Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mei 2014

DSAI..Adakah undang2 hanya melindungi pemimpin2 bangsawan umno sahaja?




Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri?

“Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu,” kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.

Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.

Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer “biadap”.

Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.

Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.

“Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh,” katanya.

Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.

“Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?” soalnya kembali.

Beliau bagaimana enggan mengulas sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin harus meletakkan jawatan ekoran tindakan anggota pergerakan itu.

“Itu urusan Umno,” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/263827


Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen

Jumaat, 16 Mei 2014

Serang Anwar: Dr. Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat.


Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat.

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Rabu, 13 Mac 2013

PANAS !! KEBIMBANGAN DS ANWAR DITANGKAP ... RAFIZI



Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.

Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.

Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan.
"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.

"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan dating. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."

Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua

Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya.
"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantarabeliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.

"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan."
Bukan pertama kali

PKR mungkin mempunyai alas an untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.

Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.

Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.

Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.

Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.

Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.

Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.

-Malaysia Chronicle


Isnin, 3 Oktober 2011

Umno-APCO Ikat Tangan Dan Kaki SPR


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menuntut Perdana Menteri menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya melakukan pembaharuan pilihan raya berdasarkan bidang kuasanya sedia ada.

Dalam soalan bertulisnya, Anwar membangkitkan kelemahan SPR seperti dinyatakan dalam tuntutan Bersih 2.0, sedangkan badan itu berupaya melaksanakan reformasi pilihan raya tanpa perlu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC).

“Perkara ini (kelemahan SPR) menjadi isu besar, bukan sahaja di Malaysia tetapi dibahaskan di peringkat antarabangsa,” katanya dalam perbahasan pagi ini.

Merujuk Indonesia yang berkepadatan 270 juta penduduk, Anwar berkata, dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya di negara tersebut.

Justeru, SPR tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.

“Mengapa SPR yang diberi tanggungjawab besar mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan, antaranya isu dakwat kekal.

“Pakatan Rakyat sebelum ini telah pun menyatakan komitmen untuk menyertai PSC.

Maka, Menteri perlu ada kaedah apa jua cara untuk mendesak dan memutuskan tindakannya terhadap SPR,” tegas Anwar.

Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini dan akan berakhir pada 1 Disember 2011.

Jumaat, 16 September 2011

Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri

Siapa Bercakap BENAR Antara Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri Kes Pecat DS Anwar? Jom Bongkar... - Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan li...