Memaparkan catatan dengan label kafir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kafir. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2011

Kenapa Orang Kafir Lebih Kaya?

Kenapa Orang Kafir Lebih Kaya?

Kenapa orang-orang Non Muslim dan orang-orang yang lalai dalam Sholatnya kebanyakan mendapatkan harta yang melimpah? Kenapa minta kekayaan kepada ALLAH tidak langsung di dapat, sedangkan minta kekayaan kepada suatu tempat Pesugihan bisa langsung di dapat?

Sabtu, 16 Julai 2011

Nik Aziz atau Mahathir yang kafirkan umno?


APABILA membaca Utusan Malaysia Online, sekali lagi Mahathir berjaya mempamirkan kejahilannya di usia yang semakin senja. Amat malang sekali, di usia sebegini Mahathir masih buta tentang Islam namun masih mahu bercakap tentang hukum Islam. Maka, memang tepatlah kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa orang seperti Mahathir yang masih setia kepada Umno ini adalah golongan Jahil.
Beliau cuba menafsirkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang sering menyebut bahawa barangsiapa yang menolak Islam itu adalah kafir. Itu jugalah yang disebut di dalam Amanat Haji Hadi suatu ketika dahulu.
Tuan Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hj Hadi tidak pernah mengkafirkan orang-orang Umno, tetapi Mahathir mempunyai tafsirannya sendiri. Berikut adalah tafsiran Mahathir seperti yang dipetik di dalam Utusan Malaysia Online:-
"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO. "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir (Utusan Malaysia Online).

Nah, lihat. Siapa yang sebut Umno Kafir? Bukankah Mahathir yang sebut? Saya mahu tanya Mahathir dan juak-juaknya, jika tolak Islam, apakah hukumnya? Masihkah beriman dengan Islam atau kafir? Jawab sendiri. Apa yang Mahathir sebut di atas, seolah-olah Mahathir mengakui sememangnya Umno tolak Islam. Jadi, penyokong-penyokong Umno patut marah kepada Mahathir.

Mengucap tiga Syahadah seperti yang Mahathir sebut itu adalah satu hujah paling bebal dari seorang bekas PM yang mengaku Islam. Beliau bukan sahaja jahil dari segi agama, bahkan jahil tentang dasar parti PAS yang beliau sendiri kenal lama dengan parti ini. PAS adalah sebuah parti atau wadah untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Tiada parti lain yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya di negara ini melainkan PAS. Bahkan, sekutu PAS seperti PKR dan DAP juga tidak meletakkan dasar sama seperti PAS tetapi mereka membantu PAS di dalam perjuangannya terutamanya di dalam nilai-nilai murni yang dituntut di dalam Islam seperti kebebasan kehakiman, penghapusan rasuah, keadilan dan beberapa nilai yang baik untuk sejagat. Ini tidak ada pada Umno jauh sekali dasar Islamnya.

Umno bukan sebuah parti Islam, tetapi sebuah parti sekular yang bersifat nasionalis. Islam di dalam Umno dihadkan di dalam beberapa perkara iaitu ditempelkan sepertimana wanita menempel gincu pada bibirnya. Berapa lama gincu itu boleh bertahan? Kena semangkuk sup, gincu itu akan hilang. Islam adalah Syumul, mesti dilasksanakan secara menyeluruh dan ini lah yang PAS mahu perjuangkan. Jika Umno tidak mahu menegakkan Islam, sekurang-kurangnya Umno menyokong usaha PAS ini tetapi ini tidak berlaku. Jika Umno tidak mahu bersama PAS, tetapi PKR dan DAP sanggup membantu PAS, apakah PAS mesti memilih Umno juga sebagai rakan semata-mata Umno itu parti Melayu?

Saya teringat apa yang diperkatakan oleh MP dari Shah Alam, YB Khalid Samad yang bertanya, jika ada kawan kita orang Melayu Islam mengajak kita pergi kedai arak untuk minum arak, di dalam masa yang sama ada kawan kita bukan Melayu Non Muslim mengajak kita kena teh tarik, agak-agak mana satu yang mesti kita ikut? Melayu Islam itukah atau bukan Melayu Non Muslim itu?

Apa pula kena mengena dengan tiga Syahadah seperti Mahathir perkatakan itu? Islam hanya mengucap dua kalimah Syahadah, beriman dengan Allah dan Rasulnya. Apa yang Allah suruh diikut dan apa yang Allah larang dijauhi. Rasul pembawa apa yang Allah perintahkan, selepas ketiadaan Nabi dan Rasul, maka para sahabat serta Alim Ulamak. Al-Quran yang sama digunapakai bukan Al-Quran yang ingin ditafsir semula seperti yang pernah Mahathir ingin lakukan dahulu.

