“Dan
tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki
semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat
penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” – Surah Hud ayat 6.
- Robert Kuok, RM42.76 billion
- Ananda Krishnan, RM27 billion
- Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
- Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
- Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
- Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
- Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
- Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
- Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion
Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud
telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah.
Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.
- 2010 Top 10 Highest Paid Footballers In The World
- 10 orang terkaya di Malaysia 2011
- 10 richest men in the world 2010
Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai DAYA TARIKAN yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan MENCARI rezeki tetapi MENGUNDANG rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.
Antara cara untuk MENGUNDANG rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan banyak MEMBERI. HIDUP UNTUK MEMBERI
kepada warga miskin seperti kelas tuisyen, rumah orang tua dan rumah
anak yatim percuma telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi
billionaire lagi.
Selain mengamalkan Hidup Untuk Memberi,
untuk menjadikan diri kita seperti magnet yang boleh MENGUNDANG rezeki
Kita juga mesti mengamalkan amalan yang mudah dengan istiqamah seperti
membaca Yassin setiap pagi, solat sunat dhuha setiap pagi dan solat
sunat tahajjud setiap 2/3 malam.
Tidak mustahil langsung suatu hari nanti
ANDA akan tersenarai dikalangan 10 orang terkaya di Malaysia kerana Tan
Sri Syed Mohktar Al-Bukhary juga bermula dari seorang yang tiada
apa-apa.
Ramai sekali dikalangan kita manusia yang hidup, bercita-cita dan mempunyai angan-angan untuk menjadi orang kaya. Apabila kita sebutkan sahaja soal kekayaan, apa yang terlintas dibayangan fikiran kita adalah berkereta mewah, rumah yang besar, kehidupan yang nampak selesa, pakaian yang mahal-mahal, pejabat yang hebat dan segala perkara yang pada hemat kita sebagai manusia kerdil itu hebat.
Oleh sebab itu, timbul pelbagai perasaan dalam kelompok manusia yang mula berasa irihati, tidak senang, meluat dan sebagainya apabila melihat kemudahan, kemewahan dan kesenangan orang lain.
Yang mana segala perasaan itu sebenarnya bermula dari nafsu yang tidak pernah padam padanya hasad dengki."Himpunlah rasa putus asa terhadap apa-apa yang ada di tangan manusia" (HR Ibnu Majah)
Menurut pendapat Ibnu Mas'ud, manusia ini akan membinasakan dirinya atas 2 perkara iaitu putus asa dan bangga diri. Namun, dalam konteks perbincangan ini, untuk menjadi orang terkaya, putus asa itu perlu dan amat penting untuk digunakan bagi membuang atau menjauhkan keinginan untuk berhasad dengki, irihati atau tidak senang kepada orang lain yang mungkin lebih dari kemampuan diri kita yang sebenar.
Tidak akan wujud kesenangan, kesejahteraan ataupun kemuliaan melainkan dengan izin dan perkenan dari Allah s.w.t. Jika kita mengharapkan apa-apa yang serupa atau lebih baik dari apa yang kejiranan kita atau rakan kita perolehi, nescaya Allah adalah Tuhan yang mengetahui setiap yang terbaik buat hambanya.