Khamis, 13 Februari 2014

SYAIR, PUSI & QASIDAH DALAM PRESPEKTIF ISLAM

Mohd Abd Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini

Apa Itu Qasidah?

Qasidah merupakan puisi, syair atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Ramai penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan Ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah. Setelah kedatangan Islam, seni qasidah terus hidup dengan penukaran kepada qasidah yang menyeru kepada kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah.

Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri.

Syair yang dikenali di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghina’ (nyanyian). Syair arab yang dimaksudkan adalah merujuk kepada lantunan suara dengan nada biasa seperti puisi, syair, atau sajak .

Al-Ghina’ (nyanyian) pula merujuk kepada lantunan suara seperti syair tetapi dengan bentuk alunan suara yang dinyaringkan dan diperindahkan dengan susunan seni suara tertentu yang khusus.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al’Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyebutkan:

ويطلق الغناء (بالمد والكسر): على الترنم الذي تسميه العرب (النصب) بفتح النون وسكون المهملة

Terjemahan: Disebut al-ghina’) adalah menyanyi dengan susunan irama/intonasi yang dinyaringkan (disebut an-Nashab) oleh orang ‘Arab. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/442)

Secara umumnya, syair adalah mubah (dibolehkan) selagi mana di dalamnya tidak mengandungi sesuatu yang terlarang.

AL-GHINA'

Berkenaan al-Ghina' (nyayian) pula, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’.

Isu nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’, antaranya menghukumkan nyanyian sebagai haram dan harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.

Namun, ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan maksiat.ada golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat muzik ataupun tidak.

Teks Hadis tentang Syair

Syair telah menjadi sebahagian dari tradisi orang-orang Arab jahiliyah. Sejarah menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah Saw telah terbentuk sebuah pasar syair yang dikenal dengan nama Pasar ‘Uqadz tempat para ahli syair dari segala penjuru qabilah melantunkan syair-syair karya mereka, dan bagi syair-syair terbaik diberikan hadiah dan karyanya ditempalkan pada dinding Kabah.

Dalam Islam terdapat dua bentuk penjelasan tentang kedudukan syair. Ada teks yang menjelaskan tentang kebolehannya dan ada pula yang mencelanya. Berikut beberapa teks hadis yang menjelaskan kebolehan syair dan bersyair:

عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَدِفْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَوْمًا فَقَالَ هَلْ مَعَكَ مِنْ شِعْرِ أُمَيَّةَ بْنِ أَبِى الصَّلْتِ شَيْئًا قُلْتُ نَعَمْ قَالَ: هِيهِ فَأَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ: هِيهِ ثُمَّ أَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ: هِيهِ حَتَّى أَنْشَدْتُهُ مِائَةَ بَيْتٍ

Dari Amru bin al-Syarid dari Ayahnya, ia berkata, “Suatu ketika aku bersama Rasulullah saw, kemudian beliau berkata, ‘Apakah kamu mengetahui beberapa (bait) dari syair karya Umayyah bin ash-Shalt?’ Aku menjawab, ‘Ya’. Beliau berkata, ‘lantunkanlah!’, kemudian aku melantunkan satu bait. Beliau berkata, ‘lanjutkan’ kemudian aku melantunkan satu bait. Beliau berkata, ‘lanjutkan’. Hingga aku melantunkan 100 bait (syair)” H.r. Muslim

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata ketika menjelaskan berkenaan hadis yang menyebutkan persoalan Syairnya Umayyah, beliau berkata:

وَمَقْصُود الْحَدِيث أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِسْتَحْسَنَ شِعْر أُمِّيَّة , وَاسْتَزَادَ مِنْ إِنْشَاده لِمَا فِيهِ مِنْ الْإِقْرَار بِالْوَحْدَانِيَّةِ وَالْبَعْث , فَفِيهِ جَوَاز إِنْشَاد الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ , وَسَمَاعه , سَوَاء شِعْر الْجَاهِلِيَّة وَغَيْرهمْ , وَأَنَّ الْمَذْمُوم مِنْ الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ إِنَّمَا هُوَ الْإِكْثَار مِنْهُ , وَكَوْنه غَالِبًا عَلَى الْإِنْسَان . فَأَمَّا يَسِيره فَلَا بَأْس بِإِنْشَادِهِ وَسَمَاعه وَحِفْظه

“Maksud hadis ini menunjukkan bahawa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menganggap baik syair Umayyah dan meminta tambahan syair terhadap apa yang ada di dalamnya dari pengakuannya terhadap ke-Esaan (Allah) dan hari akhir. Dan di dalamnya maklumat tentang bolehnya melantunkan syair yang tidak mengandungi kekejian, sekaligus mendengarkannya. Sama sahaja, adakah syair tersebut merupakan syair Jahiliyyah atau selainnya. Dan yang perlu dijauhi berkaitan persoalan syair yang tidak mengandungi kekejian ini adalah yang tidak berlebihan padanya. Dan itulah yang biasanya terjadi kepada diri manusia. Adapun sedikit syair dengan cara melantunkan, mendengarnya, atau menghafalnya maka tidak mengapa.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/15)

Selain riwayat di atas terdapat pula keterangan lain sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tirmidzi sebagai berikut:

عن أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ فِي عُمْرَةِ الْقَضَاءِ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَوَاحَةَ بَيْنَ يَدَيْهِ يَمْشِي وَهُوَ يَقُولُ خَلُّوا بَنِي الْكُفَّارِ عن سَبِيلِهِ الْيَوْمَ نَضْرِبْكُمْ عَلَى تَنْزِيلِهِ ضَرْبًا يُزِيلُ الْهَامَ عن مَقِيلِهِ وَيُذْهِلُ الْخَلِيلَ عن خَلِيلِهِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا ابْنَ رَوَاحَةَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي حَرَمِ اللَّهِ تَقُولُ الشِّعْرَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلِّ عَنْهُ يَا عُمَرُ فَلَهِيَ أَسْرَعُ فِيهِمْ مِنْ نَضْحِ النَّبْلِ

Dari Anas bahwasanya Rasulullah Saw masuk ke Makkah pada masa umrah Qadha dan Abdullah bin Rawahah sedang berjalan di depan beliau sambil berkata : “Berikan jalan kepada anak orang-orang kafir # Hari ini kami akan memukul kalian dirumah kalian # Dengan pukulan yang menghilangkan kesedihan dari peraduannya # Dan menjauhkan seorang kekasih dari kekasihnya. Umar kemudian berkata kepadanya : ‘wahai Ibnu Rawahah dihadapan Rasulullah Saw dan didalam masjid al-haram kamu melantunkan syair?’ kemudian Nabi Saw berkata kepada Umar : “Biarkan dia wahai Umar sebab hal itu lebih mempercepat dari siraman yang baik”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah Saw memuji syair salah seorang sahabat yang bernama Labid bin Rabi’ah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَصْدَقُ كَلِمَةٍ قَالَهَا الشَّاعِرُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلُ وَكَادَ ابْنُ أَبِي الصَّلْتِ يُسْلِمُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam beliau berkata : “Kalimat yang paling benar yang diucapkan oleh penyair adalah kalimat Labid: “Ketahuilah segala sesuatu yang selain Allah adalah batil (rosak dan binasa)”. Dan hampir saja Umayyah bin Abu al-Shalt memeluk Islam”. H.r. At-Thahawi

Dalam riwayat lain Rasulullah Saw mengemukakan bahwasanya terdapat kandungan hikmah dibalik bait-bait syair sebagaimana sabda Baginda Saw:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : إِنَّ مِنَ الشِّعْرِ حِكْمَةً

Dari Ibnu Abas, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya terdapat hikmah diantara (bait-bait) syair’.” H.r. Al-Baihaqi

Adapun hadis yang menerangkan akan ketidakbolehan syair dan bersyair adalah :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا

Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair’.” H.r. Abu Daud

Pemahaman Hadis-hadis Syair

Dari beberapa teks hadis di atas menunjukkan terjadinya kontroversi tentang hukum syair. Di satu sisi Rasulullah saw membenarkan dan menyuruh sebahagian dari sahabat Baginda untuk melantunkan syair, bahkan Baginda sendiri melantunkan syair sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmidzi :

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَمَثَّلُ الشِّعْرَ قَالَتْ رُبَّمَا تَمَثَّلَ شِعْرَ ابْنِ رَوَاحَةَ وَيَقُولُ وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مِنْ لَمْ تُزَوِّدِ

Dari al-Miqdam bin Syureh, dari Ayahnya, ia berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah: ‘Apakah Rasulullah Pernah melantunkan syair?’ Aisyah menjawab, ‘Beliau pernah melantunkan Syair Ibnu Rawahah dan beliau melantunkan: ‘Dan akan datang kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka’.”

