Khamis, 29 Mei 2014

[Rakaman] 280514 - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif - Kuliah Perdana "Cinta Melankolia"


Memahami Keistimewaan al-Quran

Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah:

Pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)

Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Ketiga, al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)

Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)

Kelima, al-Quran merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “ Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arash daripada apa yang mereka sifatkan.” ( al-Anbiya’, ayat 22) Begitu juga al-Quran mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran menegaskan pembinaan akhlak melalui penghayatan sifat sabar, gigih berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi.

Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu. Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden ini.

Ketujuh, al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan. Oleh sebab itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai kitab petunjuk kepada manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : “ Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil).” (al-Baqarah, ayat 185)

Inilah tujuh perkara ciri-ciri keistimewaan al-Quran yang membezakan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad apabila tiba bulan Ramadhan baginda akan bertadarus bersama Jibrail dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al-Quran akan dilimpahi rahmat dan berkat. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat segala perintah al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan menjadikan kita sebagai ahli al-Quran., bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi juga dalam bulan-bulan yang lain.

Memahami Tujuan-Tujuan al-Quran

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya. Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.

Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.

Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.

Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.

Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.

Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)

Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.


Ustaz Tarmizi Shamsul Arif

Rabu, 28 Mei 2014

Ceramah Keadilan untukmu Memali, 23 Mei 2014




Keadilan untukmu MEMALI - Ceramah Hj Mohamad Sabu



Ceramah Keadilan untukmu Memali oleh TG Hj Abd Hadi Awang, Presiden


Keadilan Untukmu MEMALI - Ceramah Tan Sri Muhamad Taib



Peristiwa Memali

Selasa, 27 Mei 2014

Kesan-kesan buruk makan makanan haram


1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal.Namun Allah tidak memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram.. segal-galanya tidak ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.

3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan/ ” ( HR Muslim & Tarmizi ).


4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkab dan kebajikan. Hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.Tetapin tidak timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.

6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabial mendengar program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.


7. Kepintaran dan Kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.

8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini..telah lahir akibat manusia memakan khinzir walupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan makanan haram tersebuk secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya.

Isnin, 26 Mei 2014

Ramkarpal Menang Besar, Yang Lain Hilang Deposit



DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Ketiga-tiga calon itu hilang deposit mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakala Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242

PCM - 3,583

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798

Abu Backer Sidek - 225

Undi Rosak - 539

Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.

Berita lanjut :
http://www.kinitv.com/video/7245O74

Ahad, 25 Mei 2014

DSAI..Adakah undang2 hanya melindungi pemimpin2 bangsawan umno sahaja?




Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri?

“Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu,” kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.

Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.

Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer “biadap”.

Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.

Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.

“Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh,” katanya.

Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.

“Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?” soalnya kembali.

Beliau bagaimana enggan mengulas sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin harus meletakkan jawatan ekoran tindakan anggota pergerakan itu.

“Itu urusan Umno,” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/263827


Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen

Sabtu, 24 Mei 2014

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT ..... Teluk Intan : Pandangan Saya

Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan kuliah yang lain.

2. Berhubung pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. Pas tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak dari hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi Pas. Bersama-sama DAP dan juga PKR, Pas telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi Pas sebagaimana yang dilakukan Umno sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan Pas dengan DAP. Dalam hal ini, Pas sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat Pas ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat Pas dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah Umno yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen Umno sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira Umno perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah Pas kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah Umno bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat PR menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.
DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.
23 Rejab 1435H





Jumaat, 23 Mei 2014

Provokasi diterima Dyana Sofya pada hari ketika berkempen itu dikatakan dilakukan sekumpulan pemuda yang memakai pakaian mempunyai lambang BN.




TELUK INTAN - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dipercayai dihalau ketika menjalankan kempen di tapak pasar malam Rumah Awam, Kampung Padang Tembak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, Dyana Sofya yang hadir bersama pimpinan tertinggi DAP termasuk Lim Kit Siang menerima kecaman daripada sebuah kumpulan yang mengeluarkan kata-kata mengusir.




PRK Teluk Intan : Pengundi Melayu Teluk Intan Halau Lim Kit Siang

Isnin, 19 Mei 2014

Perbandingan Undang2 Syariah dan Civil - Forum Khas PROMIS





[Rakaman] 190514 NE1 - Hukum Allah ke atas orang jahat - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad



Distrim langsung pada 19 Mei 2014

~ Beza antara hukum mencuri dan menyamun

~ Sula cara semerah padi, tak da dalam Islam

~ Hukuman kepada orang yang dok ganggu orang ditepi2 jalan

~ Pakej hidup yang sempurna

~ Adakah jadi riba pemberian lebih daripada pinjaman?

~ Saman cermin gelap.. tak logik..

- Doakan Dimurahkan Rezeki dan Diberikan Kesihatan Yang Baik Untuk Kami Teruskan Projek ZonKuliah

 
Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Jumaat, 16 Mei 2014

Pemerintah Saudi telah menuduh empat orang Imam terkenal Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi menjadi anggota dan memiliki hubungan kait dgn Jemaah Ikhwanul Muslimin


Riyadh, Saudi :

Innalillah.. Pemerintah Saudi telah menuduh empat orang Imam terkenal Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi menjadi anggota dan memiliki hubungan kait dgn Jemaah Ikhwanul Muslimin yang telah didaftarkan sebagai kumpulan "teroris" di Saudi.

Empar orang Imam berkenaan adalah Syaikh Saud Syuraim (Gambar - Imam Masjidil Haram), Syaikh Faishal Ghazawi (Imam Masjidil Haram), Syaikh Abdul Muhsin Qasim (Imam Masjid Nabawi) dan Syaikh Abdul Bari (Imam Masjid Nabawi).

Mereka akan diambil tindakan dan dilarang untuk berdakwah, memberi khutbah di Masjid-Masjid dan pusat-pusat agama serta memimpin solat Jumaat.

Imam-Imam berkenaan juga dituduh mengeksploitasikan bacaan Al-Quran bagi mendukung Jemaah Ikhwanul Muslimin yang telah diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana.

Serang Anwar: Dr. Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat.


Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat.

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Khamis, 15 Mei 2014

Mat Said Dan Adun Ajil Buat U-Turn Setelah Jadi Adun Bebas Hanya Selama 41 Jam



Kenapa Ahmad Said “turn back’?

Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.

Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 September dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. ...

Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya.

Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.

Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.

Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.

Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan “peti sejuk” di pejabat SUK.

Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat.

ULASAN GB

Terbongkar!

Pertama Ahmad Said dah dikencingkan oleh exco-exco dan ADUN-ADUN UMNO Terengganu yang tidak menyertainya untuk keluar UMNO.

Kedua, ada fail di SPRM yang akan meletup jika Ahmad Said tak kembali ke pangkuan dan yang ketiga:

Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. ..

Selasa, 13 Mei 2014

Krisis Politik Terengganu - Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Apa Yang Rakyat Mahu?

1. Selepas beberapa jam Datuk Razif bin Abd Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru Terengganu berlaku krisis politik apabila Datuk Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi Adun bebas menjadikan BN mempunyai bilangan adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15. Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker. Khabar angin bertiup akan ada lagi 4 adun bersedia menjadi adun bebas bersama Ahmad Said dan Ghazali. Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

2. Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari. Sejarah pahit ini tentu sahaja bakal memalukan Razif dan itulah satu cara Ahmad Said melepaskan amarahnya kepada BN yang mengarahkannya meletakkan jawatan.

3. Apakah tindakan terbaik PAS dalam suasana sebegini? Di hadapan terbentang 3 pilihan. Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong PAS dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan. Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil. Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula. Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

4. Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, PAS PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan kerjasama politik 2 parti politik melayu Islam UMNO dan Islam Melayu PAS diusahakan sehinga akhirnya terbentuk Barisan Nasional, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baru kerajaan campuran 2 parti tersebut di peringkat negeri. Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

5. Pilihan ketiga ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan. Pilihanraya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

6. Di pihak PAS dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauhmana kejayaan menguasai 15 dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan PAS menjadi kerajaan menanti. Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur. Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang, pelombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih releven.

7. Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap. Dalam politik apa pun boleh berlaku. 2 adun tadi mungkin sahaja kembali kepangkuan UMNO jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib. Lagipun dalam satu kenyataan Datuk Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB di buat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17hb mei 2014. Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!!!

8. Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik dari pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
13 hb Mei 2014 jam 8.20 pagi; Jengka.

AHMAH SAID LETAK JAWATAN

Rabu, 7 Mei 2014

SOALAN ANDA WAHAI AHLI PAS SEKITAR HUDUD….

Ahmad Fadhli bin Shaari

1. ANDA BERTANYA, KENAPA PAS CENDERUNG UNTUK MEMPERCAYAI UMNO DALAM ISU HUDUD?

Saya menjawab, ini bukan soal percaya atau tidak. Soalnya, UMNO telah membuka sedikit ruang untuk hudud dilaksanakan. Kita sering katakan bahawa, pihak yang menjadi penghalang kepada undang-undang hudud selama ini ialah UMNO. Justeru, kita berhenti di titik terakhir yang dapat dapat kita sampai. Di titik inilah kita tersadai selama 21 tahun. Hari ini, apabila penghalang itu dikatakan akan dibuka, adakah di titik itu juga kita mahu berhenti? Justeru, Kelantan perlu bergerak ke depan untuk pelaksanaan undang-undang ini.

