesat lagi daripada binatang. Ini sebagaimana firman Allah SWT selanjutnya:

Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi

Maksudnya: Mereka yang mempunyai sifat sebagaimana yang tersebut di atas adalah seperti binatang ternak: onta, kerbau, lembu, kambing. Mengapa demikian? Karena ni’mat-ni’mat di atas (telinga dan mata) hanya mereka gunakan untuk memenuhi keperluan syahwat jasmani atau duniawy sahaja. Malahan kedudukan mereka lebih sesat daripada binatang. Dan mengapa pula demikian? Karena mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada binatang iaitu alat pembeda antara yang baik dan buruk, antara yang haq dan batil iaitu hati atau minda atau akal.

Mereka itulah orang-orang yang lalai

Maksudnya: Mereka adalah orang-orang yang lalai akan kemaslahatan (kebaikan) mereka pada dua kehidupan iaitu kehidupan di dunia dan di akhirat. Sebab jika manusia benar-benar memahami dan mengikuti panduan Al-Quran tentang rahasia penciptaan manusia niscaya mereka akan mempergunakan ni’mat-ni’mat tersebut dengan sebaik-baiknya, bukan hanya untuk kebaikannya di dunia yang sementara ini saja tetapi lebih-lebih lagi untuk memperbanyak perbekalannya di alam akhirat yang kekal abadi nanti.

Peringkat Kelalaian Manusia:

Kelalaian manusia tidak sama derjatnya.

1. Ada di antara mereka yang lalai daripada menghayati ayat-ayat Allah yang ada pada diri mereka dan alam semesta (ayat kauniyah), yang sebenarnya boleh menolong mereka untuk mengenali Allah (Ma’rifatul Llaah).

2. Ada pula yang lalai daripada menggunakan minda mereka untuk memikirkan tentang matlamat utama mereka diciptakan oleh Allah.

3. Ada juga yang lalai terhadap keperluan mereka yang asasi; baik dia sebagai indevidu, atau dia sebagai ketua rumah tangga, atau dia sebagai anggota masyarakat, atau dia sebagai salah seorang muslim atau muslimat.

Kesimpulan:

1. Penghuni neraka Jahannam kebanyakannya terdiri daripada Jin dan Manusia yang jahil dan lalai. Kejahilan mereka karena lalai mensyukuri ni’mat-ni’mat Allah.

2. Pendengaran, Penglihatan dan Hati termasuk ni’mat yang paling utama. Siapa yang pandai mensyukurinya akan bahagia di dunia dan di akhirat. Tetapi jika sebaliknya, mereka boleh menjadi makhluk yang lebih sesat daripada binatang.

3. Jika hati selalu digunakan untuk memikirkan akan kebesaran Allah dan memahami ayat-ayatNya (Quraniyah dan Kauniyah) dan jika mata selalu digunakan untuk melihat kekuasaan Allah dan telingan untuk mendengar pengajaran Allah yang terkandung dalam firmanNya, Insya Allah kita termasuk ke dalam golongan yang mensyukuri ni’mat-ni’mat Allah.

Wasallam.
Sumber: Ustaz Abdullah Yasin.

SIMPAN EMAS DAN DINAR EMAS LEBIH BAIK


Isnin, 26 Disember 2011

Ahad, 25 Disember 2011

Turun bendera: Adam beri keterangan kepada polis




Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.

"Kini para mahasiswa sudah tidak lagi boleh bersabar dengan kongkongan kerajaan terhadap kami. Kerajaan yang memerintah tidak selamanya boleh bertindak sesuka hati terhadap mahasiswa dan menzalimi rakyatnya," katanya.

Bercakap kepada Harakahdaily pada satu pertemuan eksklusif sekitar 10 minit selepas memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, semalam, (gambar) beliau mengakui tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh kesedaran dan mempunyai mesej jelas mengenai perkara itu.

"Saya tidak bermaksud untuk menghina. Tetapi itulah mesej kami. Sebab itulah bendera itu pun hanya saya turunkan sekejap sahaja, tak sampai pun lima minit dan kemudian saya naikkan kembali dengan baik," jelasnya.

Semua pihak, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sewajarnya memutarbelitkan kenyataan serta membuat fitnah kepada beliau dan rakan-rakannya yang lain.

"Kalau saya dan rakan-rakan saya tak naikkan kembali bendera Perdana Menteri yang kami turunkan itu, lainlah pula ceritanya," ujarnya.

Namun, dengan hanya menurunkan bendera tersebut dalam tempoh kurang lima minit, beliau berharap agar mesej protes mahasiswa berhubung perkara itu dapat dibaca dengan baik oleh pihak kerajaan.

Beliau bagaimanapun amat kesal kerana tindakan mereka itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga mengaitkannya dengan jenayah, walaupun ia jelas bukan jenayah.

Malah tindakan tersebut selaras dengan amalan demokrasi di negara ini yang memberikan kebebasan berhimpun secara aman dan bersuara kepada rakyat, termasuk di kalangan mahasiswa, seperti yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Di mana-mana negara sekalipun yang mengamalkan demokrasi di dunia ini, terutama di negara-negara maju, suara mahasiswa tidak akan disekat.

Katanya, malah suara mahasiswa diakui mempunyai kuasa tersendiri dan perlu didengari serta dihormati kerana para mahasiswa juga mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya bagi kepentingan agama dan tanah air.