Namun pada sisi yang lain Rasulullah saw melarang untuk bersyair sebagaimana sabda Baginda Saw :

لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا » – رواه أبو داود –

“Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair”. H.r. Abu Daud

Ketika melihat hadis kedua tentang larangan bersyair secara zahir, maka akan ditemukan larangan untuk bersyair secara mutlak, sebab Rasulullah Saw menyebutkan bahwa “perut seseorang dipenuhi oleh nanah (yang dapat merosaknya) lebih baik daripada dipenuhi oleh syair”. Atas dasar ini beberapa ulama melarang syair secara mutlak berdasarkan hadis tersebut.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

هذه المبالغة في ذم الشعر أن الذين خوطبوا بذلك كانوا في غاية الإقبال عليه والاشتغال به فزجرهم عنه ليقبلوا على القرآن وعلى ذكر الله تعالى وعبادته فمن أخذ من ذلك ما أمر به لم يضره ما بقي عنده مما سوى ذلك والله أعلم

“Penyebab munculnya celaan yang cukup keras tersebut adalah disebabkan orang yang diajak berbicara merupakan orang-orang yang menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya hanya untuk bersyair, sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencela mereka supaya mereka kembali kepada al-Qur’an, berzikir, dan beribadah kepada Allah. Sesiapa yang telah melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya, maka tidak mengapa sekiranya baki waktunya yang tinggal (sisa waktu yang tinggal) digunakan untuk perkara lain. Wallahu a’lam. (Fathul Bari, 10/550)

Imam Ibnu Hajar berkata: “Para ulama terdahulu berbeda pendapat tentang apabila isi sebuah kitab seluruhnya adalah syair, Al-Sya’bi berpendapat bahawa hal tersebut (kitab dipenuhi oleh syair) tidak boleh, dan al-Zuhry berpendapat bahawa telah menjadi sebuah sunnah terdahulu bahwa basmalah tidak boleh tercampur dengan syair, sementara Said bin Jubair dan Jumhur serta pilihan al-Khatib bahawa buku yang dipenuhi dengan syair dan basmalah tercampur dengan syair adalah boleh”

Sebenarnya hadis tentang larangan bersyair memiliki asabab al-wurud, sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim sebagai berikut:

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ نَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِاْلعَرْجِ إِذْ عَرَضَ شََاعِرٌ يُنْشِدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: خُذُوا الشَّيْطَانَ أَوْ أَمْسِكُوا الشَّيْطَانَ لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ رَجُلٍ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا

Dari Abu Said al-Khudri, ia berkata, “Ketika kami sedang berjalan bersama Rasulullah Saw di al-’Araj, tiba –tiba seorang penyair membacakan syair (kepada kami) Maka Rasulullah pun berkata: ‘Tahan syaitan itu, Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair”

Ibnu Baththal berkata: sebahagian ulama berpendapat bahawa syair yang dimaksud dalam hadis adalah syair-syair yang mengandung hujatan terhadap Rasulullah Saw. Akan tetapi Abu Ubaid secara pribadi berdasarkan kesepakatan ulama menganggap bahawa penafsiran tentang makna syair adalah penafsiran yang salah sebab kaum muslimin telah sepakat bahawa satu kalimat yang mengandung hujatan kepada Rasulullah Saw maka akan menjadikan kufur. Akan tetapi dikalangan sebahagian ulama melarang syair dan bersyair secara mutlak. Hal tersebut didasarkan perkataan Rasulullah Saw : “tahan Syaitan itu” dan firman Allah yang Artinya: Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. (Q.S. al-Syu’ara’ : 224)

Berdasarkan ayat dan hadis tersebut, mereka yang melarang syair secara mutlak menganggap bahawa syair dan bersyair merupakan pekerjaan syaitan yang sesat. Para ahli tafsir seperti al-Thabary berpendapat bahawa para ahli syair tersebut mengikuti jejak orang-orang yang sesat bukan jejak orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan yang dimaksud dengan orang yang sesat menurut Ibnu Abbas adalah para pembuat syair dari kalangan orang-orang kafir dan yang lainnya berpendapat yang dimaksud dengan orang sesat adalah Syaitan. Ikrimah berkata bahawa suatu ketika terdapat dua ahli syair yang saling mencaci satu sama lain (dengan menggunakan syair), maka Allah menurunkan ayat ini (al-Syu’ara’:224). Qatadah berpendapat bahawa para ahli syair memuji seseorang dengan hal-hal yang batil dan mencela dengan hal-hal yang batil pula.

