Rabu, 12 September 2012

Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong



TAJUK: LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA

Sidang jumaat yang berbahagia,

Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah  untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85

Maksudnya : " Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "
Kaum muslimin yang berbahagia,
Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2
Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""
Sidang jumaat yang dimuliakan,
Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"   
    
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "
Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "
Sidang jumaat yang berbahagia,
Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "
Kaum muslimin yang dimuliakan,
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
Sidang yang jumaat yang berbahagia,
Mimbar jumaat yang hari ini sekali lagi berpesan kepada jemaah sekalian supaya berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :
Maksudnya : " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu""

Ustaz Sayang Anda - Ustaz Azhar Idrus | Ustaz Don | Ustaz Haslin dll (Stadium MBPJ)

Jumaat, 17 Ogos 2012

Khalid Samad: Haram Sokong DAP?


Khalid Samad: Kalau UMNO Jatuh, Melayu Tak Boleh Hidup?




Khalid Samad: Haram Sokong DAP?


Khamis, 26 Julai 2012

MB ONLINE: Bongkar!! Komplot Peguam Negara Dan SPRM Untuk Tut...

MB ONLINE: Bongkar!! Komplot Peguam Negara Dan SPRM Untuk Tut...: Selagi Umno/BN yg berkuasa maka kroni2 mereka akan terselamat...dan kes ini akan di tutup begitu sahaja..hari tu Rafizi bg statement pagi, ...

Rabu, 16 Mei 2012

Ceramah Terkini!!! Chegubard Power dan Berapi!! (video)




Masalah rakyat diabaikan UmnoBN, Yang disajikan TV dan Media tentang Sex, fitnah.
Masalah utama rakyat diselindungkan,
Rasuah, Wang rakyat dihabiskan , Menipu dalam pilihanraya .......

Ahad, 13 Mei 2012

Tuan Guru Abdul Hadi: Tentang Demokrasi, Kebebasan Media, & Islam Sebagai Ad-Din





Sidang Media Presiden PAS – Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada 1 Mei 2012. Mengulas Isu Bersih serta isu isu semasa.


Sabtu, 12 Mei 2012

Ceramah Terkini!!! YB Dato Saifuddin Nasution (video)


[VIDEO] Bolehkah Pakatan Rakyat Mengambil Alih Putrajaya





3 Hujah : Kerjasama kukuh antara Pakatan - Isu telah ditanda tangani dalam ikatan Pakatan Rakyat
PRU 13 berbeza - Kita boleh tunjukkan tawaran dan kerajaan yang lebih pro rakyat - lihat dengan mata sendiri dalam semua aspek ..... rekod hutang 30 juta ....... pelaburan asing paling tinggi Selanggor 4 tahun simpanan 1.9 balion  ...

Jumaat, 4 Mei 2012

Do'a Orang di Zalimi Mustajab di Sisi Allah s.w.t.



Rakyat yang menuntut hak keadilan dizalimi tapi pendatang asing dilayan dan diberi hak kewarganegaraan ....


Sahabat yang dirahmati Allah,
Do'a adalah senjata orang Mukmin. Dalam kehidupan seorang Mukmin, hidupnya penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup yang sukar dan perlu pengorbanan maka lidahnya sentiasa berzikir, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t tanda pengharapannya yang mutlak kepada Allah s.w.t.

Di dalam masyarakat yang penuh tipu daya dan fitnah, orang Mukmin yang ikhlas berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan sering di fitnah dan dilemparkan berbagai tuduhan tanpa bukti dan asas yang kukuh. Mereka berkonsperasi merancangkan tuduhan demi tuduhan dengan menyediakan bukti-bukti palsu yang diciptanya sendiri supaya tuduhan tersebut seolah-olah nampak benar dan berasas. Hakikat sebenarnya ianya adalah satu dongengan yang di lakunkan oleh pelakun-pelakun yang diupah dengan bayaran yang tinggi. Demi dunia dan harta pelakun-pelakun ini sanggup mengadaikan maruah walaupun terpaksa membuat sumpah palsu yang sebenarnya mengundang laknat Allah kepada diri mereka sendiri.


Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
(Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang dizalimi. Sesungguhnya do'a itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang yang dizalimi. Allah s.w.t berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah an-Nisa ayat 148)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendo'akan keburukan kepada orang yang dizalimi. Jika dia bersabar maka itu lebih baik baginya."

Qatadah berkata: "Allah memberikan kelonggaran kepada orang yang dizalimi untuk mendo'akan keburukan. Ini seperti mana yang kamu dengar."

Dalam hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Tiga do'a yang diperkenankan: Do'a orang puasa, do'a orang yang dizalimi dan do'a orang yang musafir."
(Hadis riwayat Baihaqi - sahih)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Do'a orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun do'a dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada do'a tadi." (Hadis hasan riwayat at-Tayalasi)

Sahabat yang dihormati, Imam Nawawi telah meletakkan hukum harus bagi seorang manusia untuk mendo'akan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri.