2. TIDAKKAH SELAMA INI UMNO MENZALIMI KITA? KENAPA TIBA-TIBA PAS MAHU PERCAYA?

Jika dikira isu menzalimi, terlalu banyak kezaliman UMNO kepada PAS Kelantan selama ini. Adakah apabila satu ruang mahu dibuka, maka kita lepaskan ruang tersebut kerana ruang lain masih ditutup. Langkah terbaik ialah mengambil kesempatan daripada ruang yang dibuka dan berusahalah untuk membuka ruang yang lain.

Bukankah kita membaca firman Allah SWT di dalam al-Quran :

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Yang bermaksud : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah At-Taubah, ayat 61)

Tidakkah ayat ini jelas ditujukan kepada orang-orang kafir yang menjadi musuh Rasulullah SAW? Dengan orang-orang yang tidak beriman sekalipun apabila mereka cenderung kepada pendamaian, hendaklah Rasulullah SAW juga cenderung kepada pendamaian tersebut.

UMNO bukannya kafir. Mereka saudara Islam kita yang tersilap memilih jalan. Bahkan merekalah mad’u kita. Apabila ada sedikit kecenderungan yang ditunjukkan untuk mereka menerima hudud yang menjadi kewajipan kepada kita dan mereka, tiada alasan untuk pejuang-pejuang Islam pula mengenepikan peluang ini.

3. APA JAMINAN BAHAWA UMNO TIDAK AKAN MENIPU KITA?

Bukankah di hujung ayat di atas dinyatakan bahawa pejuang-pejuang Islam bertawakkal kepada Allah SWT? Bukankah tatkala kita menyerahkan diri kita untuk urusan perjuangan, telah kita gantungkan tawakkal kita kepada Allah SWT. Kurang percayakah kita dengan kehebatan tawakkal?

4. TETAPI TIDAKKAH BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT DALAM KEADAAN JELAS UMNO SEDANG BERUSAHA MENIPU KITA, ITU NAMANYA TAWAKKAL YANG BODOH?

Mari saya bacakan kepada anda ayat berikutnya,

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud : Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah At-Taubah, ayat 62)

Justeru, jika UMNO bertujuan mahu menipu kita, maka sedarlah bahawa Allah SWT sedang menjadi pelindung kita jika ikhlas kepadanya. Yakinlah bahawa Allah SWT pasti menyelamatkan bahtera perjuangan ini kerana di dalamnya terkandung perlembagaan PAS yang meletakkan AL-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Tatkala PAS ditipu UMNO pada tahun 1978, bukankah selepas itu lahirnya Kepimpinan Ulama pada tahun 1982 yang menjadi mutiara cerah memimpin PAS meniti kegelapan politik?

5. TIDAKKAH APABILA UMNO MENOLAK HUDUD DI TERENGGANU, ITU ERTINYA MEREKA AKAN MENOLAK HUDUD YANG AKAN DICADANGKAN OLEH PAS?

Hudud bukan menjadi agenda UMNO. Penolakan usul hudud di Terengganu membuktikan UMNO tidak bersedia untuk menjadi juara dalam isu ini. Inilah sebesar-besar bukti bahawa UMNO ialah parti nasionalis yang tidak pernah meletakkan Islam sebagai agenda utama.

Justeru, apabila UMNO menolak hudud di Terengganu, sewajarnya lebih mendorong PAS untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 ke Parlimen. Jika ia ditolak oleh UMNO, ia menjadi satu lagi bukti yang besar di mata rakyat bahawa UMNO hanya bermain politik dalam isu ini. PAS TIDAK RUGI APA-APA APABILA MEMBAWA USUL INI KE PARLIMEN.

6. TIDAKKAH USUL INI AKAN MENJEJASKAN PAKATAN RAKYAT?

PAS tidak pernah berjanji untuk menggugurkan perjuangannya mendaulatkan syariat Allah SWT. DAP dan PKR bergabung bersama-sama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan mereka menyedari bahawa inilah perjuangan PAS. Mereka mempunyai hak untuk mengundi menolak usul ini dan PAS juga wajib menyedari bahawa kebersamaan dalam Pakatan Rakyat ialah dengan wujudnya bersama perbezaan ini.

Perbezaan tidak menghalang untuk kita bersama. Suami isteri yang berkahwin begitu lama pun tidak sepakat dalam semua perkara.

7. JUSTERU, KENAPA PAS TIDAK TINGGALKAN DAP DAN BERGABUNG DENGAN UMNO?

Isunya ialah, tidak ada mana-mana parti tunggal mewakili mana-mana kelompok bangsa dan agama di Malaysia boleh memerintah. Samada PAS atau UMNO perlu bergabung dengan mana-mana parti lain yang mewakili kelompok bangsa berlainan untuk muncul sebagai pemerintah. Dalam konteks non Muslim, DAP dilihat parti terbaik dengan disiplin dan akauntabiliti yang mereka miliki untuk menjadi rakan politik.