Imam al-Qurthuby mengomentari hadis Abu Said al-Khudri dengan mengatakan bahawa para ulama berkata bahwa Rasulullah Saw melakukan hal tersebut –iaitu mencela penyair tersebut- kerana Baginda Saw telah mengetahui keadaan penyair tersebut, kerana penyair tersebut dikenal sebagai penyair yang menjadikan syair-syairnya sebagai jalan untuk mendapatkan penghasilan sehingga dia berlebihan dalam memuji ketika diberi, dan berlebihan dalam mencela ketika tidak diberi, sehingga menyiksa manusia, baik dari segi harta mahupun kehormatan. Oleh kerana itu mereka yang melakukan hal ini wajib untuk diingkari.

An-Nawawi berkata : syair itu hukumnya boleh selama didalamnya tidak terdapat hal-hal yang keji dan sejenisnya.

Al-Mubarakfury berkata: yang dimaksud dengan memenuhi (perutnya dengan syair) adalah ketika syair telah menguasainya dimana dia lebih disibukkan dengannya dari al-Qur’an dan ilmu-ilmu Islam lainnya, maka hal tersebut menjadi syair yang tercela apapun bentuknya.

Maka dari itu Imam al-Bukhary dalam shahihnya memberikan bab khusus tentang syair dengan nama bab dibencinya syair ketika lebih mendominasi manusia dari al-Qur’an dan zikir kepada Allah. Jadi apabila seseorang menjadikan al-Qur’an dan Ibadah kepada Allah sebagai kesibukan utama, maka baginya boleh untuk membuat syair dan melantunkankannya selama syair tersebut tidak bertentangan dengan aturan-aturan syari’at.

Berdasarkan analisis dari pendapat para ulama di atas dapat difahami secara kontekstual bahawa hadis Rasulullah Saw yang menyebutkan secara eksplisit larangan syair dan bersyair bersifat temporal karena syair yang terlarang adalah syair yang mengandung pujian yang berlebihan dan dicampuri dengan kebohongan serta syair yang mengandung cacian, celaan dan hinaan terhadap harkat dan martabat manusia baik secara khusus mahupun umum. Sehingga hadis tentang larangan syair dan bersyair hanya dapat difahami dengan kaedah:

الْعِبْرَةُ بِخُصُوْصِ السَّبَبِ لاَ بِعُمُوْمِ اللَّفْظِ

“Yang dijadikan sebagai pengajaran adalah kekhususan sebab bukan keumuman lafaz”

Akan tetapi Rasulullah Saw sebagai seorang arab memiliki kecenderungan melantunkan syair dan mendengarkan syair sebagaimana hadis-hadis yang menjelaskan akan kebolehan syair dan melantunkan syair tetapi Baginda tidak membuat atau menyusun syair karena kedudukan beliau sebagai Rasul hal ini ditegaskan oleh dalam firmanNya yang artinya: “Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang memberi penerangan” (Q.S. Yasin : 69).

Ayat di atas menunjukkan bahawa Rasulullah Saw tidak membuat atau menyusun syair dan tidak mengatakan sebait syair pun, jika beliau ingin melantunkan syair beliau tidak menyempurnakan atau senantiasa memotong timbangan syair tersebut, sebagai salah contoh sebagaimana disebutkan oleh Aisyah dalam riwayat Ahmad & al-Tirmidzi :

رُبَّمَا تَمَثَّلَ شِعْرَ ابْنِ رَوَاحَةَ وَيَقُولُ وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مِنْ لَمْ تُزَوِّدِ

‘Beliau pernah melantunkan Syair Ibnu Rawahah dan beliau melantunkan: ‘Dan akan datang kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka’.”

Penjelasan dari Aisyah menunjukkan bahawa Rasulullah Saw hanya menyebutkan dan melantunkan potongan syair karya Abdullah bin Rawahah pada masa perang Khandak dengan tujuan agar lebih bersemangat, karena sesungguhnya syair karya Ibnu Rawahah menyebutkan :

سَتُبْدِي لَكَ الْأَيَّامُ مَا كُنْتَ جَاهِلًا وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مَنْ لَمْ تُزَوِّدِ

Akan tampak kepadamu hari hari dimana kebodohanmu # Dan akan datang kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka

Dan banyak lagi riwayat-riwayat lain yang menunjukkan bahawa Baginda hanya menyebutkan syair karya sahabat-sahabat dengan cara memotongnya dan bukan dari syair-yair karya Baginda sendiri, karena larangan dari Allah. Di antara hikmah larangan Allah terhadap Rasul-Nya untuk menyusun syair dan melantunkannya adalah agar anggapan kaum kafir bahawa Rasulullah Saw adalah seorang ahli syair dan al-Qur’an merupakan syair karya Muhammad Saw terbantahkan.

