Allah
Subhanahuwa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya
dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu wasallam. Mentaati Allah bermaksud
mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati
sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at. Firman
Allah Subhanahuwa Ta‘ala:
Wahai
orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan
taatnya).
[al-Anfal 08:20]
Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan taqwa seseorang kerana iman dan taqwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman-Nya:
Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan taqwa seseorang kerana iman dan taqwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman-Nya:
Oleh itu
bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu,
serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. [al-Anfal 08:01]
Persoalan keimanan sekali lagi dihubung-kaitkan dengan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri"
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab)
Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok
pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]
Dalam ayat di atas kita dapati Allah Subhanahu Ta‘ala memerintahkan ketaatan kepada Ulil Amri juga, iaitu para ulama’ dan pemimpin negara. Akan tetapi perhatikanlah bahawa Allah tidak meletakkan perkataan ‘taat’ sebelum perkataan Ulil Amri sebagaimana Allah meletakkannya sebelum perkataan Allah dan Rasulullah. Ini tidak lain membawa maksud bahawa ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak manakala ketaatan kita kepada Ulil Amri hanya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.Hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita akan diberikan ganjaran Syurga sebagaimana janji Allah:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
[al-Nisa’ 4:13]
Mereka yang taat kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan bergembira di dalam Syurga bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin sebagaimana keterangan ayat berikut:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah
dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang
Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya
mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). [al-Nisa’ 4:69].
Lebih dari itu hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita dijanjikan Rahmat oleh Allah sebagaimana janji-Nya:
Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat. [‘Ali Imran 3:132].

Dengan mengikuti dan mencontohi sunnah Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kita akan memperolehi keampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.” [‘Ali Imran 3:31].
Dengan mentaati dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kita juga dijanjikan hidayah petunjuk
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk. [al-Nur 24:54].
Dengan mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah dengan sebenar-benar taat dan ikhlas, seseorang muslim itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui firman-Nya:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang
yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka
berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang yang beroleh
kejayaan.Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar
perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka
merekalah orang yang beroleh kemenangan. [al-Nur 24:51-52]
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzab 33:36].
Allah ‘Azza wa Jalla juga mengingatkan umat Islam yang sengaja beramal dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah bahawa amalan mereka itu akan menjadi batal. Amaran Allah dalam al-Qur’an:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul,dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! [Muhammad 47:33].
Allah Ta‘ala juga mengingatkan umat Islam yang mengingkari ajaran serta perintah Rasul-Nya dengan amaran:
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63].
Amaran ini diteruskan kepada balasan api neraka kepada yang tetap berdegil dan enggan bertaubat. Mereka ini dijanjikan Allah dengan:
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115].

Demikianlah peritnya azab yang
dijanjikan Allah kepada mereka yang enggan mentaati ajaran al-Qur’an dan sunnah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Di kalangan umat Islam ada yang keterlaluan dalam
mentaati ajaran mazhab sehingga mereka membelakangkan ketaatan kepada al-Qur’an
dan al-Sunnah. Sikap seperti ini dikenali sebagai Syirik fi Tawhid al-Ittiba’
yang bermaksud menyekutukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai
penyumber syari‘at dengan sesuatu yang lain. Ini kerana ketaatan dalam
hal syari‘at hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.
Apabila seorang manusia menjadikan manusia yang lain sebagai sumber syari‘at
Islam yang ditaatinya, maka dia telah menjadikan sesuatu yang lain setaraf
dengan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Yusuf al-Qaradhawi berkata:
Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas …… Tindakan (mentaati ajaran mazhab) bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari‘at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syari‘at yang tidak boleh dibantah …… sehingga menyerupai perbuatan para Ahli Kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah.

Mentaati ajaran mazhab sehingga membelakangkan
dalil al-Qur’an dan al-Sunnah adalah juga merupakan suatu perbuatan yang
membatalkan iman seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan engkau (wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana
perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di
hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah dihukumkan, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [ al-Nisa’ 4:65]
Ayat ini menerangkan bahawa jika seorang Muslim itu tidak menerima atau merasa berat dan tidak rela dengan apa yang dihakimi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam urusan agama maka dia tidak disifatkan beriman.
Justeru itu kita sering dapati para imam mazhab
yang empat sentiasa berpesan kepada umat Islam agar mentaati al-Qur’an dan
al-Sunnah, bukan mazhab dan ajaran mereka. Para imam mazhab juga berpesan agar
ditinggalkan mana-mana ajaran mereka yang tidak tepat atau tersalah berbanding
dengan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ayat ini menerangkan bahawa jika seorang Muslim itu tidak menerima atau merasa berat dan tidak rela dengan apa yang dihakimi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam urusan agama maka dia tidak disifatkan beriman.
Mereka juga berpesan agar mana-mana hadis yang tidak mereka temui atau keluarkan hukum daripadanya, maka hendaklah diambil hadis tersebut dan diamalkan. Mereka juga berpesan agar jangan mentaati atau mengikuti secara membuta terhadap ajaran-ajaran mereka. Ketaatan dan sifat ikutan membuta sedemikian hanyalah dibolehkan kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.