KUALA LUMPUR: PKR
semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti
berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Maklumat
tersebut berkaitan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa
dikurung untuk memangkah kertas undi di Parlimen Besut.
Perkara
itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
yang turut dipetik portal rasmi parti itu, KeadilanDaily.
Portal
itu memetik Saifuddin sebagai berkata, bukti tersebut baru diterima
Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas SPR
di Besut.
Bukti
tersebut berupa satu laporan polis yang mendakwa pada hari mengundi 5
mei lalu, beliau dan 23 lagi petugas SPR telah dikurung untuk memangkah
kertas undi.
Salinan
laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat penipuan
PRU13 Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli, lapor portal itu lagi.
“Kita
ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di
sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,”
katanya.
Pada
pilihan raya umum lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh
menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.
Idris memperoleh 35,232 undi manakala Riduan mendapat 26,890 undi.
Harakahdaily/-
- Sebanyak 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke...
- PRU13 Satu Penipuan .... Video
- Bila cina sokong PAS, Umno tuduh Tsunami Cina
- BONGKAR, TIPU PRU13 - Bukti Bergambar +Video