Selepas membaca artikel yang
menarik perhatian saya iaitu fitnah merupakan senjata tertua dunia yang
mampu membunuh seluruh manusia di dunia secara halus.Kita sendiri pasti
sudah lali apabila berbicara tentang fitnah dimana ia sudah pun menjadi
adat orang melayu sendiri saling menfitnah antara satu sama lain demi
kepentingan diri.
Ambil saja apa
yang sedang berlaku di arena politik negara.Malaysia sendiri tidak lari
dari fitnah seperti yang kita ketahui video lucah Dato'Anwar
Ibrahim.Saya bukanlah pakar dalam bidang politik untuk mengulas dengan
sempurna tentang kesahihan berita ini tetapi cukup kita sebagai manusia
yang dikurniakan akal fikiran yang mampu berfikir secara logik
menggunakan akal untuk berfikir dan mata hati untuk menilai.
Cukup
seringkas itu saya ringkaskan contoh fitnah yang berlaku sendiri di
negara kita,mari kita ambil contoh yang tertulis di dalam Al-Quran iaitu
pembunuhan pertama di muka bumi ini yang berlaku antara Qabil dan Habil yang bersengketa disebabkan api fitnah demi merebut seorang perempuan sehingga sanggup membunuh.
Sesungguhnya fitnah itu senjata tertajam sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 27:…fitnah
itu adalah sesuatu yang sangat besar dosa dan akibatnya dari membunuh
dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh
memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu
melakukannya.
Mari
kita lihat contoh yang lebih jelas iaitu pada ketika Nabi Yusuf as
difitnah bermukah dengan Zulaikha .Fitnah ini dirancang dengan sempurna
oleh orang istana yang bermula dengan api fitnah Zulaikha yang akhirnya
Yusuf as diheret ke penjara.Namun Yusuf lebih memilih ke penjara demi
maruah dan kesucian dirinya.
Firman
Allah swt dalam surah Yusuf as ayat 21-36,:...Tuhanku,penjara lebih aku
suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya.
Kembali
pada zaman moden ini dapat disaksikan bagaimana manusia menggunakan
senjata moden,jet pejuang,nuklear,peluru berpandu mahupun 1001 senjata
moden namun fitnah memainkan peranan penting dalam menyerang negara
musuh ataupun manusia secara halus melalui propaganda -propaganda yang
menyebabkan hura-hara rakyat serta untuk menjatuh musuh mereka dari segi
politik dan persaingan ekonomi serta agama.
Kuasa
besar seperti Amerika walaupun lengkap dengan alatan peperangan namun
masih menggunakan fitnah sebagai propaganda dengan menunjukkan bahawa
merekalah hero yang kononya sebagai penyelamat dan pendamai demi
kepentingan mereka sendiri.
Mari
kita renungkan kembali apa yang terjadi di Iraq serta Afghanistan yang
sehingga kini tidak pasti arah tuju pemerintahan negara
mereka.Peperangan yang bermula dari api fitnah barat terhadap negara
Islam yang sehingga kini telah mengorbankan berjuta-juta jiwa yang tidak
bersalah sehingga kini masih tidak aman.Dimana nuklear yang dikata
terdapat di Iraq seperti yang didakwa Barat?sehingga kini tidak dapat
dicari jawapannya sedangkan nyawa manusia sudahpun terkorban.
Tidak
cukup Iraq dan Afghanistan,kini dunia digegarkan kembali dengan
sengketa yang sedang bergolak di negara timur tengah iaitu negara-negara
islam yang kaya dengan hasil minyak.Tutup tentang fitnah,saya membuka
satu lagi lembaran cerita dengan penentangan terhadap kuasa autokratik
yang zalim.Pemimpin diktaktor memerintah,menguasai negara
secara zalim dimana mengumpul kekayaan namun masih ramai rakyat yang
miskin kelaparan.Kekayaan yang dikurniakan tidak diagihkan secara
adil.Memerintah selama berdekad-dekad tanpa megenal erti mengalah.Tamak
menguasai diri walaupun mereka adalah antara khalifah yang dipilih Allah
untuk memimpin umat islam.
Kerajaan
Tunisia di bawah Ben Ali,Mesir dibawah Hosni Mubarak sudahpun
jatuh.Manakala yang masih menanti hari iaitu Libya,Bahrain,Arab
Saudi,Yemen,Jordan,dan Djibouti dalam fasa penentangan rakyat yang
berterusan sehingga kini.
Rakyat
bangun menentang pemimpin mereka kerana mereka inginkan perubahan
setelah sekian lama hidup di bawah kepompong pemerintah yang
sama,autokratik,zalim serta tidak adil dimana hanya segelintir daripada
rakyat negara mereka sahaja yang mampu hidup kaya raya sedangkan masih
ramai di antara mereka yang hidup miskin serta kelaparan.Jika dikaji
serta di lihat dari mata kasar ekonomi negara -negara Arab yang kaya
dengan minyak mampu memberi kesenangan kepada seluruh rakyat
mereka.Pemimpin kaya raya mengumpul harta yang tidak mungkin dibawa
mati.
Setelah
berdekad lamanya kini rakyat bangun menetang,mengadakan demostrasi sana
sini ,menggulingkan pemerintah mereka dengan kejam,mereka hidup dibawah
pemerintah diktaktor yang kejam,menggulingkan pemerintah diktaktor itu
juga dengan kejam tetapi adakah dengan menggulingkan pemerintah zalim
ini akan berakhirnya kezaliman di dunia ini mahupun negara mereka
walaupun sudah banyak nyawa-nyawa tidak bersalah terkorban?tinggal tanda
tanya di situ,tiada jawapan yang jelas dimana kezaliman itu sentiasa
wujud walaupun di penhujung dunia.
Tidak
sedarkah mereka-mereka yang menggulingkan pemerintah mereka dengan
kejam itu telah menzalimi diri mereka sendiri?anak-anak
terkorban,kehilangan keluarga,kerosakan bangunan-bangunan penting serta
kehancuran bandar-bandar tempat mencari rezeki yang mungkin telah
dimajukan oleh pemerintah zalim mereka itu?
Untuk
memulihkan semua kemudahan itu mungkin memakan masa yang sangat lama
.Keadaan ini mungkin akan menjatuhkan kegiatana ekonomi mereka bertahun
lamanya.Usah dicakap tentang nyawa yang terkorban,tidak mungkin dapat
dikembalikan.Wahai manusia,tidak sedar kau bahawa kau sedang menzalimi
diri kau sendiri.
Kadang-kadang
kita hanya melihat tentang kezaliman manusia lain tetapi kita terkabur
oleh kezaliman diri sendiri.Renung-renungkanlah...
Semoga
dunia kembali aman,atau ini mungkin petanda usia bumi sudah terlalu tua
dan akhirat menanti untuk datang..Ya Allah ampunkan dosa seluruh umatMu.