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata : " Maksud harus yang disebut Imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya do'a kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya do'a kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdo'a sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah s.a.w adalah hadis berikut:

" Sesungguhnya Nabi s.a.w mendo'akan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendo'akan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdo'a : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Dizaman pemerintahan Umar r.a , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas r.a sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata-katanya:

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukum."

Saad bin Abi Waqas r.a. berdo'a :

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh Saad r.a berkata " Aku telah terkena bencana akibat do'a Sa'ad." Abdul Malik bin Umair r.a perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (Abu Sa'dah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad r.a telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah s.a.w?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w ?" Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah s.w.t akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwan bin Hakam berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sahabat,
Dalam masyarakat kita berita fitnah dan membuat tuduhan kepada seseorang itu ianya telah menjadi perkara biasa oleh surat khabar arus perdana. Mereka mementingkan berita sensasi untuk melariskan jualan akhbar mereka, soal dosa pahala itu menjadi perkara kedua dan tidak termasuk dalam kiraan mereka. Mereka menjadi agen golongan tertentu untuk menjatuhkan orang lain walaupun mengunakan kaedah ' matlamat menghalalkan cara'. Sedangkan Islam mengajar kita supaya menjauhi diri daripada mengumpat, memfitnah dan mendedahkan keaibaan orang lain. Termasuk juga ingin menjatuhkan pemimpin yang telah diberi mandat oleh rakyat dengan tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas. Golongan yang muflis disisi Allah s.w.t dihari akhirat nanti adalah golongan yang membawa amalan yang banyak tetapi pada masa yang sama membawa dosa mengumpat, memfitnah, mengaibkan orang lain dan mengambil hak orang lain secara batil dan mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Perlu di ingat mereka yang difitnahkan dan membuat tuduhan kepada seseorang tanpa bukti kukuh adalah orang yang telah dizalimi dan do'a golongan ini amat mustajab disisi Allah s.w.t.

Rabu, 2 Mei 2012

Polis Ikut Arahan Sampai Lupa Agama ... Azan sedang kumandang





Daripada Abu Musa al-'Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah menangguhkan azab terhadap orang yang zalim, sehinggalah apabila Allah mengazabnya, ia tidak dapat lepaskan diri." (Riwayat al-Bukhari)
Martabat hadith: Sahih

Kesimpulannya:
Dalam hadith ini Nabi s.a.w. memberi satu peringatan keras kepada kita tentang nasib orang yang melakukan kezaliman. Kezaliman ini dapat dipecahka...n kepada beberapa bahagian; pada orang lain dan pada diri sendiri.

Orang yang sengaja melakukan kezaliman, samaada secara tersembunyi atau nyata, maka persiapkanlah diri dengan azab Allah s.w.t. di hari akhirat. Jangan sekali kita anggap melakukan kezaliman ini satu perkara remeh atau boleh diperlekehkan. Jangan kita rasa kita terlepas dan terselamat dari balasan di dunia kerana balasan di akhirat senantiasa menanti orang2 yang zalim.

Dari itu, hindarkanlah diri kita dari perkara yang boleh membawa kita kearah kezaliman atau kekejaman di dunia ini kerana sebagai muslim tujuan kita bukan untuk dunia semata. Segala yang kita kerjakan di dunia ini akan memdapat ganjaran yang baik atau balasan yang buruk. Tidak ada satu perkara pun yang akan terlepas dari perhitungan Allah s.w.t. yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Wallahu a'lam 

Selasa, 1 Mei 2012

Isnin, 30 April 2012

Ahad, 29 April 2012

Bagaimana kereta peronda polis diterbalik




(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.


(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.


(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

TV3 hari ini menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya.



Khamis, 26 April 2012

Isnin, 23 April 2012

Rabu, 18 April 2012

Selasa, 17 April 2012

Pertahankan Kerajaan PR Kedah, Tan Sri Kadiaq.flv

Akta ganti ISA tak seperti diwar-war




KUALA LUMPUR, 16 April: Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun membantah pindaan Rang Undang-undang (RUU) yang disifatkan sebagai lebih keras.

Rabu, 11 April 2012

Ustaz Nassuruddin Hj Daud - Kg.Kedap,Gual Periok,Rantau Panjang






100 Sebab Kenapa UMNO Wajib Ditolak




HIMPUNAN BERSIH, ISLAM DAN HIMPUNAN AMAN - DR ASRI




Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al-Hajj 22:78)

Isnin, 9 April 2012

Ucapan DS Anwar Di Program Munajat Pe...

 SHAH ALAM 8 APRIL : Khazanah hasil bumi adalah amanah yang seharusnya diuruskan sebaiknya oleh pemerintah dan bukannya disalah guna untuk...


Sabtu, 7 April 2012

Isu Ptptn dan Dasar PR - YB Saifudin Nasution (video)



Hujah Yang Mantap!!! Isu Ptptn dan Dasar PR - YB Saifudin Nasution (video)

Jumaat, 6 April 2012

Sidang Media Mat Sabu Terkini!!!! (video)




Sidang Media Mat Sabu Terkini!!!! (video) 
DAFTAR PEMILIH YANG KOTOR

Selasa, 3 April 2012

YB Saifuddin Nasution - Ayuh Mara Ke PUTRAJAYA




Penyelewengan SPR dalam daftar pemilih. Kecacatan daftar pemilih  42 ribu nama tidak dlm pendaftaran Negara tapi ada dalam daftar penggundi, 79 ribu nama satu alamat 100 nama ada di situ, 106 ribu nama dipindah tempat mengundi, SPR ada petugas sukarelawan dicadang undi POS 240 ribu orang. 

Isnin, 2 April 2012

Siri Ceramah : HJ Mohd Sabu 01042012





Siri Ceramah:HJ Mohd Sabu pada program ceramah perdana "PUTRAJAYA BERMULA DISINI"di Padang Perdana Kota Bharu.

Khamis, 29 Mac 2012

Rabu, 28 Mac 2012

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 1/2)




Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 2/2)

Ceramah Wali Kecil : Syeikh Muslim Saad




TEGURAN WALI KECIL TERHADAP PEMUDA DAN WANITA YANG SUKA MENIRU GAYA HIDUP BARAT YANG MENINGGALKAN AGAMA SENDIRI

Ahad, 25 Mac 2012

Che`gu Bard Bukit Mendi 10 Mac 2012




SIAPAKAH PERINTAH KALAU PAS MENANG DALAM PRU 13?
BAGAIMANA UMNO MELAKUKAN PEMBOHONGAN KEPADA ORANG MELAYU?
 

Sabtu, 24 Mac 2012

Ziarah dan Umrah 09 Mac 2012


Taklimat dalam kawasan Dome yang ditengahnya terdapat Batu yang cuba ikut Rasulullah semasa Makraj.  
Sejarah Dome Of The Rock


Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid Qubbat Al-Shakha




Bergambar di bawah batu kini seperti dalam sebuah gua terletak di tengah-tengah dome. Dalam ada juga sudut kecil untuk bersolat


Masjid Al Aqsa kelihatan kubah warna hijau di hadapan


Pintu Utama Masjid Al Aqsa, pandangan waktu selepas Suboh

Bersama Imam Ali - selepas solat Suboh 

 Laluan ke Masjid Nabi Sulaiman



Tentera Yahudi lengkap bersenjata mengawal sempadan antara Masjid Aqsa dengan Gereja Yahudi di sebalik Tembuk. Orang Islam dilarang melintasi sempadan ini .....





Khamis, 8 Mac 2012

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'


OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam
 

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.


 PAS Terus Teguh Pertahan Islam Di bawah Kepimpinan Ulamak

Isnin, 5 Mac 2012

Tahaluf Siasi - Dalil Mengapa PAS bekerjasama dengan DAP (HD)




Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat
Tarikh: 25 Februari 2012
Tempat: Markas PAS Pantai Kundur Masa: 8.00malam - 9.00malam

Ahad, 4 Mac 2012

Pertahan kerajaan Islam Adalah Jihad




KUALA LUMPUR, 3 Mac 2012 (Harakahdaily oleh Aziz Muda): Mempertahankan kerajaan Islam merupakan  tanggungjawab beragama dan satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati jahiliyyah.

Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".

Beliau berkata,  pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Berasaskan kaedah itu, menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan yang bercanggah dengan syarak.

Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya kekufuran yang nyata.

Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari (membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya (dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja (dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi mereka solat".

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Malah, tegas beliau, menegur pemerintah Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim".


Sabtu, 3 Mac 2012

Yusmadi Yusoff: Agenda Kita Pakatan Rakyat Adalah Beri Peluang Kepada Semua Rakyat




Berjuang untuk rakyat, ekonomi untuk rakyat, kita penyambung lidah rakyat.




Azhar Idrus - 20120302 Sembang Petang Bersama Bob Lokman Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 - 2 Mac 2012 dari KelantanTV

Khamis, 1 Mac 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (21 Februari 2012 - Video Penuh)





Perbincangan:
Penjajah membawa masalah ke negara yang dijajah. 
Musuh sentiasa mencari jalan untuk melaga-laga umat Islam. 
Umat Islam sentiasa dalam bersiap sedia,
Bila sudah berjaya jangan lupa kepada Allah.........