AHMAD AMMAR IALAH...
Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20 tahun lalu, merupakan anak ke-empat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman dan Puan Azlina Aziz.
Ayahnya Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman adalah bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di Maktab Tentera Sungai Besi, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah. Beliau amat fasih bertutur dalam bahasa Turki.
Biasanya orang mengalun suara mengaji Al Quran sekadar menjadi halwa telinga, namun tidak anak muda ini...beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum keluar rumah.
Bulan September 2013 yang lalu,beliau telah menyertai misi kemanusian ke Syria, letupan kiri dan kanan tidak di hiraukan. Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu hinggalah dia selamat pulang ke Turki.
Sejak beliau pulang dari misi itulah,rakan-rakannya mengelarnya 'syahid yang tertangguh'.
Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013 yang lalu.
Amat istimewanya anak muda ini, dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita, apabila beliau telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, Auliya', para Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Ini bermakna,beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.
Beliau seorang anak muda yang aktif dan bercita-cita untuk mati syahid.
Dari pengamatan kita, beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal, macam anak-anak muda yang lain juga,cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang diadakan.
Al fatihah....
http://omakkau.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam-dalam-kenangan.html
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=578323782237832&set=a.148734655196749.35114.100001806469694&type=1&relevant_count=1