Memaparkan catatan dengan label Gaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaza. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2014

Israel halang bahan pembinaan masuk ke Gaza


7 Okt, Gaza - Pihak zionis Israel menghalang kemasukan 60 buah trak yang penuh dengan bahan-bahan pembinaan daripada masuk ke Gaza.

Semasa 51 hari Gaza 'disembelih', Israel memusnahkan 15,671 unit rumah di sepanjang Gaza, termasuk 2,276 yang musnah teruk.

Lebih 2,150 orang penduduk Gaza, kebanyakannya penduduk awam terbunuh, dan 11,000 orang cedera semasa serangan membabi-buta tersebut.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Terperangkap 21 hari dalam terowong, berjaya keluar dengan selamat


Seramai 29 orang anggota Briged Al-Qassam telah terperangkap dalam sebuah terowong di Khan Younis setelah pintu keluar dibom jet F-16. Mereka terperangkap 21 hari lamanya di bawah tanah.

Dengan kuasa Allah, 23 mereka berjaya keluar dengan selamat. Baki anggota Al-Qassam masih dalam pencarian.

Video ini menunjukkan terowong tersebut. Ia juga menunjukkan bagaimana mereka membahagikan kurma kepada 2 bahagian. Satu untuk sahur, satu untuk berbuka.

Ada air mata air yang keluar dari dalam terowong, sedangkan sepatutnya punca air berada bawah 65 meter daripada terowong tersebut.

Subhanallah.

Sumber : Al Jazeera


Khamis, 10 Oktober 2013

Brigade Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan Hammas, pada Jumaat (4/10/2013) membuat pertunjukkan tentera terbesar.



GAZA – Brigade Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan Hammas, pada Jumaat (4/10/2013) membuat pertunjukkan tentera terbesar sejak ia dibentuk pada 1984, laporan rassd.

Sebelumnya Brigade Izzuddin al-Qassam pernah membuat pertunjukkan tentera pada Sabtu (21/9/2013). Dalam pertunjukkan tentera tersebut Al-Qassam memperlihatkan sejumlah senjata canggih yang sebelumnya belum pernah diperlihatkan kepada awam.

Dalam keterangan pers pada Kamis (3/10/2013) Abu Ubaidah selaku juru bicara Brigade al-Qassam menyatakan “Gerakan Pertempuran Palestina menjalani kesulitan yang lebih besar pada waktu yang telah lalu dan ia mampu melangkaui ujian tersebut, serta ia memiliki cara cara untuk merealisasikan hal itu”.

Ia menambahkan, “Tidak ada kegalauan atas masa depan kami dan persoalan kami, selama kami masih setia memegang janji [melawan "Israel"], sebab gerakan peperangan pada hari ini memiliki persiapan yang lebih dari [persiapan pada] waktu yang telah lewat dalam menghadapi serangan apapun pada masa mendatang yang lebih besar skalanya dari peperangan Sijjil.”

Abu Ubaidah menegaskan pihaknya menjalin koordinasi penuh dengan semua sayap ketenteraan gerakan pertembungan ini. “Tujuan kita sama dan kita memiliki musuh bersama [penjajah zionis "Israel"].”

Lebih lanjut Abu Ubaidah menjelaskan bahwa media massa gerakan pertembungan akan memainkan peranan yang sangat penting pada fasa perlawanan yang akan datang. “Kami mengingatkan peranan menonjol yang dilakukan oleh aktivis media baru yang mengangkat moral gerakan di hadapan kempennya adalah palsu dan pembohongan zionis”.

→ Istisyhad

Gambar hiasan.....

awa/....