"Malaysia yang berada di bawah pemerintahan BN dan sedang menuju ke arah negara maju, bagaimanapun menafikan suara dan hak mahasiswa. Inilah yang amat dikesali oleh kami," ujarnya.

Beliau berharap agar siri-siri protes yang dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya yang bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan lain-lain badan akan mengubah dasar kerajaan terhadap mahasiswa.

"Pada kami, Auku bukan perlu dipinda, tetapi dimansuhkan. Jika kerajaan tetap enggan mendengar desakan kami, kami tidak akan berdiam diri, malah terus berjuang dan mengadakan pelbagai kempen mengenainya, selaras dengan hak kami dan rakyat negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Para mahasiswa yang berada dalam kumpulan Pro Mahasiswa, tambahnya, berbeza dengan mereka yang berada dalam kumpulan Pro Aspirasi, malah mereka tidak akan berganjak dari matlamat perjuangan mereka walaupun akan digula-gulakan oleh para pemimpin Umno atau BN.

Beliau bersyukur kepada Allah kerana tidak berkeseorangan dalam perjuangan itu, malah disokong penuh oleh rakan-rakan pelajarnya yang lain serta lain-lain pihak yang sedar dengan hak masing-masing di tanah air sendiri.

"Kita rakyat Malaysia atau warganegara Malaysia mempunyai hak ke atas negara ini dan berhak bersuara demi kepentingan agama dan negara. Janganlah lagi hak kami itu dinafikan oleh kerajaan yang memerintah sekarang," tegas beliau. 

Sebelum itu, beliau dengan ditemani rakan-rakannya dalam SMM telah memberikan keterangan selama sejam bermula jam 11.00 pagi kepada pihak polis, berhubung laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Tun H.S Lee, Isnin lalu membabitkan kes ugutan bunuh terhadapnya.

Sebaik selesai memberikan keterangan kepada ASP Anan, beliau terus diserbu oleh pihak media termasuk dari dalam dan luar negara, bagi mengetahui perkembangan terkini mengenainya untuk dikongsi bersama segenap anggota masyarakat terutama di negara ini.

Walaupun banyak syarikat penerbitan yang ingin mengadakan temubual eksklusif dengannya terutama pada hari itu, tidak kesemuanya dapat dipenuhi kerana kesuntukan masa, lebih-lebih lagi setelah azan dari masjid-masjid hampir berkemundang bagi memanggil umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Masa dah terlalu suntuk untuk solat Jumaat. Kalau Harakahdaily ingin mengadakan juga temubual eksklusif hari ini, hanya sempat sekitar 10 minit sahaja," jelasnya sambil menyeka peluh yang memercik di dahi kerana cuaca panas dan kesibukannya melayani pelbagai pertanyaan para wartawan yang telah menunggunya hampir dua jam di IPD Polis Dang Wangi semalam

Petikan dari Harakahdaily 24 Dis 2011

Konsep Hazar (Kerahsiaan) Dan Kepentingannya Dalam Perjuangan Islam

Hazar pada bahasa memberi makna menjaga, mengumpul, dan menghimpun, tersembunyi, tersimpan dan hati-hati.
Kesemua pengertian hazar pada bahasa ini membentuk pengetiannya dari segi istilah, iaitu suatu sikap berhatihati dengan menjaga dan menyimpan maklumat-maklumat serta himpunan rahsia dari segi perkara yang menakutkan dan dari orang-orang yang benci kepadanya. Sikap ini disebut dalam bahasa sebagai waspada.
Perkataan hazaran, (pecahan-pecahannya) disebut sebanyak 21 kali di dalam 12 surah di dalam al-qur’an. 4 surah daripadanya adalah Makkiyah sementara 8 lagi adalah Madaniyyah. Kesemuanya ini memerlukan kepada satu pemerhatian yang lain.

