Sabtu, 20 Julai 2013

22 HARI BERPANAS TERIK, 10 HARI DALAM BERPUASA




Hari ini rakyat yang menyokong Presiden Mursi menamakan Jumaat "Hancur Rampasan Kuasa" dan Jumaat "An-Nasr". Hari ini juga telah masuk hari ke-22 sejak 28 Jun lalu, mereka tetap berdiri teguh di dataran Raba'ah dan seluruh negara tanpa liputan walaupun sedikit dari media rasmi milik negara. Yang banyak memberi liputan himpunan merek...a ialah televisyen asing dan melalui media baru termasuk Facebook.

22 hari yang dicatatkan merupakan cabaran paling besar buat mereka iaitu tempoh yang melepasi hari-hari menggulingkan Mubarak pada revolusi 2011 yang hanya mengambil masa 18 hari dalam cuaca musim sejuk dan askar yang memihak kepada rakyat. Cabaran besar buat mereka kali ini iaitu berhadapan cuaca panas, kerjasama polis, askar dan militia samseng yang memerangi mereka dan mereka terpaksa berdepan dengan dunia yang berkomplot dengan tentera. Mereka bukan hanya berdepan dengan kereta perisai polis dan kereta kebal tentera, tetapi dengan kuasa besar dunia Amerika selain pemerintah Arab seperti Saudi, UAE dan Kuwait.

Kejayaan paling besar mereka yang boleh disifatkan sebagai gagalnya rampasan kuasa ini apabila mereka mampu bertahan walaupun dibunuh teman-teman mereka sewaktu solat Asar, Subuh dan terawih. Tidak takut kepada kematian dan tidak gentar berdepan dengan senjata milik askar dan polis. Apakah lagi kejayaan yang lebih besar dari mereka yang tidak gentar untuk syahid?

Sempena memperingati peperangan "10 Ramadhan" yang menyaksikan kejayaan Mesir mengembalikan Sinai ke tangannya maka pentas Raba'ah mengucapkan tahniah kepada Presiden Mursi selaku Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir antaranya Jabhah Ulamak Al-Azhar yang diketuai oleh Dr.Yahya Ismail.
bersama Ibnu Al-Khams II.