Umno - BN gadai tanah orang Melayu
RENUNGAN :
Semua bentuk ujian ini telah dinyatakan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. Surah al-Qamar, Ayat 49 Setiap ujian atau masalah hidup yang ditimpakan kepada kita mengikut tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT kerana Dia tidak akan membebankan masalah yang melangkaui kemampuan manusia itu untuk menghadapinya.
Seorang mukmin seharusnya menghadapi setiap ujian dengan jiwa tenang dan bersangka baik, begitu juga jika melihat ujian berlaku ke atas orang lain. Setiap ummah kena bersangka baik, sabar hadapi dugaan Ibnu Khathir dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir menyatakan, Allah SWT pasti akan menguji setiap jiwa yang beriman melalui harta dimilikinya, dirinya sendiri, anak serta isterinya. Namun, setiap daripada mereka diuji mengikut kadar agama, jika agamanya kuat, maka bertambahlah ujian kepadanya.
Dengan bertambahnya ujian kepada mereka, bukan bererti Allah SWT sengaja membebankan dan menjadikan mereka lemah dengan ujian itu tetapi ia adalah batu aras menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa tidak.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Adakah manusia itu patut dibiarkan begitu saja berkata ‘kami telah beriman’. Maka dengan ujian itu, nyatalah apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyatalah pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Begitu juga apabila kita melihat ujian berlaku ke atas orang lain, kita seharusnya bersangka baik dan tidak menyatakan perkara yang buruk kepada mereka kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.
Tambahan lagi, ujian yang diterima mereka adalah ketetapan khusus untuk mereka dan mungkin jika kita ditimpa ujian sedemikian rupa, kita tidak mampu menghadapinya.
Selain itu, seorang mukmin yang baik mengamalkan sifat sabar kerana sabar mampu menghasilkan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara di luar norma ditetapkan Islam.
Ali bin Abi Talib berkata:
“Ingatlah! Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman seperti kedudukan kepala daripada tubuh badan. Apabila kepala dipotong, rosaklah tubuh badan.
Kita boleh mengambil iktibar daripada kisah hidup Nabi Ayyub yang diuji dengan kehilangan anak disayangi, harta benda hangus terbakar serta penyakit ganjil yang berterusan. Namun, beliau tetap sabar dan terus melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Ketika ditanya syaitan laknatullah mengapa beliau masih beribadat kepada Allah SWT walaupun setelah diuji dengan pelbagai ujian, beliau lantas menjawab:
“Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk lelaki dan wanita, maka Dia mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”
Melalui kisah ini, dapat kita merenung bagaimana Nabi Ayyub menghadapi pelbagai ujian dengan sabar dan reda, serta hanya mengeluh di dalam doa beliau saja seperti yang termaktub dalam surah Al-Anbiya’, ayat 83:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa kepayahan, dan engkaulah yang Maha Mengasihani.”
Kita mampu menghadapi apapun ujian yang datang jika tahu serta mampu mengurus jiwa dengan baik dan ini akan menjadikan setiap ujian menghasilkan kebaikan, bukannya menjadikan kita bertambah lemah atau berputus asa.