Entah kenapa tuah Shahidan Kassim dilantik menteri. Maka jadilah dia Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Entah kenapa lagi, tiba-tiba menteri yang jawab di pihak SPR. Sepatutnya SPR yang sepatutnya menjawab di Parlimen!! Itu akan berlaku sekiranya SPR berada di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang.
Apabila SPR berada terus di bawah Parlimen taklah boleh SPR berbohong seperti yang terbongkar pada hari ini. Ada nitrat peraklah, membahayakan kesihatanlah bohong SPR.
Juga nak diceritakan di sini tentang jawapan sengal menteri yang cuba-cuba pertahankan SPR…
“Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan.”
Sengal [sebenarnya perkataan yang ingin digunakan lagi teruk!!] jawapan tersebut kerana sekiranya dakwat itu kekal, segala usaha-usaha yang dilakukan individu tidak akan berjaya kalaulah dakwat itu benar-benar kekal. Namun begitu seluruh negara bercerita tentang dakwat kekal menjadi tak kekal sesudah membasuh dengan sabun pencuci pinggan. Tak perlu bersusah payah berusaha, dakwat tersebut dah tak kekal.
Takkan menteri nak minta pengundi berusaha, balik bungkus jari masing-masing yang dicalit dakwat supaya dakwat tersebut terus menjadi kekal. Selepas bungkus, guna ‘bandage’ lekatkan di dada. Selepas tujuh hari, buka balutan tersebut, tunjukkan kepada SPR dan berkatalah kepada mereka “Heh, memang ia dakwat kekallah, bagus perbelanjaan RM7 juta kamu!!”