Saya tidak hairan Mahathir boleh menghina PAS atau Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau suatu ketika pernah menghina Nabi dan hukum hudud. Siapa tidak ingat Mahathir pernah berkata, Nabi tidak cukur janggut kerana di zaman dahulu tiada pisau cukur. Jika Hudud dilaksanakan maka orang-orang Islam akan mundur kerana ramai tangan orang Islam akan dipotong. Saya tidak tahu samada Mahathir sudahj bertaubat atau belum atas perkataan beliau itu, tetapi saya berharap beliau sudah bertaubat kerana usia beliau di penghujung senja.

Jika Umno masih kabur dengan perjuangan PAS, adalah lebih baik Umno mengadakan muzakarah dengan PAS tentang Islam ini bukan muzakarah tentang perpaduan Melayu semata-mata atau berbincang hanya untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan sahaja. Silalah bermuzakarah, dan letaklah Al-Quran di tengah-tengah sebagai Hakim. Masalahnya, mahukah Umno? Jika tidak mahu, jangan salahkan jika ada yang mengatakan bahawa menyokong Umno itu sebagai Jahilliyyah.
Sila berikan komen / maklumbalas anda di wfauzdin.blogspot.com
Berkaitan:

Isu kafirkan umno: Mahathir cuba bersihkan dirinya


Dahulu kebanyakan orang Melayu, terutama Melayu Umno kurang faham dengan hukum kafir mengkafir yang diajdikan isu oleh para pemimpin kerajaan umno /BN.
Alhamdulillah sejak isu itu dimainkan tak berhenti henti nampaknya sudah difahami kebanyakan orang melayu termasuk melayu umno sendiri.
Tun Mahathir Muhammad cuba ungkit semula isu kafir mengkafir dengan tujuan agar nama baik musyidul Am PAS tercalar agar namanya jadi bersih.
Untuk memahaminya tak payah.mudah saja. Mengapa gusar,kerana sudah ada hukum yang telah ditetap oleh Allah.

Allah sudah tetap hukumnya, Barangsiapa mengkafir orang Islam, maka dia yang mengkafir itu jadi kafir.Tak kira dia seorang tok guru kea tau sebagainya.

Akan tetapi kita kena ingat, barangsiapa tak mengkafirkan orang kafir, dia juga jadi kafir, kerana dia kafir mana mungkin mengatakan dia tak kafir, sedangkan dia kafir musuh Allah.

Jangan susah. Kalau kita tak kafir mengapa takut.Bukankah mereka yang mengkafirkan kita,jika kita tak kafir mereka itu jadi kafir.

Mungkin ini hanya salahfaham kita saja.mereka berkata apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dengan tujuan si anu adalah kafir kerana ingkar dengan perintah Allah. Mereka bukan buat pandai pandai dalam perkara kafir mengkafir ini.
Jika kereta ciptaan manusia ada jenama tertentu, mustahil manusia yang dicipta berbangsa bangsa dan berpuak puak ini tak ada jenama. Kalau tiada jenama khusus mana mungkin kita boleh kena mengena satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: barangsaiapa meninggalkan solat dengan sengaja, kafir. Tak dinafikan ada ulamak yang mengatakan tak sampai jadi kafir , jika mereka tak berkata solat tak wajib baginya.
Itu adalah soal pendapat hasil pemahaman (perbezaan pendapat) sesorang ulamak. Apakah kita manusia lebih bijak dan tahu berbanding Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah, Allah yang maha mengetahui itu.

Menyatakan barangsiapa tinggal solat dengan sengaja itu dikatakan bahawa Rasulullah SAW mengkafir orang Islam.

Kita kena ingat juga dengan ayat ayat Allah yang menyatakan ada umat islam pagi kafir, petang islam. Petang kafir, pagi Islam.Ini yang dinamakan kafir setelah beriman iaitu bukannya kafir sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia dapat kemurkaaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir pada hal hatinya dalam beriman (dia tak berdosa) tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar" (surah An Nahl ayat 106)

Kafir, kafir ini ialah engkar dengan perintah Allah. Hari ini bukan main ramai orang yang mengaku Islam yang bukan saja ingkar,malah ada yang derhaka kepada Allah dan Rasul SAW. Serta tergamak mempersenda sendakan ajaran Islam.

Tun Dr Mahathir Mohammad sepanjang menjadi perdana menteri pernah mempersenda sendakan, termasuk antaranya mengatakan tak mandi mayat yang mati syahid kerana zaman dulu tiada air,kalau hukum hudud dilaksanakan maka habis kudonglah tangan orang Islam.
Oleh Abdullah Ngah
Sumber: TranungKite
Berkaitan: