Ahad, 6 Julai 2014

TAZKIRAH KHAS RAMADAN -Presiden PAS sebak hargai simpati semua pihak





Presiden PAS sebak hargai simpati semua pihak

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat menahan rasa sebak ketika menyampaikan tazkirah khas Ramadhan di Masjid Rusila, malam tadi.

Nada sebak itu bermula apabila beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memohon Allah memberi balasan yang tidak terhingga kepada semua sama ada parti-parti politik yang ada di Malaysia dan semua pertubuhan Islam dan bukan Islam yang telah menunjukkan simpati kepada beliau semasa menerima rawatan di Istanbul, Turki baru-baru ini.

“Mudah-mudahan Allah menjadi keberkatan dan hidayah, termasuk gerakan Islam dan pertubuhan Islam daripada negara-negara Islam dan negara yang bukan Islam yang berdoa dan menghantar sumbangan, berebut-rebut untuk menghantar sumbangan termasuk pelajar-pelajar yang miskin yang kaya, semuanya bersedia untuk menyumbang.

“Mudah-mudahan semua itu termasuk dalam timbangan amal yang soleh di sisi Allah SWT,” ujar beliau.

Rakaman tazkirah itu dimuatnaik dalam facebook beliau