PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 29 Julai 2014

MUNAFIK HARAKI Oleh Dr Khairuddin At Takkiri


MUNAFIK HARAKI

Oleh Dr Khairuddin At Takkiri

Berkata Imam Abu Bakar al-Baihaqi dalam Sunan Kubra:

20300 ( وَرُوِّينَا ) فِي قِصَّةِ حَاطِبِ بْنِ أَبِي بَلْتَعَةَ حَيْثُ كَتَبَ إِلَى قُرَيْشٍ بِمَسِيرِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِلَيْهِمْ عَامَ الْفَتْحِ أَنَّ عُمَرَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ دَعْنِي أَضْرِبُ عُنُقَ هَذَا الْمُنَافِقِ فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا " . وَلَمْ يُنْكِرْ عَلَى عُمَرَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - تَسْمِيَتَهُ بِذَلِكَ إِذْ كَانَ مَا فَعَلَ عَلَامَةً ظَاهِرَةً عَلَى النِّفَاقِ ، وَإِنَّمَا يَكْفُرُ مَنْ كَفَّرَ مُسْلِمًا بِغَيْرِ تَأْوِيلٍ .

Maksudnya: "Diriwayatkan kepada saya dalam kisah Hatib bin Abi Balta'ah di kala beliau menulis kepada Quraisy tentang pengerakan Nabi saw mensasarkan Quraisy pada tahun pembukaan kota Mekah bahawa Umar bin al-Khattab berkata;

"Ya Rasululah saw, biarkan saya memancung tengkuk si MUNAFIQ ini."

Nabi saw lantas bersabda; "Sesungguhnya dia telah menghadiri perang Badar."

Nabi saw tidak membantah tindakan Umar r.a. MELABELKAN/menggelar Hatib sebagai "MUNbAFIQ" kerana apa yang telah dibuat oleh Hatib merupakan tanda Nifaq yang jelas. Yang kufur hanyalah yang mengkafirkan seorang muslim tanpa sebarang justifikasi."

Rujuk IMAM Baihaqi Sunan Kubra.

Ulasan:

Tokoh Ulamak terkenal Imam Baihaqi mengambil dalil daripada hadis di atas bahawa boleh melabelkan seseorang sebagai "munafiq" sekiranya ternyata padanya tanda munafik atau perlakuan munafik.

Hatib radiyallahu anhu merupakan sahabat Nabi saw yang sangat berjasa kepada Islam kerana telah menghadiri perang Badar. Kerana jasanya itu dia terlepas daripada hukuman pancung kerana khianat pada Nabi dan Islam tetapi tidak membebaskan dirinya daripada label "MUNAFIQ".

Kalau jasa Hatib yang besar mengalahkan pejuang terkemudian dalam gerakan Islam masih boleh digelar "munafiq" siapalah kita.

Isu besar Hatib ialah "walak"nya kepada Quraisy yang telah melakukan tindakan yang membatalkan perjanjian damai Hudaibiyah antara Quraisy dan Nabi saw serta orang Islam.

Walak beliau berupa kasih sayang yang mendorongnya memberi sedikit bantuan kepada Quraisy dengan membocorkan rahsia mesyuarat dan perancangan Nabi saw.

Bagaimana pula dengan mereka yang membocorkan rahsia mesyuarat gerakan Islam kepada musuh Islam atau orang luar???

Mereka adalah "munafiq". Dalam konteks gerakan Islam atau "harakah" Islam mereka boleh digelar "Munafiq Haraki".

"Munafiq Haraki" ialah mereka yang pada zahirnya bersama Harakah Islam tetapi walak (kasih sayang, kesetiaan dan ketaatannya malah berusaha mempertahankan) ialah kepada orang di luar daripada Harakah Islam yang memperjuangkan negara dan kerajaan Islam.

Ahmad Dhuha Sobri