Isnin, 12 April 2021

Bersikap Lemah Lembut Terhadap Keluarga

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli (keluarganya) dan aku di kalangan kamu adalah orang yang paling baik dengan ahliku.” (HR Ibn Majah). Zaman ini terlalu banyak perkembangan teknologi yang dapat diraih oleh manusia dan membawa banyak kemudahan. Namun teknologi tidak mampu menggantikan kepentingan setiap individu keluarga di dalam kehidupan. Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita menerusi hadith – hadithnya akan kepentingan untuk berakhlak dan bertutur dengan kelembutan terutamanya bersama ahli keluarga.

Sikap berlembut dalam pertuturan dipandang remeh untuk segelintir keluarga, yang merasakan bahawa apa yang disampaikan lebih utama daripada cara penyampaian yang tidak menyenangkan. Sedangkan kepentingan cara dalam melontarkan kata – kata juga dipandang serius, ini bertepatan dengan sabda  Rasulullah s.a.w. kepada Sayyidatina Aisyah r.ah, ”Wahai Aisyah, bersikap lembutlah kerana kelembutan itu setiap kali ada pada sesuatu maka ia akan memperindahkan sesuatu itu; dan jika kelembutan dicabut daripada sesuatu maka ia kan memburukkan sesuatu itu” (HR Abu Daud).

Kekasaran pertuturan di dalam ahli keluarga yang dimaksudkan seperti suami kepada isteri dan sebaliknya atau ibu bapa kepada anak – anak, sudah semestinya memberi kesan kepada suasana kekeluargaan itu sendiri. Penggunaan perkataan yang kurang sesuai di dalam perbualan, memangil suami / isteri dengan panggilan yang kurang sopan, mengarahkan sesuatu kepada anak – anak dengan cara yang merendahkan kemampuan anak tersebut atau memalukannya di khalayak ramai adalah cara berkomunikasi yang tidak betul dan sudah semestinya memberi kesan kepada emosi, mental individu tersebut. Ini juga bukan apa yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya. 

Dari sudut psikologi, individu yang sering tertekan dengan kata – kata atau cara yang kasar, akan merasa tekanan dalaman pada mental dan perasaan yang akan menjurus kepada kesan – kesan yang negatif kepada tingkah laku dan tindak balas individu tersebut. Ianya akan lebih berat jika individu tersebut menghadapi kemurungan.

Sayyidina Ali r.a. memberi ungkapan yang baik untuk direnungi “Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tidak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu”. Kata – kata ini mampu memberi satu renungan yang baik kepada  kita semua agar tidak menuturkan kata-kata yang kita sendiri tidak suka mendengarnya.

Fenomena ini semakin meluas dalam kalangan keluarga, berkemungkinan disebabkan kurangnya ilmu kekeluargaan itu sendiri dalam diri pasangan – pasangan Islam. Kita sering dirisaukan dengan pentingnya kestabilan kewangan semata – mata untuk terus kekal relevan untuk hidup di Singapura, tetapi adakah wajar untuk kita meminggirkan kepentingan membudayakan akhlak Islami di dalam institusi keluarga? Dan membiarkan pasangan dan anak – anak kita dalam keadaan tidak stabil emosinya kerana kelakuan kita yang kurang menyenangkan? Sedangkan Rasulullah s.a.w ada menyebutkan dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a “Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR Bukhari). Hadith ini menguatkan akan kepentingan untuk memupuk akhlak terpuji dalam diri anak – anak dan ianya menjadi tanggungjawab ibu bapanya untuk sering menunjukkan akhlak yang baik, pertuturan yang elok agar anak – anak terkesan dengan persekitaran Islami.

Tidak dinafikan anasir – anasir luaran yang juga memberi impak pada akhlak setiap individu seperti tekanan pekerjaan, media sosial, pergaulan teman – teman yang mampu menyumbang kepada emosi negatif suami / isteri lalu melepaskannya di rumah dan lebih teruk lagi kepada anak – anak yang tidak berdosa. Setiap individu berkuasa untuk berusaha menjauhi perkara – perkara tersebut dengan memilih jalan yang betul bagi mengawal setiap tekanan yang dihadapi, seperti berzikir atau melakukan solat sunnat untuk menenangkan fikiran. Begitu juga memilih teman – teman yang sering memberikan kata – kata peransang ke arah kebaikan bukan membawa ke arah sebaliknya. Di sinilah terletak kepentingan Iman seseorang itu apabila berhadapan dengan sesuatu ujian dari Allah s.w.t.