Jadi isunya ialah bukan UMNO lebih baik dari DAP. Isunya ialah DAP lebih baik dari MCA dan MIC. Dalam konteks parti yang mewakili umat Islam, PAS wajib dilihat LEBIH BAIK dari UMNO. Manakala untuk golongan non Muslim, DAP lebih baik dari MCA dan MIC.

Menyatakan bahawa UMNO lebih baik dari DAP seolah-olah menggambarkan UMNO sebagai parti yang mewakili non Muslim.

8. BERBALIK KEPADA ISU USUL HUDUD, TIDAKKAH INI MENGGAMBARKAN PAS MULA BERBAIK-BAIK DENGAN UMNO?

Tidak timbul isu berbaik dengan UMNO. Hari ini UMNO merupakan pemerintah di Pusat dan tulang belakang kepada kerajaan Persekutuan. Hak untuk membenarkan undang-undang ini berkuatkuasa di Kelantan dipegang oleh UMNO. Konteks perjumpaan antara pemimpin kerajaan negeri Kelantan dengan pemimpin Pusat ialah perjumpaan kerajaan dengan kerajaan dan bukannya parti dengan parti.

UMNO selaku parti politik tetap merupakan lawan PAS sebelum ini dan juga selepas ini.

9. TIDAKKAH WAJAR PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERHATI-HATI DENGAN MUSLIHAT UMNO?

Ya, wajib berhati-hati. Islam mengajar agar kita sentiasa bersikap waspada dan tidak membenarkan tangan digigit ular yang sama sebanyak dua kali. Namun sikap hati-hati itu tidak menutup pintu dakwah untuk kebaikan ummah.

Bagi pihak Pemuda PAS Kelantan, kita sentiasa mengingatkan semua pihak di dalam PAS sentiasa bersikap waspada dengan tipu muslihat UMNO dalam isu ini. Pintu yang dibuka wajib dilangkah masuk, namun jangan lepas parang di tangan bimbang penyamun bersembunyi di sebalik daun pintu.

- Ahmad Fadhli bin Shaari (5 Rajab 1435H)



Selepas dialog bukan Islam terima hudud

Isnin, 5 Mei 2014

Penjelasan Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Di Kelantan


Diterbitkan pada 4 Mei 2014

Rakaman ucapan ceramah umum Penjelasan Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Di Kelantan oleh YB Dato' Hj Takiyuddin Hassan, Penolong Setiausaha PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kota Bharu di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

30 Jamadil Akhir 1435H/ 30 April 2014M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

1. Abdul Hadi Yusof 

2. Vincent Lee

3. Ustaz Hassan Mahmood

4. Dato' Dr Fadzli

5. Dato' Takiyuddin Hassan


6. Ustaz Mohd Amar

7. Ustaz Ahmad Yakob

Jumaat, 2 Mei 2014

Perhimpunan Bantah GST Berlangsung Tanpa Sebarang Kejadian Tidak Diingini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama anti GST

Gambar dari salah satu sudut himpunn GST501

Solat Zohor sebelum Himpunan GST di Masjid Negara

Himpunan GST501 mula bergerak ke Dataran Merdeka

Pergerakan dari SOGO

Siapa Sebenarnya Yang Berbaju Hitam Dan Bertopeng Cetus Provokasi Itu


Unit Amal Halang Provokasi Kumpulan Solidariti Anak Muda -
Himpunan Bantahan GST 1 Mei 2014

Diterbitkan pada 1 Mei 2014
Kejadian berlaku apabila sekumpulan anak muda melakukan provokasi melampau dengan menyanyikan beberapa lagu ketika pemimpin utama PR sedang memberikan ucapan di pentas utama. Mereka juga cuba untuk merempuh benteng yang dibuat oleh Unit Amal bagi menghalang mereka melakukan provokasi di tengah kelompok peserta himpunan.Turut kelihatan membantu Unit Amal meleraikan kekecohan ialah MP Pandan, YB Rafizi dan pemimpin Jingga 13, Cikgu Fariz Musa.. www.buletinonline.net

Rabu, 30 April 2014

Dato' Dr Fadzli | Himpunan Anti GST & Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993





Rakaman Ceramah Himpunan Anti GST dan Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli B Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi di Belakang Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan.

25 Jamadil Akhir 1435H/ 25 April 2014M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

1. Ustaz Nassuruddin Daud : Ceramah UMUM isu GST, HUDUD, IM529 dan MH370

2. Hudud: Kelantan beri penjelasan pada DAP

Sabtu, 26 April 2014

VIDEO LEBIH DARI 1500 ORANG DI JERMAN MENGUCAPKAN SYAHADAT

Watch more Islam videos on Frequency

LEBIH DARI 1500 ORANG DI JERMAN MENGUCAPKAN SYAHADAT

Subhanallah, Gemuruh takbir menghantar ribuan non muslim mengucapkan syahadat dalam waktu dekat.

