Ahad, 27 November 2011

JIHAD FISABILILLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Takkan ku biarkan Islam hancur 1



Dari Abu Musa al Asy’ari RA, katanya “ Seorang lelaki Arab mendatangi Nabi SAW lalu dia berkata: Ya Rasulullah, ada orang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada pula supaya dia terkenal sebagai pahlawan, dan ada pula supaya kedudukannya dihormati. Siapakah sebenarnya yang berperang Fi Sabilillah? Jawab Rasulullah “ Yaitu orang yang berperang menegakkan kalimah Allah setinggi-tingginya, itulah yang disebut Fi Sabilillah”

Umat Islam mengimani bahawa berjuang pada jalan Allah jihad fi sabilillah merupakan kewajiban yang akan terus berlaku sehingga kiamat. Umat Islam setiap zaman dipanggil untuk berjihad dengan mempersiapkan fizikal, mental dan harta benda, bersabar , stabil, berhujjah menolak tuduhan musuh-musuh agama dengan kalbu yang beriman untuk mati syahid pada jalan Allah. Adalah satu ikrar perjanjian yang diimani setiap Muslim dengan Tuhannya bahawa menjadi kefardhuan dan wajib untuk berjihad dengan kata hati, dengan lisan dan sekali gus dengan perbuatannya. Pengertian jihad fi sabilillah adalah mencurahkan segala kemampuan semaksimanya menegakkan kalimat Allah.

Tidak ada jalan untuk menggugurkan atau memalingkannya dari terus menjadi tuntutan dan perintah Allah SWT kepada umat. namun berjihad dijalan Allah tentulah dengan petunjuk dan pengajaran dari wahyuNya yakni al Quran nulKareem yang pastinya bersatu di bawah kepimpinan yang terpimpin dengan kalam-kalam Nya tersebut. Seperti yang berlaku terdahulu, maka pasti akan berlaku di masa akan datang; dan yang terdahulu serta yang akan datang itu berlaku sekarang. Dizaman Nabi Muhammad SAW, baginda adalah Pemimpin Jihad menegakkan kalimat Allah dengan wahyu Tuhan, lalu disambung para sahabat, Khalifah2 dan kepimpinan seterusnya sehinggalah sekarang, pemimpin yang membacakan al Quran dan keterangan dari Tuhan telah datang mengajak umat untuk berjihad menegakkan kalimatNya.
Allah mengancam dengan kehinaan bagi sesiapa yang tidak berjihad sebaliknya menjanjikan kemenangan dan kedudukan martabat yang tinggi dan mulia kepada sesiapa yang berjihad menegakkan kalimat2Nya. Perlu diingatkan bahawa segalanya adalah kerana perintah Allah SWT dan bukan kerana kemenangan dan kedudukan martabat tinggi yang dijanjikanNya. Perlu disebut untuk diperbetulkan bahawa iktikad mengimani dan berbuat segala suruhan adalah kerana perintah dan suruhan Allah bukan kerana ganjaran dan balasan (pahala dan syurga), begitulah juga apabila meninggalkan larangan Tuhan bukanlah kerana dosa dan siksaan api neraka tetapi kerana laranganNya tidak boleh berbuat perkara2 mungkar tersebut. Janji2 Allah adalah benar dan ancamanNya juga adalah benar, namun berbuat yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang Tuhan, itulah yang dimaksudkan iman dan taqwa. Keperluan tuntutan berjihad sebenarnya adalah untuk menghalang bahaya musuh2 yang mahu menghancurkan peradaban dan tamadun Islam yang dari sisi Tuhan. Maka al Quran diturunkan mengajar manusia untuk bersemangat, tidak cepat berputus asa dan tidak mudah lemah serta tunduk sehingga menjadi mangsa penindasan bagai seperti hamba sahaya.

Musuh Islam mempergunakan pelbagai teknik dan tektik termasuk mempolitikkan pelbagai isu, lalu didoktrinkan bagi melemahkan semangat jihad umat. Umpamanya kini, dengan memperlengkapkan anggota majoriti dan persenjataan material moden dijadikan sumber kekuatan dan pasti beroleh kemenangan sebagai mahu melumpuhkan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang telah dijanjikanNya kemenangan. Sejarah kemenangan terdahulu dengan jumlah minoriti dengan berlandaskan iman dan taqwa kepada Allah dan Rasul membuktikan Allah tidak pernah memungkiri janji2Nya.

Perhatikan sebahagian dari surah
al Baqarah 2:249
“Berkata orang2 yang mengetahui bahawa mereka akan menemui Allah : Berapa banyak kejadian kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang2 yang sabar”

Takkan ku biarkan Islam hancur 2


Namun apa yang kelihatan sekarang adalah Islam itu berada dibawah penjajahan, penindasan, diskriminasi dan berlaku peperangan sesama sendiri akibat doktrin musuh tersebut. Pimpinan2 yang ada tidak lagi mewarisi semangat jihad fi sabilillah dari Rasulullah, para sahabat dan khalifah2 terdahulu kerana sudah dilalaikan dengan kemewahan dan kekayaan yang disogokkan oleh musuh2 sendiri, sehinggakan umat awam menjadi derita dan sengsara di negara sendiri lantaran pimpinan yang sedemikian. Lebih mendukacitakan dilaung2kan keIslaman diri dan pemerintahan namun telah memesongkan pengertian jihad kepada Allah bagi mencapai kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Mereka tidak pernah menjadikan al Quran sebagai landasan kepada pemikiran dan perjuangan.

Sesungguhnya pemimpin yang didatangkan adalah pewaris Nabi yang memberikan fahaman bahawa Islam adalah agama yang meletakan prinsip wajib mencapai kemenangan bagi agamanya, menuntut penaklukkan serta penyingkiran kuasa yang tidak berlandaskan syariat agama dan menjamin keluhuran undang serta hukum2 Allah SWT diatas muka bumi ini. Pemimpin yang mendalami prinsip2 Islam dengan membacakan al Quran beserta keterangan2Nya sebagai petunjuk, pengajaran, perintah dan larangan Tuhan; bersama pengikut2nya yang mendahului agama lain dan umat asing didalam persaingan apa pun juga bentuk dan keadaan Berpegang teguh dan taat setia kepada pimpinan khusus bagi menghalang pihak musuh dari menguasai dunia ini. Sesungguhnya pemimpin itu telah datang bagi mensucikan manusia dengan kalamullah bagi mempastikan Islam tidak terpisah daripada Iman, akidah tidak terpesong dari ibadah, akhlak tidak lari dengan kehidupan dan syariat tidak merosakkan masyarakat kerana Kitabullah adalah rahmat, taufik dan hidayah buat semesta alam. Sesungguhnya pasti Allah akan memberikan kemenangan didunia dan akhirat bagi yang berjihad fi sabillah!

Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenaga mu, kekuatan dan kuda yang terpaut, dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuh mu; begitu juga orang2 lain selain mereka yang kamu tiada ketahui, sedang Allah mengetahui mereka. Apa2 sesuatu yang kamu belanjakan pada jalan Allah, nescaya disempurnakan Allah balasannya kepada mu, sedang kamu tiada teraniaya” QS al Anfal 8:60.

Seseorang mukmin pasti tidak mahu ditakluki, ditindas dan terjajah selama mana dia mempertahankan akidah mentauhidkan Allah SWT. Orang mukmin tentu tidak akan suka dan tidak akan mahu dikalahkan. Maka janji kemenangan dari Allah pasti berlaku dan pastilah Allah SWT tidak akan menolong mereka2 yang menolak dan menentang jihad menegakkan kalimat2 Tuhan dimuka bumi ini. Kepada semua umat, kembalilah kepada Allah dan Rasul bersama pemimpin yang hanya menyeru dan mengajak kepada penyatuan di dalam satu jemaah Islam yang dari sisi Allah SWT berlandaskan al Quran nulKareem. Sesungguhnya Allah telah mengecap barang siapa yang menentang kalamullah adalah fasik dan mereka itu adalah kafir!

“Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang2 yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan al Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar ” QS at Taubah 9:111

Persoalannya sekarang, sudahkah dilakukan berjual beli itu dengan Allah SWT? Atau sekadar ngaku2 sahaja dan entah macam mana yang dikatakan berjihad itu pun masih tidak mengerti, dan apabila diajak dan diseru untuk berjihad masing2 dengan seribu alasan. Dengan itulah datangnya seorang pemimpin yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2 dengan ayat2 Allah untuk mengajak dan menyeru berjihad dijalan Allah beserta RasulNya selalu dipandang serong malahan ditentang dan diperangi habis2an. Sewajarnyalah disahut dan disambut seruan itu dengan mengambil janji setia berjual beli (bai’ah) bagi menepati kalam Tuhan di atas kerana demikian itulah perintah dan kehendak Allah kepada umat manusia di atas muka bumi ini. Bagi hamba2Nya yang benar2 beriman dan bertaqwa tentulah tidak timbul rasa ragu dan sangsi lagi, apalagi untuk melakukan penentangan kepada pemimpin yang datang. Allah menjelaskan orang2 yang melakukan jual beli dengan diri dan harta bendanya itu didalam sambungan ayat tersebut seperti berikut : -

“Mereka orang2 yang taubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh dengan maaruf, dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang2 yang beriman itu (dengan syurga)” QS at Taubah 112.

Oleh yang demikian itu, muhasabahlah diri sendiri, adakah diri menepati seperti orang2 yang digarap Allah SWT melalui ayatNya? Atau sekadar hanya ngaku2 sudah Islam, beriman dan bertaqwa atas dasar akal fikiran sendiri dan rasa2 (duga2) lantaran ilmu agama yang tinggi dan amal ibadat yang sudah banyak, kononnya sudah berjihad.

Sabtu, 26 November 2011

JANGAN SEKEKALI LUPA HANYA ALLAH ADALAH TUHAN

BISMILLAH.



….Mereka telah melupakan Allah, jadi Dia akan melupakan mereka… (Surah at-Tawba:67)

Ini adalah justifikasi biasa: Jika kita melihat istana yang diperbuat daripada pasir sepanjang pantai, kita pasti seseorang telah membinanya. Hanya orang yang bodoh saja yang menyatakan ianya berlaku secara tidak sengaja akibat daripada angin dan ombak. Kesemua yang wujud di alam semesta ini ada bukti rekabentuk. Lebih-lebih lagi, rekabentuk itu ternyata dengan perincian setiap benda yang tercipta tiada tandingan daripada kesempurnaan, kehebatan dan kerumitan lebih daripada istana pasir itu. Oleh itu, kita berkonfrontasi dengan fakta yang sudah jelas: alam semesta adalah diciptakan oleh Pencpita Yang Maha Hebat. Pencipta itu adalah Allah, Tuhan Sekelian Alam.
Kewujudan aturan yang tanpa cacat di alam semesta ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Dunia yang kita tinggal ini telah diciptakan untuk kita tinggal. Kadar kuasa graviti, jarak antara bumi dan matahari, kadar oksigen dalam atmosfera, beratus macam haiwan seni yang seimbang, tentu tidak terjadi secara spontan atau tidak sengaja. Terdapat, tanpa ragu-ragu, penciptaan Allah, yang mengawal segala sesuatu, daripada mikroorgansima seni kepada sebesar planet-planet di dalam sistem solar. Adalah Allah yang menciptakan alam semesta dengan kebijaksanaan dan kekuasaan dan merekbentuk secara spesifik dunia ini sebagai tempat tinggal kita:

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-maisng berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaanNyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. (Surah Fatir: 13)


Menukar perhatian kita dari angkasa, marilah kita mempertimbangkan tentang badan kita. Badan manusia adalah satu struktur dengan keajaiban yang begitu banyak. Otak manusia yang sempurna dan berfungsi adalah lebih daripada perbandingan komputer, produk paling maju di zaman teknologi. Tambahan pula, setiap organ menjalankan funsgi yang khusus secara sempurna, dan bekerja secara harmoni dengan setiap organ lain.

Sebagai contoh ketika kita menyedut udara, mulut seseorang, hidung, trakea, paru-paru, hati dan setiap saluran darah, mesti berfungsi secara serrentak. Tiada berhenti sekejap atau menjadi penat. Mereka semua patuh dan tunduk kepada Penciptanya dan mematuhi dengan taat apa yang diarahkan kepadanya. Air udara, ditapis dan dihangatkan apabila melalui hidung, kemudiannya dibawa ke paru-paru melalui trakea. Oksigen kemudianya diguna oleh jantung dan saluran darah,oleh setiap sel di dalam badan kita. Organ yang terlibat dalam proses ini berkemahiran menjalankan banyak proses tanpa keliru, kesalahan atau kelewatan dalam keadaan apapun. Jika terdapat kecacatan dalam harmoni ini, sama ada tiada pernafasan ataupun tiada kehidupan.

Begitu juga dengan proses pengelihatan. Mata adalah ciptaan paling jelas. Pada mata manusia dan binatang adalah contoh istimewa satu rekabentuk yang sangat sempurna. Organ yang menarik ini menyediakan kualiti pengelihatan, yang masih tidak dapat ditandingi oleh teknologi abad ke dua puluh satu. Tetapi, jangan sekalipun lupa yang mata hanya berfungsi dengan komponen sempurnanya.

Sebagai contoh, jika komponen-komponen mata seperti kornea, konjuktiva, iris, pupil, lensa, retina, koroid, otot dan saluran lakarikmal tidak rosak, tetapi tertinggal satu kelopak mata, mata tersebut akan rosak dan tidak dapat melihat. Dalam pada masa yang sama, kegagalan pengeluaran air mata akan menyebabkan mata kering dan seterusnya akan menyebabkan kebutaan. Fakta tersebut menghasilkan persoalan tentang kehidupan: siapakah yang mencipta mata dan kebolehannya daripada tiada?
Tentu sekali, ianya bukan kepunyaan mata itu sendiri yang menentukan untuk terjadi sendiri. Kerana ianya tentu sekali secara tidak logik menganggap yang kehidupan tidak sedar akan konsep ‘penglihatan’ boleh menentukan sendiri keperluan dan ciptaan mata pada badannya sendiri. Ini menjadikan kes, realitinya adalah dengan kebijksanaan yang hebat, yang menciptakan kehidupan dengan fakulti pengelihatan, pendengaran dan sebagainya. Ada sebilangan manusia yang tidak dapat menilai Allah dengan penilaian yang sebenarnya mendakwa yang sel yang tidak sedar diri memerlukan pengelihatandan pendnegaran, fakuilti yang memerlukan kesedaran, dengan kemahuan dan kemahiran tersendiri. Walaubagaimanapun, adalah jelas buktinya yang ia tidak mungkin berlaku. Quran menjelaskan oleh siapa yang memberi pengelihatan, seperti berikut:

Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, pengelihatan dan hati,” (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur! (Surah al-Mulk: 23)


Seperti yang dilihat dalam petikan di atas, Allah yang mencipta semua sistem yang berfungsi dalam kesempurnaan dan harmoni antara satu sama lain. Tanpa mengira butiran yang terdapat dalam badan kita dan organisma-organisma bagaimana kekuasaan dan kehebatan Allah, yang menyingkap kebenaran kepada kita yang Dia meliputi segala sesuatu dengan pengetahuanNya. Namun begitu, manusia lebih mudah engkar daripada realiti ini. Bagaimanapun, Allah menyuruh manusia untuk melihat ke sekeliling untuk menyaksikan kehebatanNya.

Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu. (Surah at-Talaq: 12)

Jangan lupa bertapa dekatnya Allah dan Dia boleh melakukan apa sahaja. Apa sahaja yang terlintas di fikiran manusia ketika ini, sesuatu yang dialami semasa kecil ataupun rancangan pada masa dua tahun yang akan datang semuanya tersimpan di dalam pengetahuan Allah. Kehebatannya terhadap mekhlukNya tidak terbatas. Allah menyatakannya di dalam Quran sebagaimana berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya. (Surah Qaf: 16)

Allah mengetahui perkara tersembunyi, termasuk segala rahsia dan perkara yang tidak terfikir oleh manusia. Allah, Dia Maha Mengetahui tentang manusia dari semua sudut, sentiasa bersama kita tidak kira di mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan.

Kamu tidak berada di dalam satu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz). (Surah Yunus: 61)


Begitupun, manusia tetap menganggap yang Allah itu jauh. Ini berdasarkan rasional manusia sendiri bahawa Allah berada jauh di planet lain dan hanya sekali sekala campur tangan dalam urusan duniawi atau tidak langsung menghiraunya terus. Mereka fikir bahawa Allah mneciptakan alam dan lalu tidak menghiraukannya tanpa sebarang kawalan (tentu sekali Allah tidak begitu) Bagaimanapun ini adalah pemikiran yang nyata salah. Allah berada di mana-mana dan kehadirannya menyeliputi segalanya. Dia berada di setiap tempat, dari timur ke barat dan dari selatan ke utara.




Kepunyaan Allah –lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu. (Surah an-Nisa': 126)


Kemana sahaja kita pergi, Allah berada di situ, walaupun di tempat paling jauh di atas muka bumi ini. Dia berada dekat dengan kita pada saat ini. Dia lebih dekat daripada urat tekak. Dia metadbir tubuh badan kita, bilik kita, bandar yang kita diami, seluruh alam semesta dan dunia yang kita tidak mampu melihatnya; malah pengetahuan segala perkara dahulu dan akan datang. Sesetengah orang akan mengabaikan fakta ini, boleh menyembunyikan pemikiran dan kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang lain. Tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada Allah. Realitinya, Allah bersama mereka walaupun mereka sedang merancangnya.

Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya. (Surah Ta Ha : 110)


Kita tidak tahu apa yang akan kita lakukan dalam masa terdekat ini tetapi Allah Maha Mengetahuinya. Oleh itu, kita telah pasrah dan memberikan diri kita pada Allah sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita membongkar apa yang terpendam di dalam diri kita atau kita merahsiakannya, Allah tetap mengetahuinya. Tidak ada satu perkataan pun yang kita bisikkan dirahsiakan daripada Alllah. Tiada rahsia untuk Allah. Dia mengatahui rahsia kita dan segala fikiran yang kita sembunyikan.
Jangan sekalipun lupa yang setiap perkara di atas muka bumi ini memerlukan Allah. Sebaliknya Dia Yang Maha Tinggi daripada segalanya dan jauh dari sebarang kelemahan. Allah tidak memerlukan apa-apa pun. Dia di atas segala kelemahan manusia seperti tidur, lapar, dahaga dan letih. Semua orang pasti akan mati, tetapi Allah sentiasa hidup dan kekal abadi.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Baqara: 255)


Jangan sesekali lupa yang segala berlaku di bawah pengetahuan Allah. Seperti yang dinyatakan di dalam Quran, "Tiada daun yang jatuh tanpa Dia mengetahuinya"(Surat al-An'am: 59). Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan menurut perintahnya. Seperti juga segala urusan daripada lamgit ke bumi. Kebanyakan orang lebih mengandaikan yang konsep segala urusan ini tertakluk kepada fenomena semulajadi seperti kejadian hidup dan mati. Sebenarnya segala yang berlaku kerana Allah memerintahkan sebegitu. Begitu juga apa yang berlaku dan sistem yang berfungsi kerana Allah menghendakinya begitu.

Penemuan teknologi, pentadbiran di dunia, undang-undang sosial dan eknomi, seni, perniagaan, pencapaian tahunan, bayi yang membuka matanya dan setiap saat yang manusia lakukan di dunia adalah di bawah kawalan Allah. Tiada keputusan, penting atau tidak signifikan, boleh terjadi tanpa izin Allah. Begitu juga halnya fungsi di dalam sel badan kita, fungsi setiap organ dan pelbagai perkara yang rumit dan terjadi di dalam badan kita berada di bawah urusan Allah. Fakta ini dijelaskan dalam Quran:

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesunggunya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Surah Hud: 56)


Semua manusia adalah dibawah kuasa Allah. Allah yang Maha Mengetahui meliputi segala perkara. Dialah yang memberi pengetahuan kepada kita, daripada bayi kecil hingga seorang saintis. Dia yang mengetahui perkara zahir dan batin. Dia yang menentukan segala bilangan di langit dan bumi termasuk bintang, pokok, binatang, manusia dan bilangan hujan yang jatuh ke bumi.

Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (Surah Maryam: 93-94)


Setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi ini di bawah pengawasan Allah. Dia yang mengetahui segala aspek kehidupan, yang rahsia dan yang terbuka. PengetahuanNya bukan setakat tentang kita tetapi juga tentang langit dan bumi dan benda di antaranya. Allah adalah Pemilik alam buana. Untuk itu, janganlah lupa yang tiada apapun, walau ianya kecil atau besar, tersembunyi daripada pengetahuan Allah, segala pemikiran dan perbuatan kita, kesemuanya di dalam kawalan Allah. Ini kerana Allah mengetahui segala yang kita alami sepanjang hidup, dan Dia menyimpan catatan secara lengkap. Allah tidak pernah lupa apa-apa pun.

Jangan sesekali lupa bahawa Allaah yang memberikanmu segalanya. Pandanglah di sekeliling kita; Setiap benda yang kita lihat, disediakan dengan rapi untuk memenuhi keperluan kita dan juga sebagai servis untuk kita. Sekarang, padanglah ke langit dan cuba mengenal pasti semua benda yang kita lihat di sekeliling. Ini ialah caranya untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik bahawa Allah-lah yang memberi kita pelbagai perkara sama ada kita boleh lihat atau tidak, dan hanya pada Allah sahajalah kita harus bersyukur. Allah yang mencipta badan manusia yang masih banyak menyimpan misteri walaupun sudah terdapat teknologi canggih dan menjadikan fungsi badan kekal baik dan hamoni.

Allah juga yang menjadikan ternakan untuk berkhidmat kepada manusia; Yang menyediakan daging, susu, pakaian, kulit dan menjadikan ianya sesuai untuk ditunggang dan membawa barang; Yang menjadikan siang sesuai untuk aktiviti dan malam untuk berehat; Yang menjadikan matahari di atas orbitnya untuk menyesuaikannya dengan kehidupan; Yang mencipta air laut dalam bentuk yang paling sempurna yang membolehkan manusia memperolehi makanan dan belayar di atasnya. Seperti yang dinyatakan:

Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatan dan berbagai-bgaai manafaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pemandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kami melepaskanya ke tempat pengembalaan. Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal, dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakannya apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia mengkehendaki, tentulah Dia memimpin kamu semunya (kepada jalan yang benar). Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagian (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang ada pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buhahan. Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memikirkan. Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan binatang-binatang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memahami (nya). Dan Dia menundukkan pula apa yang Dia ciptakan untuk kami di bumi ini dengan berlainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasan Allah) bagi kamu yang mengambil pelajaran. Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan dan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur. Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya ia tidak goyang bersama kamu (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nahl: 4-18)


Setiap nikmat yang tidak terhingga dalam hidup kita wujud dengan izin Allah, dia menetapkan segalanya. Allah mengingatkan kita tentang realiti ini dengan contoh yang sangat jelas:

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman: 27)


Jangan sekalipun lupa bahawa Allah yang memberikan kita segala benda dan segala yang kita miliki dan Dia lah Pemilik yang sebenarnya kepada semua benda tersebut. Ini ialah kerana kerajaan langit dan bumi dan segala yang berada di antara keduanya milik Allah. Dia membahagikan apa yang Dia mahu kepada sesiapa yang Dia inginkan. Apabila Dia menamatkan riwayat hidup seseorang, hanya Allah Pewaris yang sebenar. Pemilik sebenar segala rumah, kereta, dan aset-aset ialah Allah.




Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah al-Ma'ida: 120)


Apabila kematian datang menjemput, kita akan meninggalkan segala yang kita miliki. Harta, pangkat, wang dan segala yang kita nikmati di dunia ini tidak akan dibawa bersama kita ke kubur. Badan yang hanya dibaluti oleh kain kapan akan dikuburkan di dalam lahad. Hanya jiwa kita akan kembali kepada Allah. Kesemua pangkat dan harta tidak akan memberi sebarang makna lagi. Ianya hanya sebagai dugaan hidup kepada kita. Kita bukanlah pemilik sebenar kerana semua benda adalah milik Allah yang dipinjamkan. Jika Allah mengambilnya semula, kita tidak mampu menghalangnya.

Ingatlah, tiada apa yang akan berlaku kepada kita, kecuali apa yang telah ditetapkan Allah ke atas kita. Allah mempunyai pengetahuan ke atas semua perkara yang berlaku. Kesemuanya sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Setiap apa yang berlaku adalah berdasarkan takdir seseorang. Seseorang yang bangkit pada waktu pagi memulakan hari barunya tidak pernah tahu apa yang menunggunya pada hari tersebut. Walaupun dia mungkin merancang dengan teliti rancangan pada hari itu, ia tidak pernah berlaku seperti apa yang dirancangkan. Tambahan pula, dia mungkin akan berhadapan dengan situasi yang tidak disangkakan. Dikelilingi dengan pelbagai kebarangkalian yang tidak pasti, seseorang hanya boleh merasa lega dengan menyedari bahawa setiap perkara yang dihadapinya telah ditakdirkan oleh Allah khas untuknya, percaya kepada Allah, dan akur pada takdir-Nya. Allah mengetahui tentang rancangan yang kita belum merancang dan segalanya berlaku dibawah kuasa-Nya. Berdasarkan cara yang sama, perkara-perkara yang kita rancang juga adalah dibawah kuasanya.
Sesungguhnya, tiada tempat atau saat diatas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allaah. Tiada satu pun yang bebas daripada kuasa Allah.

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)


Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, berlaku dengan izin Allah dan pastinya berlaku dengan sesuatu sebab. Ingatlah bahawa manusia tiada jalan lain selain daripada memohon perlindungan kepada Allah; dan dia tidak mempunyai sebarang pelindung atau penolong selain daripada Allah:

Tidakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong. (Surah al-Baqara: 107)


Dialah Allah yang menolong kita untuk menyelesaikan sebarang masalah pada setiap hari atau apabila kita hendak menyelesaikan sesuatu tugas. Selain memudahkan tugas untuk kita, Allah jugalah yang merekacipta  tugas itu dan membolehkan kita menyelesaikannya. Sebaliknya, seseorang yang lupa kehebatan Allah menganggap rakan sekerja, keluarga atau gurunya yang boleh menolongnya.
Pastinya, golongan ini mungkin boleh menyediakan bantuan melalui pengetahuan dan pengalaman mereka. Namun, kita perlu ingat bahawa mereka hanyalah kaedah semata. Ini kerana, di dunia ini, Allah telah menciptakan satu sistem, sebab dan akibat. Sebagai contoh, untuk menanam pokok epal, petani perlu menanam benih, menyiram dan membajai tanah itu. Ini semua adalah faktor-faktor dimana Allah menyebabkan sesuatu berlaku. Hanya dengan memenuhi semua syarat-syarat ini, petani tersebut boleh mengharapkan tuaian yang banyak. Sambil melaksanakan tugas kita perlu menyedari  bahawa kita boleh mencapai keputusan yang diinginkan hanya dengan izin Allah, dan kita juga perlu menunjukkan sikap syukur yang ikhlas dengan apa yang Dia takdirkan.

Ingatlah, hanya Allah yang melindungi kita daripada sebarang bahaya, penyakit, perasaan sedih, dan kesusahan. Jika tidak, ia hanya boleh menjadi suatu perkara yang dalam sekelip mata bencana boleh menyerang kita. Kita mungkin akan berfikir bahawa doktor atau ubat yang diambil yang menyembuhkan kita. Semestinya, ini ialah kaedah dimana Allah menyembuhkan kita. Tiada sebab mengapa kita tidak perlu mengambil peluang daripada kaedah-kaedah ini, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu beringat bahawa akhirnya Allah sahaja yang menyembuhkan kita. Sekiranya Allah tidak mengizinkan, maka doktor yang paling hebat sekalipun atau ubat yang paling mahal, atau hospital yang paling bagus tidak mampu menolong kita. Jangan sekalipun lupa bahawa Allah yang meletakkan penyakit kepada sesiapa yang Dia mahu tanpa sebarang sebab sebagaimana dia menyembuhkan penyakit seseorang tanpa sebarang sebab. Al-Qur'an merekodkan kata-kata Nabi Ibrahim:

...dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku. (Surah ash-Shu'ara': 80)


Lupa bahawa Allah yang menguasai segalanya, dan dengan demikian, meminta pertolongan daripada sesuatu yang tidak boleh memberi pertolongan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain, keputusannya hanyalah kegagalan, di dunia ini dan selepasnya:

Dan berhala-berhala yang kamu seru selain Allah tidaklah sanggup menolongmu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri. (Surah al-A'raf: 197)


Ingatlah bahawa kita perlu merasa takut pada Allah dan mahukan keredhaan Allah sahaja. Tiada sesiapa yang kita mungkin hormat atau menganggap mereka penting dan berkuasa sebenarnya mempunyai kuasa yang hakiki. Oleh yang demikian, ketakutan atau kecintaan terhadap seseorang yang diiringi dengan perasaan takut, kagum dan cinta yang sepatutnya ditujukan kepada Allah adalah salah satu bentuk syirik, iaitu suatu dosa yang besar:

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintai Allah,Adapun orang-orang yang beriman sagat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semunaya dan bahawa Allah amat ebrat siksaanNya (nescaya mereka menyesal) (Surah al-Baqara: 165)


Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga memberi amaran kepada manusia tentang amalan syirik ini:

“Barang siapa yang berjumpa Allah tanpa menyekutukan-Nya, akan masuk syurga; dan sesiapa yang berjumpa Allah sambil menyekutukan-Nya  akan masuk neraka” [Muslim]

