Sudah lama kalam elya menyepi.. InsyaAllah akan mula beroperasi semula.. Mudah2han diberkati segala usaha yang dilakukan.. InsyaAllah.
InsyaAllah entri kali ini bertajuk Ujian.. Mari kita teliti ayat Al-Quran yg berkaitan dengan Ujian... Untuk apa sebenarnya Allah mendatangkan ujian kepada kita...
" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui org2 yang dusta". (29:2-3)
"Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Mahapengampun " (69:2)
Jelas ayat diatas menunjukkan bahawa kita memang akan diuji untuk menentukan tahap keimanan kita. Sedangkan para nabi juga diuji dengan ujian yang sangat dahsyat, apatah lagi kita yang cuma manusia biasa. itulah tarbiyah secara tidak langsung yang kita dapat dari Allah.. Kalaulah terdetik dihati kita bahawa kita tidak sanggup untuk memikul ujian ini, ingatlah bahawa Allahlah yang menciptakan kita, pasti Dia lebih tahu tahap kesanggupan kita. Dan didatangkan ujianNya pada kita pasti sesuia dengan kesanggupan kita.
Betul ke?? Lihat Firman Allah yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286)
Nah.. betulkan.. Allah lebih tahu siapa kita.... Malah Dialah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..
"... Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (2:216)
Para sahabat, dalam Al-Quran jelas menerangkan bahawa kita akan diuji sesuai dengan kesanggupan kita sebagai hambaNya.. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya dengan mendatangkan ujian yang tidak sanggup dipikul oleh hambaNya... Ingatlah jika kita didatangi ujian jangan cepat mengalah bahawa kita sudah berputus asa dalam hidup.. berfikirlah bahawa pasti ada sebab mengapa Allah mendatangkan ujian yang sebegitu kepada kita..
Mungkin jika dibiarkan sahaja kita leka dengan hidup ini, pasti kita akan melupakan Allah.. Maka ujian Allah tandanya Allah masih sayangkan kita.. Dan ingatlah Allah pasti bersama dengan kita... " .... Jgn engkau bersedih, sesungguhnya Allah pasti bersama dengan kita...." (9:40)

Apabila diuji... Mintalah kekuatan dari Allah.. Agar kita tetap berada didalam keimanan.. Dan berdoalah dengan ujian yang diberikan kepada kita, mudah2han akan menambahkan keimanan kita kepadaNya.. Amin Ya Rabb..