Sabtu, 25 Februari 2017

Ummah Muhammad s.a.w diberikan kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t sekiranya membina, mengimarahkan dan iktikaf di dalam masjid..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Ummah Muhammad s.a.w diberikan kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t sekiranya membina, mengimarahkan dan iktikaf di dalam masjid.. Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihannya.. Antaranya,

Pertama, Allah s.w.t menjamin akan mendirikan sebuah rumah di syurga kelak bagi sesiapa yang mendirikan masjid..

Hal ini berdasarkan hadith soheh riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Daripada Uthman bin Affan r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang membina masjid semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. Maka, Allah s.w.t akan membina baginya sebuah masjid atau rumah sepertinya di syurga."

Kedua, Pahala membina masjid itu kekal dan ganjarannya mengiringi orang yang membinanya sehingga selepas kematiannya.. hal ini bermaksud pahalanya sentiasa mengalir sihingga berlakunya Qiamat..

Ianya berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Majah yang bermaksud " Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata .. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al Quran yang diwarisinya atau masjid yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya."..

Ketiga, Sesiapa yang menyapu dan membersihkan masjid juga akan mendapat ganjaran dan kelebihan daripada Allah s.w.t..

Daripada Anas Bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda "Telah dibentangkan kepadaku pahala-pahala ummahku termasuklah pahala membersihkan kotoran daripada masjid.. Dan telah dibentangkan kepadaku dosa-dosa ummahku, maka aku melihat dosa yang paling besar ialah apabila seseorang yang melupakan satu surah atau ayat yang telah dihafalnya"..

Keempat, Banyak hadith yang menjelaskan kelebihan sesiapa yang pergi ke masjid dan duduk di dalamnya.. Antaranya,

Daripada Ubai bin Ka'ab r.a Rasulullah s.a.w bersabda , aku mengenali seseorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah meninggalkannya walaupun satu solat.. Dikatakan kepadanya atau aku berkata padanya, adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggani pergi ke masjid ketika waktu gelap dan panas,, Lalu di menjawab.. Apa yang menggembirakanku ialah jarak antara rumahku ke masjid , aku mahu sekiranya langkahku berulang alik antara masjid ke rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya.. Rasulullah s.a.w berkata "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghimpunkan semuanya itu untukmu".. (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam Hadith lain,

Daripada Abu Hurairah r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci berwudhu' untuk menunaikan solat fardhu, balasannya seperti pahala orang yang menunaikan haji dan sesiapa yang keluar untuk solat dhuha, balasannya sama seperti orang yang mengerja umrah."

Rasulullah s.a.w menggambarkan betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan kepada mereka yang mendirikan , mengimarahkan dan beriktikaf di dalam masjid.. Kesemuanya ini merupakan satu evolusi yang cuba dihamparkan oleh Rasulullah s.a.w supaya ummahnya menjayakan instituti masjid sebagai medan teras kekuatan Ummah.. Kerana itulah, ketika mana hadir Baginda s.a.w melangkah ke Kota Madinah Al Munawwarah.. Rasulullah s.a.w memberikan suri tauladan kepada Ummah dengan pembinaan Masjid yang pertama di Bumi Quba.. Tujuan nya apa?.. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk diimarahkan dan bersama beriktikaf di dalamnya supaya dapat ummah bersama menyelesaikan masalah pentadbiran Alam..

Lihatlah, bagaimana Baginda s.a.w mencetuskan ilham untuk membina Masjid Nabawi supaya ianya menjadi medan nadi peneraju perkembangan kemajuan Negara Islam Madinah.. Masjid menjadi medan sumber untuk membina kekuatan dakwah menyebarkan syiar Islam, Masjid juga dijadikan tempat untuk memacu kestabilan politik supaya kelangsungan keadilan terus dinikmati rakyat, masjid juga dijadikan medan perbicaraan ekonomi, perkembangan perhubungan sosial dikalangan rakyat Madinah terus dipacu bersumber al Quran dan as Sunnah yang mana ianya berkembang bermula dengan penghayatan berjemaah di masjid..

Masjid juga dijadikan pusat keilmuan yang melahirkan intelektual yang berkarisma dan berpengatahuan luas.. Lihat sahaja Ahli politik yang dilahirkan oleh Rasulullah s.a.w seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab.. Ahli perniagaan yang terkenal Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a.. Jeneral perang yang lengkap dengan strategi peperangan seperti Usamah Bin Zaid r.a.. Kesemuanya mereka dilahirkan daripada institusi Masjid Nabawi lantas menjadi mereka yang hebat dan terkenal..

Lantaran itulah Rasulullah s.a.w memberikan motivasi kepada Ummahnya dengan ganjaran yang bakal diterima kepada mereka yang membina, mengimarahkan dan beriktikaf di masjid.. Kerana institusi Masjid merupakan dasar yang wajib digunakan untuk menjana kekuatan Ummah..

Sekiranya kita lihat pada zaman ini.. Ummah Islam yang ramai ini lemah.. lantaran kerana lemah dan dhaifnya institusi Masjid.. Masjid hanya dibina dengan megahnya.. tetapi, sunyi dan sepi tanpa diimarahkan.. Iktikaf hanya sekadar tidur.. Bukannya mengadakan perbincangan atau pemesyuaratan untuk meningkatkan kualiti Ummah.. Masjid hanya dijadikan simbolik kekuatan.. Tetapi, sebenarnya lompong dan kosong kedudukan ummah di akhir zaman ini.