Kesimpulan

Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa hadis tentang larangan syair dan bersyair bersifat temporal karena syair yang terlarang adalah syair yang menyalahi aturan-aturan syariat, dan syair yang tercela adalah syair-syair yang disusun untuk merendahkan martabat manusia secara umum dan kaum muslimin secara khusus. Demikian pula syair yang sangat menyibukkan melebihi kesibukan dalam membaca al-Qur’an dan beribadah kepada Allah.

Adapun syair-syair yang disusun dengan tidak menyampingkan apalagi meninggalkan ibadah kepada Allah dengan tujuan untuk menyedarkan manusia atau membangkitkan semangat kaum muslimin dan melemahkan semangat kaum kafir dan sesuai dengan al-Qur’an dan Sunnah, maka syair tersebut adalah syair yang dibolehkan dan bahkan mendapatkan posisi terpuji dalam Islam sebagaimana yang pernah diberikan kepada para ahli syair dari kalangan sahabat seperti Hassan, Labid, Abdullah bin Rawahah dan selainnya yang dikenal sebagai ahli syair pada masa mereka. Selain itu larangan mutlak untuk menyusun syair dan melantunkannya hanya dikhususkan kepada Rasulullah Saw dan tidak kepada umatnya.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini

Jumaat, 7 Februari 2014

PENYEBUTAN KATA “SAYYIDINA” KEPADA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH KEHARUSAN

Mawlana Shaykh Hisham bersama dengan Rambut Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam yang dipamerkan di Burton, Michigan

Allah swt.berfirman : “Janganlah kalian memanggil Rasul (Muhammad) seperti kalian memanggil sesama orang diantara kalian”. (S.An-Nur : 63). Dalam tafsirnya mengenai ayat diatas ini Ash-Shawi mengatakan: Makna ayat itu ialah janganlah kalian memanggil atau menyebut nama Rasulallah saw. cukup dengan nama beliau saja, seperti Hai Muhammad atau cukup dengan nama julukannya saja Hai Abul Qasim. Hendaklah kalian menyebut namanya atau memanggilnya dengan penuh hormat, dengan menyebut kemuliaan dan keagungannya. Demikianlah yang dimaksud oleh ayat tersebut di atas.

Menurut Ibnu Jarir, dalam menafsirkan ayat tersebut Qatadah mengatakan : Dengan ayat itu (An-Nur:63) Allah memerintahkan ummat Islam supaya memuliakan dan mengagungkan Rasulallah saw.

Dalam kitab Al-Iklil Fi Istinbathit-Tanzil Imam Suyuthi mengatakan: Dengan turunnya ayat tersebut Allah melarang ummat Islam menyebut beliau saw. atau memanggil beliau hanya dengan namanya, tetapi harus menyebut atau memanggil beliau dengan Ya Rasulallah atau Ya Nabiyullah. Menurut kenyataan sebutan atau panggilan demikian itu tetap berlaku, kendati beliau telah wafat.

Dalam kitab Fathul-Bari syarh Shahihil Bukhori juga terdapat penegasan seperti tersebut diatas, dengan tambahan keterangan sebuah riwayat berasal dari Ibnu ‘Abbas ra. yang diriwayatkan oleh Ad-Dhahhak, bahwa sebelum ayat tersebut turun kaum Muslimin memanggil Rasulallah saw. hanya dengan Hai Muhammad, Hai Ahmad, Hai Abul-Qasim dan lain sebagainya. Dengan menurunkan ayat itu Allah swt. melarang mereka menyebut atau memanggil Rasulallah saw. dengan ucapan-ucapan tadi. Mereka kemudian menggantinya dengan kata-kata : Ya Rasulallah, dan Ya Nabiyullah.

Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov melihat Rambut Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam


Hampir seluruh ulama Islam dan para ahli Fiqih berbagai madzhab mempunyai pendapat yang sama mengenai soal tersebut, yaitu bahwa mereka semuanya melarang orang menggunakan sebutan atau panggilan sebagaimana yang dilakukan orang sebelum ayat tersebut diatas turun.

