Rabu, 31 Januari 2018

PM Gagal Hormati Konsep Federalisme

Ucapan Perdana Menteri di Kelantan semasa lawatan seharinya ke negeri ini pada 28 Januari 2018 lalu merupakan satu catatan sejarah yang memalukan. Beliau antara lain menyebut bahawa Kelantan tidak akan dapat membayar gaji kakitangannya jika tanpa bantuan kerajaan Pusat menunjukkan bagaimana beliau gagal memahami konsep federalisme yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Ia bagaikan seakan mengulangi cerita '7 Janji' yang dilontarkan beliau juga di Kelantan sebelum pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Adalah perlu untuk difahami bahawa kerajaan negeri dan pusat mempunyai bidang kuasa masing masing mengikut jadualnya yang tersendiri. Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri. Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan  jentera kerajaan negeri.

Ini merupakan asas dalam konsep federalisme. Mengungkit-ngungkit bahawa kerajaan Kelantan mampu membayar gaji hanya kerana mendapat bantuan kerajaan Pusat adalah satu perbuatan kebudak-budakan. Sebanyak manakah pula hasil mahsul yang diangkut dari bumi Kelantan untuk membiayai Putrajaya? Adakah boleh disebut bahawa tanpa minyak Kelantan, Perdana Menteri tidak akan mampu mengelilingi dunia bersama isterinya?

Terengganu negeri yang paling hampir dengan Kelantan pun menerima sekitar RM1.5 billion terimaan dari Pusat hasil royalti dan sebagainya seperti yang termaktub di dalam Bajet 2018 negeri tersebut. Barangkali tanpa bantuan pusat, bukan setakat gaji kakitangan, bahkan butir beras pun tidak mampu untuk dibeli!

Realitinya, ia tidak boleh disebut sebagai bantuan. Ia adalah kewajipan anda sebagai Kerajaan Pusat. Adakah ia tanda bahawa parti Dato Seri sudah jemu untuk mentadbir kerajaan Pusat?

Kita kesal dengan kegagalan Perdana Menteri memahami konsep ini. Harapnya ia hanyalah penyedap telinga kepada jentera UMNO Kelantan untuk meningkatkan usaha berdepan pilihanraya umum ke 14 bersama rakan baru di Kelantan seperti yang dinyatakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari lepas.

AHMAD FADHLI SHAARI
30 JANUARI 2018

Selasa, 30 Januari 2018

Politik Islam berkonsepkan budaya matang dan sejahtera.

Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33) وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35) وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (36) (سورة فصلت: ٣٣-٣٦)

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam! (Tegas beristiqamah tanpa sembunyi)” (33) Dan tidaklah sama (kesannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila Engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan (bertukar) menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar yang di kurniakan (daripada Allah kebahagiaan dunia dan akhirat). (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(36)” (Surah Fussilat: 33-36)

Demikianlah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dan pengikut yang menyambung perjuangannya di sepanjang zaman. Berdakwah dan berpolitik secara matang dan sejahtera untuk menyelamatkan manusia bersama Islam seramai mungkin, walaupun terpaksa mengorbankan diri, laksana lilin yang bersedia membakar diri, demi memberi cahaya kepada semua. Bukan laksana monyet yang melompat dan bergayut mencari-mencari di pokok yang kelihatan lebat buahnya. Sepatutnya menjadi seperti pokok yang berbuah, bersedia menggugurkan buah yang masak kepada kanak-kanak nakal yang melontarkan batu dan kayu ke arahnya.

Maka Rasulullah S.A.W memaafkan orang yang memfitnah, orang yang cuba membunuhnya dan telah membunuh para sahabat dan keluarga kesayangannya. Sebabnya adalah fadilat menyelamatkan seseorang bersama Islam membawa kebaikan di dunia dan pahala yang berpanjangan sehingga ke Hari Akhirat.

Apabila mencapai kemenangan Fathu Makkah yang berada dalam keadaan paling kuat, Baginda S.A.W mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai, termasuk kepada kalangan yang disenaraikan kesalahan yang besar dan berat. Bukan seperti Revolusi Barat (Liberal Kapitalis) dan Timur (Komunis dan Sosialis) yang mengorbankan mangsa dendam yang jumlahnya sangat menggerunkan. Benarlah apa yang berlaku selepasnya, mereka yang bermusuh itu menjadi sahabat yang setia dan rela berjuang bersama menegakkan Islam.

Generasi awal PAS dapat menyaksikan kesusahan dan pengorbanan sejak perjuangan menentang penjajah sehingga pasca kemerdekaan dan selepasnya. PAS menyokong ISA kerana menentang komunis yang masih bermaharaja lela dan mengancam keselamatan negara. PAS menyertai kerajaan campuran dan penubuhan BN selepas Peristiwa 13 Mei 1969 kerana mengukuhkan kedudukan umat Islam. Namun selepasnya, PAS pula menjadi mangsa ISA, dirampas kerajaannya di Kelantan, Peristiwa Memali yang mengorbankan pengikut setianya, dicekik Kelantan selepas kemenangan 1990 supaya tidak bernafas, dirampas royalti Terengganu apabila PAS berjaya memerintah semula 1999 dan dinafikan juga hak Kelantan.

Namun, PAS telah berjaya menyelamatkan umat Islam yang jahil akidahnya sehingga dicetuskan isu kafir mengkafir oleh gejala menghina hukum Islam disebabkan kejahilan umat dan kelemahan para ulama, serta kerakusan pemimpin negara menghina Islam. PAS mengambil pendekatan dakwah bukannya menghukum yang menjadi lapangan para mufti dan qadi yang sangat malang dipenjarakan oleh undang-undang warisan penjajah yang belum dirungkai.

PAS mengambil pendekatan menyatakan batas-batas iman dan kufur sehingga berjaya menyedarkan umat dan melenyapkan suara menghina Islam di kalangan umat Islam sendiri. Kini hanya tinggal suara yang terpencil laksana harimau tua tidak bergigi yang melepak di hutan rimba, dan kalangan bukan Islam yang memberanikan diri tanpa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam yang telah bangkit semula bersama arus kesedarannya.

PAS terus memilih demokrasi yang sinonim dengan ajaran Islam, bukannya demokrasi yang menipu rakyat yang masih jahil dan bodoh politiknya. Kalaulah rakyat Amerika yang dikatakan paling maju dan bebas, boleh terbabas memilih Presiden yang samseng dan bodoh semata-mata kerana kaya hartanya dan penguasaan media oleh Zionis, sehingga nafsu memintas akalnya. Maka kewajipan kita menyelamatkan rakyat di sini supaya tidak memilih yang dikitar semula melalui filem lama yang ditayangkan, khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. Apa yang dibimbangkan pengaruh media sosial tanpa sempadan yang boleh menjadi tentera upahan musuh Islam.

PAS wajib memperkenalkan budaya politik damai tanpa perpecahan rakyat, sama ada kalangan umat Islam yang berbeza pendekatan dan rakyat bukan Islam yang berbeza agama dan budaya.

PAS menegaskan Islam wajib memimpin dan memerintah atau mempengaruhi pemerintah dengan nasihat yang wajib menegakkan konsep adil terhadap semua dan memelihara hak asasi manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS mengambil pendekatan bertanding dalam pilihan raya tanpa berkelahi dan berpecah, melalui konsep ta’awun.

PAS mesti bertanding seberapa banyak kawasan kerana cita-cita memerintah negara, bukannya angan-angan Mat Jenin yang memanjat pokok yang berbuah sahaja walaupun bergayut di dahan yang rapuh sehingga membunuh diri sendiri, kerana budaya PAS bukan memanjat pokok yang berbuah, tetapi sanggup memanjat pokok yang tidak berbuah dan belum berbuah kerana keyakinannya akan berbuah apabila tiba masanya kalau dibajakan atau dicantas dahannya. PAS sabar berlalunya masa yang panjang, biar lambat asalkan selamat.

Al-Quran memaparkan kisah yang benar apabila Nabi Nuh A.S yang dikatakan mustahil mencapai kemenangan bersama segelintir pengikut dalam perjuangan yang terlalu panjang masanya, akhirnya mencapai kemenangan dengan izin Allah. Selain itu, dipaparkan juga kisah yang benar, apabila Nabi Musa dan Harun A.S yang dianggap mustahil dapat menjatuhkan Firaun yang kaya dan kuat, serta terlalu ramai bala tenteranya, namun Allah menenggelamkannya dengan mudah ke dalam laut.

Sejarah Islam memaparkan kaum Tartar yang paling ganas membakar dan membunuh Baghdad dan pusat kerajaan Islam Abbasiyah, akhirnya kalangan pemimpin kaum Tartar juga menganut Islam dan menegakkan Islam. Ini membuktikan Islam berjaya menempa sejarah luar biasa dapat mempengaruhi penjajahnya kerana berkat jati diri beristiqamah bersama Islam, walaupun kebiasaannya rakyat akan terpengaruh dengan penjajahnya. Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (آل عمران: ٢٦)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-Imran: 26)

Paling penting ialah terus beristiqamah bersama Islam, setia kepada baiah, taat kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Islam daripada nas yang nyata, sama ada bersetuju atau tidak apabila telah diputuskan. Inilah adab dan akhlak kita berjamaah yang ditunjuk oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah S.A.W.  Kalau tidak, maka sia-sia di dunia yang dicita-citakan dan celaka di Akhirat yang menjadi wawasan.

Politik Islam berkonsepkan budaya matang dan sejahtera, tidak sama dengan politik barat sehingga matlamat menghalalkan cara yang haram dan merosakkan dunianya dan tidak ada wawasan Akhirat.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 12 Jamadil Awal 1439 / 29 Januari 2018

Isnin, 29 Januari 2018

PAN ‘Lembik’ Dan ‘Cair’ Depan DAP – Nik Abduh

Keangkuhan PAS jauh lebih baik berbanding Parti Amanah Negara (PAN) yang ‘lembik' dan ‘cair' apabila berada di hadapan musuh agama sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam nada sinis berkata, angkuh lebih baik daripada sedia dicucuk hidung dan dilihat hina.

“Ia pernah ditunjukkan oleh seorang sahabat yang memperaga watak angkuh di medan jihad melawan musuh lalu dipuji oleh Rasulullah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau membidas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan daripada PAN bahawa PAS parti Islam yang angkuh, diperlekehkan serta dibenci oleh rakyat.

Nik Mohamad Abduh berkata, PAS hanya diperlekeh dan dibenci oleh musuh politiknya iaitu Pakatan Harapan

Dakwa beliau, PAS disanjung dan disegani oleh seluruh rakyat bukan kerana angkuh dan sombong, tetapi kerana sifat rahmah, benar dan istiqamahnya.

“Apabila PAN cuba bersuara nyaring, ia bagai bunyi bising cengkerik di belantara buas. Kosong tapi adalah juga nilai hiburnya.

“PAN memilih memusuhi PAS. Apabila pemimpinnya menuduh PAS angkuh, ia adalah sifat yang benar daripada PAS untuk PAN dan sekutunya,” tegas beliau.

PAN ‘Lembik’ Dan ‘Cair’ Depan DAP – Nik Abduh

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37949

Ahad, 28 Januari 2018

PAS dituduh pecah belah pembangkang?

USTAZ IDRIS AHMAD  24 JANUARY 2018

HARI ini ada orang menuduh PAS sebagai pemecah belah parti pembangkang. Sebelumnya dituduh PAS tungkat Umno, PAS hendak UG dengan Umno, PAS dapat RM90 juta, PAS parti pengacau. Macam-macam lagi tuduhan terhadap PAS yang dihamburkan oleh pemimpin mereka dan ditulis oleh cyber trooper mereka. Itu petanda alamatu kubra pilihan raya sudah dekat. PAS terus mara atas landasan perjuangan.

Semua tuduhan itu PAS anggap sebagai multivitamin untuk terus bekerja dan memperjuangkan Islam dan menyelamatkan negara. Segala tuduhan ini bukan melemahkan PAS. Mereka hendak mematikan perjuangan PAS insya-Allah tidak mampu, selagi PAS tidak meninggalkan dasar Islam. Motivasi ahli PAS ialah perjuangan di dunia untuk bekalan akhirat. PAS berpolitik bekalan untuk mati bukan bekalan untuk hidup semata-mata.

Pelik yang tuduh itu  baru jadi pembangkang. PAS sudah lama melawan BN, dahulunya Perikatan. Memang belum menang di peringkat negara. Kerana PAS tidak mahu gadai prinsip. Kalau hendak menang cepat, tanpa mengira prinsip Islam, sudah lama PAS menang. Kalau PAS hendak cepat menang mudah ja. Setuju dengan pesta arak, setuju dengan LGBT, setuju dengan puak atheis, setuju dengan golongan anti hadis, setuju dengan orang yang hina hukum Islam setuju dengan program maksiat.

Mereka yang baru lawan Umno kerana, temolok sudah penuh, harta negara habis difaraid di kalangan suku sakat.  Sekarang mengamuk fasal tidak cukup dedak. Bukan kerana dasar. Bukan kerana negara dan rakyat. Semua gara-gara hendak perhatian dan hilang kasih sayang. Nanti apabila dipujuk akan berhentilah menangis. Apabila dedak dan nestum diberi oleh Umno, maka berduyun-duyun sertai Umno kembali, kerana nafas tidak panjang. Kesian.

#HARAKAHDAILY 24/1/2018

Sabtu, 27 Januari 2018

MAHATHIR SUDAH KENA PANCUNG OLEH DR ZUHDI

Bagi Dr Zuhdi, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), sekiranya parlimen tergantung kerana tiada satu blok pun mendapat majoriti mudah dalam PRU14 nanti, PAS hanya ada dua pilihan. Sama ada PAS menjadi kerajaan dengan BN atau PAS rela kekal sebagai pembangkang meskipun rakan gabungan BN nanti ialah PH.

Kenyataan Dr Zuhdi itu jelas melepaskan tetakan  di tengkuk Mahathir. Sebelumnya badut tua itu sengaja menghulurkan batang leher untuk dipancung apabila menyindir PAS.PAS dikatakan berangan-angan Mat Jenin apabila hanya mensasarkan 40 kerusi.

Pancungan Dr Zuhdi secara automatik juga terkena batang tengkuk PH. Sedang darah bersembur di urat merih, PH sudah nampak Mahathir yang sedang  ‘memandang’ -   menjadi Mat Jenin yang jatuh dengan pelepah kelapa kering.

Maka pemuka-pemuka PH yang rasa selamat mula create angan-angan baru untuk  jadi menteri dengan melompat parti biarpun terpaksa bayar RM20 juta. Apa masalah dengan RM20 juta kalau tawaran jauh lebih lumayan dari itu. Kalau beruk-beruk di Perak dan di Selangor pandai melompat, apa salahnya untuk diturut. Sumpah dan bai’ah lagi berani dilanggar, takkan  janji dengan manusia tak tega dirempuh.

Juga jangan diherankan jika PH secara en bloc berUG dengan BN? Tiada terminologi ‘malu’ bagi bangsat politik.  Alergik boleh berkalih paih . Similenya, macam Nurul Izzah yang alergik dengan Mahafiraun. Hari ini jadi parut luka kecil saja. Yang berdosa besar kalau berUG hanyalah PAS. Pemuka-pemuka PH yang suci-suci  dan murni-murni maksum belaka. Amat tidak mustahil  apabila kulit muka sudah ditampal dengan kulit khinzir.

Apa saja boleh berlaku selepas PRU nanti.Khinzir pun khinzirlah. Asal jangan dikatakan babi. Rakyat dan pengikut hendak maki-hamun apa peduli.

*BDA*
26/1/2018

*#UP*
*#NekadBersamaIslam*
*#MAMPUCentre*

Kenyataan Media -Guru Pembangkang digesa berhenti kerja: Kenyataan yang cukup naif.

1. Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia(KPM), Dato Seri Mahadzir Khalid yang telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan bagi warga pendidik di seluruh Malaysia baru -baru ini.

2. Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid yang bernada ugutan terhadap warga pendidik yang mahu mengambil tindakan disiplin terhadap guru yang menyokong parti pembangkang, menunjukkan taraf seorang menteri yang seolah-olah memiliki sikap tidak bertamadun dan hilang nilai profesionalisme dalam diri.

3. Kenyataan seperti ini menggambarkan sikap yang cukup terdesak serta menggambarkan UMNO berada di ambang ketakutan dan bimbang akan kehilangan sokongan guru dalam PRU 14.

4. Pendidik menggesa supaya Menteri Pendidikan Malaysia dan KPM berhenti mengugut guru atau melampiaskan ‘dendam politik’ terhadap warga pendidik yang berdedikasi dan telah banyak menabur jasa mendidik anak bangsa dengan cemerlang.

5. Guru adalah golongan cerdik pandai yang ditugaskan mendidik anak bangsa bukan seperti lembu dicucuk hidung yang hanya menurut arahan tanpa berfikir.

6. Harus diingat, guru adalah rakyat Malaysia yang boleh menyokong atau memilih mana-mana parti politik yang sah dan berdaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jangan mengongkong minda dan jiwa warga pendidik dengan penjajahan alaf baru yang merugikan negara.

7. Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor ingin menegaskan bahawa kenyataan naif seperti ini akan menyebabkan warga pendidik semakin bertambah benci dengan UMNO dan bukan sebaliknya.
“Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan!”

Salam hormat:
Pn.Normala Binti Sudirman
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Badan Perhubungan Negeri Johor Sesi 2017/2019.

_AC_

http://berita.pas.org.my/kenyataan-media-guru-pembangkang-digesa-berhenti-kerja-kenyataan-yang-cukup-naif/

26/01/2018 

Jumaat, 26 Januari 2018

PEMIMPIN DAP SENDIRI AKUI DAP AKAN KUASAI PERAK!

Baru terbaca tulisan sahabat saya Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam, yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Date Line pagi tadi bertajuk “Yang Corot Dan Yang Dominan Dalam Pakatan Harapan Perak”.

Tulisan Dr Muhaimin ini adalah maklum balas beliau kepada komentar Facebook saya pada 22 Januari 2018 bertajuk “Agihan Kerusi Dewan Undangan Negeri Perak: DAP Mendominasi Pakatan Harapan Perak, AMANAH Pula Di Tempat Tercorot.

Kata Dr Muhaimin, komentar Facebook saya ini: “Sudah beratus-ratus di’likes’, di’share’ dan kemudian disiarkan oleh akhbar politik di talian. Selanjutnya merebak menjadi bualan yang langsung tidak membina negara. Orang kampung kata ‘buang beras’.”

Kata Dr Muhaimin lagi: “Tajuk itu sudah ada unsur propaganda dan provokasi. Pemilihan terma ‘dominasi’ dan ‘corot’ bukan kebetulan tetapi adalah usaha pembenihan doktrin kepada pembaca. Manakala DAP dan AMANAH menjadi objek utama untuk ‘dikerjakan’ sebaik-baik yang mungkin demi kepentingan tertentu.”

Saya hairan dengan Dr Muhaimin ini yang banyak mengkritik saya dari sudut emosi kosong semata-mata dengan menyebut kononnya “‘maklumat’ yang dihuraikan itu adalah mentah dan lebih bersifat imaginasi” atau bahawa “politik tidak semudah itu untuk difahami dan difikirkan, kawan”,

Disebutkan juga “posting sebegitu hanyalah suatu gerakan mendodoi orang Melayu agar terus tidur nyenyak” dan “tulisan seharusnya membina dan membangkitkan martabat akal dan mengelakkan diri diperhamba dengan kebodohan diri sendiri dan kejahatan sang cerdik pandai”.

Masa sama, tiada sebarang penafian diberikan oleh Dr Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu, malah beliau sendiri mengakui “hujah (AMANAH dikatakan tercorot dalam pengagihan kerusi di Perak) kelihatan agak munasabah untuk AMANAH kecewa...”.

Hanya yang beliau sebutkan adalah:
(1) Kononnya AMANAH akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit: “Ada eloknya difikirkan tentang kewajaran analogi ‘kecil-kecil cili api’. Begitulah juga dalam politik yang serba memungkinkan. Perlu berfikir secara ‘kuih lapis’, jangan berfikir lurus bendul.”
(2) Kononnya pengagihan kerusi ini masih boleh berubah: “Tarikh penamaan calon masih jauh lagi. Ada seribu satu kemungkinan yang akan berlaku.”

Saya harap Dr Muhaimin dan para pemimpin AMANAH lain, mahupun sesetengah penganalisis politik lain, tidak terus dibuai mimpi yang keterlaluan dengan mengharapkan DAP tidak akan mendominasi Pakatan Harapan Perak.

Usahlah para pemimpin AMANAH terus berimaginasi bahawa AMANAH akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit dan usahlah para pemimpin AMANAH terus mengharap para pemimpin DAP Perak akan memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Baru semalam, 25 Januari 2018, akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Pemuda DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Canning, Wong Kah Woh, selepas pelancaran Pemuda Pakatan Harapan Perak di Ipoh bahawa Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan di Perak dengan 32 kerusi secara keseluruhannya.

Ini kerana, kata Wong Kah Woh, DAP yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang selain dapat merampas lapan kerusi lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Baik, mari kita sama-sama lihat komposisi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang.

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 18 adalah dimiliki oleh DAP, iaitu melalui:
(1) Teh Kok Lim di N17 Pokok Assam
(2) Leow Thye Yih di N18 Aulong
(3) Loh Sze Yee di N22 Jalong
(4) Wong Kah Woh di N25 Canning
(5) Ong Boon Piow di N26 Tebing Tinggi
(6) Lee Chuan How di N27 Pasir Pinji
(7) Cheong Chee Khing di N28 Bercham
(8) Nga Kor Ming di N29 Kepayang
(9) Sivasubramaniam A/L Athinarayanan di N30 Buntong
(10) Teh Hock Ke di N31 Jelapang
(11) Lim Pek Har di N32 Menglembu
(12) Yong Choo Kiong di N33 Tronoh
(13) Wong May Ing di N37 Pantai Remis
(14) Leong Cheok Keng di N40 Malim Nawar
(15) Chen Fook Chye di N41 Keranji
(16) Datuk Ngeh Koo Ham di N50 Sitiawan
(17) Terence Naidu A/L V.Raja @ Raja Naidu di N55 Pasir Bedamar
(18) Sivanesan A/L Achalingam di N57 Sungkai

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 5 adalah dimiliki oleh PKR, iaitu melalui:
(1) Abdul Yunus Jamahri di N9 Kuala Kurau
(2) Chua Yee Ling di N13 Kuala Sapetang
(3) Tan Kar Hing di N44 Simpang Pulai
(4) Chang Lih Kang di N45 Teja
(5) Kesavan A/L Subramaniam di N54 Hutan Melintang

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 1 adalah dimiliki oleh AMANAH, iaitu melalui:
(1) Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di N14 Changkat Jering

Sekarang mari kita sama-sama lihat pula komposisi lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak.

Daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, lima adalah dimiliki oleh AMANAH, iaitu:
(1) N6 Kubu Gajah
(2) N16 Kamunting
(3) N20 Lubok Merbau
(4) N23 Manjoi
(5) N35 Manong

Daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tiga adalah dimiliki oleh PPBM, iaitu:
(1) N51 Pasir Panjang
(2) N53 Rungkup
(3) N56 Changkat Jong

Akhirnya, mari kita sama-sama lihat pula komposisi bangsa dan agama pemegang 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk Pakatan Harapan menangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak ini.

22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari AMANAH.
(2) 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak jika Pakatan Harapan menguasai Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14?

Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kata-kata bahawa gabungan kerusi yang diberi kepada PPBM (14) dan kerusi yang diberi kepada AMANAH (13) adalah lebih tinggi daripada kerusi yang diberi kepada DAP?

Dr Muhaimin, bila menulis asaskanlah tulisan anda kepada fakta. Tidak baik anda meremehkan komentar saya yang berasaskan kepada fakta sebagai “ada unsur propaganda dan provokasi” dan “usaha pembenihan doktrin”.

Rabu, 24 Januari 2018

Soalan Yang Bermain Dalam Kalangan Kaum Tionghua

DR AZMAN IBRAHIM  22 JANUARY 2018

1. Adakah benar PAS mahu menyertai Umno?

     PAS adalah sebuah parti dan Umno pula ialah sebuah parti yang berbeza. Istilah PAS nak menyertai Umno agak pelik kerana ia bermakna parti PAS perlu dibubarkan dan semua ahli PAS masuk Umno. Ini tidak akan berlaku sama sekali. Adapun tuduhan kononnya PAS akan bersama Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah sangat mudah untuk dinafikan. Akan sampai masanya Parlimen wajib dibubarkan. Menyusul selepas pembubaran Parlimen ialah proses penamaan calon. Maka ketika itu nanti, tuduhan akan terjawab sendiri dan semua orang boleh tengok siapa lawan PAS dan PAS lawan parti mana. Fakta yang akan terbukti ialah PAS dan Umno akan berlawan antara satu sama lain dalam PRU 14 tanpa perlu dinafikan lagi dengan ucapan atau tulisan.

2. Kenapa Tuan Guru Haji Hadi mesra dengan Dato' Sri Najib Tun Razak dan tidak dengan pemimpin Pembangkang yang lain?

     Soalan yang sama boleh diajukan, kenapa Lim Guan Eng bersalaman mesra serta berpelukan dengan Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Zahid Hamidi? Jawabnya kerana ada isu kepentingan rakyat yang perlu dibincangkan bersama seperti dalam peristiwa banjir di Pulau Pinang walaupun Lim Guan Eng dari parti DAP sementara Najib dan Zahid dari Umno. PAS tak mainkan isu ini kerana PAS dah cukup matang dalam berpolitik.

     Tuan Guru Haji Hadi atas kapasiti sebagai seorang pemimpin Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden PAS sedia untuk duduk berbincang bersama dengan sesiapa sahaja demi kebaikan rakyat dan negara malah untuk kebaikan dunia sejagat. Tuan Guru Haji Hadi bukan hanya baik dengan Dato' Sri Najib, malah tak terkecuali bersama pemimpin BN dan pemimpin pembangkang yang lain. Cuma mungkin pertemuan mesra Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Sri Najib lebih diberikan liputan media menyebabkan ia nampak ketara.