Ini ialah konsep yang penting untuk difahami. Sekiranya hidup seseorang berlandaskan konsep ini, dia akan sedar bahawa tiada apa-apa pun yang patut ditakuti, disembah atau diperlukan selain daripada Allah. Dengan demikian, seseorang itu akan mencapai kebebasan yang hakiki, dan kejayaan, mendapat perlindungan daripada yang Maha Mencipta, yang Maha Berkuasa. Individu tersebut mengharapkan kebaikan daripada Allah yang Maha menyempurnakan segala keperluan makhluk-Nya, menurunkan keselamatan kepada hamba-Nya, menolong mereka yang lemah dan miskin, membalas dengan sepenuhnya untuk setiap usaha yang dilakukan seseorang:

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah at-Tawba: 109)


Salah satu kesalahan yang besar kebanyakan manusia lakukan ialah mereka meletakkan kehidupan mereka sepenuhnya untuk mengembirakan manusia lain. Walau bagaimanapun setiap saat yang digunakan dan setiap perbuatan yang dilakukan untuk mengembirakan orang lain, sambil melupakan keredhaan Allaah, akhirnya akan membawa kepada penderitaan. Mereka yang faham, Allah telah memberikan contoh di dalam al-Quran:

Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang lelaki (saja)? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka  tidak mengetahui. (Surah az-Zumar: 29)


Allah menganugerahkan kepada hamba-Nya yang hidup berlandaskan hukum-Nya suatu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun, mereka yang jauh daripada perkara-perkara yang diredhai-Nya, mereka yang mengharapkan pertolongan daripada hamba-hamba Allah yang lemah, sama sepertinya, akan akhirnya menderita. Perkara ini diterangkan dalam satu ayat:

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. (Surah Yunus: 44)


Tambahan pula, mereka yang menyekutukan Allah akan ditinggalkan dan dibiarkan di dalam keaiban dan kemiskinan.

Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah) (Surah al-Isra': 22)


Mereka yang cuai dan tidak menyedari kewujudan Allah dalam dunia ini menjalani hidup yang sukar. Hati mereka tidak mungkin menemui kedamaian dan kegembiraan dalam dunia ini. Malah, kesengsaraan ini seolah-olah balasan kerana mereka mengaitkan kewujudan sistem yang sempurna ini kepada suatu kebetulan. Sebagai balasan kepada rasa tidak bersyukur, api yang panas membara menunggu mereka di akhirat.

Jangan sekalipun lupa bahawa takwa kepada Allah ialah rukun yang asas dalam Islam. Allah hanya mengurniakan kepandaian untuk menilai benar dan batil kepada mereka yang bertakwa kepada Allah. Anugerah ini sememangnya nikmat yang besar dikurniakan kepada manusia:

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (petunjuk) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah al-Anfal: 29)


Al-Qur'an juga ada menyebut tentang golongan manusia yang tidak bersyukur kepada Allah dengan yang sepatutnya ditunjukkan kepada-Nya dan juga mereka yang tidak takut kepada-Nya walaupun mengetahui akan kewujudan-Nya:

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakahnyang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengyluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab, Allah!. Maka katakanlah: mengapa kami tidak bertakwa (kepadaNya)? Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? (Surah Yunus: 31-32)


Orang yang disebut didalam ayat di atas sedar akan kewujudan Allah malah, meyakininya. Tetapi, dia tidak berasa takut kepada Allah. Mukmin yang sebenar, mempunyai perasaan takut dan hormat kepada Penciptanya. Perasaan takut pada Hari Pembalasan membuatkan mereka sensitif terhadap perintah-perintah-Nya. Akibatnya, sama ada seseorang itu mematuhi segala perintah Allah dan menjadi hamba-Nya yang taat atau mengingkarinya, ia tidak akan mengubah realiti yang dia akan bergegas kepada Hari yang dia akan kembali kepada Tuhannya.

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka pasti kamu akan menemuiNya. (Surah al-Inshiqaq: 6)


Jangan sekalipun lupa bahawa tiada kuasa selain Allah yang Maha Berkuasa, Yang mempunyai segala kuasa. Mereka yang tidak sedar akan fakta ini akan meyembah selain daripada Allah dan selain itu mereka juga takutkan sembahan itu sebagaimana mereka takutkan Allah. Walau bagaimanapun tiada seseorang pun atau sesuatu masyarakat yang mempunyai kuasa selain daripada Allah. Semua bergantung kepada Allah. Segala yang di langit dan di bumi berada di bawah kuasa Allah secara sukarela atau tidak sukarela. Daripada  satu sel kepada berjuta-juta galaksi, daripada manusia kepada haiwan, daripada gunung kepada angin, semuanya dibawah kuasa Allah. Oleh sebab itu, jangan sekalipun lupa untuk bersyukur kepada Allah sebagaimana yang telah dinasihatkan di dalam ayat dibawah: 

...Supaya kamu duduk di atas punggungmu kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan; Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. (Surah az-Zukhruf: 13)


Sekiranya bukan daripada kehendak Allaah, tiada sesiapa pun boleh membuat atau mengucapkan sesuatu. Sebab itulah setiap perkataan yang kita dengar atau setiap peristiwa yang kita saksikan adalah daripada Allah, Yang Maha Pelindung dan satu-satunya wali kita. Sekiranya kita seorang yang beriman, maka segala kebaikan dan kecantikan yang mutlak adalah tersembunyi bahkan di belakang perkara yang sebaliknya nampak buruk pada kita. Allah mengetahuinya walaupun kita tidak mengetahui. Tidak kira apa yang kita hadapi di dalam hidup ini, jangan sesekali lupa untuk mengatur tingkah laku kita dengan fakta ini di dalam minda.