Didalam Al-Qur’an banyak terdapat ayat-ayat yang mengisyaratkan makna tersebut diatas. Antara lain firman Allah swt. dalam surat Al-A’raf : 157 ; Al-Fath : 8-9, Al-Insyirah : 4 dan lain sebagainya. Dalam ayat-ayat ini Allah swt. memuji kaum muslimin yang bersikap hormat dan memuliakan Rasulallah saw., bahkan menyebut mereka sebagai orang-orang yang beruntung. Juga firman Allah swt. mengajarkan kepada kita tatakrama yang mana dalam firman-Nya tidak pernah memanggil atau menyebut Rasul-Nya dengan kalimat Hai Muhammad, tetapi memanggil beliau dengan kalimat Hai Rasul atau Hai Nabi.

Firman-firman Allah swt. tersebut cukup gamblang dan jelas membuktikan bahwa Allah swt. mengangkat dan menjunjung Rasul-Nya sedemikian tinggi, hingga layak disebut sayyidina atau junjungan kita Muhammad Rasulallah saw. Menyebut nama beliau saw. tanpa diawali dengan kata yang menunjuk- kan penghormatan, seperti sayyidina tidak sesuai dengan pengagungan yang selayaknya kepada kedudukan dan martabat beliau.

Al-Hakim dalam Al-Mustadrak. Hadits yang mempunyai isnad shohih ini berasal dari Jabir bin ‘Abdullah ra. yang mengatakan sebagai berikut:

“Pada suatu hari kulihat Rasulallah saw. naik keatas mimbar. Setelah memanjatkan puji syukur kehadirat Allah saw. beliau bertanya : ‘Siapakah aku ini ?’ Kami menyahut: Rasulallah ! Beliau bertanya lagi: ‘Ya, benar, tetapi siapakah aku ini ?’. Kami menjawab : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul-Mutthalib bin Hasyim bin ‘Abdi Manaf ! Beliau kemudian menyatakan : ‘Aku sayyid anak Adam….’.”

Riwayat hadits ini menjelaskan kepada kita bahwa Rasulallah saw. lebih suka kalau para sahabatnya menyebut nama beliau dengan kata sayyid. Dengan kata sayyid itu menunjukkan perbedaan kedudukan beliau dari kedudukan para Nabi dan Rasul terdahulu, bahkan dari semua manusia sejagat.

Para sahabat pun menghormati keluarga Rosul dgn menyebut sayyidi

Didalam Al-Mustadrak Al-Hakim mengetengahkan sebuah hadits dengan isnad shohih, bahwa “Abu Hurairah ra. dalam menjawab ucapan salam Al-Hasan bin ‘Ali ra. selalu mengatakan “Alaikassalam ya sayyidi”. Atas pertanyaan seorang sahabat ia menjawab: ‘Aku mendengar sendiri Rasulallah saw. menyebutnya (Al-Hasan ra.) sayyid’ “.

Ibnu ‘Athaillah dalam bukunya Miftahul-Falah mengenai pembicaraannya soal sholawat Nabi mewanti-wanti pembacanya sebagai berikut: “Hendak- nya anda berhati-hati jangan sampai meninggalkan lafadz sayyidina dalam bersholawat, karena didalam lafadz itu terdapat rahasia yang tampak jelas bagi orang yang selalu mengamalkannya”.

Ini baru segelintir dalil yg dpt ana paparkan.msh bnyk dalil2 yg menjelaskan ttg keutamaan dan keharusan menyebut Nama Rosul didahului sebutan yg mulia.

اَللَّهُمَّ صَلِِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَىآلِ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Source: Ust. Ivan Madinah

Rabu, 5 Februari 2014

Kematian Orang Yang Beriman Dan Durhaka


Kematian Orang Yang Beriman

Apabila malaikat pencabut nyawa hendak mencabut nyawa orang-orang yang berbahagia di akhirat, maka kedatangan malaikat pencabut nyawa ini diiringi dua malaikat yang berwajah rupawan, berpakaian indah dan rapi, aroma baunya semerbak mewangi.

Ketika ruh keluar dari dan terlepas dari raga, mereka menerima dan membungkus ruh tersebut ke dalam kain sutra dari surga. Para malaikat itu lalu membawanya terbang ke angkasa, mereka terus berjalan melewati para umat manusia yang telah berlalu dan dalam kurun waktu yang telah silam, mereka bagaikan belalang yang bertebaran sampai tiba di langit dunia.

Kemudian Jibril as. mengetuk pintu dan ditanya, “Siapa anda?” Ia menjawab,”Aku Syalshayatil (yakni, Jibril). Ini dia si Fulan datang bersamaku, ia adalah orang yang baik akidahnya tanpa ada sedikitpun keraguan”

Selanjutnya sampai langit yang kedua Jibril as. mengetuk pintu. Kepadanya lalu ditanya, Siapa Anda?” Ia menjawab seperti jawaban yang pertama, maka dikatakan, “Selamat atas kedatangan si Fulan, ia benar-benar telah memelihara shalat dan kewajiban-kewajibannya.”

Kemudian perjalanan itu diteruskan sampai di langit yang ketiga, lalu Jibril as. mengetuk pintu, dan padanya ditanyakan “Siapa Anda?” Jibril as. menjawab sebagaimana jawababn yang pertama dan kedua. Lalu dikatakan, “Ia adalah orang yang bisa menjaga hak-hak Allah dalam hartanya, ia tidak pernah bergantung sedikitpun dengan harta tersebut.

Kemudian terus berjalan sampai langit keempat, dan Jibril as. mengetuk pintu langit keempat, dan ditanya, “Siapa Anda?” Jibril as. menjawab dengan jawaban yang sama seperti sebelumnya. Lalu diucapkan, “Selamat atas kedatangan si Fulan, ia adalah orang yang ahli berpuasa dan baik puasanya, ia bisa menjaganya dari segala perkataan yang dilarang dan makanan-makanan yang haram.

Selanjutnya perjalanan sampai ke langit kelima, lalu Jibril as. mengetuk pintu, dan ditanya, “Siapa Anda?” Maka Jibril as. menjawab seperti jawaban sebelumnya. Kemudian diucapkan, “Selamat datang si Fulan, ia telah menunaikan ibadah haji yang telah diwajibkan Allah tanpa pamer dan tidak ingin dipuji oleh mahluk.”


Kemudian di langit keenam, Jibril as. mengetuk pintu, dan iapun ditanya, “Siapa Anda?” Jibril as. menjawab seperti jawaban-jawaban sebelumnya. Lalu diucapkan, “Selamat atas kedatangan si Fulan, ia adalah orang yang telah memperbanyak Istighfar (minta ampun) di waktu sahur, bersedekah secara rahasia dan telah menanggung kehidupan anak-anak yatim.

Maka dibukakanlah pintu untuknya, ia terus berjalan sampai diperkemahan keagungan, lalu Jibril as. mengetuk pintu seperti sebelumnya. Lalu diucapkan, “Selamat datang hamba yang saleh dan jiwa yang baik, yang banyak Istighfar, yang telah mencegah dari yang dan memerintahkan pada yang ma’ruf, serta memuliakan orang-orang miskin.

Jibril as. terus berjalan membawanya diantara para malaikat, yang semuanya menyampaikan kabar gembira dengan surga. Mereka menyambut dan bersalaman dengannya, sampai akhirnya tibalah di “Sidratul Muntaha”. Lalu Jibril as. mengetuk pintu dan menjawab pertanyaan yang diajukan padanya sebagaimana sebelumnya. Kemudian diucapkan, “Selamat datang kepada si Fulan, ia adalah orang yang beramal saleh hanya karena mencari keridhaan Allah.”

Kemudian dibukakanlah baginya sebuah pintu, maka ia berjalan di lautan api, menyeberangi lautan cahaya, melintasi lautan kegelapan, lalu mengarungi lautan air, lautan salju, dan lautan dingin. Lama perjalanan masing-masing lautan memakan waktu selama seribu tahun. Akhirnya ia mampu menyibak tabir yang dipasang di “Arasy Dzat Ar Rahman yang terdiri dari delapan puluh ribu keagungan. Masing-masing tenda terdiri dari delapan puluh ribu kamar, dan setiap kamarnya terdapat satu rembulan yang bertahlil dan bertasbih. Seandainya bulan itu muncul ke permukaan langit dunia dan menyinari mahluk selain Allah, sungguh sinarnya akan melenyapkan sinar yang lain.

Pada saat yang demikian itu, ada suara yang memanggil dari sisi Tuhan yang Maha Suci yang muncul dari balik perkemahan itu, “Jiwa siapa yang Anda bawa datang kemari?” Maka Jibril as. menjawab : “Ia adalah Fulan bin Fulan.” Kemudian Allah yang Maha Agung berfirman, “Dekatkanlah dia, sesungguhnya sebaik-baik hamba adalah Anda, Wahai hamba-Ku.”




Kematian Orang Yang Durhaka


Sedangkan proses dan detik-detik kematian orang yang durhaka, maka nyawanya akan dicabut secara kejam dan paksa. Ketika itu tiba-tiba ekspresi wajahnya terlihat seperti orang yang makan buah hanzhal” (sejenis labu yang sangat pahit).

