Khamis, 29 Mac 2012

Rabu, 28 Mac 2012

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 1/2)




Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 2/2)

Ceramah Wali Kecil : Syeikh Muslim Saad




TEGURAN WALI KECIL TERHADAP PEMUDA DAN WANITA YANG SUKA MENIRU GAYA HIDUP BARAT YANG MENINGGALKAN AGAMA SENDIRI

Ahad, 25 Mac 2012

Che`gu Bard Bukit Mendi 10 Mac 2012




SIAPAKAH PERINTAH KALAU PAS MENANG DALAM PRU 13?
BAGAIMANA UMNO MELAKUKAN PEMBOHONGAN KEPADA ORANG MELAYU?
 

Sabtu, 24 Mac 2012

Ziarah dan Umrah 09 Mac 2012


Taklimat dalam kawasan Dome yang ditengahnya terdapat Batu yang cuba ikut Rasulullah semasa Makraj.  
Sejarah Dome Of The Rock


Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid Qubbat Al-Shakha




Bergambar di bawah batu kini seperti dalam sebuah gua terletak di tengah-tengah dome. Dalam ada juga sudut kecil untuk bersolat


Masjid Al Aqsa kelihatan kubah warna hijau di hadapan


Pintu Utama Masjid Al Aqsa, pandangan waktu selepas Suboh

Bersama Imam Ali - selepas solat Suboh 

 Laluan ke Masjid Nabi Sulaiman



Tentera Yahudi lengkap bersenjata mengawal sempadan antara Masjid Aqsa dengan Gereja Yahudi di sebalik Tembuk. Orang Islam dilarang melintasi sempadan ini .....





Khamis, 8 Mac 2012

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'


OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam
 

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.


 PAS Terus Teguh Pertahan Islam Di bawah Kepimpinan Ulamak

Isnin, 5 Mac 2012

Tahaluf Siasi - Dalil Mengapa PAS bekerjasama dengan DAP (HD)




Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat
Tarikh: 25 Februari 2012
Tempat: Markas PAS Pantai Kundur Masa: 8.00malam - 9.00malam

Ahad, 4 Mac 2012

Pertahan kerajaan Islam Adalah Jihad




KUALA LUMPUR, 3 Mac 2012 (Harakahdaily oleh Aziz Muda): Mempertahankan kerajaan Islam merupakan  tanggungjawab beragama dan satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati jahiliyyah.

Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".

Beliau berkata,  pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Berasaskan kaedah itu, menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan yang bercanggah dengan syarak.

Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya kekufuran yang nyata.

Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari (membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya (dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja (dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi mereka solat".

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Malah, tegas beliau, menegur pemerintah Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim".


Sabtu, 3 Mac 2012

Yusmadi Yusoff: Agenda Kita Pakatan Rakyat Adalah Beri Peluang Kepada Semua Rakyat




Berjuang untuk rakyat, ekonomi untuk rakyat, kita penyambung lidah rakyat.




Azhar Idrus - 20120302 Sembang Petang Bersama Bob Lokman Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 - 2 Mac 2012 dari KelantanTV

Khamis, 1 Mac 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (21 Februari 2012 - Video Penuh)





Perbincangan:
Penjajah membawa masalah ke negara yang dijajah. 
Musuh sentiasa mencari jalan untuk melaga-laga umat Islam. 
Umat Islam sentiasa dalam bersiap sedia,
Bila sudah berjaya jangan lupa kepada Allah.........

Selasa, 21 Februari 2012

Jenayah buang bayi tidak akan dilakukan oleh orang yang waras akal fikiran !!!!





Jenayah buang bayi tidak akan dilakukan oleh orang yang waras akal fikiran !!!

Isnin, 20 Februari 2012

Allah dan Para Malaikat Bersolawat Keatas Nabi



Masjid Negeri Selangor - Kuliah Tasawwur Islam 03-02-2012 bersama Dato' Haron Din

Jumaat, 17 Februari 2012

Pas Ajaran Sesat - Kenyataan Akhbar Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu










2.Tetapi kali ini dikeluarkan oleh orang No 1 di Negeri Terengganu. Orang yang mencorakkan Parti di peringkat negeri, mencorakkan kerajaan dan rakyat. Maka tidak seharusnya tuduhan ini dibuat.


3.PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang Negara.


4.Dasarnya ialah Islam, hukum tertingginya adalah Al Quran dan As Sunnah, Ijma’ dan Qias.


5.Matlamatnya ialah melaksanakan hukum Allah, hukum syariat, bertindak melalui kaedah Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.


6.PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Dimanakah ajaran sesat yang dilaksana dan dirancang oleh PAS.


7.PAS pernah perintah Terengganu selama lebih 4 tahun. PAS telah meminda perlembagaan negeri dengan memperuntukkan Hukum yang tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias serta telah meluluskan enakman Hudud, Qisas dan Takzir.


8.Ajaran sesat mengikut acuan Allah SWT ialah firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab : 36


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُّبِينًا


“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - ( tidaklah harus mereka ) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan Yang jelas nyata.”
Dan firman Allah SWT dalam surah Shad : 26


يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ


“ Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan ( hukum syariat ) yang benar ( yang diwahyukan kepadamu ); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan ( jalan Allah ) itu.”


  • Ajaran sesat ialah ajaran yang menderhakakan Allah dan Rasul, maka siapakah sebenarnya yang menderhaka?.
  • Siapakah yang sebenarnya melaksanakan peraturan mengikut nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan al Quran?.


9. Dewan Ulama menganggap ucapan Menteri Besar itu adalah ucapan seorang yang terdesak dan tidak waras serta merupakan suatu provokasi. Ianya hendaklah ditarik balik dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka.

Dato’ Haji Husain Awang.
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu.


Khamis, 16 Februari 2012

Jauhi Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab


Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyediakan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."
Huraiannya adalah seperti berikut :
Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.
Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.
"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.
Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.
Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau, 'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).
Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya)
Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.
Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.

Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.
Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.
Posted by abubasyer
oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia pada pada 23hb September 2011 pukul 10.36 ptg ·