Jumaat, 16 September 2011

Mengapa Umat Islam perlu berpolitik?

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Katak Pisang Nak Pi Cabut 'Bulu' Mat Sabu. "Jaga-Jaga Bang Mat

Katak Pisang Nak Pi Cabut 'Bulu' Mat Sabu. "Jaga-Jaga Bang Mat" -
PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam..

Gendang tari pilihan raya telah dipalu...

'Gendang tari pilihan raya telah dipalu...'

Jumaat, 16 September 2011


ULASAN Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata-mata kerana persaingan politik yang tidak matang.

PM Bangladesh dedah rakyat dia mudah jadi warganegara Malaysia

Bongkar.. PM Bangladesh dedah rakyat dia mudah jadi warganegara Malaysia untuk undi K'jaan Memerintah..!! - - Kedah Lanie nia ambik kat website negara bangladesh.... http://www.ngoab.gov.bd/Main.php?Id=66 *:: Welcome to NGOAB :.* www.ngoab.gov.bd ...

Malam Bicara Selebriti Artis 3 Okt Anjuran PAS

Malam Bicara Selebriti Artis 3 Okt Anjuran PAS.. - HALAMAN HIBURAN 'KARNIVAL SELANGORKU' mempersembahkan 'Malam Bicara Selebriti' di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang pada 3 Oktober 2011. Orang ramai...

Tuduhan Liwat .....

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September - 18 Syawal 1432H. [MOD] - *ISU* *16 Septembe*r 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru ...

Najib Disaran Lepaskan Jawatan

Najib Disaran Lepaskan Jawatan Sebagai Menteri Kewangan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan yang dipegangnya kepada orang lain kerana kegagalan ranc...

PAS tergugat di Kelantan

PAS tergugat di Kelantan: Pilihan raya olok-olok Umno dapat 100% undi? - Aslani M KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan...

Jom Ke Himpunan Sejuta Ummah

Jom Ke Himpunan Sejuta Ummah - Menyelamatkan Aqidah Di Stadium Shah Alam

BEBERAPA Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam bermaufat dan tekad akan menganjurkan Himpunan Sejuta Ummah - Menyelamatkan Aqidah pada 22 Oktober depan tempat yang dicadangkan ialah di stadium Shah Alam.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, himpunan itu akan mengundang seluruh NGO Islam untuk menzahirkan kesatuan ummah Islam dalam menjaga amanah terhadap agama Islam di negara...

Benarkah Beliau Merupakan Raja Blogger Untuk UMNO Malaysia??? -

Pembongkaran Khas: Skandal Parpukari - Benarkah Beliau Merupakan Raja Blogger Untuk UMNO Malaysia??? - Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekar...

Penjelasan Kemerdekaan

Lagi Kes Polis Tembak Orang Awam

Lagi Kes Polis Tembak Orang Awam - Suami saya orang kaya’ IPOH: “Suami saya orang kaya, tiada sebab dia perlu merompak,” kata isteri kepada seorang ahli perniagaan yang maut selepas ditembak...

Negaraku

Cita-citaku Islam Cemerlang - Lagu

Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri

Siapa Bercakap BENAR Antara Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri Kes Pecat DS Anwar? Jom Bongkar... - Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan li...

Tn Guru Hj Hadi Awang Dakwah di Tawau Sabah ,Sempena Hari Malaysia

Tn Guru Hj Hadi Awang Dakwah di Tawau Sabah ,Sempena Hari Malaysia - Presiden PAS Lawat Sabah Sempena Hari Malaysia Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Andul Hadi Awang mengadakan lawatan kerja ke Sabah sempena dengan sa...

Jumaat, 9 September 2011

Pencacai SeMalaysia®: Isu Mat Indera: Tonton Faham Dan Sebarkan.!!!

Pencacai SeMalaysia®: Isu Mat Indera: Tonton Faham Dan Sebarkan.!!!

20 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN PART3

20 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN PART4

20 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN PART2

20 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN PART1

PERANAN ULAMA DAN UMARA

PERANAN ULAMA DAN UMARA
Kiriman: Sdr Zulkifli Sulaiman - zulkiflee@utusan.com.my

"Yang menjadi masaalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama.Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama sebenarnya.Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab boleh bercakap dan membaca ayat Al Quran"

Dalam Islam yang Hadhari atau realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana hendak berbuat dan ke arah mana usaha kita hen-dak dihalakan. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan Islam bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagai-mana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk meng-harungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan di-hadapi.

Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tem-puh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.

Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya Islam ? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan Islam ? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?

PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR

Hadis ada menyebut:
Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."

Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.

Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan ma-syarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.

Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit ilmu.Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan-diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.

Hanya Allah yang tahu. Ini penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan siapa yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat menga-kui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama Imam Ghazali pun dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengaku begitu. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama. Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?

Istilah ulama adalah dari bahasa Arab. Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.

Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.

Pengertian ulama dalam Islam berbeza.
Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:

1. Beriman

Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.

Firman Allah: Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)

2. Beramal

Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.

Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. "

3. Takutkan Tuhan

Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.

Firman Allah: Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. " (Al Fathir: 28)

Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.

Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)

Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibir sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-kata yang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.

Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksud-nya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masya-rakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muailim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.

Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.

Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muailim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.

Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.

PASPB: TU DIA!!! Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Ka...

PASPB: TU DIA!!! Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Ka...: Oleh Maclean Patrick, Wong Choon Mei Tidak salah jika seseorang ingin melarikan diri dari kesibukan tugs harian dan mengambil cuti pendek...

BN TANPA SEGAN SILU TERUSKAN RANCANGAN BUSUKNYA

BN TANPA SEGAN SILU TERUSKAN RANCANGAN BUSUKNYA

shalehudin: Akai tarok lutut... kahkahkah...

shalehudin: Akai tarok lutut... kahkahkah...: Kisah MAT INDERA Mahu Disamakan Dgn Kisah FIRAUN Di Dlm AL-QURAN Oleh YB KERDAU Oleh WFAUZDIN NS SEORANG `ustaz' iaitu Adun Kerdau, Pah...

Khamis, 8 September 2011

King Of Goblok: YANG BENAR USAH DI SEMBUNYIKAN

King Of Goblok: YANG BENAR USAH DI SEMBUNYIKAN: Dunia Pendidikan Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Kemudian beliau menuntut di China.Beiau ...

Isnin, 5 September 2011

Siapakah Pejuang Kemerdekaan?

PASPB: Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Ind...

UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.: "Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO t...

DINAR IRAQ TERKINI: DINAR IRAQ: TUNGGU KELULUSAN PARLIMEN

Dua hari berturut-turut keluar berita di Baghdad mengatakan Bank Pusat Iraq telah menghantar cadangan ke parlimennya untuk membuang koso...:

fendi tazkirah: LAKSANA HUKUM ALLAH WAJIB....ROSAK ISLAM DAN IMAN ...

Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya.

Siapa buta sejarah Umno atau Mat Sabu .... baca fakta ini

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd Taha-UMNO celaka ini wujud 1946)