Jumaat, 11 April 2014

Pakatan tinggal dewan selepas Azmin diarah keluar


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini bertindak meninggalkan dewan beramai-ramai selepas dua wakil rakyat ahli mereka diarah keluar oleh Speaker Tan sri Pandikar Amin Mulia. Azmin Ali(PKR-Gombak) diarah keluar Dewan apabila beliau berterusan menuntut penjelasan mengapa usul yang ditandatangani oleh 64 ahli parlimen untuk membahaskan peri laku tiga hakim Mahkamah Rayuan berhubung kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipercepatkan. Manakala Hanipa Maidin (PAS - Sepang) pula diarah keluar ketika cuba membangkitkan perintah tetap berhubung keengganan speaker mempercepatkan usul Azmin.


Ahli parlimen Gombak, Azmin Ali hari ini diarah keluar Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ia berikutan tindakan timbalan presiden PKR itu yang berterusan menuntut penjelasan mengapa usulnya untuk membahas peri laku tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membicarakan kes Liwat II datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipercepatkan.