Memaparkan catatan dengan label Ahmad Ammar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahmad Ammar. Papar semua catatan

Ahad, 22 Disember 2013

Diari Untuk Ahmad Ammar - Universiti Sains Malaysia (Video Penuh)

Video Sajak
Inilah Sajak Jalaluddin Ar-Rumi bertajuk Ketika Aku Mati yang dideklamasikan oleh pakcik Şehıdımız
MENZIARAHI PUSARA ANAKANDA



Jalaluddin Ar-Rumi - "Ketika Aku Mati"

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga di sebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad

Sekarang saksikanlah aku bangkit
Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Saat itu jiwamu benar-benar bebas

Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru?
Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia?

Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa ada apa-apa di dalamnya?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia

Khamis, 21 November 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)


AHMAD AMMAR IALAH...
Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20 tahun lalu, merupakan anak ke-empat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman dan Puan Azlina Aziz.

Ayahnya Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman adalah bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di Maktab Tentera Sungai Besi, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara  yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah. Beliau amat fasih bertutur dalam bahasa Turki.




Biasanya orang mengalun suara mengaji Al Quran sekadar menjadi halwa telinga, namun tidak anak muda ini...beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum keluar rumah.

Bulan September 2013 yang  lalu,beliau telah menyertai misi kemanusian ke Syria, letupan kiri dan kanan tidak di hiraukan. Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu hinggalah dia selamat pulang ke Turki.

Sejak beliau pulang dari misi itulah,rakan-rakannya mengelarnya 'syahid yang tertangguh'.

Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013 yang lalu.




Amat istimewanya anak muda ini, dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita, apabila beliau telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, Auliya', para Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Ini bermakna,beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.

Beliau seorang anak muda yang aktif dan bercita-cita untuk mati syahid.

Dari pengamatan kita, beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal, macam anak-anak muda yang lain juga,cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang diadakan.

Al fatihah....






http://omakkau.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam-dalam-kenangan.html

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=578323782237832&set=a.148734655196749.35114.100001806469694&type=1&relevant_count=1