Ahad, 10 Julai 2011

Perhimpunan Bersih adalah satu cara untuk rakyat menegur pemerintah

Bismillah. Dunia ini kepunyaan Allah kita manusia diperintah mentaati perintahNya tanpa boleh dipertikaikan. Apa yang dilakukan di dunia ini pasti diperhati dan dilihat oleh Allah. Sebagai seorang yang beriman bila melihat kezaliman, ketidakadilah ker...ajaan, kerajaan yang menolak Islam, keraan yang mengamalkan rasuah, yang mengamal fitnah, mengalakkan pesta kemaksiatan maka wajib kita tegah dan halang.

Perhimpunan Bersih adalah satu cara untuk rakyat menegur pemerintah agar bersikap adil setelah mahkamah hilang kuasa keadilan. Polis sudah hilang kuasa keselamatanya. Pemimpin sudah hilang kuasa membela rakyat. Oleh rakyat bermodalkan Perhimpunan Bersih untuk menyuara hatinya. Sama-sama kita renung hadis dibawah. Allah memberi nikmat otak dan nikmat ilmu agar dapat diguna dengan betul mengikut ketetapan Allah semoga diberi Allah pahala ibadah atas segala usaha kita.

Pemerintah Wajib Berlaku Adil

Hadith :
“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.Riwayat Muslim

Huraian
1. Orang yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin hendaklah menjaga kebajikan orang ramai dan haram menindas serta menzalimi mereka.

2. Setiap rakyat harus menasihati dan menegur pemerintah dengan tegerun yang membina demi untuk memajukan negara. Rakyat juga berhak menyuarakan pendapat, serta boleh membantah sekiranya pemerintah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.

3. Pemerintah hendaklah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan adil untuk kepentingan semua rakyat dengan menyediakan segala kemudahan, demi untuk pembangunan, kemajuaan, keselamatan, dan kemakmuran negara.

4. Setiap orang akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan ketika di dunia.