Lalu malaikat berkata padanya, “Keluarlah wahai nyawa yang buruk dari tubuh yang kotor!” Tiba-tiba terdengarlah erangan memilukan seperti ringkikan khimar (keledai). Hal itu karena Malaikat Izra’il as. telah mencabutnya dengan membawa Malaikat Zabaniyah as. yang menampakkan dirinya dengan rupa yang mengerikan.

Selanjutnya malaikat terus membawa nyawa yang terlepas dari orang kafir ini naik sampai dipermukaan langit dunia. Lalu Jibril as. mengetuk pintu dan ditanya, “Siapa Anda?” Ia menjawab : “Qayaayiil” Kemudian ditanyakan kembali, “Siapakah yang datang bersama Anda?” Ia menjawab : “Si Fulan bin Fulan, dengan sejelek-jelek namanya segala apa yang paling dibenci ketika di dunia.” Maka dikatakan kepadanya, “Tidak ada penyambutan dan ucapan selamat datang.” Pintu-pintu langit pun tidak ada yang dibuka baginya.

Allah SWT berfirman, “ … sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang yang berbuat kejahatan.” (QS. Al-A’raf: 40).

Ketika Jibril as. mendengar ucapan seperti ini, maka ia langsung melemparkan ruh orang yang ada di tangannya. Lalu ruh itu jatuh melayang dibawa angin ke tempat yang sangat jauh.

Demikianlah maksud dari firman Allah SWT, “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung elang atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (QS. Al-Hajj: 31).

Betapa hinanya apa yang menimpa pada ruh orang yang durhaka (kafir). Ketika ia sampai di muka bumi, ia langsung digertak oleh malaikat Zabaniyah dan diseret ke penjara, yang penjaranya adalah batu besar yang menjadi tempat tinggal bagi ruh-ruh orang yang durhaka.

Adapun mengenai orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka setelah sampai di Kursi mereka ditolak, dan kembalilah mereka ke kubur masing-masing. Demikian ini bagi orang yang mati di antara mereka yang masih menetapi syari’at agamanya dan ia dapat menyaksikan jasadnya dimandikan dan dikuburkan.

Adapun orang-orang musyrik, maka tidak bisa disaksikan sedikitpun, karena (ruh) mereka telah jatuh dan dibawa oleh angin

Sedangkan ruh orang-orang munafik adalah sebagai kelompok kedua, yang ditolak dengan dimurkai dan dikembalikan ke liang kuburnya. Sedangkan kondisi orang-orang Mukmin yang ceroboh dan biasa meremehkan syari’at agamanya, maka macam mereka bervariasi. Diantara mereka ada yang shalatnya ditolak, kondisi shalatnya dilipat seperti dilipatnya pakaian usang, lalu dilemparkan ke wajahnya, dan kemudian naik ke atas seraya berkata, “Allah menyia-nyiakan anda, sebagaimana Anda telah menyia-nyiakan aku”

Diantara mereka ada yang ditolak zakatnya, karena ia berzakat dengan tujuan hanya ingin dikatakan sebagai orang yang ahli sedekah. Diantara mereka ada yang ditolak puasanya, karena ia hanya berpuasa dari makan dan minum, sementara itu lisannya tidak pernah berpuasa, ia telah berbuat kerugian. Sedangkan setelah Ramadhan berakhir ia tidak bisa menyempurnakannya. Ada pula di antara mereka yang ditolak hajinya, karena ia berhaji hanya sekedar supaya dikatakan si Fulan sudah naik haji, atau berhaji dengan harta yang tidak bersih. Dan diantara mereka ada yang ditolak sebab kedurhakaannya terhadap orang tua.

Begitu seterusnya mengenai berbagai hal kebaikan semuanya, tidak ada yang mengetahui rahasia-rahasia muamalat mereka dan amalan-amalan khusus untuk Allah, Al-Malik Al-Wahab, yang hanya diketahui oleh para ulama. Setiap makna-makna ini, merupakan maksud yang dikandung dan diterangkan hadits-hadits atsar seperti yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal r.a. tentang tertolaknya amal perbuatan manusia dan lain-lain. Dan saya hanya ingin mendekatkan permasalahannya, seandainya saya tidak ingin mengungkapkan secara ringkas, tentu lembaran ini akan panjang sekali. Dan para ulama ahli syari’at, tentu mereka mengetahui akan kebenaran hal tersebut, sebagaimana mereka mengenali putranya sendiri. Sumber:

Catatan : Habib Abdurrahman Muhdhor Al Habsy.