Ingatlah, Allah Maha Pengampun dan peluang keampuanan sentiasa terbuka. Tidak kira apa kesalahan yang kita lakukan, jika kita kembali kepada Allah dengan ikhlas, rasa kesal dan azam yang kuat untuk tidak mengulanginya lagi, maka kita akan sentiasa mendapati Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Allah menyatakan bahawa Dia mengampuni segala dosa dan kesalahan asalkan hamba-Nya meninggalkan dosa dan kesalahan itu:

“Katakanlah: hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar: 53)


Dalam dunia ini, peluang untuk bertaubat dan harapan untuk diampunkan untuk kesalahan dan dosa yang dilakukan sentiasa terbuka. Dalam agama Allah, seseorang itu tidak perlu untuk menanggung beban untuk kesalahannya yang lampau. Mengharapkan keampunan daripada Allah, dan kembali kepada-Nya dengan ikhlas, akan meringankan beban seseorang. Pada saat itu, dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dan fikirannya bermula pada saat itu. Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa Allah hanya menerima taubat yang ikhlas dan bukannya taubat seseorang yang berada diambang kematian. Malah Fir'aun yang kejam dan bongkak disebut didalam al-Quran, mengambil keputusan untuk beriman apabila dia hampir lemas. Allah menyatakan di dalam al-Quran tentang taubat ketika saat kematian:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di anatar mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang: Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (Surah an-Nisa': 17-18)

Ingatlah bahawa Allah Maha Penyabar. Dia memberi peluang kepada seseorang walaupun selepas mereka melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah itu tidak dihukum serta-merta dia tidak sepatutnya membiarkan ia menipu dirinya. Ini ialah kerana Allah memberi peluang kepadanya. Sekiranya dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat, dia akan mendapati Allah Maha Pengampun. Sebaliknya, sekiranya dia tetap dengan kesalahannya dan berkeras, dia pasti akan merasai akibat buruk daripada perbuatan-perbuatannya:

Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatupun dari makhluk ang melata, tetapi Allah menagguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya. (Surah an-Nahl: 61)


Jangan sesekali lupa yang kita tidak boleh menjadi selain daripada hamba kepada Allah; kerana Allah menciptakan manusia untuk beribadat kepada-Nya:

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Surah adh-Dhariyat: 56)

Patuh kepada Allah yang memberi kita segala yang kita miliki, yang menciptakan kita dan menganugerahkan kehidupan yang mana Dia akan menamatkan riwayat hidup kita apabila dikehendaki-Nya, adalah seperti berpegang dengan cengkaman yang paling teguh yang tidak akan longgar:

Dan barangsiapa yang menyerahkan sirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada tali yang paling kukuh. Dan hanya Allah-lah kesudahan segala urusan. (Surah Luqman: 22)

Jadi, jangan sekalipun lupa "ALLAH, ADALAH TUHAN KITA"...

(Yang memiliki sifat-sifat yang)demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala pengelihatan itu dan Dia Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An'am: 102-103)

http://www.harunyahya.com/


Jumaat, 25 November 2011

Hikmah dibalik Ujian: Kutipan Sejumlah Hadist

Hikmah Dibalik Ujian


Assalamualaikum.

“Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah).” (HR. Bukhari)

“Apabila Allah menyenangi hamba, maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendah-hatian dirinya).” (HR. Al-Baihaqi)

“Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya dengan surga.” (HR. Ahmad)

“Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit, atau kesedihan (kesusahan), sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya), kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.” (HR. Bukhari)

“Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (HR. Bukhari)

“Barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahasiakannya dan tidak dikeluhkannya kepada siapapun, maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuninya.” (HR. Ath-Thabrani)

“Barang siapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan, dan menzalimi lalu beristighfar, maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah.” (HR. Al-Baihaqi)


“Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cobaan. Sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum, Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah.” (HR. Tirmidzi)

“Sa’ad bin Abi Waqqash berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cobaannya?” Nabi SAW menjawab, “Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamnya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.” (HR. Bukhari)

“Allah menguji hamba-Nya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang ke luar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (kualitasnya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang ke luar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah).” (HR. Ath-Thabrani)

“Seorang hamba memiliki suatu derajat di surga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencobanya agar dia mencapai derajat itu.” (HR. Ath-Thabrani)

“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla menguji hambanya dalam rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Kalau dia ridho dengan bagian yang diterimanya, maka Allah akan memberkahinya dan meluaskan pemberianNya. Kalau dia tidak ridho dengan pemberian-Nya, maka Allah tidak akan memberinya berkah.” (HR. Ahmad)

“Tidak semestinya seorang muslim menghina dirinya. Para sahabat bertanya, “Bagaimana menghina dirinya itu, ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Melibatkan diri dalam ujian dan cobaan yang dia tak tahan menderitanya.”" (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

“Bukanlah dari (golongan) kami orang yang menampar-nampar pipinya dan merobek-robek bajunya apalagi berdoa dengan doa-doa jahiliyah.” (HR. Bukhari)
konteks hadist: ketika seseorang ditinggalkan anggota keluarganya (akibat kematian) pada jaman jahiliyah.

Wassalamualaikum Wr Wb.

Berwudhuk dan hikmahnya

Berwuduk cara Rasulullah (dengan subtitle Bahasa Melayu)

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berwudhu dengan membaguskan wudhu’nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya”. HR. Muslim.
Minggu lepas aku terima email, email tersebut menyatakan niat berwudhuk , serta penjelasan berwudhuk seperti dinyatakan 8 cara dibwah. Aku membuat kajian serba sedikit tentang berwhuduk? Mari kita mengambil sedikit ilmu, mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tentang berwudhuk.
Disini adalah cara-cara berwudhuk serta niat yang jelas, insyallah kta mendapat solat yang kusyuk dan diterima oleh allah s.w.t

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

Apakah hikmah berwudhuk?
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ”
Hatim berkata, “Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
  • Tinggalkan sifat berbangga
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Penjelasan Saintifik Tentang Wudhuk

Wudhu’ Mencegah Terjadinya Berbagai Penyakit Kulit
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‘من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده حتى تخرج من تحت أظفاره ‘ رواه مسلم.
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berwudhu dengan membaguskan wudhu’nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya”. HR. Muslim.
وقال أيضا: ‘إن أمتي يدعون يوم القيامة غرا محجلين من آثار الوضوء، فمن استطاع منكم أن يطيل غرته فليفعل ‘ متفق عليه.
Rasulullah bersabda, “Sungguh ummatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya karena bekas wudhu’nya, (Abu Hurairah menambahkan) maka siapa yang mampu melebihkan panjang sinar pada tubuhnya, maka lakukanlah. (HR. Bukhari dan Muslim).