SALAH ANGGAP TERHADAP WASPADA / HAZAR
Dari maksud pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa waspada itu sebenarnya bersumberkan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu. Dalam erti kata lain ialah sesuatu sikap yang akan diambil ekoran dari tuntutan waspada adalah didasarkan kepada satu kajian mengenai sebab dan akibat juga kesan terhadap akibat yang menimpa. Ini bukan berlaku secara membabi buta.
Sikap waspada juga adalah bertunggakkan perancangan jamaah yang berusaha mengurangi akibat yang menimpa jamaah dan diri individu dalam jamaah.
Waspada bukanlah yang mendorong orang kian takut untuk menjalankan kerja-kerja Islam. Waspada bukan membuatkan orang berputus asa dan menyerah kepada takdir. Sebaliknya waspadalah yang menjadikan seseorang semakin cekal untuk ‘amal Islami’, sebab dia tahu jatuh bangun kerjanya melalui pengalaman yang panjang dan perancangan yang teliti. Namun demikian perlu diingatkan kepada anggota gerakan bahawa kewaspadaan haruslah kena pada tempatnya.
Akibat dari mengambil sikap yang terlalu berhati-hati akan menyebabkan seseorang menjadi takut bayang-bayang sendiri. Inilah yang perlu dielakkan kerana ini bukanlah sifat terpuji, bahkan ia adalah sifat yang keji. Ramai penggerak-penggerak harakah Islamiyyah yang tertipu dengan ungkapan berhati-hati dan berwaspada yang menyebabkan akhirnya mereka tidak boleh bergerak, keluar dari kepompong kehinaan, kejahilan dan kelemahan. Bahkan akibat terlalu takut ramai dikalangan penggerak Islami ini yang lari dari medan pertempuran dan jihad yang menjadi kewajipan mereka. Lihatlah betapa ramai yang beralasan untuk tidak berjuang dalam gerakan Islam kerana takut dipecat, diambil tindakan, terikat dengan akujanji dan seumpamanya, yang semuanya bermain dengan alasan.
Oleh itu, hazar dengan maksud di atas adalah merupakan sifat yang terpuji, sifat orang beriman dan berakal yang mengetahui sebab akibat. Orang-orang jahil, mereka tidak mengetahui hazar, mereka menjadi berani tidak bertempat, takut tidak berwaktu. Orang-orang jahil dan orang kafir tidak mengamalkan hazar kerana mereka tidak pernah mengalami kesukaran sepertimana yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam.
Orang-orang jahil yang saban harinya diulit dengan kesenangan, kekenyangan, dan kemudahan tidak ada apa yang ditakuti, kegiatan mereka juga tidak ditakuti dan dicemburui kerana mereka tidak pernah membawa panji-panji dakwah Islamiyyah. Tetapi lihatlah apa yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam, sejak zaman Nabi a.s., Nabi saw sendiri sehinggalah kepada zaman mutakhir para pejuang Islam akan sentiasa diburu, dibunuh, dipenjarakan, diseksa, ditekan dan ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan. Inilah yang mendewasakan pejuang Islam dan dengan amalan hazar ini akan menjadikan gerakan Islam sentiasa bernafas dan bergerak setiap zaman.

PERINTAH MENJAGA HAZAR.
Perintah menjaga hazar dapat digali dalam sirah baginda saw, iaitu yang masyhur adalah ketika baginda berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat setianya Abu Bakar r.a. para ulama’ berpendapat bahawa tindakan Nabi saw berhijrah bersama-sama dengan Abu Bakar r.a. dalam keadaan hazar (berwaspada) dalam suasana malam dan sunyi, yang mana tempat tidurnya diganti oleh Saidini Ali r.a. adalah tindakan yang septutnya diambil oleh manusia biasa yang lainnya.
Inilah sunnah yang perlu diikuti oleh setiap penggerak harakah Islamiyah iaitu mengambil langkah berhati-hati mengelakkan dari ditangkap oleh musuh-musuh. Nabi saw mengamalkan hijrah dalam keadaan rahsia walaupun baginda sentiasa dipelihara oleh Allah menunjukkan bahawa taktik dan strategi sirr dan hazar adalah sunnah yang patut diamalkan, berbeda dengan tindakan Saidina Umar r.a. yang berhijrah dalam keadaan mengisytiharkan dirinya dalam keadaan pedang terhunus, bukan juga menunjukkan tindakannya adalah keterlaluan ataupun jahil, tetapi sebagai petanda bahawa Umar memiliki keistimewaan tersendiri.
Selain itu dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:
“Jika engkau Muhammad berada di antara mereka yang Islam, lalu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri solat besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus, dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu menanggung sakit, dan siap sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang hina bagi orang-orang kafir.” (An-Nisa’ : 102)
ayat di atas dengan tegas menunjukkan wajib berhazar dengan diterangkan kaedah dan cara-cara berwaspada, diperintahkan memegang senjata dalam solat, diperintahkan agar kaum muslimin yang lain berdiri di belakang orang-orang yang sedang sembahyang agar memelihara mereka dari serangan musuh. Kaum muslimin dibahagikan kepada dua kelompok, satu kelompok mengerjakan sembahyang dan satu lagi kelompok menjaga mereka.
Diterangkan juga orang-orang kafir ingin melalaikan kaum muslimin dan berusaha menghancurkan mereka sekaligus. Semua ini membuktikan wajib hazar dari sesuatu yang tidak disenangi.
Firman Allah swt :
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman berwaspadalah kamu dan majulah (ke medan pertempuran) bersama-sama” (An-Nisa’ : 81)
Perintah ini ditujukan kepada kaum muslimin agar berjihad terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan Allah dan berusaha mempertahankan agama dan diperintahkan kepada orang yang berkemampuan untuk menyebarkan dakwah. Mereka juga diperintahkan supaya tidak menyerang musuh membuta-tuli, tetapi harus terlebih dahulu mengetahui apa yang dimiliki oleh musuh dan mengetahui bagaimana cara menolak serbuan mereka. Itulah kaedah pertahanan yang baik.

HAZAR DAN KEPENTINGANNYA DALAM PERJUANGAN ISLAM
Bentuk-bentuk hazar dalam perjuangan dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
1. Hazar terhadap musuh luaran
2. Hazar terhadap musuh dalaman
Hazar terhadap musuh luaran ialah waspada terhadap orang-orang kafir dan munafik yang sentiasa berusaha menghancurkan Islam. Kerosakan yang menimpa kaum muslimin akibat perbuatan orang-orang munafik mengikut sejarah Islam amat besar. Kadang-kadang menghadapi mereka adalah lebih sukar kerana orang-orang kafir jelas nyata permusuhannya terhadap Islam, sedangkan orang-orang munafik menyembunyikan permusuhan mereka, jangan sama sekali mempercayai kata-kata manis mereka bahkan harus berusaha menutup pintu di hadapan mereka serta berusaha menghancurkannya. Allah swt berfirman tentang sifat orang-orang munafik dan harus waspada menghadapi mereka.
“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum, dan jika mereka berkata-kata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu tersandar. Mereka mengira bahawa setiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya). Maka waspadalah terhadap mereka, semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka dipalingkan dari kebenaran” (al-Munafikun : ayat 4)