     Mesranya pemimpin tertinggi PAS dengan pemimpin tertinggi negara dari Umno bukan cerita baru. Almarhum Dato' Fadhil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga biasa duduk sepentas bersama Tun Mahathir. Berbeza pendirian politik bukan bermakna kita perlu berbeza dan bertegang dalam setiap perkara.  Berlawan dalam pilihan raya bukan bererti kita langsung tak boleh duduk semeja. Duduk sepentas antara Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Sri Najib tak akan menjadikan Tuan Guru sebagai seorang Umno atau Dato' Sri Najib sebagai PAS.

3. Adakah PAS akan memilih menyertai Umno-BN dan tidak PH selepas PRU 14 nanti dan membentuk kerajaan bersama?

     Apa yang akan berlaku selepas PRU14 masih merupakan kemungkinan atau andaian. Setiap perkara yang merupakan andaian tidak boleh dijadikan dalil. Perbincangan berdasarkan fakta andaian tak akan menghasilkan keputusan. Langkah ke seberang jambatan dulu baru kita bincang.

     Selepas keputusan PRU 14 diumumkan, baru ada dalil untuk dibincangkan apa langkah seterusnya. PAS ada pertimbangan yang sangat matang serta cukup kenal, siapa yang lebih berminat dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS. Tentunya kebaikan kepada rakyat dan negara adalah neraca utama yang menjadi ukuran PAS.

     Pertimbangan PAS ialah dosa pahala, perlaksanaan Islam dan adab-adab persahabatan apabila kita nak menjalinkan kerjasama dengan sesiapa pun.

4. Mengapa PAS bersungguh untuk meminda Akta 355 di Parlimen?

     Pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula hanya untuk orang Islam sahaja serta sama sekali tak melibatkan orang bukan Islam. Kuasa hukuman yang dimiliki Mahkamah Syariah sekarang terlalu ringan dan tak mampu nak mencegah berlakunya jenayah. Sifat sesuatu undang-undang mesti mampu mencegah dan bukannya bermatlamat untuk menghukum sahaja. Bila berlaku perlanggaran barulah pesalah dihukum. Hukuman maksimum 3 tahun penjara, denda RM5 ribu dan 6 sebatan yang ditetapkan di  bawah Akta 355 sudah tidak relevan lagi dengan zaman.

      Sebagai perbandingan, seorang doktor palsu boleh didenda sehingga RM300 ribu mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Kesalahan memelihara burung murai batu tanpa lesen boleh didenda sehingga RM10 ribu mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar. Sementara kesalahan hubungan tanpa nikah hanya boleh didenda maksimun RM3 ribu sahaja! Antara hasilnya angkara 'burung liar' ini, maka lahirlah beratus ribu anak luar nikah setiap tahun di Malaysia.

5. Adakah PAS ingin melaksanakan Undang-undang Islam di Malaysia dan memaksa rakyat yang tidak beragama Islam mengikutinya?

     Undang-undang Islam bukan ciptaan PAS, tetapi ia adalah peraturan dari Allah yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini. PAS hanyalah sebuah parti yang berjuang agar undang-undang Allah sebagai pencipta alam ini dapat dilaksanakan.

     Jelas termaktub dalam Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan sebagai model dan contoh Undang-Undang Islam ada di Malaysia, ia menetapkan perlaksanaannya hanya untuk orang Islam sahaja. Ini adalah fakta bahawa orang bukan Islam tak dilibatkan. Orang Cina tak perlu takut dan bimbang

6. Bagaimana jaminan PAS kepada rakyat yang tidak beragama islam dari sudut hak beragama, mengamalkan cara hidup mereka, berniaga dan lain lain?

Kelantan sudah diperintah oleh PAS selama 28 tahun. Di Kelantan ada Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. Marilah ke Kota Bharu dan lihatlah sendiri bagaimana kehidupan seharian termasuk urusniaga antara pelbagai bangsa dan agama sedang berlaku di Kelantan dengan begitu baik sekali. Malah ada terdapat dalam satu kedai makan yang sama, orang Cina jual air, orang Melayu nasi. Di Kelantan ramai orang Melayu hantar anak belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

     Adakah ada berita yang menyiarkan bahawa premis perniagaan milik orang Cina diserang dan dirompak oleh orang Islam? Atau Kerajaan Negeri Kelantan merampas dan menutup kedai-kedai Cina? Di Kelantan juga ada rumah ibadat orang bukan Islam seperti gereja dan wat Siam. Sedikit pun tak diusik oleh Kerajaan PAS Kelantan dalam tempoh 28 tahun. Hebatnya agama Islam kerana Islam mengajar, semua manusia walau apa bangsa dan agama adalah hamba Allah. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 tak berlaku di negeri majoriti orang Melayu yang kuat berpegang dengan Islam seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

7. Adakah perlaksanaan Undang-undang Islam akhirnya akan diwajibkan juga ke atas Non Muslim sedikit demi sedikit jika PAS menjadi kerajaan?

     Undang-undang Islam hanya untuk orang Islam sahaja. Kes yang berlaku di Acheh Indonesia di mana seorang Cina bukan Islam telah disebat mengikut undang-undang Islam ialah kerana pesalah Cina itu sendiri yang memilih untuk dihukum mengikut cara Islam. Bukannya dia dipaksa untuk dihukum mengikut cara Islam lantaran dia melihat hukum Islam jauh lebih berperikemanusian berbanding hukuman di bawah Undang-undang Sivil.

8. Adakah benar PAS terima duit Umno sebanyak RM90 juta?

     Duit RM90 juta satu jumlah yang sangat banyak. Sehingga sekarang penuduh gagal menunjukkan sebarang bukti transaksi dan gagal mengemukakan nama pemimpin PAS yang dikatakan terima duit tersebut. PAS sebagai sebuah parti tak ada tangan nak terima duit. Yang terima mesti seseorang. Siapa orangnya? Penuduh tak berani nak sebut nama sebab dari segi undang-undang, bila disebut nama maka penama yang dituduh berhak mengemukakan saman dan mereka yang melemparkan fitnah sendiri tahu bahawa ia hanya tuduhan tanpa bukti. Sekadar tuduh PAS terima RM90 juta tanpa diketahui siapa orang yang menerimanya. Matlamat mereka yang menuduh hanyalah untuk mencipta persepsi buruk terhadap PAS tapi tak berani  untuk berhadapan secara gentleman.

DR AZMAN IBRAHIM

Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

22 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 22/1/2018

#http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/4888-soalan-yang-bermain-dalam-kalangan-kaum-tionghua

Selasa, 23 Januari 2018

Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.

_Oleh: Lebai Ajees _

T. Mahadir letak jawatan... Naik Pak Lah...Harapkan Pak Lah, rupanya belum syuruk gegak gempita hujan kembali turun bersama guruh, kilat sabung menyabung, maka turunlah Pak Lah membawa bersama harapan rakyat pada yg turut kecundang...
Turun Pak Lah, naiklah Najib... Rakyat tertanya tanya, mungkin inilah harapan rakyat... Rupanya lagi parah dari Pak Lah...
Ini semua aturan T.Mahadir untuk menggantikan tempatnya, pernah satu ketika T.M pernah menyebut kesilapan beliau yg paling besar adalah mengangkat Najib sebagai PM...

Rupanya 2 pm selepas T.M serba tidak menjadi untuk memulihkan kepercayaan rakyat, apatah lagi memulihkan ekonomi...
Adakah salah PM atau sistem yg mereka amalkan?

Nampaknya sistem yg mereka amalkan sudah tidak relevan untuk memulihkan kerosakan peninggalan warisan T.M...
Kini PH memilih T.M sekali lagi sebagai arkitek utk memulihkan sistem yg sudah rosak itu...
Adakah T.M mampu membaikinya sedangkan dialah yg menjadi perekanya yg mengubah landskap negara dgn kurang tambah sistem untuk menambah kuasa PM sehingga kan melucutkan kuasa raja-raja?..

Adakah T.M mampu untuk mengembalikan nya kepada sistem yg lebih baik? Cagaran apa yg T.M suakan? Adakah cukup dengan disucikan oleh PH sudah cukup membuktikan yg T.M sudah insaf & ingin kembali ke landasan yg betul?

Jika dilihat gerak tari T.M jangankan segenggam, secuit pn tak nampak yg T.M ingin bersama dengan slogan PH *Selamatkan Malaysia*..Adakah maksud selamat kan dari rejim Najib & kembali semula pd rejimnya yg suatu masa dulu lebih parah dari Najib?
T.M kelihatan mencari ruang disebalik kusut masai & kecelaruan PH untuk menjayakan misinya untuk menyelamatkan empayar anak²nya... Itu kelihatan jelas dari beberapa kenyataan nya yg sahih...
Adakah kita juga akan terus dikelirukan dengan janji T.M yg belum pasti?

*Fikir-fikirkan*

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM
Jom KLIK dan LIKE
https://www.facebook.com/mampu.centre

Tanding 130 kerusi, 'King Maker', '3rd Force' dan Kerajaan Teknokrat

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
 22 JANUARY 2018

(Bahagian Pertama)

KITA kena memahami apa maksud 'King Maker'. PAS kita bertanding dalam Gagasan Sejahtera ini 130 kerusi. Bermakna melepasi separuh daripada jumlah kerusi 222. Bermakna kalau kita menang, PAS ready bersedia untuk mengambil alih negara Malaysia.

Sejarah PAS bertanding tak pernah lebih daripada 180, tak pernah. Dulu kita bertanding pun 70 lebih. Pernah 60 lebih pun. Sebenarnya setiap kali muafakat politik, PAS korban kerusi banyak bersama dengan Semangat 46, kita bahagi kerusi kepada Semangat 46, bersama PKR kita bahagi kerusi kepada PKR, itu realiti politik Malaysia. Daripada 13 kali Pilihan Raya, 10 kali PAS bertanding bersama gabungan. Method gabungan macam-macam. 

Sebenarnya gabungan yang ada ini, contoh dengan Semangat 46, kita ada persefahaman politik. Dia bukan tahaluf. Persefahaman politik tidak mengikat syarat. Kita dengan Pakatan Rakyat dulu kita tahaluf, tahaluf ini ada agreement, ada syarat. Kita dengan BN, itu tahaluf, kita masuk dengan syarat, ada 11 syarat. Bila syarat itu dipatuhi, kita patuh. Bila syarat itu dilanggar, kita wajib tarik, wajib keluar, sebab pelanggaran syarat. Kata Rasulullah S.A.W:

المسلمون على شروطهم

"Orang Islam ini terikat dengan syarat."

Bila syarat itu batal, maka batallah tahaluf. Contoh, macam kita ambil sembahyang ada syarat; syarat sah, syarat batal wudhu’. Sembahyang pun ada syarat sah, ada syarat batal. Hubungan suami isteri ada syarat sah, ada syarat batal. Sayang macam mana pun, bila terbatal, maka kena fasakh. Apatah lagi politik.

Jadi kita ada persefahaman, kita ada kerjasama, kita ada tahaluf, ini pendekatan-pendekatan kita bina. Adapun dalam Gagasan Sejahtera, konsepnya berbeza dengan dalam Pakatan Rakyat.

Dalam Gagasan Sejahtera, dominasinya, payungnya oleh PAS. Mereka bernaung, kawan-kawan kita ini bernaung di bawah PAS, bersedia bekerja bersama PAS, bersedia memenangkan PAS. Kalau mereka bertanding pun mereka akan bertanding atas lambang PAS. Syura akan buat keputusan. Maknanya, mereka ini rakan yang bernaung di bawah kita, bawah PAS.

Tan Sri Kadir banyak kali, Tan Sri bincang banyak kali. Kami ikut PAS. PAS bawalah kami. PAS aturlah kami. PAS susunlah kami. Kami akan ikut jalan yang disusun oleh PAS. Dan kita beritahu apa yang kita nak buat, kita bincang. Walaupun dia naungannya dominasi oleh PAS, tapi PAS ini sebarang perkara kita buat, kita bincang, kita maklum. Contoh, manifesto. Kita draf, kita panggil, kita akan duduk nanti, kita akan bincang, tengok bersama, sebab ini manifesto bersama Gagasan Sejahtera.

Kerusi PAS kita ada 130 yang kita tengok. Kita minta daripada Ikatan berapa kerusi yang dia rasa pada pandangan dia, dia ada calon, ada tokoh yang dia boleh bertanding. Ok kita boleh masuk. Kita tak terikat sekarang, banyak kerusi, meja pula kurang. Kerusi tak ada masalah.

Makna kita bincang begitu. Kebimbangan sahabat kita tadi bahawa PAS setiap kali muafakat kadang-kadang kita tolong, memanglah bila kita berpakat, kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang ada jangan tamak, yang ada jangan bakhil, yang minta jangan tamak. Kita kena ada give and take.

PAS ada ahli, ada jentera, kawan kita tak ada ahli, tak ada jentera. Kita bantu dia. Konsepnya bila kita tolong, sepatutnya tolonglah kita. Tapi bila kita bawa Gagasan, idea kita, kita bantu. Tapi bila mereka tak bantu, langgar syarat, kita terpaksa. Contoh.

Jadi, saya nak balik kepada soalan tadi, kalau sekiranya kita menang 40 kerusi, target kita memerintah, sebab itu kita bertanding jumlah kerusi kita banyak. Kalau ditakdirkan 40 kerusi, tuan-tuan faham tak apa makna 'King Maker'? 'King Maker' ini makna PAS yang jadi kuasa penentu. Bukan penentu siapa nak memerintah sahaja, penentu kepada dasar negara ini. Kalau PAS ada 40 kerusi, PAS tak boleh memerintah, BN tak boleh memerintah, PH tak boleh memerintah. Semua parti mengharapkan 40 kerusi PAS.

Kalau PAS sokong PH, PH boleh memerintah. Kalau PAS sokong BN, BN boleh memerintah. Jadi orang tanya kita nak sokong mana? Kita akan sokong siapa yang terima dasar yang PAS perjuang. Ini syarat kami. Siapa terima syarat, kita akan sokong dia. Waktu itu tuan-tuan, BN kata, kami minggu lepas dah sokong. PH akan kata kami bulan lepas dah sokong.

Yang kedua, sebab semua orang nak. Yang kedua, yang kita nak bawa ini perubahan dasar kepada rakyat kita. Kita tak nak rakyat kecewa semula. Dulu zaman Tun, macam-macam isu berlaku, sampai dia letak jawatan, naik Pak Lah, rakyat beri harapan kepada Pak Lah. Tiba-tiba rakyat kecewa dengan Pak Lah. Pak Lah turun letak jawatan. Naik Najib, rakyat kecewa dengan Najib. Nak naik balik Tun Mahathir? Lu pikir sendirilah. Kan?

Jadi, kita tak nak rakyat dikecewakan. Ini generasi muda ini tuan-tuan, masa depan dia kena clear. Felda, tak akan tergantung macam ini? Anak-anak muda yang hilang peluang pekerjaan, masalah perpaduan nasional di Malaysia tak selesai. Ini kena bina. Kita kena tentu masa depan negara kita. Jadi kita sebab itu bagi kita, perubahan dasar, bukan perubahan individu. Yang ubah ialah dasar.

Jadi bila 'King Maker' ini maknanya, kita boleh atur hala tuju. Tapi ingat, kalau mereka langgar syarat, kita tarik sokongan, kerajaan itu tumbang. Tumbang kerajaan! Sebab itu mereka tidak akan langgar syarat sebab takut kerajaan tumbang. Kerajaan macam ini tak stabil, tak stabil. Kerajaan yang stabil kerajaan yang ada dua pertiga majoriti. Tetapi dua pertiga majoriti, kalau diserah kepada orang yang rosak, rosak negara tuan-tuan.

Di Indonesia, bila Golkar memerintah, zaman ....., zaman Sukarno, sampai zaman... Maknanya bila berlaku demikian, rakyat setiap kali pilihan raya, majoriti menang besar Golkar, 90 peratus, 95 peratus, tetapi dia tidak mencerminkan hasrat rakyat kerana berlaku manipulasi dalam pilihan raya. Macam Malaysialah, persempadanan dianjak, komposisi kaum dianjak.

Tuan-tuan bayangkan tiga kali persempadanan Pilihan Raya Malaysia, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tidak pernah mendapat tambahan kerusi Parlimen. Tiga kali persempadanan dipinda, tambahannya di mana? Di Johor, di Sabah, di Sarawak. Kelantan tak bertambah, lapan kerusi Parlimen. Pasal apa? Bimbang kerana PAS menang, ini bahaya. Ini ketidakadilan dalam (pilihan raya).

Sebab itu ada Parlimen sampai 100,000 pengundi satu Parlimen. Ada satu kawasan 30,000 dah satu Parlimen. Tuan-tuan bayangkan. Macam di Baling Kedah, Baling 100,000 lebih pengundi satu Parlimen. Ini tak adil. Kita kena perbetulkan tiga. Pertama Suruhanjaya Pilihan Raya. Yang kedua media. Yang ketiga sistem kehakiman.

Kemudian, kalau sekiranya PAS, dia tanya soalan kedua, kalau BN dapat katalah 108 kerusi, PAS nak pergi ke mana? Baik. Kita tidak akan bawa parti kepada benda yang merosakkan dan bercanggah dengan syarak. Ini prinsip PAS. Kalau sekiranya kita tengok dalam dua situasi ini berada benda bercanggah dengan syarak, tidak menguntungkan Islam, menyusahkan rakyat, PAS kita tidak mengambil sikap untuk menyokong mana-mana pihak.

Sebab itu Nabi tak sokong Rom, Nabi tak sokong Parsi. Padahal kalau Nabi nak cepat menang, sokong Parsi, sokong Rom, Rom kuasa besar dunia. Tapi kenapa Nabi bina kekuatan sendiri? Sebab kalau kita sokong Rom, perubahan tak berlaku. Sama juga Parsi, sebab itu Nabi bina kekuatan, sebab bagi kita, sebenarnya rakyat mahu perubahan.

Saya pernah jumpa seorang pimpinan Tionghua, saya kata cuba kamu senaraikan 20, senaraikan 20 bentuk negara yang kamu nak. Dia senarai. Saya beritahu dia, senarai ini ialah senarai PAS. Semua ciri ini ada dalam PAS. Dia kata kalau PAS kami tak hendak, tapi sifat ini kami hendak. Saya kata tak apa, sebab dia ini ada fobia, ditakutkan, diracun, sebut RUU355, diracunkan. Sebab manusia jadi musuh kepada kejahilan. Manusia jadi musuh kepada kejahilan.

Ada seorang Non-Muslim berlaku di Eropah, dibawa oleh kawan dia air, air mineral, dia minum air itu. Dia kata ehh..... sedaplah air ini, baguslah air ini, dia puji-puji-puji. Dia pun tanya kawan dia air apa ini? Kawan dia kata air zam-zam. Owh... dia kata air zam-zam, patut tak elok pun. Kalau dia tak tahu itu zam-zam, dia minum. Tapi kalau dia tahu, dia tak minum, bukan sebab air, sebab stigma, pemikirannya telah pun ditakutkan.

Islam pun begitu. Sebab itu kita tak boleh bercakap sahaja, kita kena buktikan. Kita kena bukti. Saya sebut dunia kagum bila pemimpin tak rasuah. Tuan-tuan, bagi sayalah, kalau pemimpin tak rasuah, itu normal, itu biasa, tak ada benda-benda. Tuan-tuan tak perlu kagum kalau ada pemimpin tak rasuah, sebab memang pemimpin tak boleh rasuah, memang kita semua tak boleh rasuah. Tapi tuan-tuan boleh kagum kalau pemimpin yang halal pun dia tak ambil, ini kita kagum, yang halal yang baik, yang jadi hak dia pun dia tak ambil.

Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar, Terengganu Tok Guru Haji Hadi, sepanjang dia Menteri Besar, berpuluh elaun yang beliau tak ambil. Elaun rumah sahaja sejuta lebih tak pernah ambil. Elaun make up isteri. Rupanya ada elaun make up bini ini. Elaun make up isteri tak pernah ambil. Elaun keraian jamuan raya tak pernah ambil. Padahal dari segi undang-undang boleh ambil, tak salah. Yang ini kita kagum. Yang hak dia pun dia tak ambil, apa lagi nak rasuah? Apa lagi nak ambil yang haram? Yang ini yang kita kena, yang ini kita nak beri kepada rakyat.

Akhirnya yang ketiga, tentang hubungan PAS dengan DAP? Tadi saya sebut tadi, DAP ini waktu masih dalam muafakat Pakatan Rakyat, dulu Barisan Alternatif, DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif, keluar daripada BA, kerana Pilihan Raya Sarawak. Kemudian DAP menyerang PAS, serang Presiden, masa itu dalam muafakat Pakatan Rakyat. Puncanya DAP tak bagi kita bentang RUU 355.

Kita kata, PAS tak paksa DAP sokong dalam Parlimen, tapi tak boleh menyekat, ini hak kami. Dulu tak boleh bawa, sekarang kita boleh bawa. Kalau PAS tak bawa, salah, tak boleh. Almarhum Tok Guru Nik Aziz kata, dulu traffic light warna merah, tak boleh jalan, sekarang ini hijau, kenapa tak jalan? Maka kita kata ini hak kami, masa itu saya sebut lagi, Pemuda DAP Sarawak menyerang PAS Kelantan kerana Enakmen Jenayah Syariah. Padahal Enakmen Jenayah Syariah bidang kuasa Negeri, bukan bidang kuasa Persekutuan. Dia serang.

Saya masih ingat lagi, saya beritahu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, saya kata tolonglah pimpinan Pusat DAP, tegur sikit Pemuda DAP Sarawak. Sebab dia serang Kerajaan Kelantan, masa itu dalam Pakatan Rakyat. Apa kata dia? Payah sikitlah sebab DAP Sarawak dia ada autonomi dia, payah sikit (DAP) Pusat nak tegur, kadang-kadang terlajak tegur nanti ada masalah.

Saya kata kalau DAP Sarawak ada autonomi, kami di Kelantan pun ada autonomi. Waktu itu tuan ingat masa dia serang hingga diwujudkan Pasma. Wujudkan Pasma serang kepimpinan, sokong orang tertentu dalam pemilihan PAS. Ini campur tangan dalam parti rakan, tak betul.

Sama dengan PKR, minta maaf. PKR pergi Kelantan serang Kerajaan Kelantan. Masa itu masih dalam Pakatan Rakyat. Kebetulan kematian dua kerusi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, kita beritahu ini kerusi tradisi PAS, PAS akan bertanding. Tapi bila PAS bertanding, PKR masa itu masih dalam hubungan, tak putus lagi, PKR naik atas pentas PAN serang PAS. Padahal masih lagi dalam muafakat politik. Tak betul tuan-tuan sekalian.

Jadi oleh kerana itu, kita buat keputusan, Syura yang buat keputusan, lalu kita akur. Jadi insya-Allah bukan bermakna kita tolak pengundi Cina. PAS tak pernah menolak bangsa, PAS tak pernah menolak kaum, bahkan kita mengalu-alukan dalam Dewan Himpunan kita, semua bukan Islam, ada Iban di sana, ada Kadazan di sana, ada orang Cina, ada orang India duduk dalam Dewan Himpunan Penyokong bersama dengan PAS.

Soal formula penyatuan rakyat Malaysia, kita kena menyatukan mereka di atas persamaan, jangan besarkan perbezaan. Kalau kita nak satukan rakyat, kena kecilkan perbezaan, besarkan nilai-nilai persamaan, barulah kita boleh bertemu titik pertemuan. Kalau kita besarkan perbezaan, contoh bahasa, orang Cina dia ada bahasa dia, kita kena rai bahasa dia, budaya dia, itu hak dia. Tak boleh sekat bangsa dia, bahasa dia, bahkan PAS kita mengalu-alukan bahasa mereka, itu budaya dia. Cuma di sana ada perkara yang kita kena berbeza. Apa dia beza? Akidah. Akidah berbeza. Maka yang berbeza perlu dihormati. Yang persamaan perlu dibesarkan supaya kita dapat titik pertemuan dalam bina masa depan negara Malaysia.

Soal raja-raja perlukah ambil alih sementara? Saya ingat tak perlu. Dan kita pun kita menghormati institusi Raja Berperlembagaan, tapi Raja tidak perlu campur tangan dalam urusan politik negara. Maknanya proses transformasi ataupun peralihan kuasa tidak perlu kepada Majlis Raja-Raja campur tangan. Kita Majlis Raja-Raja ini ialah Badan yang kita jadi rujukan, ada masalah apa semua tak selesai, baru kita bawa kepada Majlis Raja-Raja bukan kita heret Raja-raja dalam kemelut politik.

Jadi itu Raja-Raja dia sebagai penasihat penaung. Jadi saya fikir dalam fasa peralihan ini, kita akan buat peralihan dengan cara aman, tenang, tidak berlaku huru-hara, tidak berlaku benda yang tak baik. Macam di Kelantan, macam di Selangor. Selangor bertukar kerajaan tak ada huru-hara. Kelantan bertukar kerajaan tak ada huru-hara. Peralihan cara tenang, harmoni dan menghormati sistem politik demokrasi yang kita amalkan.

 

(Bahagian Kedua)

Saya nak sebut soal memang sepatutnya kerajaan tidak direlatedkan dengan parti yang memerintah. Tapi dominasi disebut kerajaan, kerajaan, kerajaan, hingga rakyat merasakan kalau siapa yang lawan kerajaan, maka lawan kerajaan, yang kita lawan ini bukan kerajaan, yang kita lawan ini ialah Umno.

Mana boleh kita lawan kerajaan, kerajaan itukan kita semua sebahagian daripada kerajaan. Betul dari segi akademiknya memang begitu. Tapi dari segi kefahaman umumnya, bila sebut kerajaan, dia akan related dengan siapa yang memerintah kerajaan tersebut. Sebab itu tuan-tuan Umno dia cuba, BN dia cuba untuk dominated, satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional, kan? Dia nak tanamkan dalam fikiran kita, bila sebut kerajaan itu BN, hingga kita kata jangan tukar kerajaan, jangan lawan kerajaan. Yang kita lawan, PAS bukan lawan kerajaan, PAS lawan Umno. Yang kita nak tukar ini ialah parti yang menerajui kerajaan. Parti yang menerajui kerajaan.

Sebab itu kita kena beza ya dalam BPMS, Budaya Politik Matang Sejahtera yang PAS bawa ini, kita jangan banyakkan musuh dalam politik, jangan berkelahi dengan pegawai pelaksana dasar. Yang kita nak serang, yang kita nak ubah ialah pembuat dasar, bukan pelaksana dasar. Polis pelaksana dasar. Tentera pelaksana. Cikgu, pegawai kerajaan dia pelaksana. Pegawai Felda pelaksana. Pengurus Felda pelaksana dasar. Yang kita nak ubah ialah pembuat dasar.

Jangan pegawai kerajaan rasa, bila PAS memerintah, mereka semua kena tukar. Saya ingat lagi Pilihan Raya Sarawak, kempen puak-puak BN sana macam mana? Kalau BN kalah, kerajaan akan cabut semua jalan-jalan ini. Cabut semua jeti-jeti itu. Ini kata jeti ini kerajaan BN yang buat. Kita akan cabut semua kalau kita kalah. Orang kampung takutlah. Jadi, sebenarnya saya setuju dengan istilah tersebut. Kita harus beza.

Cuma dalam konteks boleh tak kita kata Kerajaan Kelantan? Boleh, tak ada masalah Kerajaan Kelantan. Cuma bergantung kepada tajuk. Kadang-kadang orang kita ditanya itu merujuk kepada parti yang memerintah. Pada waktu itu, referencenya ialah pada parti. Kerajaan PAS Kelantan supaya orang tahu perbezaan Kerajaan Kelantan yang memerintahnya PAS dengan Kerajaan Pusat.

Sebab dulu bila disebut kerajaan itu orang nampak BN. Sebut kerajaan orang nampak Barisan Nasional hingga sebahagian orang kampung di Kelantan, kita sebut Kerajaan PAS Kelantan supaya dalam konsep pemahaman, dia memahami bahawa yang memerintah Kelatan bukan BN, tapi Kerajaan PAS. Tapi dari segi ilmiahnya, memang betul sebut kerajaan, tetapi apa yang penting bergantung kepada apa matlamat, apa yang nak disampaikan. Mesej apa yang nak disampai.

Kalau kita nak banding hasil hutan, Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Johor, beza, Kerajaan Pahang hasil hutan. Tapi orang tak nampak kekuatan yang ada mendominasi, kenapa Kelantan macam ini kenapa Pahang macam ini? Kenapa hasil hutan di Pahang 10,000 hektar boleh dapat jumlahnya katalah (RM)5 juta, kenapa Kelantan jumlah yang sama sampai dapat RM20 juta? Yang beza kat sini ialah kerana parti yang menerajui kerajaan itu.

Jadi di situ ada faktor-faktor yang perlu kita tonjol. Walaubagaimanapun insya-Allah bila rakyat kita memahami lebih faham politik Malaysia, politik negara, kefahaman politik lebih tinggi, pada waktu itu tuan-tuan, banyak akan berubah.

Saya kagum di US, di UK, kempen pilihan raya dia tak ada bendera macam kita. Tak ada bendera banyak, tak ada, bendera sikit-sikit je. Dia kita pula lawan bendera. Jangan kalah bendera. Kerusi kalah tak apa, bendera jangan kalah. Jadi, akhirnya kita lawan bendera.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz, akhir-akhir hidup dia, ini antara pesanan dia kepada kamilah. Pilihan raya akan datang, kurangkan pembaziran bahan kempen, dia suruh kurangkan poster-poster, bendera yang tak patut ini, jangan lawan bendera, lawan hati. Ambil hati rakyat, jangan ambil apa yang rakyat tengok, ambil kuasa dari hati mereka. Wallahua’lam.

 
(Bahagian Ketiga)

Baik, Kerajaan Teknokrat ini ada ulasan panjang dalam, penerangan PAS pun dah keluar. Cuma saya nak ringkaskan begini, Kerajaan teknokrat ialah satu kerajaan di mana pembuat dasar bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli politik, tetapi turut sama dilibatkan dengan tokoh-tokoh yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan, sama ada mereka dilantik sebagai Senator yang duduk dalam pembuat dasar, ataupun mereka dijemput khas dalam mana-mana program besar kerajaan nak buat satu polisi. Pandangan mereka itu diambil sebagaimana pandangan Menteri-menteri juga.

Dalam Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri tak boleh tak bertanding, Perdana Menteri mesti orang bertanding. Kalau dia tak bertanding Perdana Menteri, dia tak boleh jadi Perdana Menteri.

Contohnya Anwar, kalau dia keluar daripada itu, dia memang nak jadi Perdana Menteri dia kena bertanding jugalah. Tanpa bertanding politik tak boleh. Kalau lantik dia sebagai Senator, untuk jawatan Menteri, Timbalan Menteri boleh, tapi Perdana Menteri tak boleh.

Jadi dalam kerajaan Teknokrat ialah satu gabungan team yang mengatur menyusun polisi-polisi kerajaan yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, tokoh-tokoh akademik, tokoh-tokoh ilmuwan yang duduk bersama merangka dasar bagi negara, bukan hanya orang politik sahaja. Jadi, satu gagasan yang kita nak hargai pengalaman-pengalaman tokoh-tokoh yang berjaya ini.

Dan saya tengok sebab itu dia muncul satu gerakan baru kalau di Eropah pun, yang disebut sebagai Third Force. Third Force ini kuasa ketiga, politik ini jangan ada dalam kepala kita, hitam putih je, kalau tidak BN, pembangkang, tak boleh. Sekarang kita bentuk ketiga. Tak semestinya kalau dia bukan BN, maka dia bukan Pakatan Harapan, tak semesti.

Sebab itu kita kena bagimultiple choice kepada rakyat. Rakyat boleh pilih. Dia tak setuju kepada BN, tapi tak setuju kepada Pakatan Harapan. Jadi kalau dia tak ada pilihan ketiga, dia nak duduk di mana?

Jadi dia kena ada satu pilihan lagi, dia tengok BN dia tak setuju, PH tak setuju, kalau tengok kepada tulisan saudara Arul dalam PSM Parti Sosialis, dia cadangkan rosakkan kertas undi. Rosakkan kertas undi. Bagi dia, rosakkan kertas undi ini satu protes terhadap dua-dua parti yang tak betul ini. BN tak betul, PH tak betul. Dia cadang rosak. PAS kita tak cadang rosak, kita cadang tak setuju PH, tak setuju BN, pilih PAS.

Jangan tak ada pilihan, mesti ada pilihan. Rosakkan kertas undi kalau Kerajaan BN ini jenis kerajaan yang jenis ambil berat boleh tuan-tuan, PAS pernah boikot pilihan raya. PSM pernah boikot pilihan raya, tapi kita ada kerajaan yang pekak bisu tuan-tuan, tuan-tuan boikot apa pun dia buat tak tahu je.

PAS pernah boikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam Raub, PAS boikot pilihan raya kerana kita tak setuju beberapa perkara. Tapi apa hasilnya? Tak ada. Kerajaan tak peduli pun rakyat yang boikot. Peratus keluar mengundi yang sangat rendah, dia tak peduli pun. Jadi, bagi kita, tak boleh boikot, tak boleh rosakkan kertas undi. Tapi, kalau anda tak setuju kepada Barisan Nasional, anda tak setuju kepada Pakatan Harapan, kami kemukakan pilihan untuk anda yang betul, Gagasan Sejahtera bersama dengan PAS.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari jawapan penjelasan oleh Timbalan Presiden PAS pada sesi dialog sempena Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Gagasan Sejahtera, 18 Januari 2018 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi) - HARAKAHDAILY 22/1/2018

#http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/4874-tanding-130-kerusi-king-maker-3rd-force-dan-kerajaan-teknokrat

Isnin, 22 Januari 2018

Gagasan Sejahtera komited ubah dasar negara.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN  21 JANUARY 2018


JOHOR ini saya banyak kali turun sebab saya duduk tengok bulan purnama akan muncul di Johor. Dan Johor ini walaupun kita rasa suatu negeri yang payah untuk kita menangi, tetapi kadang-kadang Allah Taala ingat kita dua kali, dalam surah (asy-Syarh):

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(asy-Syarh: 5-6)

Dalam surah Asy-Syarh ini Allah Taala menyebut:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Bersama susah kamu itu akan ada kesenangan."

Dan Allah Taala sebut kali kedua:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Dan bersama susah kamu itu akan ada kesenangan."

Apa maknanya? Kesusahan kita berjuang, kesusahan kita berlawan, bina, kita tubuh, kita bentuk, Allah janji bila kita berdepan dengan kesusahan, Allah akan sediakan jalan kepada kemenangan dan kesenangan insya-Allah.

Jadi oleh kerana itu kalau kita lihat dalam Gagasan Sejahtera, kita ada tiga komponen. Yang pertama parti politik hingga setakat ini kita ada Ikatan, kita ada Berjasa, kita ada PCM, kita ada PAS, dan ada beberapa parti lagi yang dalam perundingan.

Yang kedua kita ada hampir 300 NGO, 200 daripada Kongres Rakyat yang telah kita adakan, dan 26 haribulan ini kita ada satu lagi himpunan juga di bawah anjuran NGO bersama-sama dengan PAS iaitu Himpunan MyAqsa yang dijangka lebih kurang 300 NGO yang akan menjayakan himpunan ini. Dan ini sangat besar tuan-tuan sekalian.

Kemudian di samping NGO, kita ada tokoh-tokoh individu-individu tertentu, tokoh korporat, tokoh akademik, tokoh usahawan yang bagi komitmen untuk bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera dalam Pilihan Raya Ke-14.

Sebab itu bila kita menganalisa senario politik negara kita, parti yang bersedia untuk mengubah dasar ada dua. Yang pertama semua orang tahu bahawa PAS bersama dengan Gagasan Sejahtera, komitmen kita nak ialah mengubah polisi, mengubah dasar, kerana negara kita punah ialah kerana dasar yang rosak. Tukar individu tidak menjamin negara jadi baik, apatahlagi nak tukar Najib, nak naik Tun Mahathir, lagi teruk.

Komitmen kita ialah untuk mengubah dasar, sebab Sirah Nabi, Nabi tidak datang untuk basmi rasuah, Nabi tidak datang untuk basmi minum arak, berzina atau sebagainya, sebab semua nilai-nilai buruk ini dia berpunca daripada kerosakan dasar. Bila akidah mereka betul, maka akan betullah ekonomi mereka, akan betullah politik mereka, akan betullah sistem sosial mereka, akan betullah undang-undang mereka.

Tetapi bila mana akidah mereka rosak, maka akan rosaklah ekonomi dia, akan rosaklah politik dia, akan rosaklah undang-undang dia. Sebab manusia, dia tidak boleh mengatur hidup dalam kerangka manusia, dia mesti duduk dalam satu sistem di mana kerangkanya yang mengatur dia ialah pencipta manusia, bukan manusia. Pencipta manusia, dia mengatur untuk manusia.

Maka kerana itu, PAS, kita gerakkan perubahan bahawa kalau nak negara kita selamat, ialah kita kena kembali kepada satu sistem yang selamat. Sistem yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa, kepelbagaian warna kulit, kepelbagaian agama.

Islam tidak pernah membahagikan manusia mengikut bangsa. Sebab bangsa bukan pilihan kita. Dr Ann Wan Seng tidak minta dilahirkan Cina. Saya tidak minta dilahirkan Melayu. Yang Berhormat tidak minta dilahirkan Jawa. Siapa yang menentu? Yang menentu Allah. Kalau kita kata Melayu lebih mulia daripada Cina, kita letakkan ketidakadilan kepada Allah. Sebab itu Nabi sebut:

لا فضل لعربي على أعجمي
ولا لأبيض على أسود إلا بالتقوى

"Tidak ada kelebihan orang kulit putih berbanding kulit hitam. Tidak ada kelebihan bangsa Arab berbanding bukan bangsa Arab. Yang lebih ialah takwa."

Tuan-tuan tengok ayat ini, yang lebih ialah takwa. Kenapa takwa? Sebab takwa semua orang boleh dapat. Semua orang boleh dapat takwa. Cina boleh dapat takwa, India boleh dapat takwa. Iban boleh dapat takwa. Tapi Iban tak boleh jadi Cina. Saya tak boleh jadi Cina. Cina tak boleh jadi Melayu.

Jadi kalau kita letak bangsa sebagai tanda kemuliaan, kita letak benda yang manusia tak mungkin boleh capai. Sebab ini tak boleh buat. Saya nak tukar warna kulit jadi putih, tak boleh. Warna kulit bangsa bahkan agama, agama. Sebab itu Allah Taala menurunkan ayat:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ
"Tidak boleh paksa, tak boleh paksa orang masuk Islam."
(al-Baqarah: 256)

Kenapa tak boleh paksa? Kalau kita paksa, dia jadi munafik. Dia berpura-pura Islam. Islam tak mahu berpura-pura. Sebab itu bagi kita, agama ialah pilihan. Manusia boleh memilih. Allah Taala turunkan Nabi Muhammad S.A.W membawa al-Quranul Karim, tunjuk akhlak yang baik, tunjuk cara yang baik, hidup yang baik, lalu ini dibuka, dibentang kepada manusia.

Sebab itu Islam itu dipanggil Al-Fathu. Al-Fathu makna buka, bentang. Umpama air. Kalau sekiranya kita tak buka, dia tak mungkin boleh keluar. Minyak wangi, wangi macam mana minyak wangi, kalau tak dibuka tudungnya, orang tak tahu.

Demikian juga Islam, orang tak nampak cantiknya undang-undang Islam sebab mereka tidak pernah berada di dalam sistem tersebut. Orang tak nampak bagaimana indahnya ekonomi Islam sebab dia tak berada dalam sistem itu.

Jadi untuk memahami sistem tersebut, yang ada dua, yang pertama kena baca sejarah kejayaan Islam dulu. Kita akan nampak kejayaan. Yang kedua kita perlu menunjukkan model, mewujudkan model contoh. Walaupun contoh ini tidak sempurna, tetapi ini yang terbaik yang kita ada.

PAS memerintah Kelantan 27 tahun. Baru ini Jabatan Audit Negara bagi anugerah kepada Jabatan-jabatan, ada sembilan Jabatan di Kelantan, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kewangan Negeri Kelantan mendapat markah 99 peratus. Jabatan Kewangan 98 peratus. Jabatan lain kebanyakan 95, 96, 97 peratus. Itu tinggi, tak ada negeri macam itu di Malaysia. Ini contoh model.

Yang kedua, sepanjang 27 tahun tak ada rekod pimpinan kita didakwa di mahkamah kerana terlibat rasuah, tak ada. Sepanjang 27 tahun kita memerintah, tidak ada non-Muslim mengadu dia dianiaya, dia tak boleh beramal.

Saya ingat lagi bila Dr Ann Wan Seng sebut soal kubur, di Kota Bharu, masyarakat Cina pada waktu itu sebelum PAS memerintah, tak ada kawasan perkuburan Cina. Kalau meninggal dunia, dia terpaksa kebumikan jauh kawasan lain. Bila PAS mengambil alih tahun 1990, Persatuan Cina datang jumpa Menteri Besar, minta digazet satu kawasan perkuburan Cina. Tok Guru Nik Aziz terkejut, dia kata tak ada kubur? Tak ada.

Dia orang kata kami orang bukan Islam hidup susah, mati pun susah. Tak ada kubur. Ini hak asasi. Ini hak kaum, ini hak agama, mana boleh kita tak bagi, tak boleh. Ini hak dia. Lalu kita bagi.

Sebab itu bagi kita, kita nak minta rakyat Malaysia, bukan menilai hanya pada parti yang boleh dimanipulasi, tapi tengok jasa. Pilihan Raya Ke-14, rakyat Malaysia makin matang. Dia akan menilai seseorang itu bukan sahaja pada parti yang ingin buat perubahan, tapi ialah calon yang bersedia membawa kebajikan kepada pengundi, bukan calon menang, makan tidur, bukan. Tapi calon yang turun bekerja, jentera yang turun bekerja.

Jadi ini malam ini saya nak ucap tahniah kepada Unit Amal PAS. Unit Amal ini tuan-tuan, berlaku banjir di mana, pergi tanpa minta bantuan, tanpa minta duit, buat kerja tanpa minta upah. Ini Kota Tinggi ini dulu banjir besar, ada satu peti undi saya tak ingat nama peti undi itu di sini, PAS dapat dua undi.

Ini saudara Onn Jaafar beritahu sayalah. Dia dah keluar. Tak apalah. PAS tidak pernah memusuhi kawan-kawan kita yang keluar. Cuma kita terkilan elok-elok duduk dalam jamaah Islam, sabarlah sekejap. Tak apa, mudah-mudahan kita doa dia balik semula. Ramai juga yang dah balik sebenarnya. Ramai yang dah balik. Yang isi borang semula, yang minta nak balik semula ramai. Alhamdulillah. Cuma tak perlu kita hebohlah.

Jentera Amal kita buat kerja misi banjir di Kota Tinggi masa itu. Dia basuh, pindahkan pengundi, sediakan makan, basuh rumah bersih siap. Tahun depan, mari Pilihan Raya Umum, kampung itu, peti undi itu PAS dapat tiga undi, tambah satu je. Sebab itu saya beritahu orang Unit Amal kita, dan kitalah pimpinan PAS khususnya, kalau kita bekerja kerana manusia, kita akan kecewa. Tapi kalau kita bekerja kerana Allah, Allah tidak pernah mengecewakan kita.

Dan akhir sekali, dalam Gagasan Sejahtera, kita sentiasa ada pertemuan, dan insya-Allah lepas ini pun kita ada mesyuarat dengan rakan-rakan parti kita ini, sebagaimana disebut tadi, 130 kerusi yang PAS akan bertanding, yang Gagasan Sejahtera akan bertanding, 130 ini bukan PAS, 130 ini ialah Gagasan Sejahtera. Makna 130 ini ialah kerusi PAS, kerusi Ikatan, kerusi Berjasa, kerusi PCM. 130 ini juga kita akan bagi kepada rakan-rakan NGO yang bernaung di bawah Gagasan Sejahtera.

(Jumlah) 130 juga kita akan bagi kepada individu-individu tertentu. Kalau tuan-tuan ingat, Tuan Guru Presiden banyak kali sebut, mengemukakan idea Kerajaan Teknokrat. Kerajaan Teknokrat bererti kerajaan yang bukan hanya disusun oleh ahli politik. Saya sangat bersetuju dan kami pimpinan setuju dengan cadangan Gagasan Presiden, sebab bagi menentu hala tuju negara kita, tak akan orang politik sahaja? Seluruh rakyat ada hak bagi menentu masa depan negara kita.

Jadi bukan orang politik sahaja, jangan biarkan orang politik sahaja menentukan masa depan negara. NGO ada hak, individu ada hak, tokoh-tokoh pun ada hak. Negara kita negara kita, negara Malaysia negara kita semua. Dan tadi saya sebut, ada dua parti yang menggerakkan perubahan dasar. Satu PAS, mana satu lagi? Satu lagi ialah Parti Sosialis. PSM.

Tuan-tuan baca kenyataan dibuat oleh Saudara Arul dua hari lepas. Dia menyebut bahawa komitmen ialah untuk merubah dasar, dia tak percaya kepada BN, tak percaya kepada PH. Tapi dia tak sebut PAS. Pakatan Harapan tidak bersedia mengubah dasar negara. Barisan Nasional tidak bersedia mengubah dasar negara.

Dia kata Parti Sosialis bersedia, PSM sedia. Cuma kami bertanding tiga percent. Dia kata dia hanya bertanding tiga peratus. Tiga peratus ini tak boleh ubahlah tuan-tuan. Tiga peratus tak mungkin boleh mengubah dasar negara.

Sebab itu PSM ini dia tak join Pakatan Harapan. Dia tak mari bersama dengan Gagasan Sejahtera sebab dia Sosialis. Sosialis dengan Parti Islam dia tak bertemu. Dia dua line yang berbeza, tak mungkin boleh bertemu. Walaupun Islam menerima beberapa konsep dalam idealisma Sosialis, sebab Islam lebih awal daripada Sosialis. Soal kesamarataan, keadilan, hak sebagainya, tapi berbeza.

Jadi oleh kerana itu bagi kita, satu-satunya muafakat politik yang bekerja untuk ubah polisi dasar ialah Gagasan Sejahtera bersama-sama dengan PAS, Ikatan, Berjasa, dan PCM. Sebab itu bagi rakyat Malaysia, kita tidak mungkin boleh sebuah negara yang kita ingin tanpa merubah dasar, polisi dalam negara ini.

Dan insya-Allah bagi saya, apa yang sedang berlaku pergolakan dalam Pakatan Harapan, pergolakan dalam Barisan Nasional, dia menyebabkan kita dalam Gagasan Sejahtera tak ada masalah, kami tak ada masalah, bincang kerusi pun tak ada masalah, bincang calon tak ada masalah, jawatan? Jawatan kita tak bincang. Pasal apa tak bincang? Kambing belum bela lagi, tak usah bincang bahagi nak untung berapa. Cawangan tak tahu mana.

Kita bagi kita, fokus rakyat. Fokus kebajikan rakyat. Selesaikan masalah rakyat. Insya-Allah rakyat akan beri harapan kepada parti yang menjaga dan pelihara hak-hak mereka insya-Allah. Dan parti itu ialah PAS, insya-Allah bersama dengan Gagasan Sejahtera.

Mudah-mudahan himpunan kita pada malam ini, kita memahami bagaimana hasrat besar parti ialah membawa perubahan yang besar kepada sebuah negara yang seringkali kita sebut:

بلدة طيبة ورب غفور

"Sebuah negara yang baik, dan Allah Taala mengampuni penduduk negara ini"

Insya-Allah. Wallahua’lam.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Timbalan Presiden PAS Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Gagasan Sejahtera pada 18 Januari 2018 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi) - HARAKAHDAILY 21/1/2018

#http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/4862-gagasan-sejahtera-komited-ubah-dasar-negara

Ahad, 21 Januari 2018

PAS tolak Najib, lebih lagilah Mahathir

PAS tidak perlu terperangkap dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar PAS mengumumkan calon Perdana Menteri jika dapat memenangi PRU14 yang akan datang. Bahkan lebih jauh dari itu, Tun Dr Mahathir memberikan dua pilihan kepada PAS sama ada memilih dirinya atau Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak sebagai calon Perdana Menteri.

Hakikatnya, PAS telah berada di atas landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan meletakkan agenda Gagasan Sejahtera sebagai paltform untuk menawan undi rakyat. Presiden PAS sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa PAS tidak bersama Barisan Nasional dan juga tidak bersama Pakatan Harapan yang sudah cukup untuk difahami sebagai pendirian PAS pada hari ini.

Agenda PAS bukan terhenti setakat menobatkan Perdana Menteri tetapi lebih kepada menukar dasar pentadbiran negara kepada landasan syariah dan berkebajikan. Siapapun yang menjadi Perdana Menteri bukanlah merupakan satu keutamaan kerana yang lebih penting ialah dasar yang akan dikemukakan ialah asas yang boleh menjanjikan kebajikan untuk rakyat.

PAS tidak mahu terperangkap dengan agenda mengangkat semula individu yang telah terbukti banyak melaksanakan dasar-dasar yang menyusahkan rakyat dan menjahanamkan iklim politik negara dengan pelbagai teori-teorinya sendiri.

Namun, jika PAS perlu juga untuk menjawab, cukuplah sekadar jawapan, "Of two evils, choose neither."

#http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/4804-pas-tolak-najib-lebih-lagilah-mahathir

AHMAD FADHLI SHAARI

Naib Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 17/1/2018

Sabtu, 20 Januari 2018

PAS adalah ganti UMNO-BN untuk Malaysia.

Terang Rembulan (79)

PAS, Bukan PH

PAS adalah ganti UMNO-BN untuk Malaysia. Itu sahaja yang difahami oleh ahli dan penyokong PAS hari ini. Ia adalah matlamat utama PAS memasuki PRU14 nanti.

Ramai yang akan menyangkal dengan berkata, bagaimana mahu ganti UMNO jika hanya mensasarkan kemenangan 40 kerusi? Ia jauh daripada mencukupi. PAS hanya beromongan, dakwa pembangkang PH pula.

PAS menjawab, jika pun PAS memenangi lebih daripada 40 kerusi sebagaimana yang disasarkan, itu pun belum mencukupi untuk memintas UMNO-BN. Tetapi semua sedar, pada masa itu PAS telah begitu kuat. Apabila PAS kuat, UMNO akan lemah. UMNO akan lemah sebaik sahaja kerusinya menurun dengan banyak, walaupun masih mendahului PAS dalam jumlah kerusinya.

Hari ini, kekuatan UMNO bukan lagi pada kejayaannya menempa negara ini dengan kejayaan dan kecemerlangan. Tidak. Negara kita kini hanya sedang bertarung untuk tidak rebah sahaja, bukan pun untuk sihat, sejahtera dan maju. Negara kita masih sakit daripada sakit lamanya yang bermula daripada zaman keangkuhan Tun Dr Mahathir memerintah negara 20 tahun dulu dengan kuku dan taringnya. Sakit itu masih belum diubati dan jauh lagi daripada sembuh.

Keangkuhan adalah musuh Allah. Keangkuhan sifatnya memerangi Allah dan ugama-Nya. Sesiapa yang memerintah dengan angkuh, Allah akan meletakkannya di barisan yang bertentangan dengan Allah, lalu Allah mengisytiharkan perang ke atasnya secara menghadap. Tun Mahathir masih berbangga dengan sejarahnya memerangi kerajaan Kelantan yang dulu dan kini terus membawa sinar dan obor Islam yang benar untuk tatapan dan hidangan rakyat Malaysia.

Beliau telah gagal dan sememangnya beliau pasti gagal. Beliau gagal mengemudi UMNO, lalu meletak jawatan dan meninggalkan UMNO dan Malaysia dalam kesakitan dan kelesuan. Tun Abdullah datang dengan penawar 'minyak wangi seribu bencana'-nya. Ia melalikan untuk tempoh yang pendek, kemudian negara bertukar kembali kepada sakit asalnya.

Doktor veteran yang gagal itu enggan menyerah kalah. Beliau memerangi ubat pertamanya sendiri, lalu menawarkan ubat seterusnya, DS Najib bin Abdul Razak untuk memimpin negara. Ubat barunya gagal lagi. Doktor veteran itu tersentak dengan tindak balas ubat barunya itu yang kini makan tuan. Beliau mengisytiharkan kepada negara bahawa beliau telah tersalah mencadangkan ubat.

Hari ini beliau mencadangkan ubat yang ketiga. Siapa? Dirinya sendiri. Beliau berkata kepada PAS dengan suara angkuh 20 tahunnya dulu, "Pilih. Saya atau Najib." Kelakar, kelakar dan kelakar. Inilah kentut politik seribu bencana seorang doktor veteran yang sakit dan gagal yang sedang mengetuai sebuah hospital bernama PH untuk mengubati negara yang sakit akibat angkaranya sendiri dulu. Orang sakit mengubati orang sakit.

Saya tegaskan negara kita hari ini sakit. Sakit lama yang belum sembuh. Saya tegaskan lagi, UMNO-BN hari ini kuat dan gagah di sisi rakyat bukanlah kerana kejayaannya menempa apa-apa kejayaan besar untuk negara. Tidak. Tetapi UMNO hari ini masih gagah kerana mereka adalah penyandang sejak tahun 1957. Penyandang memang sukar untuk ditumpaskan hatta pada zaman pemberontakan terbesar ahli UMNO memerangi Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 di bawah DS Anwar Ibrahim.

Penyandang yang terus gagal akan dimamah tua dan kelesuan. Tongkat saktinya akan dimakan anai-anai sedikit demi sedikit. Hanya nabi Sulaiman alaihissalam yang wafat berdiri bertongkat kerana anai-anai terus menyayangi baginda dengan arahan tuhannya. Adapun UMNO, ia sedikit demi sedikit akan lesu. Samada tongkat dulu yang patah atau lututnya sendiri. Takdir memilih dan menentukan.

Sasaran memenangi minima 40 kerusi parlimen adalah sebuah gerakan besar untuk pengislahan negara daripada PAS. Ia adalah realistik bagi PAS daripada terus berilusi dengan penawar seribu bencana ciptaan seorang doktor veteran gagal yang terus angkuh dengan taubat demi taubatnya yang bohong dan palsu.

Sasaran minima 40 kerusi adalah kekuatan bagi PAS dan kelemahan yang ketara bagi UMNO. Kemenangan lebih besar untuk PAS pasti akan menjelma. Ia akan menjelma sebaik PAS terus kukuh dengan thabat dan istiqamahnya memperjuangkan Islam dan nilai-nilainya yang tinggi dalam menjamin tadbir urus negara yang penuh integriti, sejahtera dan cemerlang.

Dalam persaingan bola sepak Eropah, pasukan yang mensasarkan hanya kejuaraan liga akan kecewa teruk jika gagal memenanginya. Tetapi pasukan yang turut mensasarkan kelayakan ke Liga Juara-Juara (CL) akan kekal ceria dan bangga apabila mencapainya walaupun tewas kejuaraan liga. #YNWA

PH akan kecewa teruk bersama penyokongnya jika UMNO terus memenangi PRU14. Hanya itu sasaran mereka yang satu. Gagal bererti gelap selamanya. Kerja selepas itu adalah menanti PRU15 pula. Tetapi PAS adalah sebaliknya. PAS melihat negara dan politiknya dengan mata hatinya yang lebih jelas dan benar. UMNO-BN bukan boleh ditumbangkan dengan idea karut untuk negara oleh doktor veteran yang gagal, sakit dan telah menyebabkan negara sakit dengan ubat ciptaannya samada pada zamannya sendiri atau zaman selepasnya.

PAS adalah realistik. Apa yang akan dicapainya nanti adalah nilai bermakna bagi terus menyumbang ke arah kejayaan negara mengubati dirinya, seterusnya melangkah lebih laju menempa kejayaan. Anda boleh nanti meneliti dan mentelaah Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang kini giat dibina dan dibangunkan oleh PAS sebagai wawasan terbaiknya untuk negara dan rakyat tercinta.

PAS, sifat perjuangannya adalah islah. Untuk melakukan Islah atau pembaikan, ia bukan dengan hanya satu jalan iaitu menunggu UMNO tumbang. Anda tidak perlu menunggu taubat nasuha datang, barulah hendak bersolat dan beramal soleh. Terus bersolat dan beramal soleh dalam dosa. Itu persaingan yang jika diisi keikhlasan tinggi akan mencetuskan taubat nasuha yang akan menghancurkan kerajaan dosa dan maksiat dalam hati setiap hamba-Nya. Begitulah islah PAS untuk negara. Ia bergerak tanpa henti walau penat dan lama..

Negeri Kelantan dibina lebih 20 tahun di dalam tekanan tinggi serangan bertalu-talu tanpa kesihan belas Tun Dr Mahathir. Kelantan disisihkan dengan kebencian dan dendam kesumat seorang diktator yang tidak mampu melihat keupayaan orang lain untuk turut membangunkan negeri dan negara. Baginya, kejayaan adalah mesti daripada hasil usaha dan wawasannya.

Kelantan terus teguh sebagai negeri model dan sejahtera pada saat Tun Dr Mahathir melihat negara binaannya yang hebat itu tiba-tiba diserang garuda ekonomi, seterusnya menyaksikan partinya memberontak ke atasnya untuk kali kedua yang akhirnya memaksanya meletak jawatan dan menyerahkan negara kepada penggantinya yang gagal.

Hari ini Wawasan 2020 sudah masuk muzium tanpa penghargaan tinggi daripada UMNO hari ini selain kemarahan, perlecehan dan kebencian. PAS sejak awal pembinaannya lagi telah menyatakan bahawa Wawasan 2020 akan gagal kerana ia tidak dibina di atas rukun-rukun yang kukuh dan tahan. Jika daripada PAS, Tun Mahathir akan menyumbat telinganya dengan kapas bergulung-gulung.

Kejayaan Tun Dr Mahathir hari ini ialah terus berjaya menumpaskan DS Anwar Ibrahim yang dipenjarakannya dulu melalui para pendukung PKR-nya yang gagal bertahan dengan tonik keramat 'REFORMASI' itu. Mereka masih mampu untuk terus ditipu dengan taubat palsu yang bersalut keangkuhan.

Kejayaan Tun Mahathir hari ini ialah menghilangkan ketajaman perseteruannya dengan DAP yang dimusuhinya melalui dasar kerasisan UMNO yang dibinanya dulu. Hari ini DAP membuntut di belakang Tun.

Kejayaan Tun Mahathir hari ini ialah membenam PAN ke dalam lumpur. DAP menyucuk hidung PAN lalu membiarkan Tun Mahathir menariknya ke kubang lumpur. Berkubanglah di situ dengan penuh amanah kepada tuan yang melahirkanmu..

Itulah kejayaan Tun Mahathir, mengulangi
kejayaannya dulu menubuhkan UMNO Baru untuk mengalahkan Ku Li. Dia meninggalkan UMNO untuk mengalahkan Pak Lah. Dia menubuhkan PPBM untuk mengalahkan Najib. Aksi terbaiknya kini ialah memenjarakan Anwar Ibrahim di dalam dan memenjarakan pengikutnya di dalam jeriji telunjuknya di luar. What a Kajang kick!!

Adapun kejayaannya ke atas PAS hari ini ialah kentut politiknya, "Pilih. Saya atau Najib.' Kelakar, kelakar dan kelakar..

PAS mendominasi pengalaman menghadapi UMNO yang gagah dengan sifatnya sebagai penyandang kepimpinan negara yang tidak pernah kalah sejak merdeka. PAS hidup dalam susah dan senang, lemah dan gagah, kejian dan pujian. PAS menembusi segala kesukaran itu dengan cemerlang sehingga hari ini. Hari ini tiada siapa sedia berkata bahawa PAS sedang menuju kegelapan kecuali musuhnya yang terus membenci dan mendengki. Benci dan dengki tidak akan sama sekali menumbangkan PAS.

Ia adalah PAS yang kuat sebagai ganti kepada UMNO yang kian lemah. Bukan PPBM, bukan PKR dan sama sekali bukan DAP-PAN.

Majulah PAS untuk negara menuju keredhaan Allah.

Tahniah Harimau Muda U23 tewaskan Arab Saudi, negara World Cup. Sinar hebat anak muda negara..

#Istiqamah
#WINS

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat

Sebab apa PU sibuk dengan politik?

Kenapa PU sibuk sangat nak sokong PAS? PAS saje ke Islam? Saudaraku, Ambe tak kate yg lain tak Islam..itu ghuluw bebeno ..cuma ambe menjelaskan pendirian ambe..PAS adalah yang terbaik untuk dipilih..dengan rekod memerintah Kelantan dengan ZERO rasuah..dan Islam diletak sebagai hadaf utama dalam perjuangan.

Kalau kalian setuju dengan ambe..pakat2lah pangkah PAS dalam PRU 14 nanti..tapi kalau rasa status ambe hanya nak cari publisiti murahan...ianya silap besar sebab ambe kenal PAS ni bukan lepas ambe jadi juara PU..ambe kenal lama dah..

Ambe mendapat tarbiah langsung dari Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rahimahullah..di Darul Anwar (1995-2000)..menadah kitab Riyadussolihin daripada alMarhum..jika alMarhum istiqamah dengan PAS selaku pemimpin utama..mengapakah perlu menjadi golongan yg kecewa..yang lari dari jemaah dengan menubuhkan jemaah lain bagi menentang kembali jemaah yg mereka.dokongi sekian lama..atas pelbagai alasan..namun alasan yg paling jelas di mata adalah mereka mendokong ketika berjawatan sahaja..tatkala hilang jawatan..mereka mula lupa diri..

PKR pula? Ya betul ada islam..tetapi mereka suka menikam rakan sendiri..setelah mengerah keringat jentera PAS..utk menang..tapi bila menang..sudah lupa asal usul..dan tidak mengenang jasa rakan sepakatan..demi menjaga king makernya DAP!

Dan mengapa pula ambe nak sokong UMNO yg ternyata lemah dalam menegakkan syariat Allah hatta nak bentang RUU 355 pun memerlukan MP PAS yang bentangkan, sedangkan mereka parti yg memerintah..

Semoga jelas dengan pendirian ambe ini..ambe tidak berjawatan dalam parti dan bukan insan yg aktif dalam parti..namun semangat ambe kuat utk melihat syariat dan perintah serta larangan Allah, dilaksanakan dengan sempurna di bumi Malaysia ini.

Ambe redha jika tak muncul di kaca tv atau radio lagi..selepas kenyataan ini, kerana itu hanyalaj wasilah penyampaian sahaja..masih banyak cara utk ambe berdakwah di luar sana dan rezeki Allah sangat luas..

PU Syed
Juara Pencetus Ummah, Musim Ketiga 2015
Astro Oasis.

Jumaat, 19 Januari 2018

BAIK BURUK TUN MAHATHIR KEMBALI JADI PERDANA MENTERI

1. Berikut senarai Baik atau Buruknya negara jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kaedah ‘strategic foresight method’ digunakan yang melibatkan segitiga antara rekod masa lalu (weight of the past), tekanan dan desakan masa kini (push of the present), dan tarikan masa hadapan (pull of the future). Rujuk Prof. Sohail Inayatullah 2008 “Six pillars: futures thinking for transforming”.

2. Kerajaan kuat akan kembali. Berbeza dengan Perdana Menteri Najib yang mengamalkan prinsip ‘era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir’, pendirian Tun Mahathir terhadap kerajaan yang kuat adalah jelas, sepertimana boleh dilihat melalui pendirian beliau memaksimumkan kepakaran birokrat tempatan dan menghapuskan penggunaan perunding asing (consultant).

3. Segala tuduhan dan dakwaan salah laku politik Tun Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri (1981-2003) berkemungkinan besar tidak akan disentuh lagi. Maka berpotensi menimbulkan penentangan kelompok yang dipinggirkan serta mereka yang menganggap diri sebagai mangsa ‘rejim Tun Mahathir yang terdahulu’.

4. Kuasa parlimen akan diperkuat dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) yang berperanan melantik ketua-ketua institusi utama seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima ATM, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR, dan Ketua Audit Negara. Persetujuan Tun Mahathir terhadap manifesto ini seharusnya menguntungkan reformasi institusi.