Ilmu kontemporer menetapkan : setelah melalui percobaan mikroskopi terhadap tumbuhnya mikroba pada orang yang berwudhu’ secara teratur dan juga kepada yang tidak teratur- bahwasannya orang yang selalu berwudhu maka mayoritas hidung mereka menjadi bersih, tidak terdapat berbagai mikroba. Oleh karena itu, adanya mikroba yang menempel pada mereka hilang sama sekali ketika mereka membersihkan hidung, dibandingkan dengan orang yang tidak berwudhu’ maka tumbuh pada hidung mereka berbagai mikroba dalam jumlah yang besar yang termasuk jenis mikroba berbentuk bulat dan berklaster yang sangat berbahaya … dan mikroba yang cepat menyebar dan berkembang-biak … dan mikroba lainnya yang menyebabkan banyak terjadinya berbagai penyakit.

Dan sudah jelas bahwasannya proses keracunan itu terjadi adanya perkembangan berbagai mikroba yang berbahaya bagi rongga hidung, kemudian sampai ke tenggorokan untuk kemudian terjadi berbagai peradangan dan penyakit, apalagi jika sampai masuk ke peredaran darah!!

Oleh karena itu, disyari’atkan untuk melakukan istinsyaaq (menghirup air ke dalam hidung) sebanyak 3 kali kemudian menyemburkannya (tetap dengan hidung) setiap kali wudhu. Adapun berkumur-kumur itu dimaksudkan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkongan dari peradangan dan pembusukan pada gusi, serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang menempel gigi. Dan sudah terbukti secara ilmiah bahwa 90% orang yang mengalami kerusakan gigi jika saja mereka mau perhatian terhadap kebersihan mulutnya ketika dahulu rusak gigi-gigi mereka, dan adanya pembusukan yang terjadi disebabkan oleh makanan dan air liur dan bercampur dalam perut dan menuju ke darah. Dan dari darah itulah kemudian menyebar ke seluruh organ dan kemudian menyebabkan berbagai penyakit.

Dan sungguh, berkumur-kumur akan menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah. Dan uji-coba ini belum pernah dikemukakan oleh para dosen olah raga kecuali sedikit. Hal ini karena mereka hanya memperhatikan kepada organ-organ tubuh yang besar. Dan membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan berbagai bakteri, apalagi dengan membersihkan badan dari keringat dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.

Dan juga, sudah terbukti secara ilmiah tidak akan menyerang kulit manusia kecuali apabila kadar kebersihan kulitnya rendah. Sebab manusia apabila lama beraktivitas tanpa membasuh anggota badanya, maka kulit akan mengalami berbagai peradangan yang menyerang permukaan kulit, seperti kudis. Dan kudis ini menyerang ujung jari-jari yang sebagian besar tidak dalam keadaan bersih, sehingga masuklah berbagai mikroba ke dalam kulit.

Oleh karena itu, bertumpuk-tumpuknya peradangan sangat mengundang mikroba untuk berkembang-biak dan menyebar. Maka, wudhu’ telah mendahului Ilmu Pektrologi modern dan para pakar yang menggunakan karantina sebagai media untuk mengetahui berbagai mikroba dan jamur-jamur yang menyerang kulit orang-orang yang tidak suka dengan kebersihan, dimana kebersihan ini semakna dengan wudhu dan mandi dan dengan uji-coba dan penelitian.
Penelitian dan uji coba ini memberikan manfaat yang lain:

Bahwa kedua tangan banyak membawa mikroba yang terkadang berpindah ke mulut atau hidung apabila tidak dibasuh. Oleh karena itu, sangat ditekankan untuk membersihkan kedua tangan terlebih dahulu sebelum melakukan wudhu’. Dan ini menambah jelas kepada kita sabda Rasulullah:

‘ إذا استيقظ أحدكم من نوميه فلا يغمس يده في الإناء حتى يغسلها ثلاثا ‘
Apabila salah seorang diantara kalian bangun dari tidur, maka janganlah mencelupkan kedua tangannya ke bejana (tempat air) sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali.

Dan sudah terbukti juga bahwa peredaran darah pada organ tangan bagian atas dan lengan bawah serta organ-organ bagian bawah seperti kedua kaki dan kedua betis adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya karena jauhnya dari pusat peredaran darah, jantung. Maka apabila kita membasuhnya diserta menggosoknya, maka akan menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan vitalitas. Dan dari itu semua, maka terketahuilah mukjizat disyari’atkannya wudhu’ di dalam Islam.

Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah Muhammad Kamil Abd Al-Shomad

Dr. Ahmad Syauqy Ibrahim, Anggota Ikatan Dokter Kerajaan Arab Saudi di London dan Penasihat Penderita Penyakit Dalam dan Penyakit Jantung mengatakan, “Para Pakar sampai berkesimpulan bahwa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan bisa mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangi kekejangan menjadi rileks syaraf-syaraf dan otot, hilangnya kenaikan detak jantung dan nyeri-nyeri otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur)”. Hal ini dikuatkan oleh salah seorang pakar dari Amerika dengan ucapannya, “Air mengandung kekuatan magis, bahkan membasuhkan air ke wajah dan kedua tangan -yang dimaksud adalah aktivitas wudhu’ – adalah cara yang paling efektif untuk relaksasi (menjadikan badan rileks) dan menghilangkan tensi tinggi (emosi).

Khamis, 24 November 2011

Perutusan Hijratur-Rasul 1433 Hijrah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS



oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pada 24hb November 2011 pukul 12.37 ptg
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
– Surah al-Nisa’ ayat 100

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram.
Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya.

Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam.

Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.

Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai.

Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia.

Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.

Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 2011