Street Da'wah Muallaf jerman yang dimotori Piore Vogel menggelar presentasi publik selama seminggu tentang agama islam, apa itu Diinul Islam,apa itu tauhid dan lain sebagainya.

Rakyat jerman yang terkenal etos kerja yang giat dan pola fikirnya yang cerdas tertarik dengan Diinul islam yang masuk akal,mudah dan logis, merekapun berbondong bondong meninggalkan ajaran lamanya, kebanyakan dari mereka umat kristen yang meninggalkan ajaran pagan buatan paulus.

Voice Of Muallaf - Piere vogel di dampingi rekannya yang juga muallaf kaliber dunia "Bilal Philip", membimbing satu,dua,tiga hingga puluhan dan mereka bertambah dan bertambah,mereka naik ke panggung meminta vogel membimbing mereka Ber'syahadat,

Ada yang menarik dalam momen ini,seorang aktifis yahudi jerman yang bersedia untuk meninggalkan ajaran lamanya dan untuk mengimani islam, sambutanpun bertambah, teriakn takbir menggema dan vogel memeluk erat serta mencium keningnya yang disambut bilal philip memeluk pria tersebut.

Sahabat Voice Of Muallaf

Jika pertolongan Allah dan kemenangan tiba, dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. …Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat (QS an-Nashr [110]: 1-3).

Muslim say: Subhanallah | Alhamdullillah | Allahu Akbar

Isnin, 21 April 2014

Matlamat perjuangan kita untuk mencapai keredaan Allah. Berusaha menegak kelifah, menjaga agama Allah.




Matlamat perjuangan kita untuk mencapai keredaan Allah.
Berusaha menegak kelifah, menjaga agama Allah.


Mencari Keredhaan Allah

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Mukadimah Hadis

Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah kerana keredaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Huraian Hadis

1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.

5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.

Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;

“Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman”

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.

Pengajaran

1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulan

Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ahad, 20 April 2014

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas




Diterbitkan pada 18 Apr 2014

Kenyataan terbaru Mahathir berkaitan Hukum Hudud. Beliau terus mempertikai Hukum Hudud yang pada pandanganya tidak adil kerana hanya dikenakan kepada orang islam. (Allah tidak adil !!!!!)

Disertakan penjelasan menarik oleh Ust Nasuruddin Daud bersama nas2 Al Quran berkaitan kenyataan oleh Mahathir. Ini menunjukkan betapa bangangnnya Mahathir yang mentafsir hukum Islam berdasarkan akal ceteknya semata mata...



Sabtu, 19 April 2014

Dalam Injil Pun Disebut Hudud - Ustaz Robby bin Tandang (Muhammad Zaid)


Ustaz Robby bin Tandang (Muhammad Zaid)



Sedutan dari kuliah subuh oleh ustaz Zaid Tandang dari Sarawak.
Kuliah penuh

http://www.youtube.com/watch?v=VriDE06-Ilw


Nabi Muhammad di dalam Bible

Selasa, 15 April 2014

Bahaya Menolak Hukum Allah


Sebagai agama yang menyeluruh, sempurna dan saling menyempurnakan, ajaran Islam mesti diterima secara keseluruhan. Demikianlah Allah سبحانه و تعالى memerintahkan orang beriman di dalam Al-Qur'an. Apabila seorang yang mengaku muslim tidak mau menerima ajaran Islam secara kaaffah (keseluruhan) berarti ia mengikuti langkah-langkah syaitan. Syaitan berkehendak agar seorang muslim menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. "(QS Al-Baqarah 208)

Tetapi jika seorang hamba Allah bersikap pilah-pilih terhadap Kitabullah dimana sebahagian diterima dan sebahagian lain ditolak, hal ini sudah cukup mengerikan. Mengapa? Sebab Allah سبحانه و تعالى menggambarkan akibat yang diderita kaum yahudi yang bersikap demikian dahulu kala. Tidak saja mereka terkena mudharat di dunia, tetapi di akhirat mereka juga bakal menderita.

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan ​​dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan.” (QS Al-Baqarah 85)



Di era modern penuh fitnah dewasa ini salah satu bidang yang ramai ditolak oleh kaum muslimin ialah bidang undang-undang. Allah سبحانه و تعالى memerintahkan orang-orang beriman agar ber-tauhid (mengesakan Allah) dalam bidang undang-undang sebagaimana keharusan ber-tauhid pada bidang-bidang kehidupan lain.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

“… dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (QS Al-Maidah 49)

Allah سبحانه و تعالى memerintahkan orang-orang beriman agar memutuskan perkara (menetapkan hukum) berlandaskan Kitabullah. Artinya, wajib hukumnya bagi kaum muslimin menerima dan menegakkan hukum Allah, bukan undang-undang manusia yang tentunya berlandaskan hawa nafsu. Bahkan dalam ayat-ayat lain Allah secara tegas menyatakan bahawa hak menetapkan hukum merupakan hak prerogratif Allah سبحانه و تعالى. Allah tidak memerlukan adanya sekutu alias partner di dalam menyusun undang-undang-Nya.

إِنِ الْحُكْمُ إِلا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ

“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik.” (QS Al-An’aam 57)

وَلا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا

“… dan Dia (Allah) tidak mengambil seorang pun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan hukum-Nya”.

Namun di dalam sistem undang-undang dan politik moden justeru sudah menjadi pendapat umum bahawa manusia berhak menyusun undang-undang untuk dikuatkuasakan kepada masyarakat luas . Ada segelintir elit yang diberi kuasa me - perundangan undang - undang dan undang-undang . Bahkan mereka memperoleh sebutan " berprestij " iaitu sebagai anggota legislatif alias ahli parlimen . Di Amerika Syarikat sebutan mereka adalah law - makers ( para pembuat undang-undang ) . Lalu masyarakat di luar kelompok elit tadi diharuskan mentaati undang - undang dan undang-undang yang telah dihasilkan kumpulan elit tersebut . Inilah yang disebut Sayyid Qutb sebagai bentuk penghambaan sebahagian manusia terhadap sebahagian yang lain . Kumpulan elit tersebut memainkan peranan Playing God ( beraksi sebagai tuhan ) di tengah masyarakat , sedangkan masyarakat luas menghambakan diri kepada kumpulan elit tersebut dalam bentuk mentaati produk hukum buatan para lawmakers tersebut . Inilah syirik hukum yang menjangkiti banyak manusia di era modern penuh fitnah dewasa ini . Na'udzubillaahi min dzaalika…!

Dalam Kitab “Syarh Nawaqidh Al-Islam”, Syaikh Sulaiman Nashir Al-Ulwan menulis:

“Harusnya setiap muslim dan muslimah mengetahui bahwa hukum Allah dan Rasul-Nya wajib didahulukan atas hukum lainnya. Tiada suatu persoalanpun yang terjadi di antara sesama manusia melainkan harus dikembalikan kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang berhukum kepada selain hukum Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah kafir.” ( “Penjelasan Pembatal Keislaman”, halaman 64-65, Penerbit At-Tibyan – Solo)

Dalam kitab “Fathul Majid” yang merupakan syarah (penjelasan) dari Kitabut Tauhid, Al-Allamah Abdurrahman Hasan Alu Asy-Syaikh menulis:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (QS An-Nisa 60)

Al-Imad Ibnu Katsir berkata: “Ayat ini mencela orang yang berpaling dari Al-Qur’an dan As-Sunnah serta berhakim kepada selain keduanya, yaitu kepada kebatilan, dan inilah yang dimaksud dengan thaghut di sini.”

Telah disebutkan apa yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim tentang definisi thaghut, bahwa ia adalah segala sesuatu di mana seorang hamba melebihi batas padanya, baik berupa yang disembah, atau diikuti atau ditaati. Barangsiapa berhukum kepada selain Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه و سلم berarti ia telah berhakim kepada thaghut di mana Allah telah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar mengingkari thaghut. Karena berhakim dibolehkan hanya kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta kepada siapa yang berhukum kepada keduanya. Barangsiapa berhakim kepada selain keduanya berarti ia telah melebihi batasannya, keluar dari apa yang Allah dan Rasul-Nya syariatkan dan mendudukkannya pada posisi yang bukan haknya..” (“Fathul Majid”, hlm 951, Pustaka Sahifa, Jakarta).

Selanjutnya Al-Allamah Abdurrahman Hasan Alu Asy-Syaikh menulis:

Imam Malik berkata: “Thaghut adalah apa yang disembah selain Allah.”

Demikian pula siapa yang menyeru untuk berhakim kepada selain Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah meninggalkan ajaran Rasulullah صلى الله عليه و سلم dan tidak menyukainya, mengangkat sekutu bagi Allah dalam ketaatan dan menyelisihi ajaran Rasulullah صلى الله عليه و سلم dalam apa yang Allah perintahkan kepadanya dalam firman-Nya:

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ

“… dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (QS Al-Maidah 49)

(“Fathul Majid”, hlm 953, Pustaka Sahifa, Jakarta).

Jadi, barangsiapa berhukum kepada selain Allah dan Rasul-Nya berarti telah mengangkat sekutu bagi Allah dalam ketaatan..! Apa arti kalimat ini? Artinya, seseorang yang bersikap demikian telah jatuh kepada dosa puncak yang tak akan diampuni Allah bila hingga wafat ia tidak bertaubat darinya, yaitu dosa syirik…!

