Selasa, 27 September 2011

TARBIYAH HEBAT PAS KUAT - Ustaz Idris Ahmad


Tidak ada harakah tanpa tazim, tidak ada tanzim tanpa tarbiah. Atas asas ini PAS mampu bergerak di persada politik tanah air pada hari ini kerana kekuatan tarbiah yang menjadi teras kepada gerak kerja parti. Sebab itu, di dalam PAS ada dua lajnah yang penting dari sudut organisasi, pertama ialah lajnah tarbiah dan kedua ialah lajnah penerangan. Lajnah tarbiah lebih fokus kepada melahirkan tenaga penggerak parti manakala lajnah penerangan ialah menyebar luas dasar dan perjuangan parti kepada pihak luar.