Sabtu, 17 Oktober 2020

Kijang sama kijang berlaga, singa juga yang kenyang - Oleh Dr Muslim

 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan teks

Ketiadaan akta anti-lompat parti politik telah memburukkan suasana politik di Malaysia hari ini. 

Pemerintahan hari ini bukan lagi ditentukan oleh rakyat yang mengundi tetapi oleh ahli-ahli parlimen yang lupa diri, dan yang sanggup dijual-beli.

Tidak dipanggil politik kalau tidak ada kontroversi. Perbezaan pendapat itu lumrah, perselisihan itu biasa, pertikaian itu adat berpolitik, tetapi janganlah sampai hilang pertimbangan diri.

Jangan sampai kita tidak boleh mengambil satu langkah kebelakang untuk membetulkan sepuluh langkah kehadapan.

Jangan sampai kita tidak ada masa untuk bermuhasabah diri dan menginsafi akan akibat buruk yang boleh terjadi.

Jangan sampai kita tidak ada masa untuk menilai kembali niat dan tujuan sebenar kita berpolitik.

Jangan sampai kita tidak boleh mengutamakan kepentingan ugama, bangsa dan masyarakat daripada kepentingan diri.

Pergeseran UMNO dan PPBM ini hanyalah konflik kecil dan boleh diatasi seperti yang diberitahu dalam Quran: ๐’๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐จ๐ซ๐š๐ง๐ -๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐ข๐ญ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š. ๐Œ๐š๐ค๐š ๐๐š๐ฆ๐š๐ข๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ฎ๐š ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ฎ (๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ก) ๐ข๐ญ๐ฎ. ๐ƒ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐ข ๐ซ๐š๐ก๐ฆ๐š๐ญ. (๐€๐ฅ-๐‡๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ญ: ๐Ÿ๐ŸŽ).

Kita boleh ibaratkan pergeseran diantara UMNO dan PPBM ini sebagai perlumbaan Mercedes dan BMW di lebuhraya Utara-Selatan. Jika tidak disekat, ia boleh membawa kepada kemalangan yang boleh membahayakan mereka dan pengguna-pengguna lain.

Jadi, untuk kebaikan semua pihak,๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ dan perlu menahan Mercedes UMNO dan BMW Bersatu dari terus beradu kelajuan yang membahayakan. PAS perlu membawa UMNO dan Bersatu masuk “R and R” untuk “Rest and Reconcile” dan mendamaikan mereka serta mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menghalang kemalangan yang boleh menyebab kerugian kepada kedua belah pihak. Dan mereka perlu disedarkan bahawa pihak yang untung daripada perlumbaan mereka itu ialah syarikat "tow truck" dan bengkel kereta.

Kita juga tahu memang ada sindiket "tow truck" yang sengaja mahukan kemalangan dengan mencurah minyak hitam keatas jalan raya supaya kereta yang berlanggaran itu memanggil mereka.

Sama jugalah dengan sindiket batu api politik yang akan mencurah apa sahaja seperti fitnah, makian, kebencian, duit, tohmahan, penipuan, kepura-puraan supaya kesatuan Melayu Islam dapat dipecahkan agar majikan mereka mendapat keuntungan akibat daripada pepecahan itu. Jadi awasilah batu-api Dunhill, batu-api RBA, dan juga batu-api barat atau Yahudi. Tugas mereka ialah mencetus huru-hara dan perbalahan agar kesatuan Melayu Islam berpecah belah supaya majikan mereka atau parti-parti sokongan mereka boleh "divide and rule" atau pecah dan perintah seperti yang berlaku pada PRU 14.

Sekiranya UMNO dan PAS bergabung pada PRU 14, merekalah yang sepatutnya memerintah. Tetapi sayang, apabila orang Islam Melayu bergaduh dan berpecah maka orang lainlah yang akan menang.

Kalau bergaduh sekali pun janganlah sampai jong pecah, nanti yu juga yang kenyang.

Kalau berlaga sekali pun, jangankah ikut tabiat kijang, kijang sama kijang berlaga sampai tanduk terlekat, nanti singa juga yang kenyang.

Peribahasa Melayu ada menyebut: Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah yang bererti kalau orang-orang atas bergaduh, orang bawahanlah yang mendapat susah Peribahasa Barat pun ada juga menyebut: "Where two fight, the third wins" iaitu apabila dua orang bergaduh, orang ketiga akan menang.

Membawa mesej yang sama, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga menyarankan agar jangan menjadi laksana lesung dan alu yang berlaga, nanti ayam pula yang kenyang.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mengambil keinsafan dari surah Al-Hujurat dan pengajaran daripada PRU 14 untuk kita mempertahankan perpaduan Melayu Islam, kerana kalau Mad dan Din bertumbuk, klinik Dr Lim juga yang untung.

Dr Muslim
Kuantan
16 Oktober 2020