Sabtu, 17 September 2011

Ketirisan sebanyak RM28 bilion setahun menurut Laporan Audit Negara 2009

Perasuah Negara, Pengkhianat Moden

Telok Kemang: “Ketirisan sebanyak RM28 bilion setahun menurut Laporan Audit Negara 2009 jelas menunjukkan bahawa pengurusan negara berada dalam bahaya dan membimbangkan”, kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Beliau berkata dalam situasi rakyat asyik membincangkan kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) mereka lupa tentang persoalan ini.

“Signifikan persoalan rasuah yang mahu kita bincangkan dengan perbandingan isu komunisme adalah merupakan persoalan masa depan negara dan rakyat keseluruhannya.