PAUTAN TAMBAHAN

Selasa, 18 Jun 2013

Mursi Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria


Mursi Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria



HIMPUNAN RIBUAN RAKYAT MESIR BERSAMA RAKYAT SYRIA DI KAHERAH, MESIR



Saluran televisyen swasta Malaysia, TV3 telah mengeluarkan satu terjemahan salah dan palsu oleh pemberita mereka mengenai ucapan Presiden Mesir, Mohamad Morsi yang memutuskan perhubungan diplomatik dengan Syria.

Mereka betul kan sedikit, nampak menyokong, tapi terjemahan yang salah.

HIMPUNAN RIBUAN RAKYAT MESIR BERSAMA RAKYAT SYRIA DI KAHERAH, MESIR (GAMBAR) | KEDUTAAN SYRIA DI MESIR DITUTUP DAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN REJIM BASYAR


Ini terjemahan tv3.
“Kita tidak membenarkan rejim penindas kembali berkuasa, dan tidak menolak untuk menguatkuasakan zon larangan udara di Syria menerusi Majlis keselamatan PBB dalam usaha menamatkan pertumpahan darah rakyat Syria menjadi pelarian luar jangkaan.”
Ini terjemahan yang sebenar. So, boleh nilailah sendiri.
“Kepada Hizbillah, Mestilah ia keluar dari Syria. Ini kata2 serius. Tiada peluang dan tempat bagi Hizbillah di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah. Ditutup kedutaan kerajaan Syria sekarang yang ada di Kaherah. Dan akan menarik balik wakil Kedutaan Mesir di Damsyik.”

Dr. Morsi tak sebut pasal PBB, tv3 sebut pasal PBB. Dr. Morsi sebut pasal Hizbillah, tv3 tak sebut.

Lihat video di SINI.