Ahad, 30 Disember 2012

Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR


PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.
 

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.
 

"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.
 

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 

Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.
 

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.
 

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.
 

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.
 

"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan  jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.
 

Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna  mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.
 

Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.
 

"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.
 

"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak  jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.
 

AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.
 

"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.
 

"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.
 

Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.
 

"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.SH
 



 
KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.
Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.
Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.
Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.
Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu.

KEJAHATAN DAN KEZALIMAN SAMSENG UMNOBN MENGUNTUNGKAN PEHAK LAWAN 


RENUNGAN: Dalam sebuah HADITS QUDSI Allah SWT berfirman:

  • “Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya telah AKU haramkan atas diri-KU perbuatan zalim dan Aku jadikan ia diharamkan di antara kamu; maka janganlah kalian saling berbuat zalim.”
Sehubungan dengan itu, beliau Rasulullah saw banyak mengeluarkan ancaman dan peringatan keras terhadap kezaliman.