PAUTAN TAMBAHAN

Sabtu, 25 Januari 2014

AL-FATIHAH - USTAZ HARUN TAIB TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Malam semalam, anak kepada Allahyarham Datuk Harun Taib telah mengirimkan satu pesanan ringkas kepada kenalan bapanya itu menyatakan bahawa Datuk Harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.00 tengah malam.

Allahyarham pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Sesuai dengan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman menuntut di al-Azhar, Allahyarham diberikan tanggung jawab sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS. Seorang yang tegas dalam pendiriannya, Allahyarham sering mengeluarkan kenyataan yang pro kepada Islam. Atas ketegasannya, Allahyarham tidak disukai oleh rakan-rakannya dari DAP terutamanya Karpal Singh.


Allahyarham juga pernah menyentuh tentang Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS yang dilihat sebagai merugikan PAS dan juga Islam. Atas dasar tersebut, Allahyarham telah dikecam oleh ahli PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Mat Sabu. Allahyarham juga pernah menegur bekas mufti Perlis, Dr. Asri atas kenyataannya yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.

Usaha untuk menyatukan antara orang-orang Islam di dalam negara kita ini seperti menemui jalan kesukaran selepas pemergiannya ini. Diharapkan, agar Ketua Ulamak PAS yang baharu dapat menyambung perjuangan Allahyarham dan merealisasikan harapannya untuk melihat Islam itu berjaya.


Di bawah ini dalah 10 kenyataan Allahyarham yang akan sentiasa diingati dan dijadikan renungan untuk kita semua.

1. ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2. ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3. ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4. HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5. HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6. MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7. MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,” 

8. HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9. HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10. HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum.


FAKTA MENARIK MENGENAI ALLAHYRHAM....

1) arwah merupakan kawan baik yang sependapat dengan haron din yang turut sama menentang penggunaan kalimah Allah oleh DAP

2) arwah merupakan individu yang menolak campurtangan DAP dalam parti PAS

3) pada PRK Sg Limau Arwah telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP pada kempen PAS di Sg limau.

4) arwah pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan PAS

5) arwah merupakan rakan dan sekutu umno dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) selepas pru13 arwah pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Ultra DAP yang mahukan kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti pas mengadakan hubungan dengan umno bagi menyelamatkan islam.

7) Yang paling jelas Arwah mahu matabatkan perjuangan Islam dan bukannya menjadi barua DAP

8) Pemergian arwah bermakna semakin kurang golongan ulamak dalam PAS maka lebih mudah DAP untuk mereka menguasai dan menjadikan PAS barua mereka.

9) Kawan rapat arwah iaitu ustaz Haron Din dikhabarkan tidak berapa sihat dan pastinya DAP akan mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan PAS. Memang Benar arwah telah meninggalkan kita namun dalam politik namun jasa Arwah terlalu hebat dan penutupnya cukup cantik seolah-olah semasa hidupnya Arwah sedar akan pembetulan dalam PAS harus dilakukan sebelum sampai masa semalam.