Ulamak Politik,Untuk Dakwah Atau Politik Part 1
Assalamualaikum wbt....
USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan
penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat
menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli
Alquran dan juga hadis soheh.
Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab
Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat.
Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya
semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada
yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti
politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya
diasaskan oleh org kafir!
Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di
negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng
dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah
laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak
ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa
tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan
tabligh tersebut?
Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan
iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama
saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations,
Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara
telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya
berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan
amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan
islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan
pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!
Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini
ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama
pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha
Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan
amal!!
Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak
yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah.
Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari
ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa
ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!!
Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah
SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan
surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam
kelalaian!!
Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam
dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!
Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya
mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa
pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada
kebenaran..
Jazakallahu khairan kathira.
Muhammad Syafiq
Jawapan Ustaz Ali Muda
Wa`laikumussalam warahmatuLlah.
Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami
Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa
peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama.
Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg
cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah
s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.
Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr
bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan
utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam
diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak
pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi
juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh
memecahbelahkan umat.
InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara
akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr
sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan
saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr,
janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya
juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas
membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya
mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya
melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka
dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan
ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`'
(khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara
cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya
maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn
perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.
Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm
sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd
kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu
nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar
ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar
itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu
adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg
mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu
ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan
wajib.
Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak)
penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?
Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:
(1) Di Arab Saudi
tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh
memecahbelahkan umat,
(2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada
zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik,
(3)
Parti politik berasal drp sistem kafir,
(4) Parti politik boleh
digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh
Jamaah Tabligh.
Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan
penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm
zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:
1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg
muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm
syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa'
al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di
dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg
melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh,
ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar
menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib
dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn
sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm
bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh),
dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis
kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.
Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah
harus. Itulah asal dan dasarnya.
2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg
berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal
dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi
sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas
al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara
kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara
dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk
bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram,
sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada
satu nas pun yg melarangnya.
3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati
penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah
dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah
menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/
organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4).
Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi,
tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan
Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham),
ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh
itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa
wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan
Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda
bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.
Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem
demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga
saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem
ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja
kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan
rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci
kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat
kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan
hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2
eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2
sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya
'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja
kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat
selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu
diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd
pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah
dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan
Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini
dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk
mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn
sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak.
Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka
sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa
sebg kerajaan pusat.
Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang
Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk
melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan
Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke
Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui
kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat
(w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya,
adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat
sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan
sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri?
Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah?
Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah?
Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?
Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk
mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman
Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad
di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara),
ia diperolehi melalui pilihanraya.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat,
zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi
s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah,
dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada
negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam
lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh
dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan
al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan
jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total
tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat
Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt
arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah
bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg
bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan
menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam
hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka
bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat
semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular
berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh??
…nampaknya lebih kpd syok sendiri!!
4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin
hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan
bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji,
zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja
negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di
al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah
baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan
panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati
kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/
front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah
dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang
berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi
s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.
Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah
lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah
yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib"
(Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib
melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya).
Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah,
akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu
adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia
ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt
dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin.
Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.
Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat
dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan
negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979),
reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh
mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan
selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.
Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti
politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk
mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk
menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak
boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi
eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara
hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa
secara membuta tuli???
5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam
al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab
memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini
boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt
para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara
langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab
Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya
digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang
saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik
langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana
pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.
6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram
diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti
politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya
dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg
mengharamkannya.
7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh
buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2,
pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi
apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan
baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama
sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm
perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga
mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg
lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2
kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg
tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn
kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut
memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah
pula. Ini yg parah nih!!
Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah
di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam
berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak
solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak
beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti
Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah
ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan
dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih
tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri
dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah.
Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg
pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.
Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.