Selasa, 11 Jun 2013

Dr Dzulkefly Ahmad memfailkan petisyen pilihan raya untuk Parlimen Kuala Selangor.



PAS fail petisyen untuk Kuala Selangor

SHAH ALAM: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad memfailkan petisyen pilihan raya untuk Parlimen Kuala Selangor jam 3.30 petang tadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pempetisyen adalah Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Khasim selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Selangor.

Mereka menamakan anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Bin Ibrahim, Pegawai Pengurus PRU Kuala Selangor Puan Hajiah Noraini Binti Roslan dan Suruhanjaya pilihanraya (SPR).

Dalam pilihan raya lepas, Dr Dzulkefly kalah kepada Irmohizam dengan majoriti 460 undi.

Dr Dzul mendapat 27,040 manakala Irmohizam 27,500 undi. Jumlah keluar mengundi adalah 89.20 peratus dengan undi rosak sebanyak 934 undi.

Semalam PAS telah memfailkan dua petisyen di Terengganu iaitu Dun Kual Brang dan Hulu Besut.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19909-pas-fail-petisyen-untuk-kuala-selangor