Ketahuilah, suasana keluarga yang sering menerapkan pertuturan yang lembut dan akhlak yang baik mampu menghasilkan keluarga yang harmoni dan pertumbuhan anak – anak yang sihat dan cergas. Menggunakan perkataan yang menunjukkan kasih sayang pada suami / isteri dan anak – anak akan melahirkan ketenangan dan ketenteraman keluarga. Suami akan lebih bahagia apabila pulang ke rumah dan isteri menyambutnya dengan kata – kata indah, begitu juga sebaliknya dan anak – anak akan lebih rapat dan terbuka kepada ibu bapa yang menunjukkan aura positif kepada mereka.

Akhlak Rasulullah s.a.w pada keluarganya sudah semestinya perlu dijadikan contoh teladan bagi setiap keluarga, Baginda adalah suami yang sentiasa berlemah lembut dengan para isteri serta keluarganya. Beliau tidak pernah bersikap keras kepada mereka. Semasa si isteri marah, beliaulah yang menghibur serta meredakan kemarahannya. Hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan para isteri sentiasa dilandasi dengan rasa cinta yang tulus suci. Beginilah seharusnya sebuah keluarga perlu diterajui.

Seorang suami melakukan tanggungjawab dengan baik, wajar mendapatkan hak yang wajib diperolehi, begitu juga isteri yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik akan wajar mendapatkan hak yang wajib diperolehi. Anak – anak perlu dididik dengan agama dan akhlak yang mulia harus dipupuk dalam diri mereka.

Pasangan suami isteri dan ibu bapa harus menitik beratkan tentang kepentingan berkomunikasi dengan pengunaan bahasa yang berhemah dengan  cara yang lembut lagi sopan sesama sendiri dan juga kepada anak – anak. Senantiasalah bermuhasabah diri agar kita mampu melihat kesilapan dan kekurangan di dalam diri kita, dan perbaikinya secepat mungkin. Menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini supaya kehidupan lebih bermakna bersama insan – insan yang kita sayangi.

Jauhilah kata – kata yang kasar lagi kesat kepada ahli keluarga mahupun yang lainnya. Sentiasa ingat, bahawa amalan ini tidak membawa kita sebagai ahli syurga yang kita impikan. Semoga Allah sentiasa mengawasi tingkah laku kita, dan kita sering berusaha menjadi ‘Khair Ummah’  sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini kerana tujuan kehidupan bukanlah dunia semata tetapi tujuan hakiki adalah Akhirat nanti.

Semoga perkongsian yang sedikit memberi manfaat terutamanya untuk diri yang dhoif ini dan memanfaatkan kepada pembaca yang lain. Yang baik hanya dari Allah s.w.t dan yang kurang daripada kami sendiri.




Jumaat, 9 April 2021

Keutamaan Solawat Nabi

Membaca solawat kepada baginda Muhammad SAW adalah perintah secara langsung dari Allah SWT.

Salah satu refleksi dari kecintaan seseorang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW adalah membaca solawat untuknya. Hal ini dipertegas dalam Alquran surah al-Ahzab [33] ayat 56.

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersolawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Bersolawat artinya, jika datang dari Allah berarti pemberian rahmat, dari malaikat berarti memintakan ampunan, dan jika dari orang-orang mukmin berarti berdoa supaya diberi rahmat.

Shalawat memiliki banyak keutamaan yang akan didapat oleh orang-orang yang mengamalkannya.

Pertama, dikabulkan doanya. Rasulullah SAW bersabda: 

سمعَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ رجلًا يَدعو في صلاتِهِ لم يُمجِّدِ اللَّهَ تعالى ولم يُصلِّ علَى النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فقالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عجِلَ هذا ثمَّ دعاهُ فقالَ لَهُ أو لغيرِهِ إذا صلَّى أحدُكُم فليَبدَأ بتَمجيدِ ربِّهِ جلَّ وعزَّ والثَّناءِ علَيهِ ثمَّ يصلِّي علَى النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ ثمَّ يَدعو بَعدُ بما شاءَ

"Apabila salah seorang di antara kamu membaca solawat, hendaklah dimulai dengan mengagungkan Allah Azza wa Jalla dan memuji-Nya. Setelah itu, bacalah shalawat kepada Nabi. Dan setelah itu, barulah berdoa dengan doa yang dikehendaki." (HR Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi). 