HAZAR TERHADAP MUSUH DALAMAN
1. Waspada dari kemaksiatan
2. Waspada dari mengikut hawa nafsu
3. Waspada dari keluarga dan anak-anak.
1. Waspada dari kemaksiatan
Firman Allah swt;
“Dan Allah mewaspadakan kamu terhadap diriNya” (Ali Imran : 28)
Mewaspadakan di dalam ayat tersebut ialah mempertakutkan dengan siksaanNya apabila kamu mengerjakan kemaksiatan lantaran kemaksiatan itu menyebabkan kemurkaan Allah dan membatalkan pertolonganNya.oleh itu, pendakwah harus merasa takut dan waspada dengan turunnya azab Allah, terhentinya bantuanNya dan terbatal setiap bentuk pertolonganNya.
Da’ie perlu sentiasa berpegang teguh kepada Allah, menyerah dan bertawakkal kepadaNya serta menjauhi diri dari kemurkaanNya. Ingatan daie harus terus menerus kepada Allah tanpa ada rasa riya’, suka dipuji dan ujub.
2. Waspada dari mengikut hawa nafsu
Pendakwah tidak sewajarnya mengikut dorongan nafsu yang menyeretnya meninggalkan kebenaran atas alasan ramainya pengikut, meluasnya dakwah dan sebagainya.
Firman Allah swt:
“ Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka mengikut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhdapa mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian peraturan yang Allah turunkan kepadamu” (Al-Maidah: ayat 49)
3. Waspada dari keluarga dan anak-anak
Cinta kepada keluarga dan anak-anak kadangkala menjadi fitnah dan penghalang kepada daie untuk berjihad dan berdakwah atas alasan berada di tengah-tengah keluarga adalah tenang dan tenteram.
Justeru, setiap tipudaya keluarga harus disingkirkan lantaran tuntutan jamaah adalah lebih aula dan hak.
Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuhmu. Maka hendaklah kamu hazar dari mereka” (At Taghabun : 14)

PENUTUP
Semoga perbincangan ringkas ini memberikan kesedaran kepada kita akan peri pentingnya hazar dalam gerak kerja dakwah. Kesilapan yang lalu tidak perlu diulangi dan segala pengalaman perlu dipelajari. Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mengepung dan sentiasa mengintai-intai peluang untuk menghancurkan Islam dari segenap penjuru.



Jumaat, 23 Disember 2011

Umat Islam akan berpecah menjadi 73 kumpulan


Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.

Kemusykilan:

Apakah maksud sebenar hadis ini ? Ia seolah-olah meramalkan bahawa banyak umat Islam yang akhirnya akan masuk neraka. Bagaimanakah kita hendak meletakkan diri kita dalam kumpulan al-Jamaah ?

Penjelasannya:

Hadis ini adalah antara yang paling disalah-fahami dan disalah-gunakan. Dengan hadis ini ramai pihak yang memisahkan dirinya daripada kesatuan umat atas alasan kononnya Rasulullah telah meramalkannya. Dan banyak kumpulan yang membenarkan kumpulan sendiri sebagai hanya yang satu-satunya layak masuk syurga manakala lain-lain kumpulan semuanya akan masuk neraka.

Sementara itu sebahagian lain pula menolak hadis ini kerana bagi mereka adalah mustahil kebanyakan umat Islam akan masuk neraka. Telah sabit dalam pelbagai hadis yang sahih bahawa umat Islam, yakni mereka yang mengucap dua kalimah syahadah akan masuk syurga secara pasti. Mereka mungkin akan masuk ke neraka untuk sementara waktu bergantung kepada dosa-dosa besar yang dilakukan masing-masing tetapi akhirnya akan tetap masuk ke syurga.

Oleh itu apakah maksud hadis di atas ? Marilah kita mengkaji maksud kalimahnya satu persatu.

Sabda baginda: … dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan)… bukanlah merupakan satu ramalan yang menetapkan tetapi adalah satu peringatan kepada apa yang mungkin akan terjadi.

Jumlah 73 yang baginda sebut mengisyaratkan kepada jumlah yang banyak sebagaimana kebiasaan penggunaan angka 7 atau 70 oleh masyarakat Arab untuk mengisyaratkan sesuatu yang besar jumlahnya. Ini seperti yang telah diterangkan ketika menjelaskan hadis orang kafir ada tujuh usus. Angka 2 dan 3 bagi jumlah 72 dan 73 pula mengisyaratkan bahawa umat Islam berkemungkinan akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan yang lebih banyak jumlahnya daripada perpecahan Ahli Kitab.

Daripada kumpulan-kumpulan ini hanya al-Jamaah yang akan masuk syurga. Apa dan siapakah al-Jamaah ?

Dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar.

Justeru Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas dalam rangka memberi amaran keras kepada umatnya untuk tidak berpecah-belah menjadi kumpulan dan kelompok yang saling berselisih antara satu sama lain. Hendaklah umat Islam semuanya bersatu sebagai satu jamaah.

Amaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis ini adalah selari dengan ayat al-Qur’an berikut ini:

 Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan..kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” [Hud 11:118-119]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan tabiat manusia yang suka berpecah-belah dan ini termasuklah umat Islam sendiri. Semuanya akan memenuhi neraka kecuali mereka yang bersatu atas kebenaran, iaitu jamaah umat Islam.

Dalam sebuah ayat lain Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]

Dalam ayat di atas Allah Tabaraka wa Ta‘ala menerangkan sifat orang-orang musyrik yang memecah-belahkan agama mereka, masing-masing bergembira dengan pecahan masing-masing. Maka hendaklah orang-orang yang mentauhidkan Allah, yakni umat Islam bertindak berbalik daripada tindakan orang-orang musyrik tersebut, iaitu hendaklah umat Islam bersatu dalam satu jamaah dan mengelakkan perpecahan.

Sikap berjamaah yang menjauhi perpecahan juga sangat ditekankan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis-hadis baginda.
Antaranya:
Sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya daripada jamaah sekalipun dengan jarak sehasta lalu dia mati, maka matinya adalah dalam keadaan jahiliyah.

Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka: 

(1) seseorang yang memisahkan dirinya dari jamaah dan menderhakai imamnya dan mati dalam keadaan menderhaka,(2) Seorang budak perempuan atau budak lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu dia (budak tersebut) mati dan

(3) seorang isteri yang suaminya pergi lalu ditinggalkan bekalan (nafkah) duniawi yang mencukupi namun kemudian dia (si-isteri) mengkhianati (suaminya).
[3]
Sabda Rasulullah: Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka bermaksud tiga orang yang akan menghadapi kemusnahan di Hari Akhirat nanti.[4]

Berjamaah adalah rahmat dan berpecah adalah azab.
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka.

Wahai manusia, berjamaahlah kalian dan janganlah kalian berpecah-belah. Sesiapa yang hendak tempat di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia selalu berjamaah.

Akan datang sesudah aku orang-orang yang berbuat fitnah, keburukan dan kejahatan. Maka sesiapa kamu yang melihatnya memecah-belahkan al-Jamaah atau hendak memecah-belahkan antara umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam atau memecah-belahkan urusan mereka, maka bunuhlah dia siapapun orangnya.Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.

Demikian beberapa hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang memerintah umat untuk berjamaah dan ancaman keras bagi mereka yang memecah-belahkan jamaah atau mengasingkan diri darinya.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimanakah seharusnya kita umat Islam hidup berjamaah?
Sepertimana yang telah diterangkan, dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar. Untuk memperincikan konsep al-Jamaah memerlukan sebuah buku yang berasingan kerana ini adalah satu subjek yang luas dan penting. Justeru berikut ini hanya digariskan perkara-perkara penting tentang konsep berjamaah dalam Islam:

Pertama:

Berjamaah adalah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atau terkeluar dari batas-batas Islam. Ini adalah dasar pertama yang terpenting sehingga Abdullah ibnu Mas‘ud radiallahu ‘anhu pernah berkata: al-Jamaah adalah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau bersendirian.[9]

Namun perlu diingatkan bahawa kebenaran itu sendiri adalah sesuatu yang sangat luas, justeru hendaklah ia ditentukan oleh seseorang mujtahid atau sekumpulan ilmuan yang jujur dan adil. Jika didapati seseorang atau sesebuah kumpulan itu jelas menyalahi kebenaran, maka tidak perlu berjamaah dengannya seperti orang yang menyindir Rasulullah atau kumpulan tariqat yang meletakkan syari‘at Islam di tangga kedua selepas shaikh mereka.
Kedua:Berjamaah adalah kepada satu pemimpin yakni seorang khalifah Islam. Dalam suasana tidak ada khalifah pada masa kini, berjamaah adalah kepada pimpinan al-Qur’an dan al-Sunnah dan para ahlinya. Dalam ertikata lain, para ilmuan Islam yang berdiri di atas al-Qur’an dan al-Sunnah bertindak sebagai pemimpin umat Islam masa kini sehinggalah lahir sistem khalifah yang berwibawa.

Ketiga:Berjamaah bukanlah bererti persatuan pendapat tetapi adalah toleran terhadap beberapa pendapat yang sedia ada. Sebahagian ahli hikmah berkata: Yang dibolehkan adalah perbezaan pendapat sementara yang dilarang adalah perpecahan umat. Namun perlu diingatkan bahawa sikap toleran hanyalah terhadap beberapa pendapat dan bukannya semua pendapat kerana pendapat yang batil wajib ditolak atau diperbetulkan.

Keempat:Berjamaah bukanlah bererti tidak boleh wujud beberapa kumpulan atau gerakan tetapi berjamaah adalah bekerjasama sesama kumpulan dan gerakan. Dalam hal ini bersambung kata-kata para ahli hikmah: Bersatu dalam perkara yang kita sepakati, berdiam diri dalam perkara yang kita selisihi.

Kelima: Berjamaah adalah saling menghormati antara satu sama lain. Namun di waktu yang sama gerakan dakwah dan ‘amar ma‘aruf nahi mungkar wajib berjalan sesama ahli termasuk pemimpinnya supaya kebenaran sentiasa berada bersama jamaah. Seandainya pemimpin memerintahkan sesuatu yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka tidak ada ketaatan kepada perintah tersebut melainkan kewajipan membetulkannya. Seandainya pemimpin tetap berdegil maka hendaklah diusahakan perlantikan atau penggantian pemimpin yang baru secara bermesyuarat sesama jamaah (Majlis Syura). Semua ini tetap dijalankan dalam jamaah, tidak di luarnya.

