TAJUK: LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85
Maksudnya
: " Dan siapa yang mencari agama selain daripada
Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada
hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang
yang rugi "
Kaum
muslimin yang berbahagia,
Islam
mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu
dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong,
hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam
melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan,
tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2
Maksudnya
: "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan
dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu
membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan
antara satu sama lain""
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Semenjak
akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda
satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat
iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama
manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa,
menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk
dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini
adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam
dan diharamkan oleh Allah.
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Di
dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara
untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman
Allah :
Maksudnya
: " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak
lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah
pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain,
kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu
menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan
janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu
sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya
sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah,
sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan
fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim
"
Daripada
ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok
yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama
: Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya
orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara
satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau
perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan
boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada
orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang
itu menghina orang lain yang seagama dengannya
disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang
dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu
kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari
semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang
perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba
darah perempuan tersebut terkena baju Saidina
Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan
menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w.
menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai
Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya
dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"
Kedua
: Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan
mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah
sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang
yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah
ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban
setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah
telah berfirman :
Maksudnya
: " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci
dan pengkeji "
Larangan
ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah
seperti satu jasad apabila sakit satu anggota
maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti
dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang
mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu
anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan
terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Oleh
kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara
sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah
dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah
kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada
Allah.
Ketiga
: Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil
atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk
seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah
Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan
kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara
sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti
panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau
sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud
: " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada
seseorang setelah dia beriman kepada Allah "
Kaum
muslimin yang dimuliakan,
Allah
ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan
semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah
antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat
Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci,
tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam
khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang
buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka
tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke
dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran
disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak
bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara
tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang
yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan
diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana
dosa yang mereka telah lakukan."
Sidang
yang jumaat yang berbahagia,
Mimbar
jumaat yang hari ini sekali lagi berpesan kepada
jemaah sekalian supaya berhenti daripada melakukan
perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha
suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa
kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana
umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman
Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
Maksudnya
: " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara
maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama
lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya
kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan
janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut
maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara
satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam
hal ini dalam firmannya :
Maksudnya
: " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau
bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan
lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan
atau kekuasaan kamu""