Kedua, dijanjikan pahala berlipat. Rasuullah SAW bersabda: 

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عَمْرٍو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا اَنَّهُ سَمِعَ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا رواه مسلم.

"Barang siapa yang bersolawat kepadaku sekali, maka Allah akan bersolawat untuknya sepuluh kali." (HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasa’i). 

Ketiga, diangkat derajatnya.  

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً صلَّى اللَّهُ عليهِ عشرَ صلَواتٍ ، وحُطَّت عنهُ عشرُ خطيئاتٍ ، ورُفِعَت لَهُ عشرُ درجاتٍ

“Barang siapa di antara umatmu yang bersolawat kepadamu sekali, maka Allah menuliskan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan dari dirinya sepuluh keburukan, meninggikannya sebanyak sepuluh derajat, dan mengembalikan kepadanya sepuluh derajat pula'." (HR Ahmad).

Keempat, dikumpulkan di surga bersama Nabi. Rasulullah SAW bersabda: 

وعن ابن مسْعُودٍ أنَّ رسُول اللَّهِ ﷺ قَالَ: أَوْلى النَّاسِ بِي يوْمَ الْقِيامةِ أَكْثَرُهُم عَليَّ صَلاَةً رواه الترمذي

"Manusia yang paling berhak bersamaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak membaca solawat kepadaku." (HR Tirmidzi).

Kelima, mendapatkan syafaat Nabi.  

وعن عبدِ الله بن عمرو بن العاص رضي الله تعالى عنهما أنّه سَمِعَ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إذا سَمِعْتُمُ النِدَاءَ فقولوا مثلَ ما يقولُ، ثمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فإنّه مَنْ صَلّى عَلَيَّ صلاةً صلى اللهُ عليه بها عَشْرَا، ثمّ سلوا اللهَ ليَ الوَسِيْلَةَ، فإنّها مَنْزِلَةٌ في الجنّة لا تنبغي إلاّ لِعَبْدٍ مِنْ عباد الله، وأرجو أن أكونَ أنا هو، فَمَنْ سألَ لِيَ الوَسِيْلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَفَاعَةَ»  (مسلم)،

Dari Abdullah bin Umar, dia mendegar Rasulllah SAW bersabda: "Jika kalian mendengar adzan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muadzin, kemudian bersolawatlah kepadaku. Sesungguhnya orang yang bersolawat kepadaku sekali, maka Allah akan bersolawat untuknya sepuluh kali. Lalu, mintalah kepada Allah wasilah untukku karena wasilah adalah sebuah tempat di surga yang tidak akan dikaruniakan, melainkan kepada salah satu hamba Allah. Dan, aku berharap bahwa akulah hamba tersebut. Barang siapa memohon untukku wasilah, maka ia akan meraih syafaat." (HR Muslim).


 

Isnin, 5 April 2021

Amalan diajar Nabi SAW agar jadi penyelamat ketika meniti Titian Sirat

Dalam hadis Nabi SAW disifatkan bahawa titian sirat itu lebih halus daripada rambut yang dibelah tujuh dan lebih tajam daripada mata pedang.

Bayangkan betapa bahayanya titian sirat itu, kita sewajarnya tahu selok-belok bagaimana nak meniti agar melepasinya dengan baik yang mana keadaannya yang sangat berbahaya kepada manusia.

Dinyatakan dalam hadis juga bahawa pelbagai cara manusia meniti titian sirat itu bergantung kepada banyak dan sedikit amalan kebaikan manusia berdasarkan kepada amalan pada masa hidupnya di dunia.

Ada yang melintasinya seperti kilat cepatnya, ada yang seperti kuda, ada yang berjalan dan ada yang merangkak.

Di atas titian itu ada terdapat banyak penyangkut seperti mata kail yang besar dan akan menyangkut mereka yang  banyak dosa sehingga menyebabkan pendosa itu terjatuh ke dalam neraka. Nauzubillah.

Titian Sirat ini dikatakan gelap. Hanya cahaya yang ada pada seseorang berdasarkan kepada amalannya sahaja dapat membantu.

Maka terdapat tip-tip untuk meniti titian sirat itu yakni, enam amalan yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW seperti berikut:

Sentiasa berada di masjid

Abu Darda’ berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: Masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertakwa dan Allah akan memberikan kesenangan, rahmat dan (keselamatan) di atas sirat menuju keredaan Allah ke dalam syurga bagi sesiapa sahaja yang menjadikan masjid-masjid sebagai rumahnya.”

Maksud orang yang sentiasa pergi ke masjid ialah melakukan solat berjemaah, belajar ilmu agama di masjid, bergaul dengan orang soleh di masjid dan melakukan pelbagai aktivit keagamaan di masjid  atau surau. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi bahawa di masjid adalah tempat orang yang bertakwa kepada Allah.

Sebenarnya banyak kelebihan masjid sehinggakan orang berada di dalam masjid dalam majlis ilmu akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar Allah mengampuni dan merahmati mereka.

Bersedekah dengan baik

Maksudnya sedekah tadi ialah daripada sumber yang halal, cara sedekah yang baik dan juga tepat sasarannya.

Bersedekah lebih afdal kepada kaum keluarga terdekat dahulu yang mana Allah akan berikan dua jenis ganjaran pahala: Pertamanya ialah pahala sedekah, keduanya pahala menghubungkan silaturrahim di antara ahli keluarga.

Bersedekah juga hendaklah dengan cara yang baik seperti penuh keikhlasan, tidak disusuli dengan ungkit-mengungkit bertujuan berbangga-bangga selain mahu menyakitkan hati orang yang kita bantu.

Nabi SAW bersabda  daripada Abu Nuaim dan Asbahani meriwayatkan secara marfu’: “Barangsiapa bersedekah dengan baik, maka dia akan melintas di atas sirat dengan lapang dada”.

Menerima pembatalan pembelian seseorang muslim dan memaafkan kesalahannya

Maksudnya kita dalam urusan transaksi jual beli atau apa-apa urusan kalau ada kecacatan pada barang yang dibeli contohnya, maka jika pembeli membatalkan pembelian tersebut, maka kita menerimanya dan meyelesaikannya dengan cara yang baik.

Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menerima pembatalan pembelian saudaranya, maka Allah SWT akan mengampunkan kesalahannya pada hari kiamat.”

Dalam riwayat Ibnu Hibban disebutkan bahawa: “Barang siapa yang memaafkan kesalahan seorang muslim, maka Allah akan mengampunkan kesalahannya pada hari kiamat.”

Sifat suka memaafkan kesalahan orang lain ini sebenarnya sangat mulia dan akan menenangkan hati kita dengan sebab tiada dendam kesumat.

Memudahkan kesulitan orang lain

Saidatina Aisyah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang menjadi penghubung bagi saudaranya yang muslim kepada penguasa dalam menyampaikan satu kebaikan atau memudahkan satu kesulitan, maka Allah akan membantunya dalam melintasi sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki-kaki”.

Contohnya dalam kehidupan kita seharian banyak urusan kita dengan pihak berkuasa bermula dengan pendaftaran surat beranak, urusan membuat kad pengenalan, mendaftarkan sekolah anak, permohonan-permohonan permit, lesen dan sebagainya sehinggalah kepada urusan kematian.

Maka jika kita menolong orang lain mempermudahklan urusan mereka, maka Allah akan selamatkan kita meniti titian sirat.

Membantu memenuhi keperluan orang lain

Dalam satu hadis Nabi SAW daripada Anas bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah?”

Baginda bersabda: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah yang membahagiakan seseorang muslim; mengatasi kesulitannya, membayar hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya, serta berjalan bersama saudaraku untuk satu keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di masjid ini selama satu bulan.

"Dan barangsiapa yang dapat menahan amarahnya pada hal dia mampu untuk melempiaskannya jika dia mahu, maka Allah akan memenuhi hatinya pada hari kiamat dengan keredaan, dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk satu keperluan sehingga dia dapat memenuhinya, maka Allah akan memantapkan kedua kakinya pada hari di mana kaki-kaki akan tergelincir” - [HR al-Asbahani dab Ibnu Abi Dunya].

Lihatlah betapa kalau kita teliti isi kandungan hadis ini berkisar tentang akhlak yang baik: Menolong menyelesaikan masalah saudara kita, tolong bayarkan hutangnya atau halalkan hutangnya dengan kita, belanja makan dan pelbagai cara lagi. 