Demikian lima dasar utama konsep jamaah dalam Islam. Berjamaah berlandaskan dasar-dasar di atas wajib ditegakkan dan dipelihara sesama umat Islam tanpa mengira mazhab fiqh dan fikrah politik. Tidak boleh memecahkan jamaah semata-mata kerana perbezaan pendapat dalam hukum fiqh. Tidak boleh membahagi-bahagikan jamaah semata-mata kerana perbezaan pandangan dalam berpolitik. Tidak boleh saling memulau antara jamaah semata-mata kerana sesuatu amalan bid‘ah yang tidak jelas kebid‘ahannya. Sesiapa yang memecah-belahkan jamaah atau menyisihkan diri atau memulau daripada jamaah maka dia termasuk salah satu daripada 72 kumpulan yang akan masuk ke dalam neraka.

Mengapa Umat Islam perlu berpolitik?

Ulamak Politik,Untuk Dakwah Atau Politik Part 1
Assalamualaikum wbt....

USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan  hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan  islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya  berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh  selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan  dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan  kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana  iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!!  Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama  ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah  terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.

Muhammad Syafiq



Jawapan Ustaz Ali Muda
Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:

(1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat,

(2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik,

(3) Parti politik berasal drp sistem kafir,

(4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang?  Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)?  Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam  akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.

Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

Khamis, 22 Disember 2011

Video - Memang Mustahil DAP Boleh Tukar Agama Rasmi Negara


Suara tidak sampai 20 peratus ahli DAP yang beragama Kristian dan sekitar 60 kerusi parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum di negara ini, ia jauh sekali untuk membentuk majoriti dua pertiga apatah lagi meminda Perlembagaan negara.

Menjelaskan hal itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hujah bahawa DAP berhajat menukar agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan kepada agama Kristian adalah suatu hujah yang begitu dangkal dan fitnah terdesak pihak berkepentingan kerana ia suatu yang mustahil berlaku di negara ini.

Malah ia juga jelas Khalid adalah usaha bagi mengelirukan rakyat oleh Umno-Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka ke atas masyarakat Melayu di negara ini.

“Saya haraplah umat Islam dan masyarakat Melayu tidak mudah tertipu, orang (ahli) DAP seperti mana saya sebut tak sampai 20 peratus daripada mereka adalah orang Kristian tak mungkin mereka boleh tukarkan perlembagaan negara.

“Kalau DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun paling maksimum hanya boleh dapat 60 kerusi daripada 222.

"Kalau nak tukar perlembagaan dan sebagainya, nak jadikan negara Kristian dan sebagainya, DAP kena menang paling kurang 140 kerusi untuk menjadikan dua pertiga dan ianya satu perkara yang mustahil dan ini tak diberitahu pada orang Melayu. Orang Melayu di kampung-kampung ditakut-takutkan,” katanya ketika ditemui Tv Selangor pada sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan, semalam.

Jelas Khalid, sikap terdesak Umno-BN ini hakikatnya "memaksa" masyarakat Melayu untuk terus hidup dalam keadaan bimbang, takut dan kecurigaan yang berpanjangan terhadap kaum lain di negara ini.

Ia sekaligus digunakan untuk melemah dan memburukkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pelbagai kaum yang memperjuangkan hak sama rata rakyat di negara ini.

“Ini cara bagaimana orang Melayu kita ini diperbodohkan dan ditakut-takutkan demi kepentingan Umno- Barisan Nasional,” katanya.

“Mereka (Umno-BN) dalam keadaan kelam kabut dan mereka main apa saja isu yang mereka rasa boleh menyebabkan orang Melayu takut pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan orang Melayu ini lari kepada mereka,"tambahnya lagi.


Berita dan video ihsan TVS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Jalan Keluar dari Fitnah (Bag. 1 dari 4)


Fitnah Terhadap DS Anuar Ibrahim

Ibnul Qoyyim berkata: sebagian besar para ulama salaf mengartikan fitnah di sini adalah kesyirikan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا [البروج/10

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cobaan kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertobat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (QS. Al - Buruj : 10).
Fitnah dalam ayat ini ditafsirkan dengan penyiksaan orang-orang musyrik terhadap orang-orang beriman dan mereka membakar orang-orang beriman dengan api.
Sebenarnya lafazt ayat tersebut lebih umum. Tujuan meraka menyiksa orang-orang beriman agar terkena fitnah (lari) dari agama islam”. Maka fitnah ini disandarkan kepada perbuatan orang-orang musyrik.
Adapun fitnah yang disandarkan oleh Allah ta'ala kepada diri-Nya sendiri, atau yang disandarkan oleh Rosulullah kepada-Nya (Allah ta'ala).
Seperti disebutkan dalam firman Allah yang lain:

وَكَذَلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ [الأنعام/53]

“Dan seperti itulah kami menguji sebagian mereka dengan sebagian yang lain”.
Dan perkataan musa 'alaihis salam dalam firman Allah :

إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاءُ وَتَهْدِي مَنْ تَشَاءُ [الأعراف/155]

