PAUTAN TAMBAHAN

Sabtu, 15 Jun 2013

MB Kelantan sokong himpunan nyatakan kebenaran

 KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyokong usaha rakyat di negeri ini yang berhimpun bagi menegakkan kebenaran kerana Islam adalah agama yang mengesyorkan umatnya berkumpul.

Beliau berkata, usaha seluruh masyarakat terutama pemuda termasuk Gabungan Profesional Menuntut Royalti Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan atau R dan Kekal Kerajaan Kelantan (K) amat dihargai.

“Suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, kebangkitan anak muda memberi keadaan menakutkan parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan ini memberi amaran kepada mana-mana pihak, bahawa penipuan tidak disukai sesiapa pun.

“Kita berkumpul untuk menyatakan kebenaran dan dalam Islam kita berkumpul serta mengadakan solat jemaah, menggunakan azan untuk memanggil umat dalam menyatakan kebenaran dan Islam adalah agama kita berkumpul,” katanya semasa berucap dalam perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan salah satu badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan, di Ketereh, di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, pihaknya berkumpul bagi menyatakan kebenaran termasuk pada hari raya dan perhimpunan diadakan secara aman bagi menyatakan hasrat jiwa serta perasaan masyarakat.

“Keadaan berkumpul ini menyatakan bagaimana jika kita tidak diberi keadilan dan ia dilakukan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya.

“Kita berkumpul di Padang Arafah setahun sekali, berkumpul pada hari raya dua kali setahun, berhimpun pada Jumaat setiap minggu dan berkumpul di masjid lima kali sehari,” katanya.

Kata beliau, perhimpunan dilakukan kerana ia adalah syiar dalam Islam dan dalam keadaan aman, rakyat Kelantan berhimpun dalam memberi sokongan dan usaha tersebut amat dihargai pihaknya.

Sumber: Sinar Harian Online

KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyokong usaha rakyat di negeri ini yang berhimpun bagi menegakkan kebenaran kerana Islam adalah agama yang mengesyorkan umatnya berkumpul.

Beliau berkata, usaha seluruh masyarakat terutama pemuda termasuk Gabungan Profesional Menuntut Royalti Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan atau R dan Kekal K...erajaan Kelantan (K) amat dihargai.