Sebab itulah Nabi SAW mengatakan bahawa amalan yang paling berat timbangan di neraca Allah adalah akhlak yang baik.

Melindungi seorang mukmin daripada umpatan orang munafik

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melindungi seorang mukmin daripada umpatan orang yang nampak munafik, maka Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat yang akan melindungi dagingnya daripada api neraka Jahannam pada hari kiamat. Barangsiapa menuduh seorang muslim dengan  tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas sirat Jahannam sehingga dia dibersihkan dari dosa yang telah dia katakan.” - [HR Abu Daud].

Pada zaman sekarang ini masya Allah banyaknya umpatan, kutukan Ya Allah kalau kita baca pun takut, fitnah, adu-domba, caci-maki dan sebagainya sangat kurang sopan dan sangat kesat bahasanya di media sosial.

Bahkan ulama, tok-tok guru dan orang-orang alim pewaris nabi dikeji, dihina sebegitu rupa. Oleh itu ambillah peluang ini dengan mempertahankan saudara muslim kita daripada kutukan, hinaan, kejian, tuduhan orang munafik ini kerana Allah akan selamatkan kita semasa meniti titian sirat pada  hari kiamat nanti.

Semoga dengan mengamalkan tip-tip yang diberikan oleh Nabi SAW ini insyaAllah, Allah akan permudahkan kita meniti titian sirat untuk menuju ke syurgaNya.

Sila kongsikan tip ini sebanyak mungkin agar ia dapat menjadi sebahagian amalan jariah kita.

Khamis, 1 April 2021

Sesama Muslim tidak Boleh Saling Menzalimi

Kita adalah kaum muslimin yang memiliki ikatan ukhuwah. Untuk itu, maka kita tidak boleh saling menzalimi antara satu dengan yang lainnya.

Allah SWT berfirman yang artinya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh karena itu damaikanlah antara kedua saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat.” (QS al-Hujuraat: 10)

Rasulullah SAW bersabda yang artinya: “Janganlah kalian saling mendengki, janganlah saling mencurangi, janganlah saling membenci, janganlah saling membelakangi dan janganlah sebagian kalian menjual atas penjualan sebagian yang lainnya. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara! Seorang muslim adalah bersaudara, janganlah menzaliminya, merendahkannya dan janganlah mengejeknya! Takwa ada di sini -beliau menunjuk ke dadanya tiga kali-. Cukup dikatakan jelek seorang muslim, jika ia menghinakan saudaranya muslim. Setiap muslim atas muslim lainnya haram darahnya, harta dan kehormatannya.” (HR. Muslim)

Dalam hadis lain disebutkan, “Seorang muslim adalah saudara muslim yang lainnya. Jangan menzaliminya dan jangan memarahkannya. Barangsiapa yang membantu kesulitan saudaranya, maka Allah akan membantunya. Dan barangsiapa yang memberikan jalan keluar dari kesulitan saudaranya, maka Allah akan memberikan jalan keluar bagi kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah akan tutupi aibnya pada hari kiamat.” (HR. Bukhari Muslim)

Oleh karena itu, untuk mempererat ukhuwah kita harus saling menjaga darah seorang muslim, harta dan kehormatan mereka. Tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan tiga sebab, yaitu: murtad, orang yang berzina dalam keadaan sudah pernah menikah dan qishash (pembunuh seorang muslim lainnya dengan sengaja harus dibunuh).

Disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud ra Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada illah yang patut diibadahi kecuali Allah dan bersaksi bahwa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kecuali dengan tiga perkara: jiwa dengan jiwa, pezina yang sudah pernah menikah dan orang yang memisahkan diri dari agama dan meninggalkan jama’ah (kaum muslimin).”

Dengan demikian, darah seorang muslim tidak halal kecuali dengan tiga hal di atas, itupun yang berhak mengeksusinya adalah para penguasa, bukan oleh sembarang orang.

Untuk mempererat ukhuwah Islamiyah, maka setiap Muslim hendaknya saling menasihati. Nasihat-menasihati tersebut harus dilatarbelakangi oleh rasa kasih sayang dan ukhuwah islamiyah.

Allah SWT berfirman, “Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang,” (QS. Al-Balad: 17). []