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (QS An-Nisa 48)



Mengapa perkara demikian mendasar tidak disedari oleh sebahagian ( besar ) kaum muslimin di era modern penuh fitnah dewasa ini ? Kerana faham sekularisme ( pemisahan urusan agama dari urusan kehidupan duiawi ) telah mendominasi fikiran dan hati mereka . Mereka menelan bulat - bulat ideologi kafir yang menyuruh manusia agar meletakkan urusan agama sebatas pada private sector ( lingkup peribadi ) sedangkan urusan public sector ( lingkup masyarakat umum ) hendaknya diatur oleh berbagai ajaran produk manusia . Urusan agama yang dimaksudkan ialah sebatas menjalankan ibadah ritual seperti solat , puasa dan haji misalnya . Sedangkan urusan public sector ialah seperti bidang politik , sosial , ekonomi dan undang-undang . Maka barangsiapa yang menerima ideologi sekularisme bermakna ia telah bersikap pilah - pilih dalam melaksanakan agama Allah . Dan ini jelas bermakna ia mengabaikan perintah Allah ( untuk memasuki Islam secara keseluruhan ) dan malah terjebak ke dalam menuruti langkah - langkah syaitan ( menerima Islam secara separa alias menjadi seorang sekularis ) …!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syetan. Sesungguhnya syetan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS Al-Baqarah 208)

Akibat paling buruk dari hal ini ialah batalnya iman atau Tauhid atau keislaman seseorang di mata Allah سبحانه و تعالى . Dan dalam bab hukum, dewasa ini kita menyaksikan begitu mudahnya seorang yang mengaku muslim dapat terjatuh kepada Nawaaqidhul Iman (pembatalan iman)…! Penulis sangat khawatir bahwa kondisi dunia kita saat ini sangat sesuai dengan apa yang Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم peringatkan 15 abad yang lalu:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda: "Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual dien-nya (agamanya) demi mendapatkan barang kenikmatan dunia.” (HR Muslim – 169) Shahih

Isnin, 14 April 2014

DS Anwar Ibrahim - Reformasi 2.0 Di Kuantan



 

Umno -  BN gadai tanah orang Melayu

RENUNGAN :

Semua bentuk ujian ini telah dinyatakan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. Surah al-Qamar, Ayat 49 Setiap ujian atau masalah hidup yang ditimpakan kepada kita mengikut tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT kerana Dia tidak akan membebankan masalah yang melangkaui kemampuan manusia itu untuk menghadapinya.

Seorang mukmin seharusnya menghadapi setiap ujian dengan jiwa tenang dan bersangka baik, begitu juga jika melihat ujian berlaku ke atas orang lain. Setiap ummah kena bersangka baik, sabar hadapi dugaan Ibnu Khathir dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir menyatakan, Allah SWT pasti akan menguji setiap jiwa yang beriman melalui harta dimilikinya, dirinya sendiri, anak serta isterinya. Namun, setiap daripada mereka diuji mengikut kadar agama, jika agamanya kuat, maka bertambahlah ujian kepadanya.
Dengan bertambahnya ujian kepada mereka, bukan bererti Allah SWT sengaja membebankan dan menjadikan mereka lemah dengan ujian itu tetapi ia adalah batu aras menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa tidak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia itu patut dibiarkan begitu saja berkata ‘kami telah beriman’. Maka dengan ujian itu, nyatalah apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyatalah pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Begitu juga apabila kita melihat ujian berlaku ke atas orang lain, kita seharusnya bersangka baik dan tidak menyatakan perkara yang buruk kepada mereka kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.

Tambahan lagi, ujian yang diterima mereka adalah ketetapan khusus untuk mereka dan mungkin jika kita ditimpa ujian sedemikian rupa, kita tidak mampu menghadapinya.

Selain itu, seorang mukmin yang baik mengamalkan sifat sabar kerana sabar mampu menghasilkan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara di luar norma ditetapkan Islam.

Ali bin Abi Talib berkata:

“Ingatlah! Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman seperti kedudukan kepala daripada tubuh badan. Apabila kepala dipotong, rosaklah tubuh badan.

Kita boleh mengambil iktibar daripada kisah hidup Nabi Ayyub yang diuji dengan kehilangan anak disayangi, harta benda hangus terbakar serta penyakit ganjil yang berterusan. Namun, beliau tetap sabar dan terus melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Ketika ditanya syaitan laknatullah mengapa beliau masih beribadat kepada Allah SWT walaupun setelah diuji dengan pelbagai ujian, beliau lantas menjawab:

“Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk lelaki dan wanita, maka Dia mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”

Melalui kisah ini, dapat kita merenung bagaimana Nabi Ayyub menghadapi pelbagai ujian dengan sabar dan reda, serta hanya mengeluh di dalam doa beliau saja seperti yang termaktub dalam surah Al-Anbiya’, ayat 83:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa kepayahan, dan engkaulah yang Maha Mengasihani.”