“Itu hanyalah cobaan dari-Mu. Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki.” (QS. Al A'raf : 155).
Fitnah di dalam ayat ini bermakna lain, yang mana maknanya adalah cobaan atau ujian dari Allah ta'ala kepada para hamba-Nya dengan kebaikan atau keburukan, dengan nikmat atau musibah, maka ini adalah salah satu bentuk fitnah. Fitnah orang-orang musyrik juga merupakan salah satu bentuk fitnah. Dan fitnah orang-orang beriman dalam harta, anak-anak, dan tetangga mereka juga merukapakan bentuk fitnah yang lain. Demikian pula Fitnah yang menimpa umat islam seperti fitnah yang terjadi diantara sahabat Ali dan Mua'awiyah, diantara para pasukan perang jamal dan siffin, dan diantara kaum muslimin lainnya, sampai mereka saling berperang dan berjauhan, juga merupakan salah satu bentuk dari fitnah.
Yang lainnya seperti fitnah yang disabdakan oleh Rosulullah :
“Akan terjadi sebuah fitnah dimana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari-lari kecil”.
Dan hadist-hadist lain yang terdapat di dalamnya menerangkan tentang perintah Rosulullah  untuk memisahkan diri dari dua kelompok yang saling bertikai, adalah fitnah yang seperti ini.
Terkadang fitnah maksudnya adalah perbuatan maksiat, sebagaimana firman Allah ta'ala, yang artinya :

وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ ائْذَنْ لِي وَلَا تَفْتِنِّي [التوبة/49]

“Di antara mereka ada yang berkata, "Berilah saya keijinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah.” (QS. At Taubah : 49).
Perkataan ini diucapkan oleh Al Jad bin Qais tatkala Rasulullah  mengajaknya ke tabuk, ia berkata : “izinkan aku untuk duduk berdiam di sini saja dan janganlah engkau menjerumuskan aku ke dalam fitnah dengan cara mempertemukan aku dengan perempuan-perempuan bani ashfar, karena aku tidak dapat bersabar terhadap mereka.”.
Lalu Allah ta'ala berfirman, yang artinya :

أَلَا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا [التوبة/49]

“Ketahuilah, bahwa mereka telah terjerumus dalam fitnah.” (QS. At Taubah : 49)
yakni mereka terjatuh ke dalam fitnah kemunafikan padahal mereka bertujuan lari dari fitnah perempuan-perempuan bani ashfar.
Allah ta'ala juga berfirman :

وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ [الفرقان/20]

“Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi yang lain.Sanggupkah kamu bersabar” (QS. Al Furqon : 20).
Maka demikianlah, Allah ta'ala telah menjadikan wali-walinya sebagai fitnah (cobaan) bagi musuh-musuh-Nya. Sebaliknya Allah ta'ala menjadikan musuh-musuh-Nya sebagai fitnah bagi wali-wali-Nya. Dan raja juga merupakan fitnah bagi rakyatnya, serta rakyat merupakan fitnah bari raja mereka. Laki-laki merupakan fitnah bagi perempuan dan sebaliknya. Orang kaya merupakan fitnah bagi orang miskin dan begitu juga sebaliknya.
Maka setiap orang akan diuji dengan lawan yang Allah ta'ala jadikan sebagai kebalikannya. Tidaklah berdiri kaki Adam dan Hawa di atas muka bumi melainkan lawan mereka berdua senantiasa di hadapan mereka. Dan perkara ini akan terus berlanjut sampai kepada keturunan berikutnya sampai Allah ta'ala menggulung dunia ini bersama siapa saja yang ada di atasnya. Betapa banyak yang Allah ta'ala miliki -dari semisal cobaan dan ujian ini- berupa hikmah yang sempurna, nikmat yang luas, keputusan yang pasti, perintah dan larangan, serta pengaturan. Seluruhnya menunjukkan akan kesempurnaan sifat rububiyyah Allah dan uluhiyyah-Nya serta kerajaan dan sifat terpuji-Nya. Demikian juga cobaan baik dan buruk atas hamba-Nya di dunia ini, merupakan bentuk dari kesempurnaan hikmah Allah dan keterpujian sifat-Nya yang sempurna.

Pembagian Fitnah

Ibnul Qayyim mengatakan bahwa fitnah itu ada dua macam : fitnah syubuhat -yang merupakan fitnah paling besar- dan fitnah syahwat. Seorang hamba dapat terjangkit dua fitnah ini sekaligus, atau terjangkit salah satu saja tanpa lainnya.
Fitnah syubuhat ini disebabkan oleh lemahnya seseorang akan ilmu dan kurangnya pengetahuan agama, apalagi kalau hal tersebut diiringi dengan niat jelek, serta keinginan untuk memuaskan hawa nafsu semata. Maka dari sana akan timbul fitnah dan musibah yang sangat besar. Sepertihalnya seorang hakim yang sesat dan berniat buruk dalam memutuskan suatu perkara, dia berada di atas hawa nafsunya buta petunjuk serta diiringi kebodohan terhadap apa yang diturunkan Allah ta'ala kepada Rasul-Nya. Maka dia termasuk golongan yang tercantum dalam firman Allah ta'ala, yang artinya :

إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ [النجم/23]

