PAUTAN TAMBAHAN

Sabtu, 6 Julai 2013

Robohnya Masjid Bilal Bin Rabah Angkara Regim Bashar




Robohnya Masjid Bilal Bin Rabah Angkara Regim Bashar

Terpanggil upload video ni setelah ada si Fulan tu mengatakan : "kat Syria takde apa pun yg terjadi, masjid takde roboh pun kat sana perang saudara je"

Wahai fulan video ini khas buat anda...

Dari tempat yang paling suci di dunia
Dari tempat dimana Hajar berlari antara Safa dan Marwa
Dari tempat dimana ALLAH mendengar Hajar dan memberikan beliau (telaga) air ZamZam untuk beliau dan anak beliau, Ismail.
Warga Syria berdoa dengan penuh semangat

"Ya ALLAH...Kami datang ke masjid-MU mencari MU"
"Ya ALLAH....Kami tiada sesiapa selain DIRI-MU"
"Ya ALLAH... ENGKAU yang memusnahkan Kisra"
"Ya ALLAH... ENGKAU yang memalukan Firaun"
"Ya ALLAH...ENGKAU boleh memusnahkan segala bentuk kezaliman"
"Ya ALLAH...Musnahkan, hancurkan dan malukanlah si pemimpin Syria yang penipu, Bashar Assad."
"Ya ALLAH...Tunjukkanlah kuasa-MU ke atas Bashar Assad"
"Ya ALLAH...Hancurkanlah dia kepada kepingan-kepingan, malukan dia dan jadikan dia symbol kepada segala kezaliman"
"Ya ALLAH...Penuhkanlah hati dia (Basyar) dengan ketakutan, goncangkanlah bumi dibawah (telapak kaki) dia serta sekutu-sekutunya."
"Ya ALLAH...Kami mengadu kepada-MU atas Mizanah yang dia (Bashar) musnahkan, rumah yang dia letupkan, kanak-kanak yang dia sembelih, gadis-gadis yang dia rogol, nenek-nenek yang dia serang dengan ganasnya, datuk-datuk yang dia bunuh, dan lelaki yang dia buru"
"Ya ALLAH...Balaskanlah dendam kami"
"Ya ALLAH...Selamatkanlah kami"
"Ya ALLAH...Kurniakanlah kami kemenangan dari-MU"
"Ya ALLAH...Ianya telah lama (berlaku) dan hanya ENGKAU yang dapat menolong kami"

Wa sallallahu ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi wassalim...

p/s : Namun Media ISLAM Sekular lebih memilih untuk berdiam diri dalam menyampaikan berita-berita yg telus berhubung nasib saudara kita disana.




RUMAH ALLAH DIRUNTUH BERMAKNA MEMUSUHI ALLAH