Kita mampu menghadapi apapun ujian yang datang jika tahu serta mampu mengurus jiwa dengan baik dan ini akan menjadikan setiap ujian menghasilkan kebaikan, bukannya menjadikan kita bertambah lemah atau berputus asa.

Ahad, 13 April 2014

Ceramah Perdana : Manusia Sesat Dari Koordinat Allah - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif





Ceramah Perdana Ustaz Tarmizi Shamsul Arif "Antara nikmat yang manusia selalu lupa.."

Jumaat, 11 April 2014

Pakatan tinggal dewan selepas Azmin diarah keluar


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini bertindak meninggalkan dewan beramai-ramai selepas dua wakil rakyat ahli mereka diarah keluar oleh Speaker Tan sri Pandikar Amin Mulia. Azmin Ali(PKR-Gombak) diarah keluar Dewan apabila beliau berterusan menuntut penjelasan mengapa usul yang ditandatangani oleh 64 ahli parlimen untuk membahaskan peri laku tiga hakim Mahkamah Rayuan berhubung kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipercepatkan. Manakala Hanipa Maidin (PAS - Sepang) pula diarah keluar ketika cuba membangkitkan perintah tetap berhubung keengganan speaker mempercepatkan usul Azmin.


Ahli parlimen Gombak, Azmin Ali hari ini diarah keluar Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ia berikutan tindakan timbalan presiden PKR itu yang berterusan menuntut penjelasan mengapa usulnya untuk membahas peri laku tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membicarakan kes Liwat II datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipercepatkan.





Isnin, 7 April 2014

AHLI POLITIK PENYANGAK YANG KEBAL DARI UNDANG-UNDANG


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhujah bahawa masalah utama negara bukanlah masalah kewangan, tetapi yang menghancurkan negara adalah munculnya AHLI POLITIK PENYANGAK yang kebal daripada undang-undang.

 video : http://www.youtube.com/watch?v=k_VWuxSEge4



SIARAN LANGSUNG

Selasa, 1 April 2014

PAS: Insiden Memali konspirasi kerajaan


PAS hari ini menggesa siasatan semula ke atas insiden Memali 1985 selepas mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia dan bukannya di China semasa kejadian berkenaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata pendedahan Musa itu memperlihatkan kejadian Memali sebagai satu konspirasi kerajaan dan pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.





Tahukah saudara-saudari tentang kisah Memali.

Mahathir adalah syaitan yang merancang pembunuhan Umat Islam secara besar-besaran di Malaysia. Beliau merupakan ahli kehormat Bilderberg, iaitu sebuah organisasi Zionis yang merancang semua konspirasi penghapusan Umat Islam di seluruh dunia. Mahathir bertopengkan Peace Global Perdana Organisation, Pekima dan UMNO bagi mengaburi mata Umat Islam tentang penglibatan beliau di dalam organisasi sulit Zionis. Beliau merupakan penyembah Dajjal nombor 1 di dalam negara kita.

Mahathir juga seorang ejen rahsia CIA. Beliaulah yang merasuah ramai orang untuk membuat konspirasi rusuhan 13 Mei. Beliau juga yang membuat surat layang dan mengedarkan kepada askar, polis, UMNO dan mahasiswa bagi memfitnah Tunku Abdul Rahman. Ketika beliau dibuang daripada kabinet, beliau pernah tinggal di Australia dan dibiayai sepenuhnya oleh perisikan rahsia CIA. Ketika itu, beliau telah memburuk-burukkan Melayu dengan mengatakan bahawa Melayu adalah manusia yang paling pemalas di dalam dunia dan Melayu tidak tahu membuat jarum.

Manakala di Memali, beliau merupakan syaitan yang merancang pembunuhan Umat Islam di situ dan mengarahkan mahkamah supaya tidak melayan kes Memali ini.

Mahathir juga yang merasuah Tan Sri Rahim Noor dengan memberi wang sebanyak RM3.5juta bagi meletakkan racun di dalam makanan Anwar (yang ketika itu dimasuki lokap di atas tuduhan yang tidak pernah dilakukan oleh Anwar sendiri).

Pada tahun 1999, Mahathir menulis surat kepada PM Israel dengan memberi ucapan tahniah dan meminta Ehud Barak supaya memujuk Madelene Albright supaya memberi dana daripada tabung Clinton untuk membiayai UMNO dalam pilhanraya umum Malaysia dan membunuh semua Gerakan Islam di Malaysia.

Jangan percaya terhadap semua temberang di dalam media massa tajaan Tun Dr Mahathir .

Kini APCO menjelma. Maka sudah pastinya Umat Islam akan ditindas lebih dahsyat daripada kisah Memali tahun 1985.

Peristiwa Memali - YouTube
http://www.youtube.com/watch?v=lCqOkl210mE