5. Segala tuduhan rangkaian ‘kapitalisme kroni’ di dalam mahupun di luar negara yang menguntungkan Tun Mahathir dan keluarga tidak akan dirungkai, disiasat, mahupun dirobohkan. Meskipun Pakatan Harapan berikrar untuk melaksanakan reformasi ekonomi namun tidak semua pimpinan sanggup untuk mengisytiharkan harta termasuklah Tun Mahathir. Adakah tender kerajaan akan diwajibkan secara terbuka atau Tun Mahathir masih akan meneruskan kaedah rundingan terus secara terpilih? Dato’ Sri Mukhriz Mahathir pula bakal mewarisi rangkaian berkuasa ini.

6. Siasatan ke atas syarikat 1MDB akan dijalankan secara terbuka dan tiada Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dikenakan bagi akses awam. Segala dokumen dan transaksi 1MDB boleh didedahkan kepada umum. Laporan audit bertauliah yang lengkap akan dikemukakan. Demikian juga segala siasatan berkaitan urus tadbir institusi awam seperti KWSP, MARA, FELDA, dan Tabung Haji akan didedahkan kepada umum. Persepsi keyakinan rakyat akan positif dengan penahanan dan perbicaraan individu-individu berprofil tinggi secara besar-besaran sekiranya terbukti bersalah.

7. Badan kehakiman berkemungkinan berhadapan cabaran baharu. Segala tuduhan dan dakwaan campur tangan Tun Mahathir dalam institusi kehakiman dahulu tidak akan diselidik. Reformasi institusi kehakiman mungkin akan dilaksanakan dengan tekanan reformis PKR, AMANAH, dan DAP. Namun, atas faktor kepentingan gabungan elit parti PH, badan kehakiman tetap berdepan risiko politik seperti kemungkinan penarikan balik kes tuduhan rasuah dan penyelewengan ke atas Dato’ Adam Rosly (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Peter Anthony (Parti Warisan Sabah) antaranya.

8. Sektor ekonomi paling mencuri perhatian. Tun Mahathir baru sahaja menghuraikan sedikit-sebanyak tawaran beliau mengutamakan industri tempatan yang dibantu pengenalan pelbagai subsidi serta dorongan peningkatan produktiviti. Langkah ini berlawanan dengan pendekatan PM Najib memotong (rasionalisasi) subsidi. Dasar fiskal sebegini menepati anjuran ahli ekonomi terkemuka John Maynard Keynes di mana setiap perbelanjaan kerajaan meskipun hingga menghasilkan perbelanjaan defisit, mampu merangsang output ekonomi yang lebih besar (multiplier effect).

9. Projek kereta nasional yang baru berkemungkinan dibangunkan kembali kerana Proton dianggap Tun Mahathir sebagai telah dikuasai pemilik dari China, Zhejiang Geely. Projek sebegini agak negatif kerana beban kerajaan akan bertambah sedangkan pentadbiran Najib Razak kini telah pun memberi fokus kepada pemerkasaan pengangkutan awam.

10. Dasar luar yang lebih agresif berkemungkinan kembali di bawah teraju Tun Mahathir seperti mana gaya beliau terdahulu yang lantang berhadapan kuasa besar seperti Amerika, UK, Australia, dan Eropah. Malah pengaruh Tun Mahathir sejak sekian lama menyasarkan kritikan ke atas pengaruh pelaburan China di Malaysia – hingga ke tahap berdebat dengan Sultan Johor dalam media secara terbuka. Corak dasar ini berbeza dengan pendekatan ‘diplomasi lunak’ di bawah Perdana Menteri Najib Razak. Pasti menarik juga untuk melihat bagaimana Tun Mahathir bakal menangani Presiden Donald Trump. Kemungkinan beliau akan menarik balik janji PM Najib yang ingin ‘membantu mengukuhkan ekonomi Amerika’.

11. Usaha memperkasa Mahkamah Syariah melalui pindaan Rang Undang-undang 355 berkemungkinan tidak akan diteruskan berdasarkan pendirian Tun Mahathir yang agak kritis terhadap isu ini. Malah pendirian ini selari dengan pendirian parti komponen PH yang lain iaitu PKR dan DAP.

12. Hubungan Tun Mahathir dengan beberapa Sultan Melayu seperti Sultan Johor dan Sultan Selangor kurang baik. Hal ini memungkinkan ketegangan akan wujud antara kabinet Pakatan Harapan dengan istana.

13. Hubungan baik Tun Mahathir dengan Presiden Rusia Vladimir Putin memungkinkan peningkatan hubungan Malaysia-Rusia yang lebih erat. Kebetulan tahun 2018 menyaksikan pilihan raya Presiden Rusia dan Pilihan Raya Umum Malaysia bakal berlangsung dalam tahun yang sama.

14. Pendekatan ekonomi politik Tun Mahathir memungkinkan hubungan yang tegang dengan kelompok Kesatuan Sekerja dan pendukung gerakan Kiri di Malaysia. Tun Mahathir tidak agresif mempromosikan dasar gaji minimum.

15. Segala projek mega yang melibatkan pinjaman China akan dirunding semula dengan kajian kos-faedah (cost-benefit analysis) yang lebih mendalam sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada negara agar tidak terperangkap dengan hutang yang tidak produktif.

16. Kerajaan pimpinan Tun Mahathir perlu membayar pampasan yang besar jika membatalkan banyak perjanjian dengan China yang telah dimeterai di bawah pentadbiran Najib Razak. Venezuela sebagai contoh terpaksa membayar dua kali ganda hutang kepada China apabila harga minyak jatuh hampir 50 peratus.

17. Kebebasan media merupakan antara isu besar yang mencabar rekod lalu Tun Mahathir. Namun berdasarkan kehadiran aktif beliau atas talian seperti di Blog Che Det dan Facebook, serta keupayaan berhadapan pelbagai serangan di media sosial sejak beberapa tahun yang lalu, kerelevanan untuk beliau kembali memanipulasi Akta Mesin Cetak atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agak rendah. Beliau juga selesa menyertai forum santai dengan sesi soal-jawab secara terbuka.

18. Kebangkitan tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 bakal menguji keupayaan Tun Mahathir untuk mengukuhkan perpaduan Persekutuan Malaysia. Janji 20 peratus royalti petroleum serta pematuhan secara konkrit kepada Perjanjian Malaysia 1963 mampu melonjakkan penerimaan warga Sabah dan Sarawak. Desas-desus cubaan mewujudkan pakatan Mahathir-Taib Mahmud di Sarawak hinggakan kurang serangan dari PH ke atas penguasaan syarikat bekas Ketua Menteri Sarawak itu juga mampu membuka tapak buat PH di Borneo.

19. Kelantan dan Terengganu ialah antara negeri yang sering dikatakan sebagai ‘dianaktirikan’ di bawah pentadbiran Tun Mahathir seperti penafian royalti petroleum serta penyimpangan paip minyak ke Yala, Thailand dan bukannya ke Kelantan. Tun Mahathir mungkin sukar menunaikan janji Pakatan Harapan untuk mengimbangi agihan pembangunan antara wilayah ke negeri-negeri ini jika kedua-dua negeri ini ditadbir parti politik yang bertentangan dengan beliau seperti PAS dan UMNO. Kemungkinan wang ehsan akan diagih melalui JKKK Versi Pakatan Harapan di peringkat negeri pula, bukan melalui kerajaan negeri pembangkang seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

20. Golongan kelas menengah dijanjikan sistem percukaian yang lebih baik. Tun Mahathir juga berulang kali mengkritik pelaksanaan GST. Sekurang-kurangnya dari segi persepsi, sebahagian besar rakyat akan menerima positif langkah ini. Namun berpotensi membawa padah sekiranya inflasi gagal diturunkan selepas sistem percukaian baru diperkenalkan.

21. Akta-akta yang dianggap bertentangan dengan semangat Reformasi dan demokrasi seperti Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya berkemungkinan dipinda atau dimansuhkan bagi menonjolkan imej Mahathir yang ‘baharu’, selari dengan roh Reformasi Pakatan Harapan.

22. Kaedah pembuatan keputusan Tun Mahathir yang dominan sejak awal proses penubuhan Pakatan Harapan – sama seperti mana gaya beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM – turut membayangkan kemungkinan berlaku persaingan sengit dalam proses pembuatan keputusan kabinet Pakatan Harapan nanti. Persaingan antara idealisme reformis dalam PKR, DAP dan AMANAH dengan kepentingan rangkaian PPBM (dan kemungkinan sebahagian UMNO) yang mendukung Tun Mahathir dan PPBM bakal sengit. Konsensus yang terpaksa menyaksikan kompromi sebahagian prinsip dan semangat reformasi yang diperjuangkan mungkin tidak dapat dielakkan.

23. Usia yang lanjut tidak memungkinkan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri buat masa yang lama. Ditambah dengan persetujuan had menjawat kedudukan PM kepada dua penggal sahaja, Tun Mahathir berkemungkinan hanya sempat mengukuhkan kedudukan anak beliau, Dato’ Sri Mukhriz dalam PPBM dan PH serta kabinet sahaja. Maka ruang untuk eksperimen reformasi institusi masih wujud buat ahli parlimen daripada PKR, DAP, dan AMANAH.

Oleh: Abdul Muein Abadi

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

TUN DR. MAHATHIR TAGIH SIMPATI UNTUK PAS PILIH BELIAU ATAU NAJIB?

SELEPAS KAFIRKAN PAS, TUDUH ALMARHUM TG NIK ABDUL AZIZ MENCARUT DAN KAFIRKAN TG ABDUL HADI AWANG. TUN DR. MAHATHIR TAGIH SIMPATI UNTUK PAS PILIH BELIAU ATAU NAJIB?

1. Tun Dr. Mahathir dalam usaha memperbodohkan rakyat Malaysia dalam usaha untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan terdesak sebagai satu ugutan kepada PAS selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

"Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia, calon Najib ke, calon saya ke, itu saya nak tahu. Kita pun tak tahu sama Najib akan pimpin dia ke tak, dengar-dengar orang Umno tak suka dengan Najib ni, itu pendapat orang Umno supaya tak dedah nama dia."

2. PAS sudah menjelaskan, PAS tidak ada apa-apa hubungan dengan Pakatan Harapan dan untuk calon Perdana Menteri, semuanya atas keputusan rakyat dan apa yang PAS mahukan, kedudukan Islam di dalam asas pembentukkan negara, melebihi dari segalanya.

"Bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan bertaawun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat yang boleh diatur perubahannya yang lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu. Begitulah PAS boleh menerima dan bersama sesiapa sahaja, termasuk DAP yang menerima Islam yang sempurna, akidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem) serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syaratnya juga."

3. Kenyataan terdesak ini keluar selepas kenyataan celupar beliau menghina Almarhum TG Nik Abdul Aziz dan mengkafirkan PAS.

"Dengan itu apabila PAS berkerjasama dengan DAP
maka PAS juga mengikut tafsiran PAS sudah jadi kafir. Bukan kita yang kata (PPBM) tapi dia yang kata sendiri. Itulah maksud ayat dalam Al-Quran yang berkata kalau kamu mengkafirkan orang Islam lain, kafir itu akan kembali kepada kamu. Dan terdapat jelas inilah yang berlaku kepada PAS tetapi sebenarnya PAS tak berjuang langsung untuk islam. Saya terkejut bila saya dengar (Almarhum) Nik Aziz kata tuhan mencarut. Saya ingat orang PAS akan lari bila dengar (Almarhum) Nik Aziz cakap macam tu. Tak, tak lari mereka (PAS) kekal dalam PAS (baiah) dan taksub dengan PAS. Kalaupun pemimpin mereka (PAS) kata benda-benda yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ahli-ahli PAS ini akan tetap setia kepada parti mereka".

16 Mei 2017 Tanah Merah, Jitra Kedah

4. Begitu juga dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang tanpa rasa bersalah, mengkafirkan Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang ketika membahas ucapan perwakilan Kelantan ketika Perhimpunan Agung PPBM pertama 30 Disember lepas.

"PAS bukan parti Islam, dia parti yang memperalatkan Islam. Saya ingin bertanya, kepada mufti-mufti yang menjadi penasihat kepada raja kita, apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapa mufti-mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Najib ini kafir menurut PAS dan Hadi pernah kata, jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu pun jadi kafirlah. Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan pada suatu masa dengan DAP, dia sendiri pun kafirlah."

5. Jawapan balas TG Abduk Hadi Awang terhadap kenyataan "kurang cerdik" Tun Dr. Mahathir, bertepatan dengan situasi u-turn Pakatan Harapan sekarang yang masih bergantung kepada PAS untuk mengolah kebersamaan rakyat untuk terus membenci dasar PAS yang mahu melaksanakan pemerintahan Islam di Malaysia.

"Memang melampaulah. Tetapi biar dia insaf sendirilah. Dia orang tua dah. Dia macam orang terdesak yang sudah rapat ke dinding. Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jangan pecahkan kepala sendiri. Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca. Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat".

6. Semakin Tun Dr. Mahathir menyerang PAS. Semakin itu jugalah, keyakinan rakyat untuk bersama menegakkan Islam di negara ini bertambah dan kukuh. Bertaubatlah wahai Tun Dr. Mahathir.

Iman Asyraff
29 Rabiul Akhir 1439H