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka” (QS. An Najm : 23).
Dan Allah ta'ala menjelaskan pada kita bahwa mengikuti hawa nafsu akan menyesatkan kita dari jalan Allah ta'ala, sebagaimana firman-Nya, yang artinya :

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ [ص/26]

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.” (QS. 38:26).
Fitnah syubuhat merupakan fitnah yang dapat menjerumuskan seseorang kepada kekafiran dan kemunafikan. Fitnah ini timbul dari orang-orang munafik dan ahli bid'ah sesuai dengan tingkatan-tingkatan bid'ah mereka. Hal itu disebabkan adanya kesamaran antara yang haq dengan yang batil dan antara petunjuk dengan kesesatan dalam pemahaman mereka.
Dan tidak ada hal yang dapat menyelamatkan dari fitnah shubhat ini, kecuali mereka yang secara murni mengikuti Rasulullah . Dan menerima segala keputusan beliau dalam segala urusan agama, baik dalam urusan yang kecil maupun yang besar, yang tampak ataupun yang tersembunyi. Begitu pula dalam masalah aqidah (keyakinan), amal perbuatan, hakekat, serta syariat agama ini. Maka ia menerima tentang hakikat keimanan dan syariat islam hanya dari Rasulullah .
Ia tidak hanya mengikuti Rasulullah  dalam perkara tertetu saja, dan tidak dalam perkara lain. Seperti mengikuti Rasul  dalam hal ibadah, tapi dalam hal aqidah tidak. Karena ajaran Rasulullah  mencakup seluruh aspek yang dibutuhkan umat baik dalam bidang ilmu maupun amal.
Maka dapat disimpulkan bahwa, ajaran yang benar hanyalah ajaran yang secara langsung diambil dari belian, bukan dari selainnya. Segala petunjuk yang haq (benar) adalah yang beliau bawa. Segala hal yang bertentangan dengan hal tersebut adalah sesat. Bila hal ini sudah tertanam pada diri seseorang, maka segala yang dia dengar akan ditimbang dengan timbangan syariat, apabila sesuai dia terima, tetapi apabila bertentangan dia tinggalkan.
Inilah kunci selamat dari fitnah syubuhat. Semakin banyak yang dia perhitungkan, maka semakin jauh pula dia dari kesesatan, begitu juga sebaliknya, semakin banyak dia lewatkan tanpa pertimbangan semakin jauh pula dia dari kebenaran. Diantara jalan-jalan timbulnya fitnah syubuhat ini adalah pemahaman yang salah, atau penukilan dari orang-orang dusta, atau berasal dari kebenaran yang samar dari seseorang. Juga dari niat yang buruk serta hawa nafsu yang ditaati, maka ini termasuk kebutaan dalam ilmu dan buruknya keinginan.
Adapun jenis fitnah yang kedua adalah fitnah syahwat. Allah ta'ala mengumpulkan penyebutan kedua fitnah tersebut dalam firman-Nya :

كَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْكُمْ قُوَّةً وَأَكْثَرَ أَمْوَالًا وَأَوْلَادًا فَاسْتَمْتَعُوا بِخَلَاقِهِمْ فَاسْتَمْتَعْتُمْ بِخَلَاقِكُمْ [التوبة/69]

“(Keadaan kalian) seperti keadaan orang-orang sebelum kamu, mereka lebih kuat daripada kamu, dan lebih banyak harta benda dan anak-anaknya daripada kamu. Maka mereka telah menikmati bagian mereka, dan kamu telah nikmati bagianmu” (QS. At Taubah : 69)
Yaitu mereka telah menikmati bagian mereka dari dunia ini dan syahwat (perhiasan)nya. Dan makna (الخلاق) adalah bagian yang telah ditentukan.
Kemudian Allah ta'ala berfirmankan :

وَخُضْتُمْ كَالَّذِي خَاضُوا [التوبة/69]

“Dan kamu berbincang-berbincang dengan (hal yang batil) sebagaimana mereka telah memperbincangkannya.” (QS. At Taubah : 69).
Yang dimaksud dengan perbincangan dengan yang batil di sini adalah syubuhat (kesamaran antara yang hak dengan yang batil).
Allah ta'ala memberikan isyarat dalam ayat ini bahwa rusaknya hati dan agama adalah buah dari menikmati bagian (dunia dan syahwatnya) dan memperbincangkan hal yang batil. Karena rusaknya agama bisa disebabkan oleh sebuah keyakinan yang salah serta mengukapkannya dan bisa pula dikarenakan amal yang menyalahi (bertentangan) dengan ilmu yang benar. Yang pertama penyebabnya adalah bid'ah dan semisalnya, sementara yang kedua penyebabnya adalah buruknya amal perbuatan.
Yang pertama merupakan kerusakan dari sisi syubuhat sedangkan yang kedua dari sisi syahwat. Oleh sebab itu, para ulama salaf mengatakan : “waspadailah dua golongan manusia : pengekor syubuhat dan budak dunia”. Para ulama juga mengatakan : “waspadailah bahaya ulama yang jahat dan ahli ibadah yang bodoh, karena bahaya keduanya bisa menimpa setiap orang”. Asal setiap bahaya (kerusakan) bermula dari mendahulukan akal nalar terhadap dalil wahyu, dan mengutamakan hawa nafsu dari akal sehat. Yang pertama merupakan asal mula fitnah syubuhat, sedangkan yang kedua merupakan asal mula fitnah syahwat